Bab 29

Romance Completed 1445138

Syed Arman bangun dari baringannya. Dia melihat dengan jelas seorang gadis yang berambut panjang sedang menangis di sudut bilinya itu. Biliknya luas, tapi suara tangisan gadis itu dekat dengan telinganya.
Apabila dia membuka mata, dia melihat baju putih gadis itu penuh dengan darah, darah yang merah pekat. Dia terkesima, dia langsung tidak mengingati kejadian malam tadi. Dia mabuk teruk, satu botol arak itu diteguknya, itu pun tidak dapat menghilangkan kesedihannya.
Takkan satu malam budak ni menangis, gerutu hatinya.
Dia bangun dari katilnya dan mendekati gadis itu. Gadis itu terperanjat dan cuba menjauhkan diri. Dia membetulkan rambut gadis, ingin melihat dari mana darah itu datang. Kelihatan gadis itu memejamkan matanya. Kelihatan juga gadis itu sangat pasrah.
Syed Arman terkejut, apabila dia menyelak rambut gadis itu, wajah Nurlisa yang berada di depannya. Dia terus terbangun dan berdiri. Dia terkejut kerana tidak percaya gadis yang sangat di cintai itu berada di depan matanya
“Sayang, is that you?,” dia cuma bertanya apabila melihat gadis itu juga bangun dari kedudukannya. Kelihatan gadis itu membuka pintu dan beredar keluar.
Syed Arman cuba mengejar, tapi kaki terpijak sesuatu yang tajam di lantai itu. Dia menjerit sekuat hatinya kerana kesakitan yang amat sangat. Mulutnya tidak berhenti dari memanggil nama Nurlisa. Apabila melihat kakinya, rupanya dia terpijak kaca, serpihan dari botol arak yang pecah.
Bagaimana boleh pecah, dia bercakap sendiri kehairanan.
Kekalutan itu mengejutkan dia apabila mendengar deringan telepon yang nyaring di hujung telinga. Dia membuka matanya dan cuba berisytifar. Berkali kali dia selawat ke atas Nabi.
Apabila membuka mata, dia melihat biliknya, bilik di rumah keluarganya.

Ouh…aku bermimpi rupanya, kata Syed Arman perlahan sambil mengesat peluh dengan hujung baju tidurnya. Dia melihat jam menunjukkan pukul 3am.
Teleponnya berdering minta di angkat. Tanpa melihat siapa gerangan yang membuat panggilan dia pagi hari ini, dia terus menjawab dengan suara yang lemah.
“Kenapa aabng lambat jawab phone? Abang gi mana? Sofea tunggu abang dari tadi. Sofea terjaga ni, abang takde pun. Sofea nak abang. Sofea nak cium belakang abang. Kalau tak macam mana Sofea nak tidur,” suara itu menangis manja, hati Syed Arman seperti di cucuk kaca tajam.
“Abang balik sekarang, abang janji sekejap jer, ni dah lama dah abang pergi. Sofea nak abang. Sofea rindu abang,” tangisan itu semakin merintih. Rintihan itu membuatkan dia hampir menitis air mata.
“Abang, kenapa abang diam, Sofea ngantuk sangat ni, abang baliklah,” suara itu menangis, sedu sedannya meresap ke jiwa Syed Arman. Dia tidak meletakkan panggilan itu. Dia mahu mendengar lagi suara Nurlisa.
“Kalau abang tak boleh balik, abang teman sampai Sofea tidur. Abang tak perlu cakap apa apa, abang tunggu sampai Sofea tidur. Sofea sayang abang, Sofea nak abang sampai bila bila…………..,” selepas beberapa minit, Syed Arman mendengar dengkuran kecil Nurlisa.
Syed Arman merasa sebak didadanya. Dia jatuh kesian dengan apa yang di alami dengan Nurlisa.
Syed Arman mula berfikir, waktu mimpinya dengan waktu dia menerima panggilan daripada Nurlisa. Dia tidak percaya kepada kebetulan untuk malam ini. Dia harus mencari tahu siapa di dalam kisah silam Nurlisa.
Dalam memikirkan kebetulan itu, Syed Arman berkira kira untuk menepon Nurlisa, ingin bertanya perkhabaran Nurlisa, tapi terbantut apabila Syed Arman mendengar seperti derapan kaki dari luar biliknya. Bunyi itu jelas dan nyata. Syed Arman bingkas bangun dari katilnya dan menuju ke luar biliknya.
Selepas beberapa minit mengintai sekeliling, Syed Arman tidak menjumpai apa apa. Perasaan seram menghantuinya. Syed Arman menapak ke bilik uminya, membuka pintu dan memberi salam. Kelihatan Umi terbaring di atas katilnya dan tidurnya sungguh lena.
Tidak mungkin uminya berjalan dan mengintainya, detik hatinya kecil Syed Arman.
Syed Arman menuju ke bilik abangnya dan memulas tombol pintu itu, tapi terkunci. Dia mengetuk pintu bilik abangnya perlahan. Badannya sudah seram sejuk untuk berseorangan di dalam biliknya. Dengan beberapa kali ketukan, abangnya membuka pintu dengan wajah kehairanan.
“Kamu dah kenapa ketuk pintu bilik abang pepagi ini, kamu ok tak?,” kata Syed Adam memandang adiknya dengan penuh kasih sayang.
“Aku nak tumpang tidur bilik abang, sampai subuh, ok tak? Tadi aku mimpi lagi, tak boleh tidur,” kata Syed Arman ikhlas, biarlah abangnya ketawakan dia, tapi dia sungguh tidak selesa dengan keadaanya.
Tangisan Nurlisa sebentar tadi masih tergiang giang di telinganya. Dia berkira kira untuk bertanya dengan abangnya kisah silam dia, pasti abangnya tahu sesuatu. Menurut Mak Zah, semua kisah sudah diceritakan, tapi dia percaya, pasti ada sesuatu yang masih di simpan rapi.
Syed Arman masuk dan menghempaskan diri di katil abangnya. Dia tahu abangnya pasti tidak selesa dengannya di dalam bilik yang sama, tapi dia tidak peduli.
Syed Adam menutup pintu dan duduk di sofa kulit di biliknya. Dia memandang Syed Arman sayu, penuh tanggungjawab. Dia sudah bersumpah untuk membahagiakan adiknya.
“Ok, kamu tu anak lelaki, udah jadi penakut pulak sekarang. Kalau Lisa tahu ni, reject terus,” gurau Syed Arman sambil tersenyum mengejek adiknya. Ini bukan pertama sekali adiknya menumpang biliknya kalau dia tidak selesa di biliknya. Semasa dia pulang dari hospital lima tahun dulu, kerana kekerapan mimpi tentang kemalangan itu, dia menjadi penghuni tetap beberapa bulan. Syed Arman tidak kisah, sedikit pun tidak kisah, dia sanggup berkongsi apa sahaja, asalkan adiknya bahagia.
“Abang, aku mimpi gadis yang penuh darah kat baju tu, mimpi kali ini aku berjaya selak rambut dia, lepas tu kau tahu tak aku muka siapa,” kata Syed Arman sambil mendudukkan dirinya di atas katil mewah itu.
“Siapa,” soal Syed Adam kembali.
“Wajah Nurlisa bang, memang Nurlisa. Dalam mimpi tadi, dia lari apabila aku cuba pegang dia, aku nak kejar tapi terpijak kaca, lepas aku jerit, aku terjaga terus,” cerita Syed Arman bersungguh sungguh
“Lepas aku terjaga, phone aku bunyi and Lisa call menangis, kau rasa apa bang?,” suara Syed Arman berubah perlahan, dia sangat terkesan dengan tangisan Nurlisa.
“Ok kejap abang nak faham, Nurlisa called pukul 3 pagi, menangis, kenapa dia menangis. Kamu ada sakitkan dia apa apa ke?,” soalan Syed Arman di jawab soalan oleh Syed Adam.
“Ntahlah bang, dia mimpi agaknya, cakap yang bukan bukan, aku nak call dia balik, tapi aku dengar orang berjalan kat tepi bilik aku, tu yang aku bangun di tengok luar, semua ok jer,” terang Syed Arman satu persatu, tiada yang tertinggal.
Sebelum sempat Syed Adam membalas percakapannya, Syed Arman menambah lagi
“Kau rasa siapa yang mengintai aku? Umi ke eh? Seram pulak aku bang,” Syed Arman meneka dengan suara perlahan
“Kau tidur la bang, aku ngantuk jugak ni, lepas subuh aku nak gi kondo Lisa kejap, nak tengok keadaan dia kejap,” kata Syed Arman sambil menarik selimut abangnya. Abangnya hanya tersenyum dan membiarkan Syed Arman mengulit lenanya.
“Abang doakan kamu bahagia dik, abang, Babah dan Teha sayang kamu, nak sangat kamu bahagia,” kata kata itu hanya bergema di dalam hatinya.
Syed Adan masih ingat pesanan Babah dan Mak Zah semasa mereka berkumpul di pejabat tempuhari. Semasa itu Syed Arman dan Sharifah Teha ada bersama. Mereka berkumpul di biliknya.
“Mak Zah nak beritahu yang umi kamu tidak sakit langsung, sudah sihat sepenuhnya, tapi dia tidak mahu kita tahu keadaannya. Dia masih nak kita percaya yang dia sakit. Umi sangat aktif malam, berjalan ke semua tempat, Mak Zah dah beberapa kali nampak umi kamu, matanya tajam memberi amaran kepada Mak Zah,” kata kata Mak Zah itu sudah di agaknya oleh Syed Adam dan Babahnya.
“Babah nak kamu tidak bercakap berkenaan Arman di rumah, Apa apa sahaja yang membuatkan umi kamu salah sangka, jangan cakap, kalau boleh discuss kat pejabat,” babahnya menambah percakapan Mak Zah tadi
“Babah nak siasat dulu apa situasi umi kamu. Babah akan berbincang dengan umi kamu, serahkan kat Babah. Sementara itu kita buat biasa ker, Zah pun boleh macam biasa,” tambah Babahnya.
Syed Adam tahu Babahnya sayangkan adiknya, malah dia pernah meilhat Babahnya menangis semasa Syed Arman terlantar di katil hospital. Semasa doctor memberitahu tentang kondisi ingatan Syed Arman, Babahnya tersyukur kerana biarlah Syed Arman tidak meningati yang pahit, supaya Syed Arman tidak lagi merasa pedihnya kehidupannya.
Syed Adam mendengar dengkuran Syed Arman, dalam beberapa minit sahaja, Syed Arman sudah tidur kepulasan. Syed Arman pernah membertiahunya yang biliknya sangat selesa, senang untuk tidur dan bermenung.
Syed Adam tersenyum bahagia melihat Syed Arman yang ketiduran. Dia sayangkan adiknya

xxxxxxxxxxxxxxxxc

Syed Arman sampai di kondo itu tepat jam 6.00am. Dia terlajak tidur di bilik abangnya dan tergesa gesa bersiap ke kondo Nurlisa. Kerisauan tentang keadaan Nurlisa itu tidak dapat di bendung lagi
Syed Arman menekan loceng kondo itu dan setelah menunggu beberapa minit, pintu tidak juga di buka. Jam sudah menunjukkan pukul 6.15am. Sepatutnya Nurlisa sudah bangun dan bersiap ke pejabat.
Syed Arman menekan password pintu kondo itu, password yang senang di ingat iaitu Tarikh birthday Nurlisa. Apabila Syed Arman membuka pintu, keadaan masih gelap, tiada kesan yang mengambarkan Nurlisa sudah terjaga.
Dengan pantas Syed Arman menuju ke bilik Nurlisa, apabila Syed Arman cuba memulas tombol pintu itu, pintu itu terbuka dan tidak berkunci.
kelihatan Nurlisa masih tidur lena di katilnya. Masih lena dan masih kepulasan. Aircondnya di pasang ke level yang paling sejuk. Dia juga merasa sangat sejuk.
Syed Arman menuju ke katil Nurlisa dan meletakkan punggungnya di tepi katil. Syed Arman melihat Nurlisa sangat cantik, dan seksi di matanya. Mata Nurlisa sembap seperti baru lepas menangis dan bibirnya juga basah.
Tangan Syed Arman menyelak rambut Nurlisa dan mencium dahi Nurlisa perlahan dan kemas. Beberapa saat dia menikmati ciuman itu dan untuk memberi zat kepada nafsu jantanya. Dia harus bertahan, dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi antara dia an Nurlisa
“Sayang, bangun, dah pukul 6.30am ni, nanti tak sempat solat, nak bersiap ke pejabat lagi,” suaranya perlahan sambil membelai pipi Nurlisa lembut. Dengan sekali belaian, Nurlisa membuka matanya dan terkejut apabila melihat Syed Arman disisinya.
Nurlisa bingkas bangun dan memeluk Syed Arman kemas. Terdengar tangisan kuat Nurlisa, sangat kuat dan pelukan juga sangat kuat. Syed Arman dapat merasa dada Nurlisa melekat kemas dia dadanya. Terasa bonjolan dada Nurlisa, dan Syed Arman sudah tidak keruan, dia harus hentikan Nurlisa
“Abang gi mana malam tadi. Sofea tunggu abang, abang janji nak balik cepat,” suara itu bersulaman dengan tangisan.

Nurlisa melonggarkan pelukannya itu dan memandang tepat ke wajah Syed Arman. Dia memegang kedua pipi Syed Arman, dan meletakkan bibirkan di kedua dua pipi Syed Arman. Kelihatan Nurlisa sangat gembira dan peluh mulai merembas keluar dari dahinya.
Syed Arman buntu, kalau di biarkan Nurlisa, nanti anak yang tidak di undang akan terhasil. Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan, dia tidak mahu Babah dan Abangnya kecewa dengan dirinya.
“Sayang, sekejap ya, I ambiknya air untuk you minum, duduk sini kejap,” Syed Arman mendudukkan Nurlisa dan beredar daripada Nurlisa. Dia harus mengembalikan Nurlisa daripada khalayannya. Sakit Nurlisa ini bukan sakit yang biasa biasa.
Kaki Syed Arman melangkah ke bilik air. Dia membasahkan tanganya dan terus menuju ke arah Nurlisa yang kelihatan kebingunan. Dia meraup wajah Nurlisa dengan tangannya yang basah. Dia meraup lagi dan memastikan wajah Nurlisa basah dengan air tangannya. Kasih sayang Syed Arman mengalir dari tanganya itu. Dia sangat berharap Nurlisa sedar dan kembali ke dunia nyata.
“Sayang, are you ok? Dah nak habis subuh ni, you need to wake up and mandi, boleh sayang,” tegas suara Syed Arman mengandungi kasih sayang yang tiada tepian. Kelihatan Nurlisa memandang Syed Arman kehairanan. Dia mengambil selimut dan menutup tubuhnya. Walaupun Nurlisa lengkap berpakaian, tapi dia kehairanan kenapa Syed Arman berada di biliknya.
“Boss, kenapa you ada kat kondo I, bilik I pulak tu, semalam rasanya I balik sorang, makan pun sorang,” suara Nurlisa kedengaran cemas. Dia kehairanan dengan dirinya, dia terasa penat yang amat sangat.
Syed Arman tersenyum mesra, manis dan tidak kelat.
“I datang nak ajak sayang breakfast dulu sebelum masuk office, ketuk pintu sayang tak buka, I buka lah sendiri. Pas tu nampak sayang tidur lagi, I kejutkan lah, pas tu lambat sangat sayang bangun, I basahkan muka sayang,” penjelasan itu tidak memberi senyuman kepada Nurlisa. Tidak mungkin Syed Arman datang begitu awal ke rumahnya.
Dia memejam mata dan cuba mengingati apa yang berlaku sepanjang malam. Semasa di atas katil bersiap untuk tidur, dia video call bersama Eiman. Banyak yang dia bualkan dengan anak bijak itu. Selepas itu dia membuat panggilan kepada Kaklong Mellisa, untuk bertanya khabar. Kaklong cuma berpesan supaya jaga diri, jaga solat, jaga makan dan jaga hati dan perasaan.
Dia cuba meningati lagi. Tidak ada yang dia ingat selain daripada dia bermimpikan Syed Arman pulang ke rumah di Arau dan dia menangis kerinduan. Tiada apa lagi yang dia ingat
“Sayang, subuh nak habis dah ni, kenapa terkebil kebil tu? Gerak cepat sayang,” suara tegas Syed Arman singgah lagi ke telinganya.
“Saya cuti, tak leh solat,” jawab Nurlisa ringkas.
“Cuba boss cerita kenapa Boss ada sini awal sangat ni, macam pelik pulak,” Nurlisa bertanya lagi, tidak berpuas hati.
“Sayang, come here,” kata Syed Arman sambil menghulurkan tangannya. Dia ingin Nurlisa merasa selesa dengan kehadirannya. Nurlisa hanya menurut perintah, menyambut huluran tangannya Syed Arman. Syed Arman memeluk Nurlisa kemas, apabila badan wanita itu berada di dalam dakapannya.
“Something happened last night, sayang called I sambil nangis, at 3am morning. I tahu sayang trigger something dan called me, tapi now I nak sayang pergi mandi, bersiap pergi office. Kita breakfast café bawah dan gerak ke office sama sama,” lembut suara Syed Arman.
“Sayang kena cerita semua kisah derita you kat I, supaya I faham kenapa dan mengapa. I feel like dekat dengan hati sayang, always nak sayang sihat, nak jaga sayang. I takut sangat sakit you trigger masa I takde dengan sayang. How to handle kalau gitu,”
“Now, pergi mandi dan bersiap, I nak pinjam katil sayang sekejap, rasa ngantuk sangat, boleh kan sayang?,” Syed Arman melonggarkan pelukan mereka dan melabuhkan bibirnya ke dahi Nurlisa, lama dan penuh dengan kasih sayang.
Nurlisa membiarkan pelakuan Syed Arman kerana dia terasa sangat bahagia. Ingin dia membalas pelukan Syed Arman, tetapi dia tidak mahu Syed Arman tersalah faham kepada dirinya nanti. Dia tidak mahu Syed Arman menggangap dia perempuan murahan, tidak tahu halal dan haram.
Dia beredar ke bilik air selepas mengambil sepasang baju kebaya pendek. Dia perlu memakai baju di bilik air kerana Syed Arman menumpang tidur di katilnya.
Syed Arman mengambil bantal peluk itu dan mula memejam matanya. Dia perlu tidur sementara Nurlisa bersiap, dia perlu merehatkan nafsu berahinya terhadap Nurlisa. Dia sebenarnya sudah tidak tertahan dengan semua kejadian yang membabitkan Nurlisa. Dia bimbang dia tidak dapat menahan nafsunya.
Di dalam hatinya sudah mula berfikirnya siapa Nurlisa, kisah bunga Lily, buku, warna putih sangat dekat di hatinya. Kenapa dia mudah jatuh cinta dengan Nurlisa sedangkan ramai gadis yang pernah cuba mengodanya jauh lebih cantik dan bergaya daripada Nurlisa.
Ya, dia kehairanan dengan dirinya. Dia terlalu takut kehilangan Nurlisa. Buktinya apabila ayahnya seperti tahu cerita dia dengan Nurlisa. Dia takut ayahnya akan memisahkan mereka. Dia pernah mendengar Mak Zah berbincang tentang Sakinah yang akan di jodohkan dengan dirinya. Sakinah adalah sama keturunan dengan dirinya, itu adalah Hasrat ayah dan uminya.
“Boss, dah siap dah ni, bangun lah,” Syed Arman dapat merasa tangan lembut Nurlisa memegang pipinya. Tangan itu sejuk dan lembut.
“Ok sayang, i bangun sekarang, cepatnya you siap, siap cepat pun cantik, kalau siap lama lagi, tak tahu lah cantik canne kan?,” usik Syed Arman apabila melihat Nurlisa begitu anggun berbaju kebaya pendek. Seksi sangat di mata Syed Arman. Tudung Nurlisa juga sudah siap di pakai. Sopan dan seksi, matanya tidak lepas daripada memandang Nurlisa.
“Sayang, kalau I minta you tukar baju, ok tak? Seksi sangat la sayang, kejap lagi tak kerja orang kat office tu pandang you. Kalau tak, you kena labuhkan tudung sampai tutup dada. If not, tukar baju lain. Dada you seksi sangat la sayang,” Syed Arman memberi arahan di dalam kelembutan. Dia harus pandai berkata supaya Nurlisa tidak terasa dia mula mengatur hidup Nurlisa.
Tanpa banyak soal, Nurlisa terus ke almari bajunya dan memilih baju kurung Pahang yang belum pernah di pakai. Dia terus membawa baju ke bilik air untuk bertukar. Dia harus menghormati Syed Arman, walaupun hanya dia seorang sahaja yang tahu siapa Syed Arman pada dirinya.
Selepas beberapa minit, Nurlisa keluar dengan kurung Pahang berwarna pink belacan, tudungnya masih sama. Nurlisa mengambil rantai labuh dan di sarungkan lehernya. Selepas merapikan dirinya, dia bersedia untuk kepejabat.
Nurlisa tahu Syed Arman tidak berhenti daripada memandangnya. Dia tahu Syed Arman mula menunjukan belangnya. Dia memohon agar Syed Arman tidak ingat siapa dirinya buat sementara waktu, sehingga dia bersedia. Dia belum bersedia untuk memberitahu Syed Arman tentang dirinya, cinta bodohnya, cinta gilanya.
“Jom..kata dah lambat, lepas tu termenung pulak dia, jom lah…,” ajakan Nurlisa itu mematikan padangan Syed Arman.
Nurlisa senang dia atur, dia berbisik di dalam hatinya. Dia bersyukur
“Sayang, pejam mata sekejap, I have something for you,” Syed Arman pantas menarik tangan Nurlisa daripada beredar dari biliknya.
“Alaaa, kenapa nak kena pejam mata pulak, kata dah lambat,” walaupun dia bersungut,m tapi dia memejamkan juga matanya. Akur dengan arahan Syed Arman.
Syed Arman memandang wajah Nurlisa yang berbedak nipis itu. Dia sudah jatuh cinta kepada wanita cantik ini, Dia tiada tahu siapa Nurlisa sebelum dia mengenali, tapi dia berharap Nurlisa bukan milik sesiapa.
“sayang, I’m sorry, I need to do this,” selepas ayat tu, Syed Arman melabuhkan bibirkan ke bibir mulus Nurlisa, kedua bibir yang penuh cinta itu bersatu. Nurlisa sangat terkejut dengan perlakuan Syed Arman, dia cuba mengerakkan kakinya ke belakang, tapi Syed Arman terlebih dahulu memegang lehernya dan merapatkan bibirnya. Dia memagut bibir Nurlisa dengan nafsu yang mengila. Dia harus memberi ruang kepada bibirnya untuk beraksi.
Syed Arman mendengar desahan nafas Nurlisa, apabila Nurlisa mula meletakakan kedua tangannya ke leher Syed Arman. Bimbang mereka akan pergi jauh, dia menamatkan aksi bibir mereka. Dia perlu menghentikan.
‘Sorry sayang, lets go……,” dia menarik tangan Nurlisa keluar daripada bilik itu. Dia tahu Nurlisa malu tentang perlakuannya, kerana Nurlisa mula membalas ciumannya, dia pula menghentikan.
“Sayang, don’t look at me, I malu sebab buat you macam tadi, but I betul betul gila tengok you pakai kebaya tadi. I need you to know that I love you, but jangan jawab dan pandang I, I rasa bersalah sebab buat you macam tadi. I’m sorry sayang,” suara ikhlas itu kedengaran sangat seksi. Nurlisa tersenyum simpul. Ciuman tadi sangat biasa, tidak seperti ciuman yang berlaku 5 tahun dulu. Ciuman pertama mereka.
Bersambung
Kelihatan gadis itu sudah siap berbaju tidur seksi itu. Baju berwarna merah darah itu adalah hadiah daripada jejaka itu semasa mereka menghabiskan masa mereka di negara siam itu.
Gadis itu kelihatan sangat malu kerana baju itu tersangat seksi. Kalau ikutkan gadis itu, yang tersarung di tubuhnya bukan baju, tapi pakaian dalam yang sedikit panjang. Mana tidaknya, jejaka itu sudah berpesan, dia tidak di benarkan memakai apa apa selain daripada baju tidurnya itu.
Baju tidur babydoll itu berkain satin dan sangat jarang. Dadanya terdedah dan bajunya cuba labuh melepasi pinggulnya. Dia tidak memakai panties kerana itu arahan tuanya. Gadis itu terasa sejuk kerana kenipisan baju itu.
Jejaka itu menghampiri gadis cantik itu. Dia berpuas hati dengan persembahan gadis itu, sangat patuh dengan arahanya. Tangannya mula bergerak, dia merasa ketakutan gadis itu.
“Kau jangan risau, aku akan pastikan kau tidak akan terasa sakit. Aku nak bawak kau naik kayangan ni, Kau kena bersedia,” kata kata jejaka itu membuatkan gadis polos itu mengangguk kepalanya. Dia membatukan dirinya apabila tuannya mula menjalankan tanggungjawabnya, tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Dia pasrah kerana ini bukti cintanya kepada jejaka itu.
Ciuman jejaka itu melalaikan si gadis itu, dan dia percaya dia akan berjaya mencecah kayangan itu.

Share this novel

Zaidi Zack
2021-10-14 22:08:16 

Pertama sekali?


NovelPlus Premium

The best ads free experience