Rate

2 - Reunion

Romance Series 1182

Naomi tidak menyangka malam pertama dia berada di Johor Bahru akan dihabiskan bersama Kasumi, rakan lamanya daripada zaman sekolah. Rancangan asalnya untuk hanya makan malam, membeli-belah beberapa barangan keperluan dan kemudian pulang ke hotelnya untuk berehat sudah HANGUS!

Sedang kereta Kasumi meluncur keluar daripada pusat bandar dan menuju ke rumah Maiya, hati Naomi semakin gundah gulana. Dia sudah bersedia untuk menghadapi kes Shadow yang penuh cabaran itu, namun untuk bersemuka dengan rakan-rakan lamanya tanpa persediaan mental, dia berasa GEMENTAR! Jika dia boleh menulis semua perasaannya pada ketika ini, Naomi pasti menggunakan huruf besar sahaja berserta tanda seruan.

Sedang dia lemas dalam ombak emosinya, sedar-sedar kereta itu sudah tiba di perkarangan sebuah rumah mewah lima tingkat. Namun kerana hari sudah gelap Naomi tidak dapat mengenal pasti di kawasan pinggiran bandar Johor Bahru dia berada. Dia hampir lupa di mana rumah-rumah rakannya.

Kasumi pula sudah berada di luar pintu.  Naomi dan lantas membuka pintu kereta itu apabila dilihatnya Naomi masih duduk dalam keretanya dengan dahi berkerut.  Kasumi menghulur tangan pada gadis itu dan berkata, “Usah risaulah Naomi, dah berapa lama kau kenal kami untuk nervous sebegini. Jom.”

Naomi hanya mampu menggerakkan tangannya untuk menyambut tangan  Kasumi secara autopilot. Dia memang rapat dengan Kasumi suatu masa dahulu, malahan mereka lebih kerap bercakaran daripada jadi rakan baik yang normal. Hanya sejurus apabila sekolah humour tamat baru Kasumi lebih berlembut dengannya

Naomi sempat melirikkan matanya pada kereta mewah Kasumi yang diletakkan di hadapan laman rumah mewah Maiya. Dia ingat bagaimana mereka pernah keluar bersama-sama dengan kereta itu bertahun-tahun dahulu. Ketika itu  Kasumi baharu mendapat lesen memandu.

Naomi kemudian baru perasan bahawa rupa kereta itu masih kelihatan baik walaupun sudah berusia hampir dua dekad. Lalu Naomi tersenyum dan gemuruhnya beransur hilang, dia menyapa Kasumi, “Kau memang cermat ya, masih pakai kereta pemberian ibu kau ini. Kau jaga elok.”
Kasumi senyum kembali dan menjawab, “Jika masih elok buat apa ganti. Jika sudah terpaut, aku setia je.”

Ayat itu berbaur semacam, namun Naomi tahu Kasumi memang suka bermain ayat-ayat bunga. Jika tidak manakan Kasumi boleh menjadi penulis cerpen ketika zaman sekolah. Namun sehebat mana pun dia bermadah dan menjadi pujaan ramai,  Kasumi tidak pernah ada teman wanita semasa sekolah dan hanya Naomi dan Maiya sahaja rakan wanita yang rapat dan berada di sampingnya sepanjang mereka berkawan.

Kasumi sangat kaya. Naomi tahu Kasumi memiliki barang-barang yang mahal harganya, baju ke kelasnya dahulu sahaja berharga beratus-ratus ringgit sehelai. Walhal rakan-rakan mereka seperti Roslan dan Shea hanya mengenakan kemeja berharga tidak sampai seratus ringgit walaupun mereka juga daripada keluarga berada.

“Mengapa kau tidak hubungi kami sekian lama,” tanya  Kasumi memecah sepi antara mereka.

Sesungguhnya sepanjang beberapa tahun lalu Naomi banyak mendedikasi hidupnya untuk menyiasat kes Shadow, namun semakin lama dia menyiasat semakin sukar jadinya. Namun dia tidak boleh berkongsi kisah itu dengan Kasumi buat masa ini.

“Hidup berubah. Itu alasan aku. Kau mesti faham kerjaya aku,” jelas Naomi.

Naomi bertuah kerana  Kasumi tidak banyak soal, dia hanya mengerling ke arah Naomi sambil membawa rakannya itu menaiki sebuah tangga menuju ke bahagian belakang rumah. Naomi yakin bahawa rumah Maiya sudah banyak berbeza berbanding dahulu. Dia berpendapat mungkin ibu bapa Maiya mengubah suai rumah ini untuk meluaskan kawasan rumah mereka.

“Majlis apa ni?” tanya Naomi mengubah tajuk.

“Majlis amal, sekaligus reunionlah kata Maiya.”

“Yelah, majlis amal macam mana? Terangkan kepada aku, kita ada masa lagi ni kan?”

“Hmmmm, Majlis Amal mengutip dana untuk Charity JB. Kau akan faham apabila kau masuk ke dewan utama, semua maklumat ada di dalam… eh ... oleh sebab aku sudah buang air liur untuk bercerita, lagi kuat alasan kau kena ikut aku. Maiya akan mengamuk kalau aku tak tayang muka, sebab ini Majlis Amal yang dihadiri oleh separuh rakan-rakan ibu bapa aku."

“Ayah dan ibu kau tak hadir?”

“Mereka melawat nenek aku yang sakit semalam, aku ni pun baru pulang daripada Muar rumah nenek aku.”

“Macam mana Maiya boleh paksa kau datang jika macam tu? Kau tak beritahu dia ke nenek kau sakit.”

“Ah, alangkah bagusnya jika keadaan semudah itu.”

"Maksud kau?"

“Maiya telah menelefon ayah dan ibu aku semalam dan bertanya khabar. Namun nenek yang menjawab telefon dan mengaku bahawa dia tidak sakit terlalu serius, hanya sakit rindu pada anak dan cucunya.”

“Oh, apalah yang Maiya katakan sampai nenek kau memberi pengakuan sebenar.”

“Maiya memang licik. Dia memandai-mandai buat janji kepada ibunya bahawa aku akan datang. Ibunya pula baik dengan nenek aku. Dan...  Keiji, abang aku, pula sudah sahkan kehadiran dia dengan persetujuan nenek, jadi aku tiada alasan untuk elakkan diri daripada majlis ini.”

"Memang kau tak boleh melarikan diri... Haha." Naomi berpuas hati apabila mendapat tahu Keiji dapat mengenakan  Kasumi yang sukar untuk dipujuk bersosial itu. Dia amat berasa puasa hati, tapi dia pun tidak faham kenapa. Mungkin dia hanya suka melihat  Kasumi terseksa sekali sekala.

Kasumi berhenti di hadapan sebuah pintu, dan mengeluarkan sebuah sampul daripada poket kotnya dan menyerahkan pada Naomi, “Baca ini, kau cukup bijak untuk sedar hakikat malam ini.”  Kasumi kemudian membuka pintu dan masuk ke dalam lalu meninggalkan Naomi.

Naomi membuka sampul itu yang berisi surat jemputan majlis amal. Kad itu menyatakan bahawa bapa Maiya, Encik Hitomi telah mendapat pingat daripada Sultan Selangor baru-baru ini. Maka mereka telah mengadakan majlis amal untuk mengucapkan terima kasih kepada Metro itu sambil mengutip dana.

Naomi sedar dia ditinggalkan  Kasumi lalu bergegas menuruti langkah  Kasumi memasuki lorong demi lorong sehingga mereka tiba di hadapan sebuah bilik. Ketika itu Naomi sedang membaca atur cara majlis itu, dan dia terus tersengih. Kali ini dia berlari-lari anak ke arah Kasumi.

“Ah, ada acara lelongan amal jejaka terhangat Johor Bahru. Hahahha, jadi kau marah-marah tidak mahu pergi kerana Maiya akan ‘melelong’ kau untuk tabung amal rupanya."

Kasumi hanya mendengus sambil menjeling Naomi untuk sesaat.

Naomi ketawa terbahak-bahak, "Hahaha, tak sangka sejak aku tinggalkan JB kau tak banyak berubah, dan, Maiya masih menjual kehenseman kau untuk kepentingan dia."

Kasumi membuat muka tak tahu dan akhirnya berhenti di luar sebuah bilik. Dia mengetuk pintu bilik itu dan sejurus kemudian membukanya tanpa kisah reaksi orang di dalamnya. Di dalam bilik itu ada seorang wanita muda berambut coklat paras bahu sedang sibuk menyusun baju di rak gantung. Wanita itu menoleh ke arah mereka sejurus pintu terbuka.

Kasumi melemparkan senyuman kepada wanita itu dan berkata, "Selamat malam Miranda, ini Naomi teman saya untuk majlis malam ini. Tolong dia ya."

Wanita yang dipanggil Miranda itu menjawab sambil tersenyum, "Ya, masuklah Encik Kasumi. Tinggalkan dia dengan saya, saya rasa saya ada sesuatu yang sepadan dengan warna matanya."

Kasumi berjabat tangan dengan Miranda dan berpesan, "Aku akan kembali untuk dia tau Miranda, jangan bagi dia merayau," ujar  Kasumi sebelum dia berangkat pergi.

“Aku bukan budak kecik la Kasumi, aku tak perlukan babysitter… tapi kau nak ke mana?” Naomi segera menutup mulutnya apabila dia sedar bahawa dia menjerit seperti kanak-kanak di rumah orang.

“Haha, jumpa nanti. Aku mahu kau menyesuaikan diri dengan majlis jadi aku mahu kau berhias juga.” kata  Kasumi tergelak sinis.

"Yelah, yelah. Yang penting kau hantar aku pulang sebelum kedai tutup. Aku tetap nak pergi beli barang."

Kasumi ketawa lagi dan terus beredar. Namun Naomi tetap berdiri di muka pintu walaupun  Kasumi sudah berlalu pergi. Dia mendengus dalam hati.

Apa aku nak buat ni? Adakah aku nak duduk di sini sahaja. Ini dahlah rumah orang dan aku boleh dianggap sebagai penceroboh sebab Maiya tak tau pun aku akan ke rumahnya. Ahhh… macam mana?!

Miranda yang melihat Naomi masih tercegat terus mengajaknya ke dalam. “Cik, Cik, mari masuk ke dalam dan tutup pintu. Duduk sebentar di atas katil tu ya.”

Naomi mengeluh, dia sepatutnya beredar sejurus selepas bertemu Kasumi di tengah kota tadi. Nah lihat, apakah yang telah dia lakukan kepada dirinya.

Memang Naomi langsung tidak sangka akan bertembung dengan  Kasumi pada hari dia kembali ke Johor Bahru. Rakan lamanya itu juga tidak langsung bertanya khabar kepadanya, mungkin ada satu dua email tapi Naomi pasti dia telah balas. Cuma mungkin sejak setahun lalu mereka tidak berhubung langsung. Seperti dia katakan tadi hidup berubah.

Pada usia empat belas tahun Naomi memasuki Sekolah Menengah Jalan Sultan Johor Bahru dan tidak langsung berkawan dengan sesiapa selama lima bulan kerana dianggap terlalu bising, tidak pandai dan berpakaian terlalu hodoh untuk seorang gadis remaja. Namun Maiya telah terlihat wajah Naomi dan bertanya bilakah tarikh gadis itu lahir, sejurus dia tahu Naomi lahir pada bulan Oktober, Maiya terus bertanya jika Naomi ingin menjadi adik angkatnya.

Walaupun mereka hanya berbeza bulan sahaja namun Naomi yang dalam kesepian terus bersetuju. Dia tidaklah berasa terganggu atau pun was-was terhadap pelawaan Maiya itu.

Selama seminggu mereka menjadi kakak dan adik angkat, Maiya mengajar Naomi mengenai menjaga penampilan, membawanya membeli-belah (Naomi bersyukur ibu bapanya sudi memberinya elaun shopping yang lumayan), dan cara menghias dirinya. Maiya berkata “Tak kisah kalau tak mekap tebal, tapi berbedak supaya tidak kelihatan penat sebelum akhir hari, sangat penting ok. Apatah lagi selepas dia mendapat tahu bahawa Naomi bercita-cita untuk menjadi pegawai polis seperti ayahnya. Dia mahu Naomi belajar cara menguruskan diri agar kelihatan segak ketika bertugas nanti.

Setiap kali Naomi dibawa membeli-belah  Kasumi akan mengambil mereka pada akhir aktiviti untuk makan bersama. Naomi mula-mula segan terhadap lelaki itu kerana dia sentiasa dihurung peminat, dan pernah menganggap  Kasumi sombong. Namun setelah sekian lama berinteraksi, dia dapati  Kasumi memang berperangai sebegitu. Kadang2 Keiji ikut sama dan Naomi terus menjadi hairan bagaimana abang yang ceria dan peramah mempunyai adik yang serius dan sugul seperti Kasumi.

Hubungan Naomi pada mulanya mengikuti sahaja ke mana Maiya mahu pergi, tapi menjelang enam bulan dia sudah mula muak dengan perangai Maiya dan kadangkala mereka mula bergaduh. Namun mereka bergaduh dan baik semula,  sehinggalah tamat persekolahan.

Dua tahun Naomi di sekolah itu dia menjadi amat rapat dengan Maiya dan Kasumi. Namun dia hanya bersama mereka selama dua tahun dan kemudian dia berpindah ke Kuala Lumpur.

Kini, walaupun rupa bukan penting dalam kerjaya polis tapi Naomi gemar berhias untuk ke pejabat. Memang rupa bukan segalanya namun penampilan itu penting untuk tampak profesional dan berintegriti.

+++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++

"Wei, berangan apa?"  Kasumi mencucuk pipi Naomi menggunakan jari telunjuknya.

"Wah, apa? Dah tiba balik?"

"Macam mana kau jadi polis pun aku tak taulah Naomi, penjenayah boleh suka-suka hati lalu sebelah dan kau tidak perasan,"  Kasumi menyindir. Namun di bibir jejaka itu terukir senyuman ikhlas.

Naomi menjeling tajam pada  Kasumi dan kembali memerhati penampilannya yang sudah berubah di dalam cermin setinggi manusia itu.

Setelah  Kasumi meninggalkannya, Miranda telah menyuruhnya bersiram sebentar dan mengenakan losyen dan perfume. Kemudian dia mengenakan gaun parti berwarna biru muda. Kata Miranda ia sesuai dengan warna matanya. Oleh kerana ia hanya majlis amal maka Miranda hanya mengenakan solekan ringkas kepada Naomi, dan rambut Naomi di ikat ke belakang untuk memudahkan pergerakannya. Miranda kemudian menggulung rambut di tocang Naomi dengan gulungan rambut longgar. Naomi suka kerana dia tidak dipaksa oleh Miranda untuk mendandan rambut panjangnya dalam bentuk sanggul.

Naomi merasakan dia sangat cantik, malahan lebih cantik daripada ketika dia memakai gaun oren untuk promnya di mana dia membawa  Kasumi dan Maiya sebagai teman. Ketika itu sebulan sebelum mereka habis sekolah. Mereka menari sepanjang malam dan balik ke rumah Maiya dalam kepenatan dan terus tidur tanpa membuka pakaian, hanya  Kasumi yang rajin menukar baju sebelum masuk tidur.

"Tuan puteri, jom," pelawa Kasumi. Kali ini lebih lembut bicara dia. Dia lalu menawarkan lengannya agar Naomi menyambutnya tapi gadis itu nyata keliru, “Buat apa ni?” tanya Naomi.

Kasumi mendengus kuat sambil Miranda memandang mereka sambil menahan senyum di wajahnya.

“Kau berpaut pada lengan aku ini kerana kita perlu turun ke bawah berjumpa Maiya.” ujar  Kasumi tegas.

“Oh, oh ya,” ujar Naomi sambil menggaru-garu sanggul cantiknya.

“Dan, jangan garu rambut sebab kau nampak canggung. Miranda dah hias cantik dah tu,” ujar Kasumi. Dia kemudian berpaling kepada Miranda dan menunduk hormat, “ Terima kasih Miranda, kau akan jadi jurudandan terulung apabila kau tamat belajar nanti.”

“Ahh, Tuan Zane, ini biasa-biasa sahaja.”  Kasumi mengangguk-angguk kepala tanda memahami ayat-ayat rendah diri Miranda dan kemudian mengangguk kepala kepada Naomi.

“Ok, ok, jom,” Naomi memaut lengan  Kasumi dan mereka bergerak untuk mendapatkan Maiya.

+++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++

Seperti cerita Cinderella,  Kasumi membawa Naomi melalui sebuah lorong yang hujungnya ada sebuah tangga menuju ke ruang utama. Naomi berasa seperti seorang hipokrit berpakaian secantik itu untuk semalam sahaja. Dia berasa seperti..

“Cinderella,” nama itu terukir di bibir Naomi.

“Kau bukan cinderella,”  Kasumi mencelah.

Naomi berasa segan apabila dia tersebut apa yang terlintas di dalam fikirannya. Namun dia lebih terganggu dengan kata-kata Kasumi. Walaupun dia tahu dia memang bukan Cinderella, kerana Cinderella hanya gadis yang tiada keberanian diri untuk mencari jawapan segera untuk keluar daripada kemelut hidupnya. Setelah didera bertahun-tahun jalan penyelesaiannya hanya untuk keluar secara sulit untuk menghadiri majlis makan malam di istana dan berharap si putera menyelamatkannya.

Kasumi meletakkan tangan di bahu Naomi dan berdiri bertentangan dengannya, “Dia hanya gadis yang berpakaian cantik untuk memikat hati putera raja. Kau lebih daripada itu Naomi, kau berpakaian cantik malam ini kerana aku paksa kau. Ini semua mainan imej untuk mengabui masyarakat sahaja, dan yang sebenar ialah kita di luar sana yang hari-harinya minum kopi kerana perlu bekerja sehari suntuk mencari rezeki. Dah, usah rasa rendah diri lagi, anggap sahaja ini hiburan macam pergi karaoke. Kau lebih daripada gain cantik ini.”

Kasumi memberikan senyuman sinis kepada Naomi dan dengan suara lebih lembut, dia berkata. “Jom, sudah-sudahlah berfikir secara kritis.”

Kali ini hati Naomi berasa lebih tenteram. Betul, ini hanya hiburan sahaja dan dia berada di Metro Johor Bahru untuk berkhidmat, dan bukan untuk bersosial. Setelah malam ini berlalu entah bila agaknya Naomi ada masa untuk berhibur lagi. Dia sedar tentang tahap keseriusan kes Shadow yang akan dihadapinya itu. Dia sedar dia sepatutnya menikmati malam ini sepenuhnya.

Fikirannya masih terikat pada vigilante-vigilante itu yang masih belum dapat ditentukan motif mereka, dan kerana itu Maiya perlu bekerja keras dalam penyiasatan itu. Hiburan yang ada di depan matanya memberi dia peluang untuk bernafas sebentar sebelum menjalankan tugasnya dengan lebih fokus. Karen Utada, ibunya kerap kali mengingatkan kepada anaknya itu untuk sentiasa memberi masa kepada diri sendiri untuk memerhati keadaan sekitar apabila tiba di sesuatu tempat. Naomi tersenyum, mungkin ini peluang yang sesuai untuk dia melihat orang-orang yang menggerakkan ekonomi Johor Bahru. Mungkin ada jawapannya di situ.

Berbekalkan motivasi itu Naomi menuruni anak-anak tangga sambil berpaut pada lengan Kasumi, tiba-tiba dia berasa jalan ke bawah terlalu jauh. Nasib baik Miranda bersetuju untuk memberikan dia memakai ‘kitten heels’ atau kasut tinggi yang tumitnya hanya dua cm. Tidaklah nanti Naomi tersembam sujud di lantai marble jika tersadung

Dia menuruni tangga itu, yang nampaknya agak jauh juga. Setibanya dia di anak tangga dua puluh terakhir dia mula perasan semua tetamu yang di bawah mulai  memandangnya. Ketika itu Naomi merasa sangat segan, segan kerana semua perhatian tertumpu padanya. Bukan selalu dia mendapat perhatian sebegini. Lalu dia memalingkan mukanya kepada Kasumi, dan dia baru terfikir mungkin  Kasumi juga faktor yang menarik perhatian tetamu memandang ke arah mereka.

Jejaka itu mengenakan kot dan seluar berwarna kelabu dengan kemeja hitam di dalamnya. Pada Naomi dia kelihatan sangat kacak dan tatkala itu Naomi terfikir alangkah bertuahnya mereka yang memiliki Kasumi. Naomi teringatkan kata-kata  Kasumi padanya sebentar tadi dan segera senyum.

Setibanya mereka di bawah, Naomi menghalakan pandangannya kepada ruang utama itu dan nun di atas pentas utama dia nampak rakan lamanya Annie Yamada sedang memegang mikrofon untuk memulakan tugasnya sebagai pengacara malam itu.

“Encik Kasumi Zane pun sudah tiba di majlis, bersama si cantik manis, Cik Naomi Utada.  Wah, lama tak jumpa Naomi!” Annie separa berteriak pada mikrofonnya.

“Selamat datang sekali lagi ke Majlis Amal anjuran Yayasan Amal Johor Bahru dan pasangan Tuan dan Puan Hitomi. Kami akan memulakan acara utama sebentar lagi, saya Chong Davis bersama pasangan saya Ino Yamada, kami akan menemani anda sepanjang acara malam ini.”

Naomi tersenyum lebar apabila mendapati rakan sekolah lamanya Chong turut berada di atas pentas. Dia tertanya-tanya mana lagi rakan mereka berdua yang bernama Shern berada.

Maiya muncul daripada celah-celah tetamu lalu mendekati Naomi dan Kasumi, “Naomi, terima kasih kerana datang. Kalau aku tahu kau berada di Johor Bahru aku sudah jemput sendiri kau awal-awal. Maafkan aku, Maaf!”

“Takpe Maiya,” Naomi memegang bahu Maiya dan mereka berpelukan. Maiya melepaskan rangkulan Naomi dan berkata kepada Naomi, “Kau tahu apa yang akan terjadi malam ini?”

“Ahh, mengenai itu. Acara utama ialah lelongan amal jejaka ya?”

“Ya, dan kita tengok siapa dapat Kasumi?” Naomi segera membalas.

“Hmm “Maaf tuan-tuan puteri, patik perlu berjumpa seseorang. Patik mohon mengundur diri.”  Kasumi memegang tangan Naomi dan mengucupnya sebelum berlalu pergi.

“Ah, mengapa  Kasumi sangat gentleman?” Naomi bertanya kepada Maiya. Pelik apabila Kasumi berkelakuan begitu.

“Hahahha, dia memang begitu. Lagi aku suruh dia berperangai elok, lagi dia buat perangai yang hipokrit macam tu,,” ujar Maiya.

Naomi yang mendengar ayat itu cuba membandingkan Kasumi sekarang dengan  Kasumi dahulu, mungkin jejaka itu hanya menganggapnya kawan rapat seperti dulu. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa semacam apabila merasakan yang mungkin Kasumi sekarang ini beraksi lain macam sungguh dengannya.

“Eh jom kita ke meja buffet, aku lapar,” getus Maiya.

“Aku teman sahaja, aku baru makan di Ichiraku Ramen tadi.”

Maiya ketawa, “Mengenali kau, aku tidak pelik sekiranya kau lebih gembira bertemu ramen tercinta kau dahulu, berbanding rakan-rakan lama. Apa khabar sekarang?”

“Baik-baik sahajaku. Aku ke sini kerana tugas. Ah, nanti aku cerita lain kali.”

“Aku usik kau saja Naomi, aku tau kau pegawai polis yang sibuk.”

“Eh lelongan akan bermulalah!” Tiba-tiba seorang gadis yang sedang memegang tas tangan bertatah batu permata bersuara dengan kuat. Maiya segera menarik tangan Naomi dan mereka bergegas ke meja buffet.

Naomi mula mencari Kasumi atas pentas sambil-sambil dia memilih juadah, dan rupanya rakannya itu sudah ada di atas pentas dengan Keiji dan beberapa orang jejaka Johor Bahru lagi. Naomi hampir tergelak dengan wajah  Kasumi yang kelat berbanding Keiji yang tersenyum hebat.

Tiba-tiba jantung Naomi berdegup pantas apabila Keiji memandang tepat padanya sambil mulutnya menyebut namanya sebagai soalan. Semakin hensem nampaknya abang kepada rakan lamanya itu. Keiji pula memberi isyarat kepada Naomi untuk bertemunya sebentar lagi. Naomi tertanya-tanya kenapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience