BAB 9

Drama Completed 1087

Sudah 3 hari suaminya tidak balik ke rumah. Ara sangat rindukan Ferhad ..Pagi tadi Ertisha telah datang dan membersihkan lukanya dan memasak untuknya.Dia tidak larat untuk bangun walaupun sekajap.DIa hanya mengagahkan diri untuk bangun solat sahaja.Kakinya masih bengkak,di tambah lagi dengan demamnya. Demam merindukan Abang Ferhad .Sudah puas mereka mencari Ferhad .Puas ditanya di sana sini namun masih tidak bertemu jawapan .Ara juga sudah tahu yang Abang telah pun mengetahui niatnya ke camping itu.Perasaan bersalah begitu terasa.Dia hanya menginginkan suami tercinta pulang ke rumah.

Malam itu,Ara tidur sendirian lagi.Biasanya dia akan tidur berbantalkan lengan Ferhad dan berselimutkan tangan Ferhad yang pasti akan melingkari tubuhnya.Walaupun banyak kerja,Ferhad akan menidurkan Ara terlebih dulu.Kalau Ara tertidur di sofa,suaminya itulah akan mendukungnya masuk ke dalam bilik.Ara merindukan semua itu…

"Abang…Ara rindu abang…bile abang nak balik…Ara tak boleh tidur..Ara takut tidur sorang-sorang…abang balik la…".Ara bercakap seorang diri.Tiba-tiba,perutnya sakit.Mungkin sebab tidak makan tengahari tadi.Rindunya kini lagi mencengkam jiwanya kerana kebiasaannya,ketika dia sakit perut,pasti suaminya akan mengurut-urut perlahan sampaila dia terlena.Ferhad tahu cara handle isterinya yang manja itu.Kalau sudah terlena takdela bunyi merengek-rengek sakit dari mulut comel isterinya itu.Ara merasakan dirinya sangat beruntung.suaminya terlalu baik untuk dirinya.Dia tidak sabar menunggu kepulangan Abang Ferhad dan ingin meminta ampun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience