Completed
3646
Gema enjin kereta Dato? Hamdan semakin menjauh, meninggalkan keheningan yang menyesakkan di dalam banglo itu. Sebaik sahaja pintu pagar automatik tertutup rapat. Topeng 'lelaki budiman' pada wajah Adam luruh, serta-merta.
?Adam berpaling ke arah Zara. Matanya yang tadi bercahaya mesra kini bertukar menjadi gelap dan dingin.
?Adam menarik kerusi jati dengan kasar sehingga mengeluarkan bunyi nyaring.
"Duduk. Aku belum habis makan lagi."
?Zara berdiri kaku, tangan menggeletar.
"Datin Salwa pesan tadi... abang kena jaga saya elok-elok. Abang tak kesiankan saya ke?"
?Adam ketawa sinis sambil mencedok baki rendang.
"Kesian? Kau patut berterima kasih, sebab aku bagi kau peluang berlakon jadi isteri mithali depan mereka. Tapi kau... kau hampir rosakkan semuanya dengan muka ?setia hujung nyawa? kau tu."
? "Saya cuma tanya pasal Lana. Kenapa abang perlu heret dia ke sini? Abang dah janji dia akan selamat di sana."
?Adam meletakkan sudu dengan dentingan kuat pada porselin.
"Janji itu untuk orang yang patuh, Zara. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku nampak kau macam dah pandai nak melawan. Jadi, Lana akan jadi 'mata-mata' aku kat sini. Supaya kau sedar, setiap langkah kau, nyawa adik kau jadi taruhannya."
? "Abang kejam! Abang tahu dia tak boleh sesuaikan diri dengan orang luar!"
?Adam langsung bangkit dan menghampiri Zara, membisik rapat ke telinga.
"Jangan jerit depan aku. Syurga kau kan bawah tapak kaki aku? Tadi kau sendiri yang cakap depan Datin Salwa, kan? Atau kau dah 'pelupa' macam yang aku beritahu mereka tadi?" ancam Adam sebelum dia melangkah ke arah televisyen, sengaja membiarkan Zara dalam ketakutan.
?"Esok pagi, ikut aku pergi Melaka. Aku tak nak dengar sebarang alasan. Kalau aku nampak mata kau bengkak sebab menangis, aku pastikan pengasuh Lana kat sana 'kehilangan' kerja malam ni juga."
?"Abang nak saya buat apa lagi? Saya dah masak, saya dah layan tetamu abang, saya dah ikut semua telunjuk abang..."
"Aku nak kau sedar satu benda, Zara. Dalam rumah ni, CCTV tu bukan hiasan. Aku nampak setiap inci pergerakan kau. Kau nak lari? Silakan. Tapi pastikan kau dah tempah keranda untuk Lana dulu."
?Zara terus terduduk di sofa, menutup muka dengan tangan.
"Kenapa abang buat saya macam ni... apa salah saya?"
?Adam berhenti di anak tangga, memandang rendah ke arah Zara.
"Sebab kau terlalu cantik untuk dilepaskan dan terlalu lemah untuk melawan. Kemaskan meja tu sampai berkilat. Aku tak nak tengok satu pun kesan minyak. Dan ingat... tepat dua sentimeter."
***
?Adam mendaki anak tangga satu persatu, meninggalkan Zara yang masih tersedu-sedan dalam kebejatan emosi yang tidak berpenghujung. Suasana hening malam itu, mengejek penderitaan Zara. Yang kedengaran, hanyalah bunyi detikan jam dinding yang berdetak seperti nadi yang menanti saat untuk terhenti.
?Zara mengangkat wajahnya yang sembab. Pandangannya beralih ke arah meja makan. Setiap butir nasi dan sisa hidangan yang tersisa kini kelihatan seperti serpihan maruah dirinya yang telah dipijak-pijak oleh Adam. Dengan tangan yang masih menggigil, dia mula mengemas, menyapu sisa-sisa rendang yang terpercik dengan penuh ketelitian.
?"Kenapa diam? Sudah bisu?" suara Adam bergema dari tingkat atas, kasar mencarik kesunyian.
?Zara tersentak. Dia menarik nafas, mencari sisa keberanian dalam rongga dadanya yang sesak.
"Saya akan kemaskan, bang. Semuanya akan berkilat. Cuma... tolong jangan sakiti Lana."
?Adam muncul di birai koridor tingkat atas, memandang ke bawah dengan senyuman yang menyeringai jelik.
"Lana akan sentiasa selamat, selagi kau tidak mencungkil kemarahan aku. Kau tahu kan, aku benci ketidakteraturan?"
?"Saya tahu," balas Zara perlahan, nada suaranya kedengaran kuyu dan pasrah.
?"Bagus. Kerana esok di Melaka, sandiwara kita perlu lebih mampat. Jangan sampai Dato? Hamdan nampak getaran di tangan kau itu. Dia orang lama, firasatnya tajam."
?Zara berhenti mengelap meja. Dia memandang ke arah siling, ke arah punca suara yang menghancurkan dunianya.
"Sampai bila kita harus begini? Sampai bila saya perlu menjadi hamba dalam sangkar emas ini?"
?Adam ketawa, satu bunyi yang hambar tanpa sebarang unsur keceriaan.
"Sampai aku bosan, Zara. Tapi melihatkan kecantikan kau yang masih belum pudar itu, rasanya masa itu masih jauh. Ingat, pastikan meja itu licin. Kalau aku turun nanti dan nampak walau secalit noda, kau tahu apa nasib pengasuh Lana."
?Langkah kaki Adam kembali kedengaran menuju ke bilik utama, meninggalkan Zara sendirian menghadap bayang-bayang ketakutannya sendiri di bawah limpahan cahaya lampu candelier yang mewah namun dingin.
Beberapa minit kemudian?
?Adam menapak turun. Setiap langkahnya sengaja dihentak berat pada anak tangga kayu jati itu. Dia berdiri tegak di belakang Zara, memerhati setiap inci pergerakan isterinya yang sedang membongkok mengelap meja.
?"Lembap. Kau buat kerja macam sengaja nak pancing amarah aku," desis Adam, suaranya parau namun tajam.
?Zara tersentak menyebabkan kain buruk di tangannya terlepas ke lantai.
"Maaf, bang. Saya... saya cuma pastikan tiada kesan minyak, macam yang abang nak".
?Adam mencengkam rahang Zara, memaksa wanita itu mendongak. Matanya yang gelap dan dingin menikam terus ke dalam anak mata Zara yang berkaca.
?"Dua sentimeter, Zara. Aku cakap letak pinggan tu tepat dua sentimeter dari bucu meja. Kau ingat aku main-main?".
?"Sakit, bang..." Zara merintih, tangannya menggeletar hebat.
"Tadi, depan Datin Salwa abang kata abang sayangkan saya. Abang kata saya nyawa abang...".
?Adam melepaskan rahang Zara dengan rentakan kasar hingga kepala wanita itu terteleng. Dia ketawa sinis, satu bunyi yang menderu sombong.
"Itu skrip untuk orang luar. Hakikatnya, kau cuma hamba yang aku beli dengan harga murah. Kau fikir gelaran 'isteri' itu tiket untuk kau duduk goyang kaki?"
?Zara jatuh melutut, memeluk kaki Adam dengan sisa maruah yang kian lebur.
"Apa lagi yang abang mahu? Saya sudah ikut semua telunjuk abang. Tolonglah, lepaskan Lana. Dia tak berdosa".
?Adam membongkok, membisikkan racun tepat ke telinga Zara.
"Lana akan terus jadi 'mata-mata' aku. Esok di Melaka, kalau aku nampak setitik air mata kau jatuh depan Dato' Hamdan, aku pastikan adik kau 'hilang' tanpa kubur"
?"Abang cakap saya hamba?" Suara Zara kedengaran bergetar, namun nadanya sarat dengan keberanian yang kian memuncak.
"Kalau saya hamba, abang itu apa? Tuan yang pengecut? Sebab abang hanya berani gunakan budak istimewa seperti Lana untuk ikat saya!".
?Langkah Adam terhenti. Wajahnya merona merah, urat di lehernya mula timbul.
"Kau... kau dah mula pandai menyalak?"
?"Saya bukan menyalak, saya cuma bercakap benar!" Zara melangkah setapak ke hadapan, menghampiri Adam tanpa rasa gentar yang biasanya melumpuhkan sendinya.
"Abang kata, syurga saya bawah tapak kaki abang?. Tapi cara abang layan saya, abang lebih layak jadi penghuni neraka paling bawah! Sila, bunuh saya sekarang kalau itu boleh puaskan hati abang. Tapi ingat, kalau saya mati, abang takkan dapat kontrak Dato' Hamdan tu!".
?Satu tamparan hinggap di pipi Zara dengan impak yang kuat, menyebabkan bibirnya pecah dan mengeluarkan darah pekat. Adam mencengkam leher baju Zara, mengangkatnya sehingga wanita itu terpaksa berjinjit.
?"Kau fikir kau besar sangat sampai boleh ugut aku?" Adam membisik dengan suara yang kedengaran seperti desisan ular.
"Kontrak itu akan tetap jadi milik aku dengan atau tanpa, kerelaan kau. Esok ke Melaka, kau akan pakai mekap paling tebal untuk tutup kesan ni. Kalau kau buka mulut, Lana bukan sekadar 'kehilangan' kerja pengasuh tapi dia akan kehilangan nyawa dalam hutan yang paling gelap".
?Zara meludah darah ke arah lantai, tepat di atas kasut kulit Adam yang berkilat.
"Lakukanlah. Abang boleh ikat jasad saya, abang boleh ugut nyawa adik saya tapi abang takkan pernah dapat jiwa saya. Sampai mati pun, saya akan pastikan abang rasa jijik setiap kali melihat muka sendiri di cermin."
?Adam menolak Zara dengan kasar sehingga wanita itu tersembur ke arah meja jati. Dia merentap kolar bajunya sendiri cuba meredakan amarah yang kian membara, sebelum mendaki tangga tanpa menoleh lagi.
Di bawah cahaya lampu yang malap, Zara hanya mampu memegang perutnya yang senak namun matanya, tetap tajam memerhati susuk tubuh lelaki itu hilang di sebalik pintu bilik.
Share this novel