Bab 13 Memberitahu Pada Wan Dan Mak Su

Drama Completed 216234

Selesai sesi meluahkan perasaannya Izara masuk kembali ke dalam bengkel. Manakala Haziq pula meminta diri untuk pulang ke rumah Wannya kerana sudah tengahari. Tentu Wan akan menunggu Haziq untuk di ajak makan bersama. Selalunya bila Haziq berada dirumah Wan,Mak Su akan memasak di rumah Wan. Mak Su dan anaknya akan makan bersama dengan Haziq dan Wan.

Haziq sampai di rumah Wan hampir pukul 1.00 tengahari. Haziq melihat Mak Su sudah siap menghidang makanan diatas meja.

"Kamu baru balik Haziq,dari mana saja kamu ni?" Tanya Mak Su bila melihat Haziq datang ke dapur.

"Haziq pergi bengkel Nordin tadi. Banyaknya Mak Su masak hari ni." Kata Haziq sambil memadang pada makanan yang sudah siap di hidang diatas meja.

"Mak Su masak ikut permintaan Wan kamu... Wan kamu suka sangat kalau kamu ada dekat kampung ni. Boleh temankan dia katanya." Kata Mak Su pada Haziq.

"Ala kalau Haziq tak ada,kan masih ada Mak Su dan Azlan anak Mak Su tu temankan Wan" Kata Haziq.

"Azlan tu ikut angin dia,kalau angin dia elok tak dakla dia buat perangai. Tapi kalau angin dia tak elok datang Mak Su pening nak layan. Haziq kamu pergi panggil Wan ajak makan" Kata Mak Su.

"Okay,Haziq pergi panggil Wan sekejap". Kata Haziq sambil berjalan ke arah halaman belakang rumah Wan. Kerana Haziq tahu Wan memang suka duduk di halaman belakang. Sebab ada sebuah pondok kecil seperti kazebo. Wan bila di siang hari akan berbaring di pondok tersebut.

"Wan jom masuk makan, Mak Su dah siap hidang tinggal makan je lagi" Kata Haziq bila sampai ditempat Wan merehatkan badannya.

"Yalah,Wan pun dah lapar juga ni" kata Wan pada Haziq. Wan bangun dan berjalan beriringan dengan Haziq masuk ke dalam rumah. Masuk ke rumah mereka terus menuju ke meja makan.

"Mana Azlan anak kamu tu?...Tak ajak makan sekali ke?" Tanya Wan pada Mak Su.

"Azlan hari ini angin dia kurang baik sikit. Pagi tadi dia tak mahu makan ubat pula dah. Jadi Su biar je dia dalam rumah,makanan untuk Azlan Su dah hantar dah" Kata Mak Su.

Kekadang Mak Su sedih dengan nasib anak lelakinya.Tapi nak buat macam mana semua yang terjadi pada anaknya itu salah diri anaknya juga. Kerana pengambilan dadah terlarang berlebihan membuatkan Azlan anaknya mengalami halusinasi yang agak teruk. Sudah kerap Azlan keluar masuk wad psikiatri sudah berapa jenis ubat doktor psikiatri berikan tapi tidak dapat menghilangkan halusinasi yang dialaminya. Walaupun sudah di berikan ubat tidur tapi Azlan tetap tidak dapat tidur. Ia hanya mampu tidur dua atau tiga jam sahaja dalam sehari. Azlan juga tidak berapa suka memakan ubat yang di berikan doktor. Kerana setiap kali makan ubat tersebut badannya akan menjadi lemah.

Mereka bertiga mula menjamah makanan yang sudah siap terhidang di atas meja. Semasa makan mereka tidak akan bersuara hanya bunyi pingan dan sudu untuk mengambil kuah atau sayur di dalam mangkuk. Selesai makan Haziq dan Wan pergi ke ruangtamu untuk menonton siaran di tv. Waktu-waktu begini selalunya ada siaran berita di tv.

Sementara Mak Su mengemas bekas mereka makan tadi diatas meja. Haziq selalunya selepas makan akan memcuci sendiri pingan yang ia gunakan.

"Mak Su nanti lepas selesai kemas dekat dapur tu datang la dekat depan ni. Ada hal penting yang Haziq nak bagitahu ni" Kata Haziq pada Mak Su.

"Ada hal apa pula dah ni. Nampak macam penting je" kata Mak Su sambil matanya memadang pada Haziq.

"Adalah,tapi Haziq akan bagitahu masa kita sama-sama duduk dekat ruangtamu. Biar Wan dan Mak Su boleh bagi pendapat." Kata Haziq.

"Ya lah,lagi pun dah nak siap kemas dah ni" kata Mak Su.

Selesai mengemas Mak Su berjalan ke arah Haziq dan Wan yang ada di ruangtamu. Lalu Mak Su duduk di sofa yang masih kosong.

"Mak Su kamu dah datang. Cakap la apa yang kamu nak bagitahu kami berdua ni. Sebab nampak macam penting sangat je" Kata Wan sampil tangannya mula menekan remote tv untuk menutup siaran di tv.Kerana ingin mendengar apa yang akan dikatakan oleh Haziq.

"Cakap la, Mak Su pun tak sabar nak tahu ni" Kata Mak Su pula.

"Macam ni, ada seorang perempuan ajak Haziq kahwin. Dan kebetulan ayah dan mak pun memang nak Haziq kahwin. Jadi Haziq bagitahu pada perempuan tu yang Haziq setuju. Dan esok Haziq akan datang ke rumahnya untuk bertemu dengan ayah perempuan tu" Kata Haziq sambil mermahatikan reaksi Wan dan Mak Su.

"Bagus la macam tu,kamu pun bukannya muda lagi. Orang mana perempuan tu?" Kata Mak Su ingin tahu.

Sementara Wan hanya mendengarkan sahaja apa yang di katakan oleh cucunya itu. Wan tidak ingin menyampuk.

"Perempuan tu orang kampung Wan juga" kata Haziq.

"Siapa dia? Rasanya Wan kenal tak dengan ayah perempuan tu?" Tanya Wan tidak sabar ingin tahu. Dan berasa agak teruja bila mengetahui bakal isteri cucunya nanti adalah satu kampung dengannya.

"Nama ayah perempuan tu Kamal abang pada Nordin yang ada buka bengkel tepi jalan tu. Dan perempuan tu pun kerja sambilan dekat bengkel tu juga" Kata Haziq.

"Anak kamal si Izara tu ke? Muda lagi budaknya tu...Rasanya baru habis SPM je budak tu" Kata Mak Su agak seperti kenal sangat dengan Izara. Ya lah siapa tak kenal Izara gadis yang bekerja di bengkel motor. Mak Su pun kerap juga pergi ke bengkel Nordin bila motorsikalnya mengalami masalah.

"Oo anak Kamal yang kerja dekat bengkel motor Nordin tu. Wan kenal juga la dengan Kamal ayah perempuan tu. Walaupun Wan tengok budak perempuan tu jenis agak kasar juga orangnya. Tapi Wan terima je kalau itu dah jodoh Haziq" Kata Wan memberi persetujuan.

"Kamu dah bagitahu pada abah dan mak kamu ke?" Tanya Mak Su.

"Belum lagi tapi mak dan abah memang suruh cari calon dekat kampung ni je. Supaya tak terjadi macam bekas tunang Haziq dulu...Esok lepas Haziq jumpa dengan keluarga Izara tu barulah Haziq akan bagitahu abah dan mak. Itu pun kalau ayah Izara tu setuju la Haziq kahwin dengan anaknya tu".Kata Haziq.

"Ala,Mak Su yakin la Kamal tu akan setuju nak buat kamu tu menantu dia" kata Mak Su memberi semangat pada Haziq.

"Tentang perkara yang dah lama tu jangan la kamu ambil peduli sangat. Tapi rasanya nanti bakal isteri kamu tak boleh ikut kamu balik Selangor la. Wan tak tahu sampai bila la adik mak kamu tu nak bermusuhan dengan kamu. Sedangkan bukannya salah kamu pun benda tu terjadi." Kata Wan agak sedih mengingatkan permusuhan antara Samsiah isteri Rahim dan adik kandungnya sendiri. Walau pun kejadian tersebut sudah hampir 12 tahun lebih. Tapi keluarga adik Samsiah masih tetap menyalahkan Haziq dan keluarganya.

Bersambung...

Sedikit info: Selalunya penyakit Psikiatri jenis berhalusini atau di panggil schizophrenia ni memang bila makan ubat badan mereka akan menjadi lemah. Selalunya mereka sudah tak mampu nak buat kerja berat-berat. Kerana itu kekadang mereka tidak mahu makan ubat. Tapi bila tak makan ubat mereka jadi susah nak tidur. Ini dari pengalaman ahli keluarga saya sendiri yang mengidap schizophrenia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience