Shasha duduk di meja makan. Wajahnya kelihatan ceria. Bau masakan Mak Leha menyegat ke dalam rongga hidungnya. Rambut panjangnya di pusing lalu dicucuk dengan kayu sanggul.
" Morning Mak Leha" Shasha menyapa lembut sebaik sahaja terpandang wanita itu membawa mangkuk bulat yang agak besar menuju ke meja makan.
" Morning Sha" mangkuk itu di letakkan di atas meja.
" Sha macam mana hari ni?"Mak Leha bertanya lembut.
" Sha sihat Mak Leha" Balas gadis itu tersenyum nipis.
" Baby ok?" Mak Leha sempat mengerling ke arah perut Shasha. Bentuk perutnya masih belum ada perubahan lagi. Mungkin kerna bentuk badannya yang agak kurus.
" Sha ok. Baby pun ok. Kami berdua sama-sama ok" Shasha menjawab riang.
" Alhamdulillah. Mak Leha selalu mendoakan keselamatan Sha dan baby"
" Mak Leha masak apa hari ni? Sedapnya bau" Shasha menghidu bau yang sedari tadi menerpa hidungnya.
" Ha.. Hari ni Mak Leha masakkan bubur daging. Khas untuk Shasha dan baby" jawab wanita itu.
" Sha nak minum air apa ari ni? Oren jus ataupun susu?" Sambung Mak Leha setelah beberapa saat mendiamkan diri.
" Sha nak muntahlah asyik minum susu je, Mak Leha. Naik loya tekak ni. Sha nak air teh je"pinta gadis itu.
" Kenapa nak minum teh kalau susu tu baik untuk kau dan baby?" Kedengaran suara Hariz mencelah dari belakang. Shasha mendengus. Tidak berpaling kebelakang. Hanya Mak Leha yang mengalihkan pandangannya ke arah Hariz yang menghayun langkahnya dari tingkat atas ke arah mereka berdua.
" Mak Leha, tolong bawakan sarapan Sha ke atas" Shasha ingin berdiri namun bahu kirinya di pegang Hariz kemudian di tekannya hingga gadis itu terduduk semula di kerusinya.
" Good morning sayang" Hariz menukar intonasi suaranya. Dari mendatar kepada lebih lembut. Pemuda itu berlalu di hadapannya. Mengambil tempat duduk bertentangan dengan Shasha. Keduanya saling berbalas pandangan sebaik sahaja Hariz melabuhkan punggungnya.
Mak Leha bergegas ke arah Hariz. Cawan kosong yang terbalik di hadapan pemuda itu di pusingkan. Kopi susu di dalam teka di tuang ke dalam cawan putih bercorak bunga ros merah itu.
" Encik Hariz nak makan apa?" Mak Leha mulai merasa tidak selesa dengan keadaan yang sedang berlaku di situ. Pasangan di hadapannya itu saling berbalas pandangan tanpa mengeluarkan walau sepatah pun perkataan.
" Nanti saya ambilkan sendiri Mak Leha. Terima kasih" Hariz masih lagi tidak mengalihkan pandangannya ke arah Shasha..
" Kau nak apa sebenarnya Hariz?" Shasha memulakan bicara. Riak wajahnya masih seperti tadi. Tidak sedikitpun mengukir senyum.
" Tak ada apa" Jawab Hariz ringkas. Dia menarik piring kopi ke hadapannya.
" Habis tu?"
" Aku just nak bersarapan dengan kau"
" Selera aku untuk bersarapan dah hilang bila aku tengok muka kau" Shasha memerli.
Hariz melepaskan keluhan berat. Pemuda itu memandang hidangan di hadapannya dengan pandangan yang kosong. Otaknya ligat berfikir. Rambutnya di selak ke belakang sebelum memandang semula ke arah Shasha.
" Mak Leha.. Sha dah tak ada selera nak makan. Tak perlu susah-susah nak hantarkan makanan ke atas" Shasha bersuara tanpa menjamah wajah Mak Leha
" Sha!!!" Hariz separuh menjerit. Geran dengan sikap Shasha yang seolah-olah tidak memperdulikan kehadirannya di situ.
" Kau tak payah nak tinggikan suara kau dekat aku Hariz. Aku tak suka" Ucap Shasha keras serentak berdiri.
Mak Leha gugup. Dia tidak mampu untuk bersuara. Tidak mampu untuk menyampuk. Apatah lagi untuk berada lama di situ.
" Buat apa aku terus tunggu kat sini? Isk seram aku. Takkan aku nak jadi hakim dalam pertengkaran mereka?" Mak Leha berbisik perlahan sebelum berlalu dari situ dengan tergesa-gesa.
Hariz mengelipkan matanya sebentar. Cuba untuk mengumpul kekuatan dirinya untuk berhadapan dengan sikap dingin Shasha kepadanya.
" Sha. Aku sedar akan kesalahan aku. Tapi tolonglah. Aku cuma minta sedikit saja masa untuk bersama dengan kau. At least.. Dalam keadaan yang tenang. Bukan dalam keadaan berkelahi macam ni" Ucap Hariz tenang.
" Kau fikir aku ada masa untuk bertenang ke bila tengok kau depan mata aku?" Shasha memandang Hariz tajam.
" Sha.. Please.." Nada suara Hariz seakan merayu.
" Baru sekarang kau fikir tentang kesilapan kau? Baru sekarang kau nak kata kau silap? Kenapa sebelum kau hina aku, kau keji aku, kau caci aku, kau panggil aku pembunuh, kau tak selidik dulu?" Shasha menahan kedua tangannya di atas meja makan.
" Kau nak aku ulang berapa kali Sha. it was a mistake. Memang salah aku. Sebab aku tak percayakan kau. Aku tak bagi kau peluang untuk mempertahankan diri kau.. Salah aku! How many time should i tell u that im sorry. Im begging u Sha. Im asking for your forgiveness. Tak cukup lagi ke Sha?" Hariz seakan merayu. Dia begitu menyesali kesilapannya.
" Forgiveness? Begging? How about me? Macamana dengan aku? Macamana bila aku merayu dengan kau? Melutut dekat kaki kau supaya kau dengar penjelasan aku? Kau ada dengar tak? Kau lansung tak berpaling pun bila aku menangis depan kau, memohon dekar kau supaya kau tetap ada dengan aku" Shasha tidak dapat menghalang air matanya dari merembes keluar.
Hariz terkedu. Bibirnya mengering. Rasa bersalahnya semakin menebal mendengar luahan hati Shasha. Dia dapat rasakan bagaimana rasanya Shasha tika itu. Pasti ianya tamparan hebat buat diri gadis itu.
" Jangan bercakap tentang kemaafan Hariz, bila kau sendiri tak mampu untuk memaafkan orang lain" Sambung Shasha lagi. Air matanya di seka laju saat pemuda itu tunduk memandang kearah meja makan.
" Can u just forget about it for a moment? Boleh tak kita makan sekarang?" Hariz memandang Shasha lemah.
" Kau nampak kurus sangat. Tak baik untuk baby. Kau kena jaga kesihatan kau" Komen Hariz menyambung ayatnya.
" Jadi kau lebih pentingkan baby ni?"
" Sha.. Kau dan baby sama penting buat aku"
" No! Kau balik ke sini sebab anak ni kan?" Shasha menduga.
" Kau jangan nak beranganlah Hariz. Anak ni anak aku. Bukan anak kau" Pekik Shasha
" Ok fine! Fine! Yes anak kau. Anak tu milik kau sorang. Bukan milik aku. Puas ati? So? Can we eat our breakfast peacefully now?" Hariz bertutur lemah.
" Aku taknak makan" Shasha memaling kan mukanya.
" Sha.. At least kau duduk di situ. Makan apa yang dah di buat oleh Mak Leha. Anggap je aku tak ada kat sini. Habiskan makanan tu. Lepas tu kalau kau rasa kau benci nak tengok muka aku, kau boleh berehat kat atas" ujar Hariz perlahan.
Shasha menoleh semula ke arah Hariz. Senyuman yang di lemparkan oleh Shasha membuat Hariz tak senang duduk. Senyuman itu bukan senyuman gembira. Tapi senyuman yang di sertai dengan niat jahat.
" Aku boleh naik atas lepas aku makan?" Shasha menyoal agak lembut.
Shasha mengangkat mangkuk bubur dengan kedua tangannya. Di pegangnya sekejap kemudian dengan memandang wajah Hariz kosong, gadis itu menghempaskan mangkuk kaca itu ke lantai.
" Sha!!" Hariz bangun. Bergegas mendapatkan Shasha yang masih berdiri di hadapan bubur nasi yang bertaburan di lantai dengan kaca yang berkecai menjadi keping-kepingan.
Hariz menolak dada Shasha ke belakang. Gadis itu berundur setapak ke belakang. Haba panas dari bubur daging hangat itu saat Hariz tiba di situ. Sempat pemuda itu menoleh ke arah kaki Shasha yang terpalit percikan bubur nasi. Di tariknya beberapa helai tisu di atas meja lantas di lap nya kaki gadis itu secepatnya bimbang kulit halus itu melecur.
" Kau buat apa ni Sha?" Hariz bangun semula. Memandang wajah Shasha tajam.
" Bubur dah habis kan? Jadi aku boleh naik ke atas?" Shasha bertanya sambil berpeluk tubuh. Wajah tanpa ekpresi itu membuatkan daeah Hariz menyerap ke muka.
" Kau dah gila ke? Kenapa perlu kau pecahkan mangkuk tu?" Hariz bersuara perlahan namun nada suaranya kedengaran sangat keras.
" Ye memang aku dah gila! Aku gila sebab kau ada depan mata aku" Pekik Shasha. Gadis iti tidak memperdulikan Hariz lalu melangkah semula ke arah meja.
Kesemua barangan yang ada di atas meja di tolaknya menggunakan lengan kanannya. semua nya jatuh je lantai. Tidak diperdulikannya lagi tangannya mulai terasa hangat dek air teh yang panas.
" Sha!!" Hariz menarik tubuh gadis itu lantas menolaknya berpaling menghadap wajahnya
" Kau dah hilang akal ke? Dah tak asa otak nak berfikir ke?" Hariz begitu marah. Mukanya kemerahan menagan geram yang teramat. Tindakan Shasha kali ini benar-benar mengejutkannya.
" Kau yang hilang otak. Kau yang hilang akal! Kau buat aku macan sampah Hariz. Bila kau dah tak guna kat aku, kau buang. Kau lansung tak pedulikan perasaan aku. Kau anggap aku ni tak wujud" Pekik Shasha semahunya.
Mak Leha sekadar memerhatikan dari dapur adegan antara Hariz dengan Shasha. Tidak berani untuk campur tangan. Cuma wajah risaunya jelas terpancar melihat reaksi yang di berikan oleh Shasha. Bimbang Shasha akan hilang kekuatan dirinya lalu rebah seperti dua kali sebelum ini.
Hariz bergegas semula ke arah Shasha. Meraih tangan gadis itu tergesa-gesa dan memeriksa keadaan lengan gadis itu. Tanda kemerahan mulai kelihatan walaupun warnanya agak samar-samar.
" Sakit tak?" Hariz menyoal gusar.
Shasha menarik tangannya. Gadis itu memperlihatkan wajah cuaknya kepada Hariz.
" Hati aku lebih sakit dari ini tau tak" Shasha berpaling. Langkahnya laju menaiki anak tangga. Tidak di hiraukannya Hariz yang sekadar memerhatikannya.
Shasha menutup pintu biliknya kasar. Bunyi itu mengejutkan Hariz. Dia tahu Shasha begitu marah akan dirinya. Dia sudah tidak tahu berbuat apa. Namun dia tidak akan berputus asa. Dia akan tetap berusaha untuk memujuk Shasha walau dengan apa cara sekalipun.
Mak Leha keluar dari dapur membawa tuala, penyapu dan penyedok sampah. Wanita itu tidak dapat menyalahkan Shasha. Tidak juga dia dapat menyalahkan Hariz.
" Sabarlah Encik Hariz. Emosi dia masih terganggu" Mak Leha bersuara perlahan. Harapannya agar pemuda itu masih setia menanti Shasha masih masih tidak tahu kapan akan tenang.
" Terima kasih Mak Leha" Hariz senyum tawar. Pemuda itu menuju ke pintu utama. Namun tidak sampai beberapa langkah, pemuda itu berpaling semula.
" Mak Leha. Tolong hantarkan makanan Shasha ke atas nanti. Pasti kan dia makan ubat" Hariz berpesan
" Encik Hariz nak ke mana?"
" Saya nak keluar kejap"
" Encik Hariz tak nak sarapan dulu?"
" Tak apa.. Nanti saya makan di luar je"
" Encik Hariz makan malam di sini ke malam nanti"
" Shasha isteri saya Mak Leha. Saya tetap akan temankan dia" Hariz berlalu selesai menghaniskan kata-katanya.
" Susahlah kalau dua-dua ego. Yang satu ok, yang satu pulak keras kepala" Mak Leha menggelengkan kepalanya.
*******
" Oi orang tua!" Farah memanggil Pak Abu yang sedang duduk di meja kayu di halaman rumah. Lelaki tua itu mengangkat mukanya. Peluh sejuknya masih belum lagi hilang. Wajahnya berubah saat terpandangkan Farah yang mengenakan baju kurung kuning air memandang ke arahnya bengis.
" Puan Farah" Pak Daud cuba mengukir senyuman. Tuala kecil di bahunya di tarik. Peluhnya yang menitik di lap perlahan.
" Betina tu mana?" Farah menyoal kasar.
" Betina mana yang kau nak cari?" Shasha muncul berpeluk tubuh di muka pintu.
" Kau! Aku nak cakap dengan kau" Farah menghayun langkahnya ke arah Shasha.
" Puan Farah! Puan tak boleh dekat dengan Shasha" Pak Abu menarik pergelangan tangan Farah.
" Kenapa aku tak boleh nak dekat dengan betina tu?" Farah bertanya kasar.
" Encik Hariz dah melarang Puan untuk mendekati Shasha"
" Kenapa aku tak boleh dekat dengan dia?" Farah menarik tanganya.
" Sebab Hariz takut kau datang gila kat sini lepas tu kau cederakan aku dan kandungan aku ni" Shasha senyum mengejek sambil mengusap-ngusap perutnya.
Pak Abu menelan air liurnya. Gawat! Pasti Farah datang untuk membuat onar. Sebaiknya dia menelefon Hariz untuk memberitahu kejadian itu. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan terjadi.
Pak Abu menyeluk saku seluarnya. nombor Hariz di dail. Dia menunggu gementar sementara panggilan itu di sambung.
" Encik Hariz.. Puan Farah datang ke rumah berjumpa dengan Shasha" Pak Abu terus menberitahu berita itu kepada Hariz tanpa menunggu lama.
" Farah? Dia buat apa kat situ?" Hariz yang tadinya duduk di kerusi malasnya di pejabat, bangun mengejut.
" Saya tak tahu. Tapi dia nampak macam nak menyerang Shasha. Saya risau akan keselamatan Shasha" Balas Pak Abu.
" Pak Abu tolong jaga Shasha.. Jangan sampai Farah buat benda tak elok kat dia. Saya balik sekarang" Telefon di matikan segera.
" Kenapa dengan Shasha, Hariz?" Amirul menutup fail yang berada di hadapannya pantas .
" Farah!"
" Kenapa dengan Farah?"
" Dia serang Shasha di rumah" Hariz mengambil kunci keretanya sepantas kilat.
" Aku temankan kau" Amirul turut berdiri
" Kau nak temankan aku buat apa?" Hariz melangkah laju keluar dari pejabatnya.
" Encik Hariz nak kemana ni?" Kate bangun dari kerusinya. Terpinga-pinga melihat majikannya tergesa-gesa meninggalkan pejabat.
" Kate.. batalkan meeting i.. I nak balik rumah" Hariz pergi usai menghabiskan kata-katanya.
" Tapi Encik Hariz ada meeting dengan wakil dari Jepun harini" Kate melaung namun tidak diendahkan oleh Hariz.
" Hish.. Encik Hariz ni dah kenapa? Dia sendiri tahu meeting ni penting" Kate mengeluh.
" Perang dua bini nak meletus" Amirul menjawab.
" Dah kenapa pulak?" Kate berkerut.
" Bini no 2, pergi serang bini no 1" Amirul menggelengkan kepalanya.
" Hai lah Encik Hariz.. Sampai bila pun benda ni takkan selesai"
" U tolong gantikan Encik Hariz untuk meeting tu nanti" Kate memberi arahan sebelum kembali ke tempat duduknya
" Kenapa pulak dengan I?"
" U ni macam tak biasa pulak.. kan selalunya u akan gantikan Encik Hariz kalau dia tak dapat masuk ke meeting" Kate membalas.
******
" Kau dah makin melampau Sha" Farah mendekati Shasha yang masih berdiri di muka pintu
" Kenapa pulak dengan aku? Bukan ke kau yang melampau? Main masuk je ke dalam kawasan rumah aku" Shasha masih bersuara rendah.
" Ni bukan rumah kau Sha. Ni rumah suami aku" Farah menempik.
" Suami kau? Telinga aku salah dengar ke? Bukan ke Hariz dah nak ceraikan kau?" Shasha senyum menyindir.
" Hariz tak kan cerai kan aku. Aku tahu dia sayangkan aku lebih dari segala-galanya"
" Really? Dia masih sayangkan kau ke lepas kau menipu dia?" Shasha ketawa kecil. Sengaja ingin menyakiti hati Farah yang memandangnya geram.
" Fake illness! Fake face and fake pregnancy" Shasha memandang ke arah perut Farah.
" Kau memang lancang Sha"
" Kau macamana pulak? Baik sangat? Sampai nak menipu suami kau sendiri?"
" Kau bukan di tempat aku Sha. Kau tak akan tahu apa yang aku rasa. Kau tak tahu bagaimana rasanya bila orang yang kau sayang di rampas oleh orang lain. Cuba berdiri di tempat aku dan rasakan apa yang aku alami sekarang!" Farah menekan bait ayatnya. Dia ingin Shasha tahu bagaimana tersiksanya hati wanitanya bila mendapat tahu bahwa lelaki yang begitu mencintainya suatu ketika dulu, kini cintanya sudah beralih arah.
Shasha terkedu. Ya! Dia terlupa akan hal itu. Dia lupa yang sebenarnya dialah punca keretakan hubungan sekaligus rumah tangga Farah dan Hariz. Bagaimana bisa dia lupa perkara itu? Agaknya kebenciannya pada Hariz membuatkan dia alpa akan hal yang lainnya
" Aku yakin kau tidak akan menyukai perkara yang terjadi kat aku sekarang. Kau pun pasti tak nak benda ni jadi dekat kau suatu hari nanti" Farah berbisik di telinga Shasha perlahan.
" Kau fikir benda tu jadi kat aku ke? Aku tak rasa benda tu sebab Hariz tengah gilakan aku sekarang. Dan aku pun tengah mengandungkan anak dia. Dan aku yakin Hariz tak tergamak nak meninggalkan aku sebab aku tak tergamak nak menipu dia, sama seperti apa yang kau buat" Shasha membalas marah.
Tanpa semena-menanya, satu tamparan hinggap di pipi kiri Shasha. Kuat dan pedih. Rasa pedih itu bukan sahaja di rasai oleh pipi Shasha malah turut di rasai telapak tangan Farah.
" Sha!" Pak Abu yang sedari tadi memerhatikan gelagat kedua gadis itu berlari anak mendekati Shasha namun telapak tangan Shasha yang di angkat ke arahnya membuatkan langkahnya terhenti.
" Oleh sebab kau dah tampar aku percuma, biarkan aku cakap dengan kau sesuatu. Juga secara percuma" Shasha mulai merasai kehangatan di pipinya.
" Wajah yang kau tunjukan sekarang sama dengan wajah yang kau tunjukkan masa hari perkahwinan kau.. Bukan kegembiraan. Tapi obesesi.. Kau tak pernah gembira pun sejak kau berkahwin dengan Hariz" Shasha bertutur perlahan.
" Apa maksud kau?" Farah bertanya.
" Maksud aku senang.. Kau tak cintakan Hariz. Kau hanya obses nak memiliki dia" Shasha berpaling. Malas menunggu lama namun pergelangan tangan gadis itu di rentap kasar oleh Farah.
" Farah!" Zikri Keluar dari perut kereta dengan tergesa-gesa sebaik sahaja melihat kelibat Farah dan Shasha di pintu rumah. Melihat situasi yang sedang berlaku pasti berlaku pertelagahan di antara mereka.
" Apa yang kau tahu pasal aku? Kau tak tahu apa-apa pun.. Sebab kau bukan jadi mangsa dalam kisah aku. Kau hanya perampas dalam kisah cinta aku" Farah mencengkam lengan Shasha dengan jemarinya kuat. Laungan Zikri lansung tidak di perdulikannya.
" Farah!" Zikri menepis tangan Farah kasar. Pemuda itu berdiri membelakangi Shasha.
" U nak pertahankan perempuan ni jugak Zik?" Farah tidak puas hati.
" I bukan nak pertahankan sesiapa Farah. Tapi cara u ni salah. U masuk ke dalam rumah orang sesuka hati.. Lepas tu serang orang dalam rumah ni. U dah gila ke Farah" Zikri bersuara agak tinggi.
" Zik.. I ni sepupu u.. U sepatutnya sokong apa yang i cakap. Bukannya memihak betina perampas ni" Farah cuba mendekati Shasha. Tangannya cuba menyambar semula tubuh Shasha, namun tubub Zikri menghalang perbuatannya.
" Farah! Bagi i dia bukan betina perampas" Ayat mati di situ.
" Dia perempuan yang I cinta" Zikri melafazkan ayat itu terang dan jelas. Shasha terlopong. Farah agak terkejut. Pak Abu juga agak kaget dengan luahan hati Zikri secara tiba-tiba itu.
" U cakap apa tadi?" Farah bertanya lagi.
" I cintakan Shasha. I still love her until now"
" Kurang ajar kau" Hariz tiba-tiba meluru ke arah Zikri dan melepaskan satu tumbukan ke lipi Zikri. Tumbukan kuat itu menyebabkan Zikri terbaring di lantai.
" Hariz!" Shasha menjerit. Farah tidak mampu berbuat apa.
" Shasha masih isteri aku. Dan aku suami Shasha yang sah. Perkataan yang kau sebut itu tadi, hanya aku yang boleh kata pada dia. Bukan dari mulut lelaki macam kau" Hariz mengambil lengan Shasha.
" Layakkah kau di gelar seorang suami?" Zikri bangun semula.
" Apa maksud kau?" Hariz bertanya marah.
" Kau tak layak bersama Shasha sebab kau tak mampu untuk membahgiakan dia" Zikri senyum memerli.
Hariz hilang akal. Di tumbuknya semula wajah Zikri. Bukan sekali, tapi kali ini 3 kali.
" Hariz!!! Kau ni dah kenapa?" Shasha menarik bahu Hariz dari belakang. Dia mendapatkan Zikri yang terduduk di lantai. Aksi Shasha yang membelek wajah Zikri menimbulkan rasa cemburu dalam hati Hariz. Rasa maeahnya semakin membuak.
" Sha! Masuk dalam sekarang" Ucap Hariz keras, namun gadis itu tidak memperdulikan ucapan Hariz. Cuba membersihkan luka yang ada di bibir Zikri dengan jari telunjuknya.
" Sha!!!! Masuk dalam. Jangam sampai aku tarik kau ke dalam" Jerkah Hariz.
" Sha.. Masuk dalam Sha" Kedengaran suara Pak Abu berbisik dari tepi.
Shasha bangun namun Zikri memegang pergelangan tangan Shasha seolah-olah menghalang Shasha untuk mendengar kata-kata Hariz.
" Kau tak layak pegang tangan isteri aku" Hariz menarik lengan Shasha.
"Hariz? U dengan Zikri berebutkan betina murah tu sampai tak nampak i kat sini. I ni tunggul kayu ke?" Farah akhirnya bersuara. Sedari tadi dia memerhatikan tindak tanduk mereka bertiga. Kehadirannya umpama patung perhiasan di situ. Lansung tidak di perduli dan tidak di endahkan.
" Farah! I nak.beritahu u sekali lagi. Sekali lagi i nampak u dekat dengan Shasha, atau u dekat dengan kawasan rumah ni lagi... I takkan teragak-agak untuk tutup butik u.. Dan ambil semula apa yang i dah bagi dekat u" Hariz menarik lengan Shasha ke dalam rumah.
Farah terkesima. Tidak menyangka Hariz akan berkata begitu dengannya. Dia tidak mampu untuk menggerakkan kakinya. Kaku di situ.
Tidak sampai 2 langkah, Hariz memberhentikan kakinya. Pemuda itu menghembus nafasnya laju.
" Untuk kau Zikri. Kau jangan nak masuk campur dalam urusan rumah tangga aku. Selagi aku tak lepaskan Shasha, selagi itu dia milik aku. Dan untuk pengetahuan kau, aku takkan lepaskan Shasha sampai aku mati sekalipun" Hariz berbicara tanpa menoleh ke belakang.
" Kau ni kenapa Hariz? Dah buang tebiat ke?" Shasha cuba melepaskan tangan kasar Hariz.
Hariz tidak memperdulikan kata-kata Shasha. Di bawanya masuk gadis itu lantas di tariknya ke tingkat atas.
" Sakitlah Hariz. Lepaskan aku" Jerit Shasha keras. Matanya tajam memandang raut wajah Hariz yang merah padam itu
********
Share this novel