BAB 7

Drama Completed 1087

Pagi esoknya,Ara sibuk mengemas barang-barangnya untuk pergi camping tanpa menghiraukan Ferhad yang sedang menjeling ke arahnya.Dia gelisah sebenarnya.Dia takut.Dia tahu dia tidak sepatutnya melanggar arahan suaminya.Tapi,hati kecilnya tetap menginginkan pertemuan itu.Tiba-tiba hon dibunyikan.Ara bergegas ke pintu.

"Ertisha !.Masuklah dulu.Aku tengah kemas ni."Ara melaung dari dalam rumah
"Abang layan Ertisha dulu yer.Ara nak kemas sikit lagi ni"
"Ok…Ertisha ..masuklah.Lama ke korang pegi ni?Macam besar sangat je beg kau tu?".Ferhad bertanya
"Eh..takkan Ara tak cerita kot ngan kau.Haha..takdelah lama.3 hari jer.".Ertisha tersenyum malu ditegur begitu
"Beriya-iya je korang nak pegi ni?.Best sangat ke?"Saja Ferhad menginginkan kepastian
"Esh…aku biasa-biasa jer…tu ha…isteri kesayangan kau tu…Dengar je nama pengurus camping ni terus nak pegi..Kawan lame dia kot."

"Sape?"Ringkas Ferhad bertanya…"Tuan Mohd Salehuddin "…Terkedu mendengar jawapan itu.Tapi Ferhad sengaja tidak mahu menunjukkan reaksi negatifnya…."oh…tu memang kawan lamanya.."Sedih di hati hanya Tuhan yang tahu.Dia tahu isterinya tidak akan menduakan dia.Dia yakin Ara hanya mahu berjumpa..Dia tahu Ara tidak mahu mengecewakan hatinya itulah sebab Ara tidak menceritakan hal sebenarnya. Tapi,hati kecilnya tetap sedih.Sedih dengan sikap Ara yang tidak mahu berterus-terang.Selepas Ara pergi,Ferhad kembali bersiap-siap.Dia ada kursus selama seminggu.Kesempatan ini akan digunakannya untuk menenangkan fikiran.Sengaja dia tidak memberitahu Ara terlebih dahulu.Jiwanya tengah kacau.."Biarlah Ara gembira dulu.."Hatinya bermonolog sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience