Bab 2

Romance Series 718376

"WHAT? Kau bergurau ke Mirul?" Hariz seakan tidak percaya dengan apa yang baru di sampaikan oleh peguamnya. Bulat matanya memandang Amirul yang masih lagi setia berdiri di hadapannya.

Pintu pejabat Hariz di ketuk dua kali. Tanpa menunggu keizinan dari Hariz, Kate setiausaha merangkap pembantu peribadi Hariz masuk dengan tergesa-gesa.

" What happen Kate?" Hariz sedikit pelik. Jarang sekali Kate masuk kedalam pejabatnya tanpa keizinan darinya.

Kate tidak membalas,sebaliknya melangkah menuju ke arah Hariz lantas mencapai alat kawalan jauh tv yang di sediakan di ruangan pejabat Hariz.

" Di percayai tiada unsur jenayah dalam kes kematian Dato Mokzani. Polis mengandaikan Dato Mokzani membunuh diri kerana bebanan hutang yang banyak dan andaian itu di kuatkan lagi dengan sepucuk surat yang di temui di rumah agam milik Dati Mokzani" Kedengaran nyaring suara pembaca berita wanita itu di kaca televisyen. Di belakangnya kelihatan beberapa wartawan cuba melepasi garisan polis yang mengelilingi rumah agam dua tingkat milik Dato Mokzani itu. Keadaan semakin tidak terkawal dengan kehadiran orang ramai yang cuba untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

" But how come? Kenapa orang tua perlu sampai bunuh diri?" Hariz sedikit pelik.

" Maybe sebab tekanan! Lagipun kau pun tahu yang dia tu memang terlalu sayangkan company dia" Amirul bersuara perlahan.

" Memang padanlah muka dia. Tapi aku macam tak puas hati dia mati macam tu je. Aku belum puas lagi nak balas dendam dekat dia" Hariz sedikit kesal.
" Tapi kau dah rampas segala apa yang dia ada Hariz" Amirul cuba mengingatkan temannya itu.

" Memang aku dapat apa yang aku nak Mir.. Tapi aku belum puas. Dia belum terima pembalasan yang sepatutnya dari aku. Beraninya dia bunuh diri sebelum dendam aku terbalas" Hariz mengepal kedua penumbuknya.

" So, apa plan kau sekarang?" Amirul menyoal.

" Apa lagi? Tunjuk baik depan semua orang lah" Hariz senyum jahat.

" Tapi sekarang kita tak dapat nak melawat ke rumah tu. Polis dan wartawan dah ramai kat sana" Amirul memberitahu.

" Itulah yang aku mahu. Lets everyone know how close i am to Dato Mokzani" Hariz mengenakan semula kot hitamnya.

" Cancel semua appointment saya hari ni dan esok" Hariz sempat berpesan pada Kate.

Pemuda itu melangkah keluar menuju ke lift. Beberapa karyawan yang melihat kelibatnya sempat menunduk sebagai tanda hormat kepada pemuda itu.

" Apa kita nak buat seterusnya Hariz" Amirul memberanikan diri untuk bertanya.

" Ambil alih syarikat milik Dato Mokzani. Seterusnya jual rumah agam miliknya" Hariz kelihatan begitu gembira. Mana taknya musuh yang selama ini di dendamnya akhirnya tewas gara-gara bunuh diri. Bukankah itu seperti menang tanpa bertanding?

Pintu lift terbuka luas. Di dalamnya kelihatan seorang gadis bertudung bawal dengan corak tumbuhan hutan memandang kearah mereka berdua.

" Hariz? U nak kemana?" Gadis itu menyoal. Tubuhnya di keluarkan dari perut lift.

" I nak ke rumah Dato Mokzani" Jawab Hariz ringkas. Amirul sekadar membisu.

" Oh. I ada dengar pasal tu" Gadis itu menukar posisi beg tangannya ke bahu kiri.

" U buat apa ke office i?" Tanya Hariz bodoh.

" Sayang, u janji nak lunch dengan i hari ni kan? Sekaligus jumpa dengan mama i" Farah Amira mengingatkan tunangannya.

" Oh ye! I lupa sayang" Hariz menepuk dahinya.

" U memang selalu macam tu kan? Kalau i bawak lunch ke? I bawak jumpa mama ke? U asyik lupa je. Tapi kalau pasal Dato Mokzani, cepat je u pergi. Macam tak ada hari esok" Sindiran pedas Farah membuatkan Hariz ketawa kecil.

" U pun tahu betapa pentingnya Dato Mokzani dalam hidup i. I rasa i tak perlu lago nak explain kat u pasal dia kan?" Hariz senyum nipis.

" Habis tu macam mana dengan mama? Apa yang perlu I cakap dekat mama nanti?" Suara Farah sedikit mendatar.

" Sayang, u pun tahu macamana dengan kerja i.. u try la bagitahu mama yang i busy dengan kerja. Banyak meeting" Hariz tanpa segan mengajar tunangnya berbohong.

" U busy nak musnahkan hidup orang lain" dengus Farah berpeluk tubuh.

" Dato Mokzani adalah penyebab papa dan mama i mati Farah.. I takkan lepaskan orang tu macam tu je" Hariz menekan ayatnya. Sudah berkali dia memberitahu Farah perkara yang sama. Dia ingin Farah tahu betapa dendamnya dia pada Dato Mokzani itu.

" I tahu u benci kan dia, tapi takkan la tiap kali kalau ada perjumpaan i dengan u,u kena batalkan sebab nak uruskan Dato Mokzani tu?" Farah kecewa dengan sikap Hariz yang memandang remeh hubungan mereka. Hariz dilihat lebih sibuk menguruskan lelaki tua itu.

" Im sorry sayang. Tapi kali ni i harap u faham. Dato Mokzani dah mati. Jadi i kenalah tunjukkan muka i pada press.. At least i tak di persalahkan sebab mengambil alih syarikat dia" Hariz Haikal cuba menerangkan hal yang sebenarnya pada Farah. Berharap benar tunangnya itu memahami apa yang ada di dalam hatinya.

" I ok je Hariz.. Tapi mama macam mana? Ni bukan kali pertama u buat macam ni tau" Farah menghela nafasnya panjang.

" U bawaklah mama pergi shopping" Hariz menyeluk poket seluarnya. Beg duit dari kulit buaya itu dibuka. Salah satu kad kreditnya di ambil lantas dihulurkan kepada Farah.

" Just go buyeverything she need" Hariz memasukkan semula beg duitnya ke tempat asal.

" U selalu je macam ni" Farah mengerling tajam. Namun haatinya melonjak riang saat menyambut kad berwarna hitam itu. Perempuan mana yang tak suka bila di mandikan dengan kemewahan. Inilah salah satu sebab kenapa dia tidak dapat kehilangan Hariz. Wang bukan masalah bagi Hariz. Hariz tidak lokek akan hal yang satu itu. Malah Hariz turut bermurah hati membuka butik muslimah untuknya.

" Use it as your wish. I need to go sayang" Hariz menekan semula butang lift menuju ke tingkat paling bawah.

" U taknak ikut sekali?" Hariz menyoal semula apabila melihat Farah masih termangu di situ.
" I nak guna toilet dulu. Lepas tu i balik terus. I kena jumpa mama lepas ni" Beritahu Farah satu persatu.

Hariz tidak membalas. Pemuda itu masuk kedalam lift dengan Amirul membontotinya dari belakang. Pintu lift tertutup.

" Kau terlalu manjakan Farah dengan wang Hariz. Aku takut kalau nanti teruk jadinya" Amirul bersuara perlahan agar Hariz tidak berkecil hati dengan ayat yang diucapkannya.

" Apa maksud kau?" Tanya Hariz tanpa menjamah wajah Amirul. Pandangannya hanya dilempar kosong ke pintu lift.

" Puan Edora tu nampak sangat macam ambil kesempatan atas Farah. Aku tak rasa dia orang yang baik Hariz" Amirul meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

" Im in love with Farah, Mirul. Not her mum" Hariz berdecit.

" Aku tahu Hariz. Tapi aku bimbang Puan Edora tu ada niat tak baik nanti. Kau manjakan sangat dia dengan kemewahan"

" Kau nak ke aku hadap muka mama dia? Aku sendiri tak suka dengan Puan Edora tu. Tapi nak buat macamana. Lambat laun dia akan jadi my mother in law" Hariz memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

" Aku tak faham la dengan kau ni Hariz. Makin pelik aku tengok" Amirul mengelengkan kepalanya.
" Kegembiraan aku adalah bila Dato Mokzani terseksa"

Pintu lift terbuka luas. Hariz melangkah keluar dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

*******************

" Sha. Bawak mengucap Sha" Camelia cuba mengangkat tubuh Shasha yang sudah jayuh terduduk di lantai.

" Senua ni tak benar kan Kem? Papa just call aku malam tadi. He just call me last night and told me that he love me" Shasha bersuara tersekat-sekat. Airmatanya keluar sedari tadi tanpa henti. Berita yang baru di dengarnya dari Mak Leha, pembantu rumah mereka benar-benar merentap jantungnya.

" Sha, aku tahu kau sedih. Tapi aku rasa kita patut segera balik ke Malaysia" Elena bersuara tegas.

" Apa yang El cakap tu betul Sha. Kita kena bersedia balik ke KL.. kita berdua akan temankan kau nanti" Camelia juga turut terasa kehilangan. Mana taknya. Rumah yang mereka diami sekarang adalah atas ihsan Dato Mokzani. Segala kelengkapan rumah dan makanan semuanya di tanggung oleh papa Shasha. Bahkan lelaki itu adalah sosok seorang ayah kepada mereka, bukan sahaja pada Shasha. Dia begitu mengambil berat akan kebajikan mereka berdua terutamanya anak tunggalnya itu. Dia cuma meminta untuk menengok-nengokkan Shasha sebagai balasan atas semua kebaikannya.

" No! Papa mesti bergurau. I know hes joking. Aku tahu papa nak aku balik ke KL holiday ni. Aku ada beritahu korang kan pasal ni" Shasha mengesat matanya kasar hingga maskara yang di pakainya luntur. Matanya kehitaman dek terkena air mata.

" Sha.. kita dah tengok kat tv tadi kan? Kita dah tengok pihak polis dah sahkan yang papa kau dah tak ada" Elena mendekati Shasha yang kelihatan benar-benar shock.

" But why? Kenapa papa perlu bunuh diri? Apa sebabnya? Papa bukan orang yang macam tu El" Shasha menutup mukanya dengan kedua tapak tangan. Tangisannya semakin menjadi.

" That is why we need to go back to KL. Kita perlu cari tahu kenapa uncle bunuh diri" Camelia memotong.

" Apa yang Kem kata tu ada betulnya.. Kita perlu balik sekarang Sha" Sokong Elena.

Shasha mengangkat mukanya. Kedua wajah Camelia dan Elena di pandang silih berganti. Hatinya tersentuh. Selain papa, Camelia dan Elena antara insan yang begitu memahaminya. Sukar untuk mencari sahabat seiklas itu.

" Tempah tiket sekarang Kem. Aku perlu jumpa papa buat kali terakhir" rintih Shasha. Gadis itu menangis lagi. Masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa papanya telah tiada.

****************

Teksi yang membawa Shasha, Camelia dan Elena berhenti di rumah agam milik Dato Mokzani. Shasha kelihatan terburu-buru keluar. Camelia dan Kate tidak sempat mengejar. Beg pakaian perlu di keluarkan dari teksi.

" Kem! Kau kejar Shasha tu. Biar aku keluarkan beg ni. Takut pulak aku tengok dia. Nanti pengsan pulak" Elena memberi arahan. Camelia sekadar menganguk. Menyusun langkah laju mengekori kelibat Shasha.

" Maaf" Suara lelaki yang dilanggar oleh Shasha kedengaran. Shasha terjatuh di lantai perkarangan rumahnya yang di penuhi oleh kereta-kereta mewah. Mungkin dari rakan niaga dan sahabat papanya.

" Saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?" pemuda itu menghulurkan tangannya. Shasha yang kelihatan agak kusut masai itu mengangkat wajahnya. Keduanya saling berpandangan.

" Are you okay? Sakit tak?" Lelaki itu tersentak melihat air mata yang membasahi pipi gadis yang melanggarnya. Wajah itu diamatinya. Air liurnya ditelan. Angin yang bertiup sepoi-sepoi itu membuatkan rambut panjang milik Shasha menutup sebahagian mukanya hingga menghalang pemuda itu menyaksikan keindahan ciptaan tuhan di hadapannya.

" Saya tak sengaja. Emmm.. Biar saya bantu awak" Pemuda itu cuba mengangkat tubuh Shasha namun Shasha menarik tubuhnya ke belakang, sebagai tanda dia menolak pertolongan pemuda itu.

" Saya bukan orang jahat. Saya cuma nak tolong je" pemuda itu bersuara lagi.

" Sha? Kau ok tak?" Camelia tiba memberi bantuan. Gadis itu mengangkat tubuh Shasha. Shasha bangun namun matanya masih lagi tertancap pada lelaki di hadapannya. Entah kenapa ada rasa yang aneh pada lelaki itu. Aura nya lain macam.

" Im sorry" berulang kali pemuda itu menuturkan perkataan maafnya.

"Its ok.. Kawan i ni still shock. Its ok" Camelia menolak pinggang Shasha yang masih dipeluknya erat ke arah pintu utama banglo itu.

" Hariz? Kenapa tadi tu?" Amirul muncul entah dari mana.

" Aku terlanggar bidadari tadi" Hariz tersengih.

" Bidadari? Yang mana satu?" Amirul memandang semula ke arah dua orang gadis yang melangkah laju ke dalam rumah.
" Yang pakai dress hitam tu tadi" Hariz senyum. Pandangan gadis tadi membuat hatinya berbunga seketika. Redup mata hitamnya menenangkan. Ah! Adakah dia bermimpi?

" Yang pakai dress tu? Bukan yang pakai jeans tu ke?" Amirul ingin kepastian.

Hariz tidak menjawab. Sebaliknya membalas pertanyaaan Amirul dengan anggukan.

" U will be shock if u know who she is" Amirul berpeluk tubuh. Riak wajah Hariz di pandangnya dalam. Ingin melihat reaksi temannya itu apabila di beritahu tentang siapa gadis yang melanggarnya tadi.

" Apa maksud kau?"

" She is Shasha Badrina" Ayat terhenti di situ. Sengaja berteka teki dengan Hariz.

" Kau kenal dengan dia? Good! Why dont u introduce her to me" Hariz menguntum senyuman.

" Dia anak tunggal Dato Mokzani"

" What?" Hariz terkejut. Seakan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Amirul.

" Yes! Dia satu-satunya anak Dato Mokzani dan Datin Melur" tambah Amirul lagi.

" I know Dato Mokzani ada anak perempuan. Tapi.. mustahil perempuan tadi tu" Hariz bercekak pinggang.

" Up to u. But there she is. Shasha Badrina binti Dato Mokzani" Amirul menekan setiap patah perkataannya.

" Macamana pulak orang tua tu ada anak secantik tu?" Terbayang wajah Dato Mokzani yang botak di tengah-tengah kepalanya. zdengan misai hitam yang lebat dan wajahnya bergaris seribu.

" So now kau kata anak musuh kau cantik?" Amirul menduga.

" No! I meant, well she is pretty much beatiful.. and seksi.. But.. Macam tak percaya yang dia tu anak Dato Mokzani" Hariz menyeka rambutnya ke belakang.

" Jangan pula kau terjatuh hati pada dia" ligat Amirul memerli.

" Kau gila ke apa? Dia anak musuh aku. Kalau bapak dia aku boleh hancurkan. Apalagi anak dia. sekelip mata aku boleh habiskan" ucap Hariz tegas.

" Are u sure?" Amirul tersengih.

" Whats wrong with u Mir? Aku dah ada tunang kot. Kalau pun dia perempuan terakhir dalam dunia ni, aku takkan pilih dia" ulas Hariz meninggi diri.

" Tadi sebelum kau tahu siapa dia, bukan main lagi kau cakap dia bidadari" Amirul menyindir.

Hariz membisu. Tidak menjawab kata-kata Amirul. Pemuda itu melangkah semula ke dalam banglo mewah itu. Dia perlu mengetahui sejauh mana kebenaran kata-kata Amirul tadi.

" Kau kata nak balik tadi" Laung Amirul sedikit rendah. Ternyata laungan itu tidak berbalas. Tidak punya pilihan lain, Amirul turut melangkah semula ke dalam rumah itu.

Ini kali kedua pemergian mereka ke rumah itu. Kelmarin sekadar menunjuk wajah pada pihak media. Hari ini pulak hari pengebumian jenazah. Mahu tak mahu terpaksa pergi untuk memberi penghormatan terakhir pada allahyarham Dato Mokzani yang sememangnya banyak menyumbang dalam ekonomi negara dalam bidang perhotelan dan perdagangan.

***********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience