BAB 1

Romance Completed 10438

Dia memandangku dengan penuh rasa sayang yag ikhlas terbit dari hati, Dia memandangku dengan senyuman manis. Dia memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan ku sebelum ini.

Akan tetapi.

Aku melihatnya tanpa sekelumit rasa minat jauh sekali sayang. Kering dari rasa kasih secara total. Aku membalas senyumannya dengan senyuman sinis seakan mengejek cinta yang diberikannya. Dan aku benci mendengar keinginan dan sebab musabab cintanya kepadaku kerana mana mungkin aku dapat memberi jawapan atau membalas apa yang dia mahukan.

Rindu. Rindu ini sukar untuk diungkap. Rindu ini juga sukar untuk disimpan. Rindu ini juga boleh membuatkan ku terleka.

Cinta. Mengapa ia wujud tanpa dipinta? Mengapa ia wujud pada waktu yang tidak sesuai? Mengapa juga ia mesti wujud diantara kita berdua?

Ya. Cinta ini sungguh kompleks. Kalau nak sebut pasal cinta sejati? Tak mungkin. Bagi aku tak mungkin. Mustahil. Kerana apa? Kerana aku sudah tidak mempercayai apa itu cinta. Aku dah lali dengan perkataan itu. Aku juga dah malas nak ambil peduli tentang cinta.

Tetapi, dia. Dia datang memberikan cinta. Dia datang memberikan rasa. Dia juga datang dengan seribu harapan.

Andai saja aku mampu. Mampu untuk membalas cintanya. Mampu untuk meraih cintanya. Mampu memberikan dia rasa yang sama.

Maaf. Andai saja aku mampu. Tapi aku masih keliru.

Aku dalam dilemma, cuba untuk menghalang diri aku dari membuat sesuatu yang bolehh mengguris perasaannya dan meremukkan hati ku sekali lagi.

Cukuplah atas kesakitan yang lalu. Aku masih tidak berdaya mengutip cebisan-cebisan hati yang telah dipijak.

Maafkan aku.

Aku cuba untuk tersenyum. Tapi gagal. Giliran air mata aku pula yang menurun tanpa dipinta. Hati ini. Hati ini terasa sesuatu. Selalu sangat rasa perasaan ini setiap kali terfikir tentang dia. Tetapi maafkan aku. Aku masih tak mampu. Aku tak mampu untuk mengambil risiko itu lagi. Tak!

Andai saja dia membaca isi hati diari aku ni. Agaknya apa perasaan dia? Dah sebulan aku menjauhkan diri daripada dia. Lari daripada segala-galanya. Aku dah penat untuk hadap manusia yang sering sakitkan hati aku. Penat untuk hadap manusia yang bertalam dua muka dan penat hadap manusia yang sering menginginkan sesuatu daripada aku. Penat.

Memang mudah untuk berkata-kata. Tetapi, mereka tidak tahu pernah alami semua itu. Aku tuan badan. Bukan mereka! Bahkan, mereka tidak cuba untuk memahami pun isi hati aku. Yang mereka tahu, mereka pilih pihak yang mereka rasa terbaik dan boleh membahagiakan mereka sahaja. Senang sungguh mereka membuat keputusan kan?

" Akak!"

Aku menyimpan diariku ke dalam laci meja. Air mata yang mengalir tadi disekat. Pastikan muka aku tiada kesan air mata baru aku keluar daripada bilik dan menemui ibuku.

" Ada apa ibu?"

" Ada orang nak jumpa kamu. Katanya kawan lama kamu. Ibu pun tak kenal siapa."

Aku memandang ibu dengan seribu persoalan. Kawan lama? Setahu aku, setelah aku berpindah semenjak sebulan yang lalu ni, tiada seorang pun yang tahu tempat tinggal aku. Bahkan, kawan karib aku pun tidak tahu. Aku langsung tidak mahu diorang tahu. Kalau tidak, mestilah mereka akan jadi wartawan tidak bertauliah aku.

" Lelaki ke perempuan ibu?"

" Perempuan. Pergilah tengok. Pakai tudung dulu. Ibu nak ke dapur dulu."

Hati ini mengeluh lega. Sebab perempuan. Bukan lelaki. Jadi, tanpa berlengah aku pun menyarungkan tudung sebelum melangkah ke arah ruang tamu.

" Assalamualaikum." Aku memberikan salam apabila perempuan itu membelakangi aku.

" Waalaikumussalam wahai saudari Natrah."

Aku terlopong sebaik sahaja melihat wajah itu.

" Wani! Ya Allah!"

Aku terus memeluknya melepaskan rindu yang terpendam.

" Ingatkan dah tak ingat."

" Mana boleh tak ingat. Kawan senakal aku masa sekolah rendah dulu. Tapi, macam mana kau tahu aku tinggal dekat sini?"

Aku meleraikan pelukan dan mengambil tempat di sebelahnya.

" Aku ternampak kau semalam dekat kedai runcit taman ni. Aku masa tu masih ragu-ragu lagi sama ada itu kau atau tak. Jadi, aku ekori kau sampai ke rumah. Bila tengok cara kau, perwatakan kau dan ibu kau. Baru aku datang."

Aku tersenyum senang. Alhamdulillah. Ada juga peneman aku dekat sini.

“ Kau dah lain sekarang ni.”

Aku tersentak apabila Wani berkata begitu. Adakah perubahan aku sangat ketara?

“ Mana ada. Biasa jelah.”

Aku tersenyum hambar.

“ Kau nampak kurus. Nampak cengkung pun ada. Muka kau tiada sinar. Macam 10 tahun yang dulu. Kau ke ni Natrah? Kau ada masalah erk?”

Aku menggigit bibir. Ya Allah. Dia dapat kesan isi hati aku.

“ Entahlah Wani. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.”

“ Cuba cerita dekat aku. fasal lelaki kan?” Aku tersentak.

“ Hurmm. Kau tahu tak? Lepas habis sekolah rendah tu, aku masuk sekolah berasrama penuh. Sepanjang 7 tahun aku berada dekat sekolah tu macam-macam yang terjadi. Aku ingatkan sampai situ saja. Tetapi, time aku sambung belajar sampai dah tamat belajar ni pun, ada masalah baru pula. Aku penat Wani. Penat sangat!”

Wani memandangku dengan senyuman kecil.

“ Tak apa. Cuba cerita. Aku sudi mendengar.”

“ Terima kasih.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience