Rate

Bab2

Short Story Series 1641

tet...tet..tet..tet...number you have dail not in services

"Ah,boleh mereng aku macam ni. Ajmin kalau kau nak tukar nombor pon at least bagilah tau aku dulu" Daelisya Aiein menggaru pelahan kepalanya yang dilitupi selendang putih.

Geramnya bertambah apabila mengingatkan pergaduhan antara dia dan mamanya; Datin izzara.

"Mama tak setuju" bagai bergema suara Datin izzara didalam banglo mewah itu.

"Tapi ma, Aiein pergi nak belajar ma. Belajar tuu kan jihad jugak daripada aiein berjihad pergi berperang baik mama hantar pergi belajar je" sampuk aiein lancar. Marah punya pasal mulutnya dah merepek-repek.

"Pandailah kamu berjihad,tah-tah pergi sana bukan cari ilmu tapi cari jantan"

"Ma" kan sudah naik satu nokta suara dia.Hai mama ni.

"Sebab tulah, mama hantar kamu ke situ. Sekurang-kurangnya Ajmin boleh tengok-tengokkan kamu" lirih suara Datin Izzara. Anak gadisnya ini memang merisaukan dia. Nakal tak bertempat.Lagi pula sekolah yang mahu dihantarnya itu memang terkenal dan sangat disegani. Apa masalahnya?

Lamunannya terhenti apabila mendengar bunyi hon yang kuat dari arah belakangnya. Cepat-cepat dia berpaling. Halabau punya saudara. Hampir sejam dia tunggu,baru nak sampai.

"Asal lambat ha?"

"lek-lek, jam tadi. Ampun" tersengih Qhaidim apabila disergah sedemikian rupa. Nak
marah macam tak layak. Dah memang salah dia.

Pintu kereta Audi silver dihempas kuat oleh Aiein. Kedegang!!

Alahai, kereta aku.

Asal senyap je ni? tak boleh jadi.

"Kau nak aku hantar dekat asrama or dekat pejabat terus?" dijelingnya manusia yang sedari tadi senyap disebelahnya.

"rumah"

"eh?" walaupon perlahan tetapi Qhaidim masih boleh mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Aiein. Aik,merajuk ke minah ni?

"Mana-mana jelah dah jangan kacau aku. Tak ada mood"

Tergeleng kepala Qhaidim mendengarnya. Lantak ahh,perempuan memang macam ni. PMS kut,hehe.Tiba-tiba Qhaidim teringat janjinya dengan buddie dia.Nanti-nantilah,kalau aku bagitau dia sekarang tah-tah aku yang kena sembur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience