part 1

Romance Series 53147

hari ini seperti biasa ayah ku balik kerja ,semua makan malam aku kena siapkan,mak tiri aku cuma goyang kaki sahaja.nama aku wani binti hassan,umur 16 tahun .wani mempunyai seorang abang azhar umur 20 tahun dan seorang adik bernama wati umur 10 tahun,sejak adik lahir ibu tak pernah balik rumah,kata ayah ibu lari bersama lelaki lain.yang tahu kisah sebenar adalah abang ku azhar yang banyak makan hati demi jaga hati semua orang,

aku bangun pukul 4 pagi untuk siapkan semua kerja rumah ,sebelum ke sekolah.mama tiri aku hanya bangun time ayah aku nak pergi kerja.biasanya aku siapkan sarapan pagi dan aku letak siap2 dalam beg adik dan abang aku ,dengan bekal air teh o suam bekal nasi lemak.

"ayah jemput makan !"
"wani mari makan dengan ayah , wani dengan takut2 untuk duduk bersama ayahnya kerana dia tahu bila mamanya tahu wani makan semeja mesti mama akan denda wani .
"duduklah ayah ada jangan takut dengan mama lina kamu."
"maafkan ayah sayang!" semua ini terjadi sebab khilaf ayah terhadap ibu kamu,inilah karma yang ayah tangung selama ini."

jika ayah tiada tolong sampaikan maaf ayah buat ibu ya..ayah menyesal kerana abaikan ibu dulu.sambil menangis ayah memeluk wani ."maafkan ayah"
"ayah jangan macam tu , insyaallah ibu akan maafkan ayah ,jom makan"

lina yang baru bangun dari tidur terus ke dapur melihat suaminya dah pergi kerja ke belum.
"wani!!!!wani!!!
"ya mama, terkejut wani bila mama lina memanggil nya dengan kuat.

"apa kau dah siap baju kerja aku,hari ini aku nak keluar tolong gosok baju aku,"
"ehhh !" lina kau tu ada tangan jangan nak suruh wani,dahlah wani tu yang masak untuk sarapan,wani dah bersiap nak ke sekolah boleh pulak nak suruh wani siapkan baju dia ." jom wani ambil beg !" ayah hantar kau ke sekolah .
hassan kesian kat anak2 jadi mangsa kerana kebodohannya dulu.wani selalu dijadikan hamba abdi di rumah ni.

"tapi ayah nanti mama pukul wani kalau wani tak tolong dia,"wani ingat pesan ayah selepas ini wani jangan buat semua kerja rumah,biar mama buat sendiri.hari ini ayah akan bincang dengan pengetua sekolah wani untuk hantar wani di asrama."
adik wati ayah akan hantar ke rumah nenek .ayah tak mahu kamu semua ketinggalan pelajaran.abang kamu dia di universiti senang ayah urus.gaji ayah dah masukan ke ac kamu masing2.jadi tak perlu risau mama lina dah tak boleh nak kurung kamu.kamu bebas dah ayah tak perlu bergaduh dengan mama lina kamu pasal gaji.

"terima kasih ayah !" kata wani.ayahnya menghantar ke sekolah untuk berjumpa kawan baiknya pengetua hj mat daud.
"assalamualaikum tuan haji ,"
"waalaikummussalam hassan lama betul tak jumpa kamu!"
"sihat haji?"
"alhamdulillah sihat hassan",kamu macamana?"sihat?" aku macam nilah tak sihat sangat,tu yang datang jumpa kau ni haji".

duduklah kita bincang".
begini anak aku wani ,aku ingin serahkan pada kau jaga,sebab wani perlu masuk asrama.duduk kat rumah dia didera oleh lina kesian aku tengok.aku dah nekad haji ingin keluarkan wani dari rumah itu tanpa pengetahuan lina." kau perlu tolong aku masukkan wani di asrama." duit aku dah buka buku ac.nanti boleh ambil duit dalam tu tak perlu minta dengan aku lagi." aku bosan asyik bertengkar dengan lina bab duit."

kalau mcm tu.kau serahkan pada aku insyaallah aku akan jaga wani macam anakku sendiri.
"terima kasih haji!" hassan memeluk sahabatnya dan berlalu pergi.
"wani belajar rajin2 ya !" tak perlu risau pasal ayah,ayah pandai jaga diri,semua keperluan wani untuk asrama ayah dah beli baru,tak perlu bawa barang dari rumah.sb semua baju tu buruk sangat dan 3 tahun tak berganti.ayah malu dengan diri ayah.tak dapat pertahankan hak anak ayah."

esok ayah akan ke k.l untuk jenguk abang azhar kamu.dia dah lama ayah tak jenguk. sebelum kerumah nenek kamu ayah bawa adik wati sekali belajar rajin2 ya!" wani anak ayah yang cantik dan baik hati.hassan mencium dahi anaknya sebelum balik.

sejak hari itu wani hanya tinggal di asrama dan hari minggu wani balik rumah pengetua sekolahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience