Bab 4

Romance Series 5511

Erin memberhentikan keretanya dibahu jalan dia termenung teringat akan di mana dia dan Damian bersama dua tahun yang lalu. Erin pernah mencintai dan memberi kasih sayangnya kepada Damian tetapi lelaki itu tidak pernah tulus dan menghargai cintanya.

"Apa dia buat kat sana ah? macam mana dia tahu aku kat sana" kata Erin bertanya dengan dirinya sendiri.
"Ergh! malaslah nak fikir tak guna pun fikir pasal mat buaya tu!" kata Erin geram.

Telefon Erin berbunyi dia terkejut. Erin memandang kearah skrin iPhone nya. Dia menjawap panggilan itu.

"Hello daddy"
"Macam mana interview tadi is it okay?" Datuk Fazran bertanya kepada anak gadisnya.
"Okay, uncle said esok dah boleh mula kerja" balas Erin.
"Okay good"
"Hmm, okay" talian dimatikan.
"Tu je ke?" kata Erin sendirian. Erin meletakkan iPhone nya didalam beg dan keretanya pula terus berlalu dari situ.

Mini Cooper milik Erin terus parkir tepat di carposh rumah banglonya. Erin keluar dari keretanya lalu melangkah masuk kedalam rumah.

"Ooo Mak Mah, Mak Mah" jerit Erin memanggil Mak Mah.
"Ya Erin Mak Mah kat dapur ni" jawap Mak Mah.
Erin pergi ke dapur.
"Mak Mah buat apa ni?" Erin bertanya.
"Biasalah Erin kemas itu, ini"
"Oh, nak Erin tolong"
"Takpelah nak" jawap Mak Mah.
"Alah takpe bukan selalu pun Erin tolong Mak Mah"
"Yelah" balas Mak Mah. Erin menolong Mak Mah mengemaskan bekas-bekas kontena yang sudah dibasuhnya tadi.
"Mak Mah mummy mana?" tanya Erin
"Mummy Erin keluar tadi, dia tak bagi tahu ke?"
"Takde pulak mummy cakap kat Erin?"
"Dia lupa kot"
"Mungkin, mummy asyik keluar je" jawap Erin lemah. "Tak pernah pun nak tolong Mak Mah ke apa buat kerja-kerja rumah memang tak lah" kata Erin.
"Erin tak baik cakap macam tu" balas Mak Mah
"Betullah Mak Mah Erin kadang-kadang tak faham dengan mummy tu"
"Takpe Erin lama-lama nanti mummy Erin akan berubah okey" kata Mak Mah sambil mengosok belakang Erin.
"Erin rehat dulu kat bilik okey makan malam nanti Mak Mah panggil. Erin hanya mengangguk dia pun berlalu dari situ ingin pergi ke biliknya.

Erin merasakan dirinya macam tidak dipedulikan oleh mummy dan daddynya mereka hanya lepas tangan sahaja dengan Mak Mah. Mereka hanya asyik sibuk bekerja. Kadang Erin merasakan dirinya sunyi tiada teman mengadu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience