Rate

FAIL 2

Mystery & Detective Series 3519

Di perpustakaan Syarikat C.A.S.E, kelihatan kelibat dua orang remaja yang sedang tekun meneliti komputer dihadapan mereka.

"Tidak kiralah berapa kalipun kita tatap peta ini, aku masih tidak mendapat apa-apa!" rengus Shahira sebelum menghentakkan kepalanya ke meja membuatkan semua orang di perpustakaan memandang kedua Ciel dan Shahira. "Kalau engkau mahu menggila pun janganlah disini!" tegur Ciel sambil melihat teman sekerjanya yang sedang memuncungkan mulutnya tanda marah. Dijelingnya timbunan kertas diatas meja membuat remaja lelaki itu mengeluh perlahan.

Diatas meja mereka terdapat fail mereka yang dibiarkan terbuka. Cuba untuk menenangkan gadis itu, Ciel tiada pilihan selain menyuruhnya supaya tidur.

Setelah memastikan gadis itu tidur, ditenungnya kembali fail fail itu, "Melihatkan pelan dan petunjuk.. Aku yakin ini bukan petunjuk semata, mungkin pembunuh itu ada meninggalkan pesanan atau apa apa" Ciel menyuarakan pendapatnya sambil bermain dengan pen di tangannya.

Setelah seketika, Ciel mengambil keputusan untuk bangun dan menghirup sedikit udara. Remaja itu berjalan kearah buku-buku lama di perpustakaan itu dan bau buku buku lama memenuhi rongga. Ciel tersenyum riang melihat timbunan buku sejarah dari serata dunia tersusun rapi di rak-rak itu.

Remaja itu kemudian memilih beberapa buku mengenai sejarah negara Jepun, England dan kampung halamannya Itali. Mengambil buku buku itu Ciel duduk di penjuru sebelum membelek buku itu satu persatu. Memori ketika dia masih kecil membaca buku dengan ibunya mula bermain di fikiran.


????????

"Cik Shahira, Cik Shahira sila bangun, 30 minit selepas ini kami akan tutup" Tegur Irdiena salah seorang penjaga perpustakaan mengejutkan Shahira yang masih lena tidur dibuai mimpi. "Urghhhhh.. Baiklah, Terima kasih Irdiena" kata Shahira masih mamai. Rambutnya yang diikat ekor kuda menjadi kusut dan mukanya menjadi sembap. Ketika itu baru dia sedar.......Mana Ciel?

Barangnya masih tersusun rapi di meja sebelahnya sungguh berbeza dengan meja yang didudukinya, gadis itu perlahan lahan berjalan disekitar perpustakaan sehinggalah dia terdengar bunyi buku yang diselak. Bergerak kearah rak buku-buku lama di hujung perpustakaan, Shahira akhirnya menemui Ciel. Remaja itu sedang membaca buku setebal kamus dan bersandar dengan
menggunakan timbunan buku yang lain sebagai kerusi dibelakangnya. Rambut perangnya ditarik kebelakang dengan menggunakan cekak manakala cermin mata merahnya kelihatan menonjol dibawah sinaran matahari senja.

"Engkau lihat apa? Kalau ya pun tutup mulut tu kalau tidak mahu meleleh air liur" Sindir Ciel sambil menolak cermin matanya dengan jari telunjuknya. Dengan wajah yang mula merona merah, Shahira cuba menepis sindiran Ciel. "Mana ada! Pe.Ra.San! apa-apa pun engkau sudah mendapat apa-apa maklumat?" Kata Shahira sebelum mengambil tempat duduk disebelah remaja itu.

Tanpa berkata, Ciel menyerahkan beberapa helaian kertas kepada gadis itu tanpa mengalihkan pandangan dari buku yang sedang dibacanya. "Berdasarkan apa yang aku dapati, ada something yang aku musykil.. bila aku perhatikan peta ini, tidak ada satu tempat pun yang bernama Art Room seperti didalam petunjuk yang tertulis The second was found in Art Room" Kata remaja itu sebelum menyambung. "Cuba engkau pula yang cuba siasat peta dan petunjuk itu"

"Okey.." Balas gadis itu sebelum membuka helaian pertama peta Universiti itu LAGI.


????????

Shahira melepaskan keluhan berat sebelum menyimpan semula fail itu kedalam begnya, melihat keadaan langit yang semakin gelap Shahira segera mengerling jam tangannya. "Ciel jom pulan-" kata katanya terhenti disaat melihat remaja itu yang sudah tertidur sambil membaca buku sejarah Itali ditangannya.

Melihat keadaan kawannya itu, dengan senyap Shahira cuba untuk bangun tanpa mengejutkan Ciel sehinggalah pergelangan tangannya ditarik.
"Non..Non lasciarmi di nuovo.." (Don't..don't leave me again..) ucap lembut remaja bermata biru itu sambil memandang tepat kewajah Shahira. Wajah remaja itu merah dan matanya dipenuhi air mata yang mulai bergenang, kedua cermin mata dan buku sejarah Itali ditangannya dibiarkan jatuh. "Ciel.. aku..ada disini non piangere" (don't cry) kata gadis itu sebelum duduk dihadapannya.

Shahira mengucapkan kata kata pujukan sambil membelai lembut rambut perang miliknya, air mata Ciel mula berlinangan disaat tangan Shahira lembut mengusapnya. Remaja itu menangis seperti seorang kanak kanak yang merindui ibunya dan Shahira akhirnya sedar apakah punca remaja itu menangis.

"Mom.." ujar remaja itu sebelum tertidur didalam usapan lembut Shahira yang mangingatkannya kepada Ibunya.


????????

"Shahira, Shahira bangun pergi sekolah sayang" kedengaran lembut seorang wanita mengejutkan Shahira, gadis itu membuka matanya dan melihat biliknya. 'Sekejap- bilik aku?!'.

"Ibu! macam mana ira boleh ada disini?! bukankah ira tertidur di perpustakaan dan-dan mana Ciel?".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience