hari ini mahkamah bersidang untuk dengar keputusan hakim,
nampaknya keputusan hakim berpihak pada Harris ,kerana harris dapat membuktikan duit traffer ke ac ewa.sepanjang 4 tahun.
yang ke 2 Harris dapat membuktikan do mahkamah yang ewa menlarikan dirinya dan anak supaya Harris tak dapat jumpainya.
semua bukti harris bawa ke mahkamah .dengan itu mahkamah umumkan ewa masih sah isteri Harris,kerana tiada lafaz cerai di buat oleh Harris.
Harris sujud syukur kerana ewa masih sah isterinya.
ewa jatuh pengsan kerana terkejut dengan keputusan hakim,mira dan mamanya membawa ewa ke hospital.
Harris terpaksa urus surat menyurat di mahkamah terlebih dahulu sebelum ke hospital.
lola yang berada di samping harris terus bangun bila keputusan berpihak pada suaminya.nampaknya terpaksa dia bermadu dengan ewa.walaupun dia tak kenal ewa,tapi dia tahu suaminya amat sayangkan ewa .dari riak wajah harris kerisauan semasa menguruskan surat menyurat tadi.
lola kesal kerana tanpa dia sangka rupanya dia isteri kedua dan Harris dah ada anak kandung lelaki.sedangkan dia tak mempunyai anak pun. itulah yang bermain di fikirannya..
"lola akan cari jalan supaya Harris meninggal kan ewa nanti.tengoklah apa aku akan buat pada ewa"bisik hati lola dia tak sabar nak aniaya ewa dan anaknya baru padam muka Harris ,kerana tipu dirinya.
"ingat harris kau tipu aku,aku akan tipu kau jugo.."kata lola sambil pandu kereta dengan laju lola menjerit " kau jahat harris".
Harris selesai urusan terus ke hospital untuk menemui ewa,
harris risau keadaan isterinya,
eden ada di atas dukungan Harris di bawa ke hospital.
mira dan mamanya masih menunggu keputusan doktor .
"adik macamana ewa?"
"along !!!
"doktor belum keluar!"
"eden mari ucu dukung". kata mira
"nah ,harris menghulurkan Anaknya pada adiknya.
mama Harris tersenyum bahagia kerana jodoh anaknya masih ada dengan ewa.
"Harris duduk sebelah mama!"
"along ,selepas ini mama mahu along adil dengan isteri2 along!"
"mama mahu harris beli rumah untuk ewa dan cucu mama !"
"ya mama Harris dah beli rumah tu sejak awal perkahwinan dengan ewa lagi." sekarang rumah tu masih lagi milik ewa.nama rumah itu pun along letak nama ewa mama".
"mama maafkan along kerana rahsiakan pernikahan along dari keluarga kita." kata Harris.
"siapa keluarga wani hassan.!"
"ya saya, saya suaminya,kata Harris.
"encik ikut saya jumpa doktor!"
"silakan duduk encik!" isteri encik dia menghadapi stress terlampau hingga menyebabkan migraine ."
diharap selepas ini encik pantau isteri encik supaya jangan terlalu stress ." jangan bagi masalah padanya.
Harris termenung melihat ewa yang masih lagi tak sedarkan diri,
"bangunlah sayang!" maafkan abang kerana buat sayang macam ini."
abang terlalu sayangkan keluarga kita abang mahu kita bahagia.dengan keluarga kecil kita.
ewa terasa sakit kepalanya,terasa sangat, "aduh sakitnya,"
"mira tolong aku".
"sayang " abang ada kat sini" mira dan mama tunggu kat luar".
ewa tak berdaya nak bercakap dengan Harris,ewa sakit kepala ewa cuba bangun untuk ke tandas.
"sayang nak air ke?"
"saya nak kebilik air".kata ewa.tanpa bicara Harris mencempung ewa ke bilik air ,dan meletakan ewa di tandas."setelah sayang selesai bagitahu abang" jangan kunci pintu abang ada disini".
ewa dengan rasa malasnya menjeling pada Harris..ewa malas bercakap dengan Harris. pengkhianat macam Harris tak parut bagi muka.
setelah ewa selesai dia cuba untuk bangun keluar dari bilik air tapi tanpa di sangka ewa gelap mata dan jatuh di dalam tandas .kepala ewa terhatuk pada dinding bilik air .
tuuuuttt!!!! pranggg!" bunyi benda jatuh.harris cepat2 buka pintu tapi sayang nya ewa dah terjatuh terhatuk di bilik air.darah dari kepala ewa kelihatan keluar , Harris terus mengakat isterinya ke katil dan memanggil doktor .
"doktor !!!tolong!!
nurse berlari masuk ke bilik vip untuk melihat pesakit.
mira dan mama terkejut bila nampak doktor berlari ke bilik menantunya." ya allah menantuku!"
mira sudah menangis sambil berpelukan dengan mamanya. "mama ,ewa mama!"
"sabar mira doakan ewa cepat sembuh!"
kita hanya berdoa semoga cepat sembuh. harris resah menunggu isterinya yang terjatuh tadi.
"macamana doktor!"
"alhamdulillah tiada masalah ada sedikit sahaja luka dikepalanya."
syukur alhamdulillah " kata Harris sambil pengang tangan ewa.
ewa melarikan tanganya dan melepaskan tangan Harris.
"jangan sentuh saya!" kata ewa.
"sayang !!
abang hanya nak tolong,
"keluar !" kata ewa
"ok2 ,nanti abang keluar !" nanti mira akan masuk abang keluar jaga eden."
harris keluar dengan wajah suram ,dia kecewa ewa masih tak dapat terima hakikat bahawa mereka masih suami isteri .
"mira kau kena tolong aku ,tak mahu lagi aku duduk disini aku mahu jumpa adam,!" kata ewa sambil menangis.
"ewa kau kena sabar ingat tuhan sayang".kata mira.
"ingat kita orang islam kena reda dengan ketentuan allah." kita merancang allah yang lebih mengetahui."
"Dosa kalau ewa menidakkan hak suami ewa sendiri,hakim pun dah buat keputusan kita tak dapat nak ubah takdir ilahi mungkin ini terbaik buat ewa."
Share this novel
ewa jng mengalah Harris xpatut dimaafkan sngat kejam.