Bab 3

Romance Completed 1263900

Lisa terkejut melihat kubur ayahnya yang begitu bersih dan kemas. Dengan pokok yang segar dan kehijauan. Alhamdulilah, Lisa berkata di dalam hatinya. Doanya di dengar Allah, supaya ada yang menjaga makam orang tuanya. Airmata mengalir laju, dia mula teresak esak. Tangan Lisa laju menyentuh batu nisan, pegangan itu kemas.
Haiqal memandang Lisa dari kejauhan, dia tidak berniat untuk turut serta dengan Lisa. Biarlah Lisa bersama mereka, kerana pasti ada banyak perkara yang akan diceritakan kepada orang tuanya. Suara tangisan Lisa kedengaran sayu, meruntum jiwanya.
Haiqal turut sama sebak, kerana tidak dapat membalas jasa keluarga Lisa. Dia pernah menyarankan kepada orang tuanya untuk memperisteriakan Lisa supaya Lisa tidak pernah jauh darinya, dari keluarganya. Keluarganya bersetuju dengan saranan Haiqal kerana tidak ada cacat cela dengan Lisa, gadis yang cukup serba serbi untuk di pinang. Gadis yang sangat menjaga maruahnya. Tapi dia pasti, 5 tahun pasti merubah banyak perkara di dalam diri Lisa, dan tidak mungkin saranan itu menjadi mudah.
Haiqal memulakan kerjanya, membersihkan bahagian atas Kawasan perkuburan itu. Insyallah kalau tiada aral melintang, seminggu lagi siaplah kerja amal Haiqal bersama ayahnya. Selepas selesai kerja pembersihan, Haiqal berhajat untuk membuat tanda nama untuk setiap kubur supaya senang untuk saudara mara mencari nanti. Haiqal sudah siapkan plannya, dia akan berbincang dengan ayahnya sebelum memulakan kerjanya keduanya. Dia berharap yang segalanya siap sebelum dia menerima panggilan kerjanya. Mungkin selepas sibuk nanti, dia tiada masa untuk semua itu.

Share this novel

chubs chubaka
2022-01-05 23:33:44 

support!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience