Completed
3691
Bau harum Rendang Tok dan nasi minyak yang baru masak memenuhi segenap ruang banglo dua tingkat itu. Di atas meja makan jati yang panjang, tersusun rapi pinggan mangkuk porselin jenama mahal. Aku menyusun sudu dan garpu dengan teliti. Jaraknya mesti tepat dua sentimeter dari pinggir pinggan. Jika senget sedikit, aku tahu maknanya.
?Aku menarik nafas panjang cuba membuang rasa mual yang tiba-tiba, menyerang. Di cermin besar ruang makan, aku melihat pantulan diriku. Baju kurung moden kain broked berwarna biru diraja itu nampak sangat terletak di tubuhku yang semakin susut.
?"Zara sayang, tudung tu senget sikit."
?Suara itu datang dari arah tangga. Adam melangkah turun dengan tenang. Baju melayu teluk belanga yang dipakainya nampak segak, kain sampingnya terikat kemas. Dia kelihatan seperti imam pilihan yang sering dipuji orang kampung.
?Dia menghampiriku, tangannya yang kasar menyentuh bahuku. Dia membetulkan lilitan tudungku dengan penuh tertib.
?"Cantik. Macam ni la isteri abang," bisiknya lembut.
Namun, sebaik saja tangannya turun ke lengan aku, dia mencengkam kuat. Cukup kuat untuk membuatkan aku tersentak.
"Malam ni, Dato? Hamdan dan isterinya datang. Jangan buat malu abang. Kalau aku nampak kau menangis atau buat muka sedih depan mereka, kau tahu apa nasib Lana dekat pusat jagaan tu, kan?"
?Nama adikku Lana, membuatkan jantungku seolah-olah berhenti berdetak. Itu adalah ?tali gantung? yang Adam gunakan untuk menjerut leherku setiap hari.
?"Saya faham, bang," balasku perlahan sambil menunduk ke lantai.
?"Bagus. Senyum. Senyum itu sedekah," sindirnya dengan nada penuh sinis sebelum melepaskan cengkamannya.
?Ding-dong!
?Bunyi loceng mematikan suasana yang tegang itu. Dalam sekelip mata, wajah Adam berubah. Dia tersenyum lebar, menampakkan barisan giginya yang putih bersih. Dia melangkah ke pintu depan dengan gaya lelaki budiman.
?"Assalamualaikum, Dato?! Datin! Masuklah, jemput masuk. Dah lama kami tunggu," suara Adam bergema penuh kemesraan.
?Datin Salwa meluru masuk dan memelukku.
"Ya Allah, Zara! Wanginya bau rumah. Masak rendang ke? Rajin betul kamu ni, bertuah Adam dapat isteri yang pandai serba-serbi. Dahlah cantik, pandai masak masakan tradisi pula tu."
?"Biasa saja, Datin. Jemputlah duduk," balasku sambil cuba mengawal getaran suara.
?Kami duduk mengelilingi meja. Adam mencedokkan nasi minyak ke pinggan Dato? Hamdan dengan penuh hormat.
"Rendang Tok ni resipi turun-temurun keluarga Zara, Dato?. Dia buat sendiri, tak bagi saya upah orang gaji pun. Katanya, biarlah dia khidmat sepenuhnya pada suami."
?Dato? Hamdan tergelak besar.
"Zaman sekarang susah nak cari perempuan macam Zara ni, Adam. Kamu kena jaga dia elok-elok."
?"Mestilah, Dato?.Zara ni nyawa saya. Saya takkan biarkan dia lari dari pandangan saya walau sesaat pun," kata Adam sambil memandangku.
?Di bawah meja, kaki Adam menindih kuat kaki kanan aku yang berlapik kain kurung. Dia menekan kasut kulitnya ke atas jemari kakiku sehingga aku terasa tulang-tulang kecil itu hampir patah. Aku menggigit bibir, menahan pedih yang amat sangat sementara tangan kananku tetap tenang menyuap nasi ke mulut.
?"Zara, kenapa tak makan? Tak selera ke?" tanya Datin Salwa perasan aku hanya menguis nasi.
?"Eh, tak... saya cuma rasa kenyang sangat tengok Datin berselera makan," aku berbohong. Kerongkongku terasa sempit. Setiap suapan nasi terasa seperti pasir.
?Aku memandang ke luar tingkap besar yang menghadap taman mini. Pagar automatik rumah kami sudah tertutup rapat. CCTV berkelip merah di setiap sudut.
Di rumah yang gah ini, aku hanyalah seekor burung dalam sangkar emas dan malam ini, di hadapan tetamu yang memuji-muji kebahagiaan kami, aku sedar bahawa tiada siapa akan percaya bahawa lelaki yang sedang berbincang soal zakat dan kebajikan di depanku ini adalah seorang syaitan.
?"Tambah lagi rendang tu, Dato'. Maya masak lama tadi, katanya biar betul-betul empuk untuk tetamu istimewa kita," Adam bersuara sambil tangannya mencapai senduk lalu mencedokkan seketul daging lagi ke pinggan Dato' Hamdan.
?Dato' Hamdan ketawa senang hati.
"Aduh, Adam. Kalau tiap-tiap minggu aku makan macam ni kat rumah kau, boleh naik kolesterol aku. Tapi betul, rendang ni memang 'terangkat'. Zara belajar dengan siapa? Arwah mak ke?"
?Zara tersentak sedikit. Dia memaksakan senyuman paling manis yang dia ada.
"Ya, Dato'. Resipi turun-temurun. Arwah mak pesan, masak rendang tak boleh gopoh. Kena sabar tunggu santannya pecah minyak."
?"Sabar... itu kunci utama isteri saya ni, Dato'," celah Adam.
Dia berpaling memandang Zara. Panahan matanya tajam mencucuk.
"Zara ni penyabar orangnya. Kalau saya buat silap sikit pun, dia diam je. Tak pernah nak melenting. Kan, sayang?"
?Zara terasa hujung kuku Adam yang sedang memegang gelas sirap di bawah meja, seolah sedang memberi isyarat.
?"Mestilah, bang. Syurga kan bawah tapak kaki suami," balas wanita itu perlahan. Terpaksa.
?Datin Salwa mencelah.
"Untunglah kamu, Adam. Zaman sekarang ni, jarang nak jumpa perempuan yang tak kuat membebel. Saya ni, kalau Jeff balik lambat sikit, mahu roboh pintu rumah saya kerjakan."
?"Eh, Jeff lain Datin. Jeff tu sibuk kat pejabat," Adam membalas pantas sambil ketawa kecil.
"Zara ni pula, saya tak bagi dia kerja sangat. Saya nak dia fokus kat rumah, fokus kat kesihatan dia. Sejak akhir-akhir ni, dia selalu pening-pening, pelupa pula tu. Itu yang saya risau nak bagi dia keluar sorang-sorang."
?Dan Zara terus memandang suaminya.
Pelupa? Sejak bila aku ada penyakit pelupa?
Dia tahu itu adalah taktik Adam untuk membina naratif bahawa Maya tidak stabil mentalnya.
?"Oh, ya ke Zara? Patutlah saya ajak minum petang minggu lepas, awak tak balas WhatsApp saya," ujar Datin Salwa dengan nada simpati.
?Sekali lagi, Zara tergamam.
"WhatsApp? Saya tak terima..."
?"Sayang," Adam memotong dengan nada yang lembut tapi penuh amaran.
"Kan abang dah cakap, telefon awak tu rosak. Abang dah hantar kedai, ingat tak? Awak yang letak atas meja dapur, lepas tu awak lupa. Awak sendiri yang cakap kat abang semalam."
?Zara terdiam. Dia memandang wajah Adam yang nampak begitu ikhlas di mata orang lain. Kenyataannya, Adam telah menghempas telefon bimbitnya ke lantai sehingga berkecai dua minggu lepas.
?"Ya Allah, ya ke? Itulah saya cakap tadi, awak ni penat sangat agaknya Maya," Datin Salwa mengangguk-angguk percaya.
?"Mungkin juga, Datin. Saya... saya memang banyak benda nak fikir," kata Zara. Lontaran suaranya hampir tidak keluar.
?"Fikir pasal Lana ya?" Dato' Hamdan bertanya sambil menyapu mulut dengan tisu.
"Adam ada beritahu saya, hujung bulan ni Lana dah habis sekolah asrama kat Melaka tu, kan? Jadi, dia akan terus pindah sini?"
?Tangan Zara yang memegang garpu terhenti di udara. Dia memandang Adam. Rancangan asalnya, Lana akan tinggal di rumah sewa khas dengan pengasuh yang sudah dikenalinya bertahun-tahun.
?"Betul, Dato'. Saya dah siapkan bilik untuk Lana kat tingkat bawah tu. Senang sikit dia nak bergerak," jawab Adam dengan tenang.
Dia menoleh ke arah Zara.
"Sayang suka kan kalau Lana tinggal dengan kita? Boleh korang borak-borak setiap hari. Tak adalah awak bosan sangat kat rumah ni."
?Zara terasa dunianya gelap. Membawa Lana ke rumah ini bermakna memberikan Adam mangsa baru. Dia tahu Adam sedang memerangkapnya. Jika Lana ada di sini, Maya tidak akan mempunyai ruang untuk melarikan diri lagi.
?"Tapi bang, saya ingat kita dah bincang yang Lana lebih selesa dengan..."
?"Zara," Adam memintas, kali ini dengan nada 'ketegasan seorang suami' yang dibuat-buat.
"Kita dah bincang kelmarin. Awak sendiri yang menangis-nangis cakap rindukan Lana. Takkan dah lupa? Tengok Dato', itulah saya kata tadi. Dia selalu lupa apa yang dia cakap sendiri."
?Dato' Hamdan menggeleng kepala sambil tersenyum nipis.
"Biasa la tu Adam. Orang perempuan ni emosi dia tak menentu. Tapi baguslah kalau Lana duduk sini. Senang kamu pantau."
?"Betul tu, Dato'. Keluarga harus sentiasa bersama," ulas Adam.
Dia kemudian mencapai tangan Zara di atas meja, mengusapnya dengan ibu jari di hadapan tetamu mereka.
"Jangan risau sayang. Abang akan jaga Lana macam mana abang jaga awak. Takkan ada yang terlepas."
?Zara memandang tangan Adam yang menggenggam erat tangannya. Di mata Datin Salwa, itu adalah aksi romantis seorang suami. Di mata Zara, itu adalah gari yang sedang dikunci rapat.
?"Terima kasih, bang. Abang memang... terlalu baik," kata Zara.
Air matanya bertakung tetapi dia memaksa diri untuk tidak membiarkannya tumpah. Dia tahu, kalau setitik pun air mata itu jatuh malam ini, harganya adalah kesakitan yang tidak terbayang sebaik sahaja pintu pagar automatik itu tertutup nanti.
Share this novel