Bab 8

Romance Series 5511

"Okey ni tempat awak" kata Rasyad sambil menunjukkan tempat kerja Erin yang sudah disediakan untuknya.

"Eh saya sorang ke kat sini?" tanya Erin dia mula bingung.
"Taklah" kata Rasyad 'rasa geli hati pun ada dengan gadis ni' hati Rasyad bersuara.
"Dia orang keluar kejap tadi awak tak keseorangan okey. Don't worry ada dua orang sama kat tempat awak ni ya Cik Erin"
"Okay fine, by the way just call me Erin"
"Baiklah Erin, saya pergi dulu ya, saya ada banyak kerja ni" kata Rasyad.
"Okay thank you Rasyad" kata Erin sambil tersenyum manis kepada lelaki itu.
"Sama-sama" kata Rasyad lalu membalas senyuman Erin.

"Alah bosannya aku nak buat apa ni ha?" Erin bertanya dengan dirinya.

"Aku dengar budak tu masuk hari ini" Erin terdengar satu suara yang sedang berbual-bual
"Ye ke?" balas satu suara lagi
"Eh siapa tu?"

"Hai" kata seseorang dari arah belakang. Erin menoleh.
"Hai" Erin membalas.
"Eh Erin,Erin Fatma kan" kata seorang gadis itu dengan penuh yakin
"Ye saya"
"Wei kau tak cam aku ke" kata gadis itu.
Erin menenung muka gadis itu. Erin terkejut.
"What Natasya kan!?" kata Erin
"Yes it's me babe!" mereka berdua berpelukan.
"Tasya lama tak jumpa kau" kata Erin mereka masih lagi berdrama.
"Kau pun sama Rin aku rindu gila kat kau" balas Natasya, teman baik Erin sewaktu sekolah menengah hingga di kolej habis sahaja graduate semua menjalankan kehidupan masing-masing. Akhirnya Allah menemukan mereka semula BFNE(Best Friend Never End) katakan.
"Awak tak nak peluk saya pulak ke?" kata seorang lelaki yang bersama Natasya tadi.
Erin tergelak
"Tak kot" kata Erin pelukan mereka terlerai.
"Kesian kena friendzone hahaha" kata Natasya.
"Takpelah, nama saya Awg Akmal, panggil Akmal je" kata Akmal memperkenalkan dirinya.
"Erin, Erin Fatma panggil Erin je" balas Erin
"Akmal ni kau tak dapat layan dia sangat, dia ni uish kalau ajak lepak dari malam sampai subuh pun dia tahan" gurau Natasya.
"Pandailah kau Nat" balas Akmal lalu duduk di tempatnya. Natasya dan Erin tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience