4: To Meet Is To Greet

Family Series 3442

BARNEY'S CAFE, 15:00

Nina keluar dari rumahnya awal untuk menghadirkan dirinya ke temujanji bersama seorang jejaka yang baru dikenalinya beberapa purnama sebelum dia pindah ke kawasan itu. Mencari tempat yang dijanjikan itu agak memakan masa kerana system GPS, Maps or Waze yang kadangkala menyakitkan hati mempengaruhi keputusannya untuk keluar awal sedangkan temujanjinya pada pukul 4 petang. Nina, seorang gadis bertudung litup, ayu dengan penampilannya, 24 tahun dan belum berkahwin. Nama sebenarnya Nur Aminah Dahlia binti Rizal, seorang graduan jurusan interior designer, dan bekerja sebagai seorang freelance. Lebih mesra dikenali sebagai Nina, nickname manja bagi satu-satunya cahaya mata En. Rizal dan Pn. Siti. Suara Altimet sebagai pengelola atau suara navigator Waze memecah keheningan di dalam Mark III Mini miliknya, 'Dah sampai beb, jangan lupa kunci kereta. Chantek, amboi amboi' 'Yelah Met, thanks ingatkan' Nina keluar dari kereta dan kelihatan seorang pemuda melambai tangan ke arahnya. Nina membalas lambaian tangan itu kembali.

Share this novel

Muhd Syamim
2020-06-27 23:29:38 

Kena sidai ke ni?

Muhd Syamim
2020-06-27 23:29:37 

Kena sidai ke ni?


NovelPlus Premium

The best ads free experience