Masuk saja ke dalam biliknya kayla terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya, dengan fikirannya yang bercelaru mengingatkan apa yang dikatakan uncle serigala tadi.
"Malam ni dia nak aku tidur dalam bilik dia ke?"
Gumamnya masih tidak percaya dengan apa yang lelaki itu katakan padanya, sebelum kayla menanggalkan pakaiannya dan mula menghidupkan air pancuran untuk membersihkan diri
"harap aku salah dengar lah tadi"
Ucapnya sendiri di bilik air dan meneruskan mandian nya tanpa memikirkan lagi apa yang dikatakan uncle serigala tadi.
Jeda-
(8:33pm)
Usai bersiap kayla hanya duduk di ruang tamu sambil melayan cerita kartun yang ditayangkan sementara menunggu yang lainnya datang.
"Kayla! Tengah tengok apa tu? best tak cerita kartun ni?"
Sergah darwish dan mula melompat disebalik sofa sebelum duduk bersebelahan dengan kayla yang masih duduk di atas sofa.
"Ish! Terkejut kayla..ingatkan uncle serigala tadi! "
Ujarnya sedikit terkejut sebelum kayla menepuk bahu lelaki itu, yang masih terkekeh-kekeh mengelakkannya.
"uncle serigala tu siapa?"
Tanya Darwish semula dan sedikit pelik memandang gadis itu yang sudah menekup mulutnya.
"Ta..takde ap..apalah! ni abang wish jomlah kita pergi ruang makan dulu.."
Balasnya sengaja menukar topik perbualan mereka, sedari kayla terlepas cakap pasal uncle serigala tadi. sebelum kayla menghulurkan tangannya untuk mengajak lelaki itu pergi bersamanya sekali.
Sedangkan darwish mula meraih tangan gadis itu dan berdiri dari duduknya mengikuti gadis itu untuk pergi bersama-sama ke ruang dapur.
Dan keduanya mula jalan beriringan sambil berpegangan tangan, sebelum tiba-tiba saja mereka berdua terserempak dengan arfaaz yang kebetulan melewati jalan itu
sedangkan arfaaz yang dari tadi melihat kedua mereka jalan saling berpegangan, hanya menatap ke arah tangan kayla dan darwish yang masih berpegangan.
Sebelum darwish dan kayla yang perasan dengan tatapan tajam dari lelaki itu, dengan pantas melepaskan tangan mereka yang berpegangan.
Sedangkan darwish hanya tersenyum nipis menyapa lelaki itu, sebelum arfaaz meneruskan langkah nya berlalu memasuki ruang dapur terlebih dahulu.
Darwish dan kayla hanya memandang kepergian lelaki itu, dan keduanya saling bertatapan mata hairan melihat riak wajah tegang lelaki itu.
"Kenapa dengan uncle tu?"
Tanya kayla sedikit pelik, sedangkan darwish hanya mengangkat bahunya tidak tahu, sebelum keduanya mengikuti saja lelaki itu turut masuk ke ruang makan bersama.
* * *
"Kau pergi mana selama ni?..kenapa kau palsukan kematian kau? kau tak ingat ke apa kau dah buat dengan aku dulu? kau perkosa aku kau tahu tak!"
Ujarnya sedikit tidak puas hati bila mengingatkan kejadian bila dimana lelaki itu pernah menyetubuhi nya berulang-ulang kali, sebelum kejadian dimana lelaki itu terus menghilangkan diri
"Well..benda lama tak payah nak ungkit kau pun enjoy kan..lagipun aku nampak kau sekarang pun not bad, dah ada life kau sendiri"
Balasnya sambil melirik wanita itu atas bawah, seraya tersenyum sinis.
Sedangkan elbiena hanya diamkan diri dengan apa yang dikatakan lelaki itu, dia akui dulu pun dia memang mahukan sentuhan dari seorang lelaki, dan Maxime yang banyak puaskan diri nya dulu, bila dimana dia masih belum mendapatkan perhatian arfaaz.
Elbiena sudah banyak kali mengugurkan anak dalam kandungan nya tiap kali benih lelaki itu ditanamkan di dalam tubuhnya, setiap kali bersetubuh dengan nya. sampaikan keluarga nya saja tidak mengetahui pasal itu.
"dah berapa banyak anak aku kau gugur kan?, tak sangka dorang dapat seorang ibu yang kejam macam kau"Ujarnya lagi sedikit sinis.
buatkan elbiena sudah mula menunjukkan riak tidak puas hati, senang lah dia cakap bukan dia yang tersiksa nak jaga bayi yang digugurkan itu. Sampaikan dia terpaksa menahan sakit yang teramat perih
" kalau aku tak gugurkan bayi tu, hidup aku yang akan mati!..Kau senang lah cakap, bukan kau yang mengandung! Kau tu tahu rasa sedap je!"
Balasnya sedikit tidak puas hati dengan tanggapan lelaki itu yang menganggap nya sebagai orang yang sangat kejam, dia sendiri pun tidak menginginkan bayi itu. dia sudah memakai alat pelindung tapi lelaki itu selalu menolak dengan alasan tidak puas dengan itu.
sedangkan Maxime hanya tersenyum sumbing dengan jawapan tegas dari wanita itu, sebelum pandangan nya tertuju pada cincin yang ada pada tangan wanita itu.
"So kau dah kahwin?..husband kau tahu ke, yang kau tu bekas aku? or kau masih sembunyikan dari dia? "
Tanyanya lagi, buatkan elbiena sedikit tersentak dengan apa yang dikatakan lelaki itu, selama dia berkahwin dengan arfaaz, suaminya itu langsung tidak menyentuhnya jadi mana mungkin dia memberitahu lelaki itu yang dia pernah bersetubuh dengan lelaki lain, sudah pasti dia akan ditinggalkan.
"Itu bukan urusan kau lagi! Ingat aku taknak kau kacau aku lagi lepasni! aku dah ada suami dan aku bahagia dengan suami aku!"
Ujarnya mengarah lelaki itu, sebelum elbiena mengambil langkah mahu beredar dari situ.
Sedangkan Maxime hanya tersenyum sinis memandang kepergian wanita itu, sebelum Maxime berdiri dari duduknya dan memandang nya sudah pergi jauh.
* * *
Kayla dan darwish mula melabuhkan duduk bersama dan bersebelahan di meja makan, buatkan banyak mata memandang ke arah mereka, diikuti dengan tatapan tajam dari seseorang lelaki yang dari tadi seperti tidak senang melihat ke arah mereka.
"kayla nak makan apa? biar abang wish ambikkan"
Tanya darwish pada gadis itu, sedari kayla hanya diamkan diri tidak berkutik dari situ.
Sedangkan Arfaaz dari tadi matanya tidak lari dari memandang kearah Kayla dan Darwish, rasa hilang pula selera makannya melihat mereka berdua begitu rapat dan bermesraan dihadapan nya.
"wah banyak ye makanan special malam ni, sebab chef kita dari luar negara dah sponsor resepi terbaru dia untuk kita rasa dulu.."
Ujar hailex sedikit teruja melihat satu persatu juadah yang dihidangkan di atas meja, buatkan nya sudah tidak sabar mahu merasa satu persatu.
"Kau kalau pasal makanan memang Laju je eh datang!,aku tahu lah kau rindukan masakan aku.."
Balas fikhree pada lelaki itu sedari melihatnya sudah seperti tidak sabar mahu merasakan masakannya.
"Rindu masakan kau tu betul! rindu kau memang taklah"
Balasnya sambil tergelak kecil, sedangkan fikhree hanya memutarkan bola matanya sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan dengan darwish.
"Kau tu memang suka menyemak dekat sini eh!"
Jawab fikhree masih tidak mahu kalah, dengan lelaki itu.
"eh! Agak-agak sikit eh! aku pun berkhidmat dekat sini! so tempat aku memang dah dekat sini, kau tu ha tempat kau dekat luar negara sana bukan Malaysia!"
Ujar hailex lagi sengaja mahu mengenakan lelaki itu lagi, hailex dan fikhree kalau berperang mulut memang tidak ada siapa yang dapat mengalahkan hailex yang mulut pedas, siapa saja akan kalah berdebat dengan nya.
" Can be quiet! aku nak makan! Bukan nak tengok korang dua berdebat depan aku! Kalau kamu semua tak tahu rules dalam rumah ni kamu boleh keluar!"
Amarahnya dan bingkas bangun dari duduknya sebelum mengorak langkah pergi dari situ, dengan makanannya yang masih tidak terusik lagi, memang tak berselera lah dia Tengok kayla dan darwish duduk bersama, diikuti dengan perdebatan hailex dan fikhree.
sedangkan yang lainnya hanya diam terkaku melihat kepergian lelaki itu, dengan riak wajahnya yang sudah menahan amarah, sebelum masing-masing dia antara mereka memandang sesama sendiri.
"Tengoklah! ni kau punya pasal lah ni!"
Ujar fikhree sengaja menyalahkan lelaki itu dan mula bangun dari duduknya. sedangkan hailex turut bangun cuba untuk pertahankan dirinya, yang jelas jelas bukan hanya salahnya.
sedangkan darwish dan kayla yang tadinya tidak menghiraukan perdebatan mereka hanya terpinga-pinga dengan kepergian arfaaz dan memandang perdebatan yang masih belum selesai dari dua orang lelaki itu.
"dah stop lah! Korang dua ni memang tak faham lagi ke! tak nampak ke tuan az tu sampai tak berselera tengok korang dua!"
Ujar darwish cuba meleraikan pergaduhan di antara hailex dan fikhree, yang masing-masing di antara mereka tidak mahu mengalah.
"Takpelah, kayla nak naik atas kejap..abang wish kayla naik dulu tau.."
Ujarnya meminta diri untuk beredar dari situ, sedari melihat kepergian uncle serigala nya. Lagipun kayla tidak berapa selesa melihat perdebatan antara lelaki itu, jadi lebih baik dia beredar secepatnya dari situ.
"Kayla nak pergi mana? tak makan pun lagi, makan lah dulu abang fikh masak"
Tanya fikhree sedari gadis itu pun ingin beredar dari situ. sedangkan kayla hanya tersenyum kecil dan menggeleng perlahan sebelum mempercepatkan langkah nya keluar dari situ.
"haih..aku masak banyak ni tak ada siapapun nak makan..tuan az dan kayla pun dah pergi..siapa nak habiskan semua ni?"
Ujarnya sedikit merungut sedari melihat kayla dan arfaaz sudah pun beredar dari situ, padahal dia beria ria masak menu terbarunya semata-mata mahu merasakan pada arfaaz dan kayla.
"Kau cakap macam ni, kau macam tak nampak kewujudan kami dekat sini!"
Sampuk hailex pada fikhree, sebelum tiba-tiba saja darwish berdiri dari duduknya untuk pergi dari situ.
"eh! Darwish! kau nak pergi mana pulak ni?"
tanyanya sedari melihat lelaki itu pun seperti mahu pergi dari situ
"Aku ada hal! Korang berdua makan lah! habiskan semua ye!"
Ujarnya dan terus melangkah pergi dari situ, sempat darwish memerli kedua lelaki itu sebelum beredar dari situ.
Sedangkan hailex dan fikhree hanya memandang sesama sendiri, sebelum keduanya melepaskan keluhan. tak pasal-pasal satu persatu pergi disebabkan mereka berdua.
Jeda-
(9:43pm)
Kayla yang baru saja tiba didepan biliknya, mula memandang sekilas ke arah bilik lelaki itu, sebelum membuka pintu biliknya dan memasuki nya.
"Uncle serigala tu okey ke?
Gumamnya sedikit pelik sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil untuk merenggangkan tubuhnya.
Belum sempat kayla memejamkan matanya, tiba-tiba saja bunyi ketukan yang kuat diluar pintu biliknya, buatkan gadis itu kembali mencelikkan mata dan bingkas bangun dari tidur nya, sebelum menuju ke arah pintu biliknya.
Baru sahaja kayla membuka luas pintu biliknya itu, tiba-tiba saja pergelangan tangannya dipegang dan ditarik dibawa keluar dari situ, membuat kan kayla sedikit tersentak dan hanya mengikuti saja langkah lelaki itu.
Masuk saja ke dalam bilik lelaki itu, mata kayla hanya memandang sekeliling bilik lelaki itu, sebelum melepaskan tangannya yang berada dipegangan uncle serigala itu.
" kenapa bawa kayla masuk bilik uncle?"
Tanya kayla sedikit pelik, sebelum kayla berundur sedikit kebelakang sedari lelaki itu mula mendekati nya.
"Kau dah lupa ke? Malam ni aku nak kau teman aku tidur dekat sini!"
Ujarnya cuba untuk mengingatkan pada gadis itu, dimana dia sudah memberitahu awal awal untuk menyuruh gadis itu untuk tidur bersamanya.
Sedangkan kayla hanya menjegilkan matanya bertatapan dengan lelaki itu, sebelum kayla menelan air liur nya yang sudah penuh di dalam mulutnya.
"uncle jangan lah dekat sangat! Lagipun kayla tak bersetuju pun nak tidur dengan uncle!"
Ujarnya sedikit takut dengan jantungnya yang berdegup kencang dengan tatapan tajam dari lelaki itu,
Sedangkan arfaaz hanya tersenyum sinis, sebelum menjauhkan diri nya dan menuju ke arah sofa yang terletak tidak jauh dari situ.
Sedangkan kayla yang mahu saja keluar dari bilik itu mula terhenti bila dimana pintu bilik itu mempunyai kata laluan membuatkan nya tidak dapat keluar dari bilik lelaki itu.
"Just sleep, here..babygirl.."
Ucap arfaaz yang sudah merebahkan tubuhnya di atas sofa, dan sedikit tersengih melihat raut wajah cemberut gadis itu.
"Kenapa uncle tak tidur dengan kak ell?.. dia kan isteri uncle..kenapa kena tidur asing?"
Tanyannya sedikit pelik bila dimana melihat pasangan suami isteri itu tidak tidur sekali, takkan lah gaduh sampai lama macam tu.
"Kau nak tidur sendiri dekat katil ni ke, atau kau nak aku angkat kau letak dekat sana?"
Ujarnya tanpa mempedulikan pertanyaan gadis itu, dan mula bangun dari perbaringannya sedari kayla masih tidak berganjak di tempat nya.
sedangkan kayla yang melihat lelaki itu mahu saja berdiri mula tergesa-gesa berlari menaiki katil empuk lelaki itu, sebelum merebahkan tubuhnya dan ditutup dengan selimut.
Sebelum arfaaz yang melihat gadis itu sudah menutup kan tubuhnya di dalam selimut mula keluar dari biliknya sekejap.
Keluar saja lelaki itu dari situ, kayla mula menarik nafas lega, sebelum membetulkan posisi tidurnya, dan kembali menyambung tidurnya kembali..rasa nyaman pula baring di atas tilam lelaki itu.
Jeda-
sedangkan arfaaz mula kembali memasuki biliknya, dan mula melihat ke arah gadis itu yang sudah pun tertidur pulas di atas katil nya. Tadi kemain kata taknak tidur di dalam biliknya.
"Aku baru tinggalkan kau kejap dalam bilik ni kau dah tidur"
gumamnya sambil tersengih kecil melihat gadis itu, sebelum arfaaz menuju ke sofa untuk membaringkan tubuhnya
* * *
(12:14)
elbiena yang baru tiba divilla itu, mula keluar dari dalam kereta dengan jalannya sedikit terhuyung-hayang disebabkan mabuk alkohol.
"Puan ell..nak saya hantar kan sampai ke depan bilik?"
Ujar Zulkifli ingin membantu wanita itu, sedari melihatnya tidak tentu berjalan.
"eh! Blah lah! aku ada kaki, aku tahu lah nak jalan sendiri!"
Bentak elbiena pada pemandunya itu, sebelum berlalu pergi dari situ, sedangkan Zulkifli hanya menggeleng kepala nya perlahan memandang kepergian wanita itu.
"ni kalau tuan az tahu ni..memang tak tahu lah nak cakap apa!"
Bebel Zulkifli sendiri sebelum memasuki semula kereta untuk memarkir nya di tempat parking kereta yang terletak divilla.
* * *
Kayla yang terjaga dari tidurnya mula duduk di birai katil sebelum memandang ke arah arfaaz yang sudah pun tertidur disofa yang terletak tidak jauh dengan nya.
"dah tidur ke uncle serigala tu? "
Ucapnya sendiri, sebelum menuruni katil dan menuju mendekati lelaki itu.
Dengan langkah yang berhati-hati kayla mula menghampiri lelaki itu yang sudah pun tertidur lena disitu, sebelum kayla cuba meletakkan jarinya diatas hidung mancung lelaki itu untuk merasakan helaan nafasnya
Sebelum tiba-tiba saja lelaki mulut itu bersuara dengan matanya yang masih tertutup rapat, buatkan kayla sedikit terkejut dan terundur kebelakang.
" I sleep not dead baby.."
Ucapnya sebelum arfaaz perlahan lahan membuka matanya..dan memandang ke arah gadis itu yang sudah terketar-ketar melihat nya.
"Ka..kayla ingatkan uncle dah tidur tadi.."
Balasnya sedikit tergagap-gagap, sedangkan arfaaz hanya tersenyum sinis, sebelum bangun dari perbaringan nya.
"Kenapa? Kau tak boleh tidur ke? ke kau nak aku tidurkan kau sekali?"
Ujarnya sebelum arfaaz berdiri dari duduknya dan terus berdiri di hadapan gadis itu.
Sedangkan kayla mula membolak mata terkejut sedari lelaki itu mula menarik tangannya dan dibawa ke arah katil bersama, sebelum arfaaz membaringkan tubuhnya terlebih dahulu.
"Dah cepat biar aku tidurkan kau malam ni.."
Ujarnya sambil tersengih kecil melihat raut wajah terkejut gadis itu. sedangkan kayla hanya menundukkan pandangan nya, dengan tangannya yang sudah mengigil ketakutan pada lelaki itu.
"Nak tercegat apa lagi? cepatlah baring sebelah aku!"
Sergah nya sedari melihat gadis itu hanya tercegat dihadapan nya.
Sedangkan kayla sudah mula menyumpah seranah di dalam hati, menyesal dia mengusik uncle serigala itu tidur tadi, kalau tak sudah pasti semua ini tidak akan terjadi.
Share this novel