Rate

Bab4

Short Story Series 1641

Pelajar-pelajar junior berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.Lagaknya bagai mahu berjumpa ketua negara.Ngeri.Tengok saja biliknya.Sanggup bersengkang mata selepas subuh semata-mata takut terlewat menghadiri orientasi pagi ini.Pada hal majlisnya bermula sekitar 8pagi.

Dealisya Aiein menyandarkan badannya disebuah tiang sambil memandang gelagat pelajar. Malas berebut. Dia mahu masuk last. Hai,serius ke mereka ni batch aku? childish!!

"Ni kenapa ni? Nak putera raja usung baru nak masuk?" amboi sinisnya.Aiein memandang hairan jejaka tampan yang asyik memandang kearahnya.Mamat ni cakap dengan siapa? kiri kanan tiada orang! dengan aku ke? ke cakap sorang-sorang?

"woi mak bedah, aku cakap dengan kau tau. Bukannya dengan tiang!" geramnya Ifwat melihat gadis dihadapnnya melihat kiri kanan. Dia ingat aku gila ke cakap sorang-sorang.

Eh-eh.Aku yang sebergini cun dia kata mak bedah? Rabun gamaknya.

"Maaflah. Saya malas nak berebut. Tak pasal-pasal mati tak cukup oksigen" selamba Aiein membalas. Tapi ya kan? Kalau dia mati tak cukup oksigen siapa yang harus dipersalahkan? angin? haha.

"Haha. Lawak sangatla tu" nampak benar menyindirnya.

"Dah tak lawak buat apa gelak? Nampak benar bodohnya." ujar Aiein perlahan. Dengar dek lelaki disebelahnya mau sentap setahun.

"Apa?" dia kata aku bodoh?

"Tak ada apa-apa" tersengih Aiein apabila lelaki itu melangkah pergi. Dia dengar ke? Alahai,sentap ke? lantak dia lah.

"Pelajar junior yang belum masuk dewan,cepat sikit. Kami beri masa 5minit!"suara lantang dari alat pembesar suara memeranjatkan Dealisya Aiein dari leka. Wei,junior pun ada jantung tau!

Belum sempat Dealisya Aiein melangkah masuk. Pintu dewan ditutup rakus. Dipandang kiri dan kanan..alhamdulillah dia tak keseorangan. Terdapat beberapa orang pelajar yang tengah tercungap-cungap. Muka semua macam dia. Tak puas hati.Haha.

Selang beberapa minit pintu dewan dibuka semula. Kenapa semua pandang belakang? Risau pulak dia. Seramai 10orang lelaki berseragam kot hitam melangkah keluar. Pandang kami macam pesalah pun ada.

Dealisya Aiein memandang mereka satu demi satu. Eh mamat tu ada,dia senior ke?Alahai.Lagi satu wajah yang bertandang di perlihatannya membuatkan dia tersentak. Ajmin? Yang lawaknya Ajmin pun tengah pandang dia. Terkejut mungkin hari first aku dah buat masalah. Jaga aku lagi. Haha.

"Junior yang tudung peach tu dah kenapa? Lewat pun masih boleh tersengih sorang-sorang?"

Alahai terkena lagi dia. Nasib baik orang lain yang tegur dia. Kalau mamat tadi memang dia dah chop aku yang bodoh. Kalau Ajmin? Memang aku balas balik. Haha.

"Disebabkan hari ni first time kamu semua orientasi. Kami maafkan.Tapi untuk kali kedua,i prefer 1 laps for 5 minute late. Understand?"

Huyoo. Itu kejam. Sesi balas dendam ke apa ni?

"Dan lagi satu. Pengumuman kepada semua pelajar junior, esok saya tak nak awak semua berebut-rebut untuk masuk dewan. Pihak kami takut nanti ada pelajar yang mati sebab tak cukup oksigen." Bedebush. Padu.

Rata-rata pelajar junior dan senior ketawa mendengar pengumuman tadi. Kenapa aku tak ek? Sah-sahlah sebab mamat tu perli kau Aiein!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience