BAB 2

Romance Completed 10438

Kedengaran suara gelak tawa sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah. Agaknya, siapa yang sedang bergelak tawa dengan ibu dekat dapur tu? Ada tetamu rasanya.

“ Assalamualaikum.” Tegurku sebaik sahaja sampai ke dapur.

“ Waalaikumussalam.”

Tetapi, sebaik sahaja mendengar suara itu. Aku terus terkaku. Mataku tidak berkelip memandang ke arahnya. Dia?

“ Natrah. Kamu dah lupa ke dengan kawan lama kamu ni?”

Aku cuba untuk tersenyum. Tapi tidak kesampaian apabila telefon bimbitku tetiba berbunyi. Alhamdulillah. Kau la penyelamat aku pemanggil telefon. Aku tengok skrin telefon. Tersentak buat kali kedua.

Ikmal!

“ Siapa call Natrah?”

“ Kawan. Natrah naik bilik dululah.”

Bergegas aku bergerak ke bilik. Sebelum ni aku berterima kasih pada pemanggil telefon ni. tetapi sekarang rasanya tidak lagi. Aku rasa aku lebih rela berdepan dengan dia daripada jawab panggilan telefon ni. jadi sekarang? Apa patut aku buat?

Seminit berlalu. Tetapi aku masih tidak menjawab panggilan tersebut. Aku hanya melihat skrin telefon sekejap menyala. Sekejap terpadam. Dan akhirnya, bunyi pesanan ringkas masuk.

-Awak dekat mana? Saya minta maaf. Rasanya semua ni berpunca daripada saya. Boleh tak awak jangan lari daripada saya dan kawan-kawan awak. kalau ye pun awak nak mengelak daripada berjumpa dengan saya. Please jangan libatkan kawan baik awak ni. dia separuh risau cari awak tau tak. Sampai semalam katanya dia nak pergi report polis kalau tak jumpa juga awak. please jawab panggilan saya.–

Aku terlopong. Ya Allah. Kejamnya aku! Dengan tangan yang terketar-ketar. Aku menjawab panggilannya.

“ Assalamualaikum Natrah. Awak di mana ni? Tolong Natrah. Kami semua rindu nak jumpa awak. dah sebulan lebih awak menghilangkan diri.”

Aku terdiam. Suaraku seperti tersekat di kerongkong. Nak jawab tapi tak terkeluar suara ni. Ya Allah.

“ Nat! saya tahu semua ini berpunca daripada saya. Tapi saya benar-benar maksudkannya. Tolong awak. saya terima apa saja jawapan daripada awak. tapi please.. jangan pernah menjauh daripada saya dan kawan-kawan awak.”

“ A..awak.”

Aku menggigit bibir.

“ Natrah.”

Aku memandang ke luar tingkap. Aku memejamkan mataku kuat. Ya Allah. Adakah aku terlalu berkeras padanya selama ini. Tapi itu juga untuk kebaikan diri aku dan hati aku yang pernah terluka ini. aku tak mahu terluka buat kali kedua.

“ Natrah. Saya dah tahu kisah awak. saya dah tahu semuanya. Awak percayalah saya. Saya takkan buat seperti dia buat.”

Aku terkedu. Arh! Ni mesti kerja Tasya ni. Tak boleh simpan rahsia langsung.

“ Tapi…”

“ Awak masih cintakan dia?”

Aku tersenyum sinis saat mendengar soalan itu daripada mulut Ikmal.

“ Cinta? Dia? Arh! Untuk apa? Untuk buat hati saya terluka lagi? Rasa tu dah tak wujud dalam diri saya ni awak. Rasa tu dah mati.”

Aku menjenguk ke luar bilik. Nampaknya, dia masih belum pulang.

“ Natrah. Saya Cuma minta satu je. Tak banyak. Cuba bukakan hati awak. walaupun bukan untuk saya tapi untuk terima ketentuan Allah. Dia lebih tahu yang terbaik untuk awak. semua yang terjadi ada hikmahnya awak. saya tahu hati awak teruk dilukai. Tapi Allah hadirkan lebih ramai orang yang sayangkan awak. ye tak? Termasuk saya.”

Aku tersenyum kecil. Ikmal.

“ Saya Cuma minta diberi satu peluang je untuk membuktikan cinta saya. Kalau awak beri saya peluang. Saya sanggup. Esok juga saya sanggup pergi meminang awak. sebab saya tak nak jadi kekasih awak tetapi saya nak jadi suami awak. izinkan saya?”

Aku terkedu buat kali kedua. Suami? Ya Allah.

“ Natrah!”

Sekali lagi aku tersentak hebat apabila dia tiba-tiba berdiri tepat di hadapan aku saat ini. Ya Allah!

“ Helo. Natrah? Awak masih ada di sana ke?”

Aku rasa macam air mataku ni nak mengalir. Dua orang lelaki yang sama ada dengan aku sekarang ni. Cuma berbeza tempat sahaja.

“ Awak… dia ada depan mata saya. Dalam rumah saya.” Jawabku dalam panggilan.

Dia pandang aku dengan senyuman. Tapi malangnya, aku dah hilang senyuman manis itu untuknya. Hilang segalanya!

“ What? Natrah! Awak ada dekat mana ni? cuba cakap!”

“ Ik. Saya call awak lain. Bye.”

Aku pandang dia dengan senyuman sinis.

“ Buat apa dekat sini? Macam mana boleh tahu aku tinggal dekat sini?”

“ Dulu rumah ni rumah awak juga kan? saya agak je.”

Aku rasa nak termuntah bila dia bahasakan diri dia saya. Pleaselah! It’s over Dahlan!

“ Kau nak apa lagi datang sini? Kita dah tak ada apa-apa. Remember?”

“ Saya datang nak berkawan dengan awak. saya masih tak boleh lupakan awak. lupakan persahabatan kita. Saya masih sayangkan awak Natrah.”

“ Hey! Pergi matilah dengan sayang kau semua tu! Aku dah muak la. Kau ingat selepas kau berjaya lukakan hati aku, aku akan pergi merayu melutut dekat kau? Macam tu? silap besarlah! Penyesalan terbesar dalam hidup aku adalah terima cinta kau sedangkan hati kau mudah berubah. Playboy!”

Aku terus berlalu daripada berdepan dengan dia. Tapi sebaik sahaja aku berdiri di tepinya, dia menggenggam kuat lenganku yang berlapik itu.

“ Saya minta maaf. Saya buat salah besar masa tu. Saya tak sedar. Please. Maafkan saya.”

Aku tepis tangannya sekuat hati. Aku pandang wajahnya dengan seribu kebencian.

“ Untuk pengetahuan kau. Rasa tu, nama kau dan segala-galanya tentang kau dah lama mati dalam hati aku ni. dah luput! Kau faham? Sekarang aku minta kau pergi daripada sini.”

Dengan langkah yang perlahan, aku terus berlalu daripada situ. Tanpa disedari, air mataku mengalir jua. Ya Allah. Mengapa dia mesti muncul kembali? Mengapa?

“ Saya akan terus meminta maaf pada awak! Saya masih sayangkan awak!”

Pergilah Dahlan! Pergilah dari hidup aku. Aku dah tak perlukan kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience