Rate

Fail 1

Mystery & Detective Series 3519

. ........."Do you know what is the reason i call upon you two here?" Soal seorang lelaki didalam lingkungan 30-an yang bertubuh sasa kepada dua orang remaja dihadapannya. Lelaki itu Presiden Zaid ataupun lebih dikenali sebagai General Inspektor Zaid ialah Naib Pengarah kepada Syarikat C.A.S.E .Tanpa menunjukkan
sebarang reaksi terhadap muka bengis lelaki itu, mereka berdua menggeleng sebelum berteriak

"TIDAK, TUAN,!"
"Bagus, saya mahu kamu berdua untuk menyelesaikan kes ini" Kata lelaki itu sebelum menyerahkan sekotak fail yang bertimbun dan sedikit berdebu. "Ramai yang tidak dapat menyelesaikan kes ini jadi saya harap pilihan saya untuk memilih kamu berdua ialah tepat, FAHAM?!"

"YA TUAN!"
"BAGUS! kalau begitu....BERSURAI!"
"BAIK TUAN!"

Sebaik sahaja kedua orang remaja itu melangkah keluar, terus sahaja kotak berisi fail itu direbut. "Aku nak! Lepaskanlah!!" Jerit seorang gadis sekuat hatinya, rambut ikal mayang miliknya yang diikat ekor kuda mulai kusut ketika cuba menarik kotak itu dari remaja dihadapannya.

"Engkau ambiklah yang lain!" Remaja lelaki itu pula yang berteriak sebelum akhirnya berjaya memenangi pergelutan itu, kelihatan senyuman jahat seperti kerang busuk mula terukir diwajahnya. Gadis itu mendengus kasar sebelum menjeling kearah remaja lelaki itu sambil memuncungkan mulutnya. 'harap muka je hensem,perangai hodoh! aku benci kau!'

"Aku benci engkau jugak! sudahlah muncungkan mulut macam itik! itik pun agaknya terkejut melihat engkau!" Ujar remaja itu seolah dapat membaca fikiran si gadis dihadapannya. Kedua mereka kemudian berjalan menuju ke pejabat mereka bagi mengkaji dan meneliti kes itu dengan lebih mendalam. Sebaik sahaja mereka tiba dipejabat mereka yang tersendiri, sekali lagi remaja lelaki itu dikejutkan dengan pasangan kerjanya. "ENGKAU DAPAT FAIL APA?!" teriak gadis berambut ikal bermata biru itu dengan nada tidak puas hati.

"ENGKAU TIDAK PERLULAH MENJERIT! MEJA AKU BERSEBELAHAN SAHAJA DENGAN KAU!" Marah remaja itu sambil menutup telinganya yang sakit mendengar jeritan nyaring gadis itu. "FINE!…………engkau mendapat kes apa?" tanyanya lembut membuatkan remaja itu terdiam dan terkedu.

"uhhh...fail bilik 1786"

Kedengaran bunyi krik krik seketika dibilik itu sebelum..."EHHHHHHH???!!!! Tapi! Fail aku! Ini! dan ini! semuanya adalah fail kes 1786!" jerit gadis itu semula sehingga hampir membuatkan gegendang remaja lelaki itu hampir meletup.

"INSPECTOR SHAHIRA! INSPECTOR CIEL! SLOW DOWN YOUR VOICE PLEASE!"

"baiklah.." kedua mereka berkata dengan malu akibat ditegur.

Gadis itu ataupun Shahira adalah seorang gadis berumur 16 tahun dengan rambut ikal bermata biru. Dia juga adalah seorang detektif berpangkat Inspektor yang bekerja di Syarikat Penyiasatan C.A.S.E bersama pasangan kerjanya, Ciel. Kedua mereka telah diambil bekerja di syarikat itu semenjak mereka berumur 12 tahun kerana ketinggian tahap IQ mereka yang melebihi tahap kanak-kanak normal sebaya mereka. Disitu mereka dilatih untuk menyelesaikan pelbagai kes dan masalah dengan menggunakan pengetahuan yang mereka ada. Bukan itu sahaja, mereka juga dilatih secara fizikal dan mental oleh senior senior mereka sepanjang mereka disitu. Manakala itu, Syarikat C.A.S.E ialah sebuah Syarikat penyiasatan antarabangsa yang dikenali kerana keupayaaan pekerjanya menyelesaikan ribuan kes dengan jaya dan cemerlangnya.

Berbalik kepada cerita, Shahira dan Ciel mengemaskan meja utama sebelum mengeluarkan fail-fail dan diletakkan diatas meja. "Mari kita mulakan...." Ucap Ciel sebelum membuka dan membaca fail itu.

"19 Disember 2011, Kharul Amin bin Samad seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia ditemui mati ditembak didalam biliknya pada jam 5:49 pagi. Mangsa ditemui oleh kawannya yang datang kerana ingin mengajaknya solat Subuh segera memanggil warden ketika melihatnya kawannya sudah terbaring didalam takungan darah. Tiada sebarang cap jari selain mangsa ditemui disekitar bilik dan tiada sebarang kesan pergelutan di anggota badan mangsa. Satu-satunya petunjuk yang ditemui ialah Sehelai kertas petunjuk yang ditulis oleh Pembunuh didalam genggaman tangan mangsa" Ciel berhenti sebelum menyelak helaian seterusnya. Shahira hanya terdiam sambil mendengan dengan teliti.

"Petunjuk yang tertulis ialah:

The First was found in Toilet Room
The Second was found in Art Room
The Third was in a Medicine and Health Science Faculty
The Fourth in an Academic Support Student Centre
The Fifth at the Technology and Science Faculty

Seluruh pasukan telah dikerahkan untuk menggeledah kawasan yang disebutkan namun tiada sebarang bukti atau petunjuk dijumpai. Seluruh pelajar diminta pulang kecuali beberapa saspek yang dibawa kebalai polis untuk soal siasat.

SASPEK itu ialah :
Mohd Zaid Afif bin Zaril ( 21 Tahun )
Khalisya Sofea binti Khusyairi ( 20 Tahun )
Amien Haziq bin Amar Amin ( 21 Tahun )
Zahid Muhammad bin Ahmad Aizad ( 22 Tahun )
Lisa Salsabila binti Sulaiman ( 21 Tahun )

Semua saspek kemudian dibebaskan selepas semua keterangan dipastikan benar oleh seluruh warga Universiti itu. Setahun kemudian pada 14 Mei 2012, kes ini dihentikan kerana tiada sebarang bukti dan petunjuk lain ditemukan selepas itu." Ciel menamatkan kata-katanya dan meletakkan semula fail itu keatas meja.

"Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, Petunjuk yang kita ada hanyalah kertas yang digenggam mangsa betul?" Soal gadis itu sebelum dibalas dengan oleh remaja lelaki dihadapannya. " Betul. Nampaknya segalanya akan menjadi menarik.."

Senyuman mula terukir dikedua bibir remaja 16 tahun itu ketika memikirkan perjalanan dan cabaran menarik yang bakal mereka harungi selepas ini.

"Its Showtime.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience