Bab 1

Romance Series 718376

SHASHA mengeliat panjang. Rasa sejuk mulai menyengat ke seluruh tubuhnya. Malas rasanya untuk bangun. Matanya masih lagi ingin di pejam. Alarm telefonnya berbunyi lagi.

" Sha! Kau tak pergi kelas ke? Dah lambat ni" Kedengaran suara Camelia memekik dari luar.

" Kau bagitahu la Madame Anne tu aku demam" balas Shasha dengan laungan.

" Dah berapa kali kau sakit bulan ni? Ni dah 4 kali tau" Pintu bilik Shasha di tolak. Terpacul pula Elena yang juga teman serumahnya itu.

" Aku penatlah" Jawab Shasha malas.

" Ahhh. Sukati hati dia lah El.. Papa dia kaya raya. Tak belajar pun tak apa. Bisness papa dia dah cukup untuk menampung hidup dia" Sindiran Camelia membuat Shasha sepantas kilat duduk di katilnya.

" Tulah kau. Malam berparty lagi. Pagi baru nak balik" Elena menyampuk.

" Korang berdua ni macam makcik la. Papa aku cakap, as long as aku happy dia tak kisah kalau aku nak keluar ke mana pun" Shasha melebarkan senyuman basinya.

" Papa dia mampu. Papa kita berdua ni tak mampu" Camelia mencemik.
" Aku sebenarnya tak nak sambung belajar ni korang tau tak. Sebab aku sayang korang berdua lah aku ikut korang ke London ni tau" Shasha mencemik. Gadis itu bangkit dari katilnya. Rambut hitam panjangnya di kumpul sekali kemudian di pusingnya lantas di cucuk dengan batang pencil yang terdampar di meja soleknya.

" Haa. ye lah tu. Kau untung lah. Tak graduate pun dah boleh pegang jawatan tinggi dekat company papa kau. Kami berdua ni macamana? Kenalah usaha keras sikit" Camelia memerli.

" Heii. Aku tak lupa korang berdua la. Dont worry, lepas je graduate korang berdua di jamin dapat kerja dekat company papa aku" Shasha memberi jaminan.
Gadis itu menarik tualanya lantas melangkah menuju ke bilik mandi. Camelia dan Elena berpandangan.

" Kau nak ke kelas ke" Camelia bertanya.

" No! Aku nak pergi shopping" Shasha menjawab riang.

" Kau nak shopping lagi? Baru minggu lepas kau keluar shopping. Habis satu kedai kau borong. Tak lama lagi botak jugak la kepala Dato Mokzani tu nanti kau kikis" Sindir Elena.

" Alah. Aku kikis pun duit papa aku jugak. Dont worry. Papa aku tak kisah pun kalau aku nak berbelanja ke.. Shopping ke" Shasha tersengih. Lesung pipit di kedua belah pipinya jelas kelihatan. Begitu dalam. Persis arwah ibunya, Datin Melur.

" Ye la.. Pandailah kau menjawab" Elena terbaring di atas katil milik Shasha.

***************

" How are you sweetheart?" Dato Mokzani menyapa lembut sang anak di talian.

" London sejuk pa. Sha rindukan KL" Rengek Shasha Badrina yang menginjak usia 25 tahun itu.

" Tak lama lagikan holiday? Shasha bolehlah balik ke sini" Dato Mokzani sedikit teruja.

" No la papa. Sha ada janji dengan Camelia dan El nak ke Paris holiday ni" ucap Shasha sekaligus menghampakan harapan Dato Mokzani untuk bertemu muka dengan anak tunggalnya itu.

" Dah lama dah Sha tak balik sini. Papa rindu Sha" Terdengar nada suara Dato Mokzani sedikit pilu.

" Pa.. Kan kita dapat video call. Sha selalu je video call papa. Apa je yang Sha buat kat sini, Sha selalu inform papa dulu" Shasha cuba memujuk papa kesayangannya itu.

" Baliklah Sha. Papa rindukan Sha" Dato Mokzani memujuk.

" Pa, Sha dah plan benda ni lama dah pa. Rugilah kalau Sha sia-siakan peluang yang ada ni. Bukan selalu dapat jalan bertiga macamni. selalunya Camelia busy dengan assignment dia. El pulak sibuk kerja part time" Shasha kelihatan bersungguh-sungguh. Sememangnya sudah lama dia merancang untuk bercuti bersama sahabat baiknya itu. Berharap benar kali ini impiannya itu tercapai.

" Takkan Sha nak tunggu papa dah mati baru Sha nak balik!" Dato Mokzani sedikit kesal dengan tindakan anaknya. Sedikit pun tidak mengendahkan permintaannya.

Bukanlah susah mana pun untuk memenuhi permintaannya yang satu itu. Dia memang benar-benar merindui Shasha. Entah kenapa semenjak dua menjak ini rindunya semakin membuak. semakin menjadi-jadi. sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

" Paaaa!! Kenapa papa cakap macam tu? Papa dah tak sayang Sha lagi ke?" Shasha meninggi suaranya sedikit. Seakan tidak percaya dengan apa yang di ucapkan oleh papanya.

" Sha.. Papa tak tahu bila papa akan pergi. Papa takut kalau nanti papa tak sempat nak tengok muka anak kesayangan papa ni" Sayu terdengar suara Dato Mokzani di corong telefon.

" Pa.. Apa yang papa merepek ni? Papa takkan kemana-mana selagi Sha masih ada. Sha akan selalu ada dengan papa. Sha akan sentiasa di sisi papa. Sha dah janji dengan arwah mama yang Sha akan jaga papa sebaik mungkin. And dont u dare to talk like that again. Kalau papa cakap lagi benda macam tu, Sha akan buat mogok kat sini" Panjang lebar Shasha memberi ceramah percumanya kepada Dato Mokzani.

" Sha.. Papa sayangkan Sha tau. Lebih dari segalanya. Pap sanggup buat apa je untuk Sha asalkan Sha bahagia. Asalkan Sha gembira" Dato Mokzani bersuara agak lembut.

" I know pa. Sha tahu papa sayangkan Sha. Sha pun sayangkan papa jugak. but please pa.. Sha tak suka kalau papa cakap merapu macam ni" bebelan Shasha membuatkan Dato Mokzani ketawa kecil.

Pintu pejabat diketuk dari luar. Dato Mokzani menghentikan tawanya. Telefon di tangan kanannya di tukar ke sebelah kiri. Lelaki separuh abad itu berdehem kecil.

" Masuk" arah Dato Mokzani ringkas. Tidak sampai sesaat pintu pejabat itu terbuka luas. Muncul Suraya, setiausahanya dengan wajah yang tergesa-gesa menuju ke hadapannya.

" Sha sayang.. Papa ada kerja nak dibuat. Nanti papa call balik tau. I love u sweetheart" Dato Mokzani meletak telefon tanpa menunggu jawapan balas dari Shasha.

Shasha menggelengkan kepalanya. Masak benar dengan perangai papanya kalau lagi bekerja. Memang terlalu taksub dengan kerja sampai lupa benda lain. Shasha melontar perlahan telefonnya di atas katil. Gadis itu membelak pakaian yang tergantung di almari. Yang mana satu yang akan menjadi pilihannya untuk digayakan malam nanti. Dia perlu tampil bergaya dan seksi di hadapan teman-temannya yang lain.

" Ada apa Su?" Dato Mokzani menyoal mendatar.

" Encik Hariz menunggu di bilik mesyuarat" Suraya agak cemas. Sepertinya sudah tahu akan maksud kedatangan CEO Megah Holding itu.

Wajah Dato Mokzani berubah saat nama itu di dengar di cuping telinganya. Lelaki itu berdiri, sekaligus mengatur kotnya nya sedikit berselirat .

" I will see him soon, sebelum tu awak hidangkan tetamu saya dengan minuman. Saya kena cari sesuatu terlebih dahulu" Kata-kata yang di luahkan dari mulut Dato Mokzani membuatkan Suraya menyusun langkahnya keluar dari pejabat.

" Apa lagi yang kau nak Hariz!" Bisik Dato Mokzani perlahan.

******************

" Macamana dengan permintaan saya tempoh hari" Hariz membuka kaca mata hitamnya saat Dato Mokzani mengambil tempat duduk bertentangan dengannya.

" Cadangan awak tu gila Hariz! Tak masuk akal" Dato Mokzani menekan suaranya. Pandangan matanya tajam memandang ke arah Hariz yang kelihatan bersahaja di hadapannya.

Hariz senyum menyindir. Kaki yang tadi di silangkan,di luruskan semula seperti biasanya. Pemuda itu menoleh ke arah Amirul, peguam yang acap kali mengiringinya ke syarikat milik Dato Mokzani itu.

Tanpa banyak bicara, Amirul menghulurkan sehelai kertas ke tangan Hariz yang menunjukkan telapak tangan kanan di hadaoan wajahnya.

" Ini semua yang awak hutang kat saya" kertas putih itu diletakkan di atas meja,kemudian di lastik dengan jari telunjuknya menghala ke arah Dato Mokzani.

Dato Mokzani mengambil helaian kertas dihadapannya lambat. Hatinya merasa tidak senang dengan cara pandang Hariz terhadapnya. Seakan menyindir dan memerlinya.

" Ini semua penipuan Hariz. Awak sengaja nak memerangkap saya" Dato Mokzani bersuara nyaring.

" Penipuan? Awak yang hutang saya, kenapa pulak saya yang kena tuduh menipu?" Hariz senyum menyindir.

" Tak ada penipuan dalam urusan perniagaan saya Dato. Saya salah satu orang yang paling jujur di Malaysia ni" Hariz memuji dirinya sendiri.

" Tapi saya tak hutang sebanyak tu!" Dato Mokzani kelihatan begitu tertekan.
" Awak patut tahu seberapa banyak yang awak hutang dekat saya Dato"
" Tapi jumlah ni melebihi apa yang saya pinjam dari awak" Dato Mokzani cuba mempertahankan dirinya.

" Nampaknya awak lupa akan ketagihan judi awak di bar saya Dato Mokzani" Hariz sinis mengingatkan kembali lelaki di hadapannya.

Dato Mokzani menelan air liurnya. Dia hampir terlupa yang dirinya merupakan kaki judi. Dia sanggup berhabisan berpuluh ribu ringgit semalam untuk kepuasan dirinya. Dan tanpa disedarinya, wang yang dia punya sekarang makim berkurang. Bukan itu saja,malah perniagaan yang di binanya berpuluh tahun mungkin akan jatuh ketanah juga tidak lama lagi.

" Dan awak jangan lupa Dato, segala aset syarikat awak ni akan jatuh ketangan saya kalau awak tak mampu membayar jumlah uang dikehendaki dalam masa yang telah saya tetapkan" Hariz mulai merasa megah. Inilah masa yang di tunggu-tungu. Masa untuk menjatuhkan seorang lelaki yang menghancurkan kehidupan remajanya. Kehidupan tanpa kasih sayang ayah dan ibu. Semuanya berpunca dari lelaki itu. Bahkan kedua orangnya mati pun di sebabkan sikap tamak haloba seorang lelaki yang bernama Mokzani.

" Kau akan terima balasan dari aku sedikit demi sedikit Mokzani! Aku akan pastikan setiap saat yang kau lalui seumpama perjalanan kau menuju ke neraka jahanam"Bisik hati kecil Hariz perlahan.

" Awak tak ada hak nak ambil syarikat saya. Apatah lagi aset syarikat. Awak tak berhak!" Tengking Dato Mokzani kuat hingga mengejutkan Amirul dan Suraya yang setia mendengar dan menunggu sedari tadi.

" Dato Mokzani, sebenarnya saya masih ada belas kasihan lagi. Saya masih lagi tidak menarik jawatan yang Dato pegang sekarang ni. Jadi saya berharap agar Dato beri kerjasama kepada saya. Serahkan segalanya dengan baik atau saya rampas secara kasar" Hariz seakan mengugut.

" Kalau awak rampas semua ni, macamana dengan saya? Macamana dengan pekerja syarikat saya?" Dato Mokzani semakin cemas. Garis-garis usia di eajahnya mulai timbul.

" Perlukah saya tahu tentang itu? Its not my problem after all" Hariz tersenyum nipis. Kakinya disilangkan semula.

" Awak memang tak berhati perut Hariz! Awak rampas semuanya dalam keadaan saya tak tak berdaya untuk melawan" tutur Dato Mokzani agak keras.

" Bukan saya yang tentukan semua ini. Awak yang membuat keputusan. Kenapa pulak saya yang di persalahkan?"Hariz semakin seronok melihat perubahan wajah Dato Mokzani. Itulah yang dia mahu. Penderitaan lelaki itu ada kegembiraan buat nya. Inilah balasan bagi orang yang merampas kebahgiaan orang lain. Arwah papa dan arwah mama pasti tidak akan pergi meninggalkannya sekiranya hidup mereka tidak di ganggu oleh lelaki berhati iblis ini.

Kemalangan yang meragut nyawa orang tuanya itu berpunca dari brek yang berfungsi. Seolah-olah di rancang. Memang! Tidak syak lagi, Dato Mokzani yang ketika itu menjadi rakan kongsi perniagaan papanya yang membunuh. Tapi bukti tidak menunjukkan bahawa lelaki itu yang meragut nyawa papa dan mama. Lelaki itu tamak dengan harta. Tidak berpuas hati dengan apa yang di kecapi oleh kedua orang tuanya.

" Aku akan pastikan kau hidup tanpa sesen wang pun" Hati kecil Hariz berbisik jahat.

" Tapi apa yang awak buat ini tidak adil Hariz. Kenapa rumah saya pun awak ambil? Macamana dengan saya? Dimana saya nak tinggal kalau rumah saya awak rampas! Itu satu-satunya kenangan antara saya dan arwah isteri saya" Dato Mokzani merendahkan nada suaranya. Seakan meraih simpati. Dia sedar akan kealpaannya. Gila berjudi hingga segalanya tergadai. Sedangkan tanpa judi pun hidupnya tergolong dalam golongan yang mewah. Ah! Kenapa perkara itu yang dia lakukan untuk mencari kepuasan?

" As i told u, it is not my problem. Saya selesaikan masalah awak dengan wang, jadi awak selesaikan masalah awak dengan saya dengan wang. Its simple right?" Hariz bangun. Kotnya di atur. Agak tampak kemas.

" Awak tikam belakang Hariz" Dato Mokzani memukul dada meja kerja kuat dengan kedua telapak tangannya serentak berdiri.

Hariz sedikitpun tidak terkejut dengan tindakan spontan Dato Mokzani, sebaliknya pemuda itu hanya menghadiahkan senyuman sinis kepada lelaki dihadapannya itu.

" Saya bagi masa 2 minggu untuk awak kosongkan pejabat ini. Sekaligus rumah agam awak. Saya taknak ada walau sebijik barang milik awak dalam rumah tu sebab runah itu akan jadi milik saya" Hariz senyum jahat. Pemuda itu berlalu dengan diiringi oleh Amirul dari belakang.

Wajah Dato Mokzani berubah merah. Lelaki tua itu bercekak pinggang seakan tidak menerima apa yang terjadi terhadap dirinya. Tanpa fikir panjang, kertas yang berada di hadapannya di koyak menggila. Air kopi di dalam cawan tumpah dek tindakan Dato Mokzani yang berada di luar kawalan. Suraya menjadi takut. Tidak pernah dia melihat majikannya itu bertindak sedemikian rupa. Dato Mokzani yang dia kenal adalah seorang yang lemah lembut, baik budi bicara dan seorang yang senang untuk bergaul. Orangnya tidak sombong, tidak seperti kebanyakan orang kaya yang lain. Terutamanya Hariz Haikal.

" Berlagak! Harap muka je kacak,tapi perangai macam iblis" Sumpah Suraya dalam hati.

******************

Dato Mokzani duduk di bilik bacaannya sendirian dengan hanya di suluhi lampu meja yang agak samar-samar cahayanya. Gambar di dalam bingkai yang memaparkan potret antara dirinya dan Shasha di tatap dengan air mata yang mulai bertakung.

" Bagaimana papa nak jelaskan nanti Sha. Apa yang papa patut cakap dengan Shasha?" Dato Mokzani menyeka airmatanya yang nulai membasahi pipi.

Dato Mokzani mencapai telefon bimbitnya yang tersadai di atas meja. Nombor telefin anaknya di dail.

" Hello papa" kedegaran suara riang Shasha di corong telefon
" Shaa" Panggil Dato Mokzani lembut.

" Yes pa.. Papa ok tak? Suara papa lain macam je.. Papa sihat tak? Ada pergi checkup tak?" Bertubi-tubi soalan di ajukan oleh Shasha kepada sang ayah.

" Sha.. Papa.. Papa sayang Shasha" Dato Mokzani cuba menahan esak tangisnya dari di dengar oleh anak tunggalnya.

" Sha tau pa. Sha tau papa sayangkan Sha. Sha pun sayangkan papa. U are my everything" luah Shasha tenang.

" Sha.. Papa tahu papa bukan papa yang tebaik untuk Shasha. Tapi papa nak Sha tau yang Sha adalah harta yang paling berharga dalam hidup papa"

" Lebih berharga dari intan dan permata?" Shasha menduga. Ada tawa kecil di hujung ayatnya. Gadis itu nyata suka bergurau dengan papanya. Baginya papa lah insan yang begitu memahami dan menyayanginya selepas ketiadaan mamanya. Dato Mokzani mengasihi dirinya bagai menatang minyak yang penuh.

" Lebih dari itu sayang" Dato Mokzani senyum nipis. Walaupun senyumnya itu seakan di paksa.
" Pa.. Sha kena pergi. Tadi Sha ada janji dengan Camelia dan El nak makan sama" Sha baru teringat akan janjinya pada teman baiknya. Gadis itu kedengaran tergesa-gesa berbicara.

" Ye ke? Jaga diri Sha kat sana. I love u sweetheart" Air mata seakan tidak mampu di tahan.

" Sha tau pa. Papa pun jaga diri juga. Jaga kesihatan papa. Kalau sakit pergi klinik. Sha pergi dulu. I love u too papa" Telefon segera di matikan.

Dato Mokzani menatap skrin telefonnya lama. Pandangannya makin kabur dek air mata yang merembes keluar. Tangan kanannya menarik laci di sebelah kanannya. Sepucuk pistol sebesar tapak tangan di keluarkan.

Berulang kali dia memikirkan perkara itu. Hariz terlalu menekannya. Hingga dia berada di jalan yang buntu. Otaknya sudah tidak mampu memikirkan apa-apa. Segala usahanya untuk menyelamatkan syarikat yang dibinanya berpuluh tahun itu sia-sia belaka. Tiada kata penyelesaian dari mulut Hariz. Yang ada hanya ugutan.

Pistol hitam itu di acukan ke kepalanya. Matanya di pejamnya rapat. Bayang wajah Shasha bermain di matanya. Senyum tawa gadis itu menenangkannya. Lentok manja saat Shasha memeluknya dan menyatakan ungkapan sayang terhadapnya membuat air matanya laju menitis.

" U are my everything papa" Ayat itu selalu di ucapkan Shasha kepadanya. Bahkan ayat itulah yang akan di rinduinya nanti.

" Maafkan papa Sha. Papa tak kuat" Itulah ayat terakhir Dato Mokzani sebelum pistol itu di tarik picunya.

*****************

Share this novel

mak mel
2024-07-15 14:04:48 

cerita Ni MMG best... rugi X baca

favour_writes
2024-07-14 21:37:41 

Nice


NovelPlus Premium

The best ads free experience