'Dulu aku dikelilingi bunga-bunga indah yang aku sayang.
Cantik dan harum baunya. Apabila aku memandangnya sungguh menyenangkan.
Tapi kini, bunga-bunga yang indah itu telah gugur. Daripada warna merah tiba-tiba berubah menjadi coklat.
Dulu aku sentiasa tersenyum dan ketawa. Sentiasa ceria.
Tapi kini, aku sedih... keluarga aku.. semua dh tinggalkan aku. Adik aku, abang aku, mak aku dan Ayah aku semua mati.
Aku tekat akan mencari pesalahnya dan hukum dia dengan tangan aku sendiri. Aku takkan jadi lemah lagi.
Aku tak kesah walaupun dia kawan baik aku sekalipun. Jika dia bersalah dia tetap akan dihukum...'
"Sebuah lori yang tidak bertanggungjawab telah melanggar kereta di jalan Sempang 12, Kuala Lumpur.
Sebuah keluarga menjadi mangsa di dalam kemalangan ini.
Hanya seorang dari mangsa yang masih selamat, Nur Fatihah Binti Daud.
Pihak polis masih membuat penyiasatan dan sedang beroperasi mencari si pelaku....."
TV di tutup. "Wey, orang tengah tengok berita ni. Bodohlah kau ni. Kai"
"Arrhh, serabut aku. Asyik berita, berita,berita. Takde benda lain ke nak tengok, Fit."
"Haishh." ngomelan Fitri.
"Hmm, wey Fit.". Kawan Kairi tidak jawab malas nak lain. "Fit..., Fit..., FITRI!!!". Fitri memandang Kairi.
"Kau nak apa, bodoh?"
"Kau tolong aku boleh?"
"haihh?" Fitri menjeling seolah-olah tahu apa yang kawan baiknya itu maksudkan.
"Hmm... kau boleh tolong aku tak? Aku ada hal lah esok wey.
Nanti aku buat surat kau tolong hantar boleh? Kata dekat boss, aku ada hal keluarga,ok?"
"Kau nak pergi mana lagi kairi?"
"Boleh tak?" Fitri menghembus nafas. "Yelah-yelah." Kairi tersenyum.
"Bukan apa... akak aku call semalam. katanya mak aku nak jumpa aku. Aku pun tak tahu kenapa."
"Ke mak kau nak pinangkan kau..." Fitri ketawa. Dengan cepat Kairi menjawab.
"Eh,eh, ke situ pulak. Mana ada lah. Aku ni bercinta pun tidak. Ada hati nak kahwin."
"hehe, aku gurau je. Tapi kalau ye... bestlah kau tapi sedihlah aku duduk sorang-sorang dekat rumah ni.
Wei, nanti kalau kau dh kahwin bawaklah bini kau duduk rumah ni." Fitri ketawa kembali.
"Banyaklah kau. Kau ingat aku ni apa?." Kairi menjeling Fitri yang sedang ketawa.
"Dah lah. Aku nak tidur. kau, Fitri kemas. Makan selalu tinggal dekat sini.
Last-last aku jugak yang kemas." Kairi bangun dari kerusi sofa dan berjalan menuju ke biliknya untuk tidur.
"Teha.. oh Teha. Turun sini kejap. Mak nak cakap sesuatu ni."
"Ya mak, sekejap." Teha dengan cepatnya turun ke bawah untuk berjumpa dengan ibunya.
"Ada apa mak?" Teha melihat sekeliling. Gelap-gelita. "Mak?" Teha pergi ke bilik ibunya dan membuka lampu.
"Mak?". 'haih peliknya mana mak ni.' hati Teha tertanya-tanya. Sebaik saja dia berpaling ke belakang.
"Kau cari mak kau?!!" Seorang lelaki yang badannya penuh dengan darah sambil memegang pisau tiba-tiba saja menegur Teha dari belakang.
'Siapa orang tua ni? Aku macam pernah nampak je. Tapi kat mana eh?'
"Pak Cik siapa?" "HAHAHAHA" Bunyi orang ketawa tiba-tiba saja muncul. Teha menoleh ke kiri dan ke kanan, tiada siapa di situ. Apabila dia berpaling kembali, Pak Cik tadi telah hilang.
Dia berasa takut. Dia berlari keluar dari bilik itu dan tidak sengaja terjatuh ke lubang yang gelap.
"Arrgg, MAK!!"
"Mak!!" Teha tersedar dari tidur dan lega apabila itu semua adalah mimpi. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tangannya.
"Arrhh, apa yang aku mimpi ni?." Dia mengeluh.
Dia bangun dari tempat tidur, mengambil kain tuala yang disidai di almari bajunya itu dan terus mandi.
'Nampaknya mulai sekarang aku kene berdikari. Mak, Ayah. Walaupun kalian dah takde Teha akan berusaha untuk sentiasa tersenyum'
KRIK,KRIK,KRIK,KRIK jam berbunyi. Kairi dan Fitri bangun oleh kerana bunyi jam loceng yang bising itu dan
pergi mengambil wudhu untuk mengerjakan solat fardhu subuh.
Setelah mereka menunaikan ibadah, mereka mandi dan memulakan perjalanan masing-masing.
"Oklah, bro. Aku gerak dulu pergi rumah mak aku." Kairi berkata.
"hmm, yelah. Hati-hati."
"Ok, bye. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam."Kairi mengambil kunci keretanya dan berangkat pulang ke rumah ibunya.
Manakala Fitri berangkat ke tempat kerjanya iaitu di Syarikat Natural Beauty.
Teha baru sahaja tiba di Syarikat Natural Beauty.
Setelah tiba di pintu masuk,"Baiklah, Syerri arahkan semua pekerja kumpul di bilik meeting.
Kita akan mulakan meeting kita sekejap lagi, ya."
Teha mengarahkan penolong setiausahanya untuk memaklumkan kepada semua pekerja untuk berkumpul di bilik meeting. "Baiklah, puan."
Fitri sudah tiba di tempat kerjanya. Dia memparking kereta dan terus masuk ke officenya.
"Oh, En.Fitri tadi Puan Nur kata berkumpul di bilik meeting ya."
"Ok, Thanks." jawab Fitri.
"Baiklah. Izinkan saya perkenalkan diri saya. Nama saya Nur Fatihah Binti Ahmad Daud, umur saya 24 tahun dan anak kepada arwah En.Ahmad.
Dengan rasminya saya mengambil alih Syarikat Natural Beauty sebagai pewaris ayah saya."
Tiba-tiba sahaja seorang pekerjanya mengangkat tangan. "Maaf, Pn.Nur saya ada soa.."
"Diam. Saya masih belum habis bercakap. Oh ya, saya lupa nak beritahu.
Walaupun saya nampak seperti baik dan sopan orangnya.
Tetapi saya pantang bila ada orang mencelah perbualan saya." Teha berkata sambil menjeling ke arah pekerjanya tadi.
"Oh, ni siapa yang tak hadir ni? En.Kai?
Kair? En.Kairi? Mana dia? Ponteng kerja?"
Fitri dengan cepatnya mengangkat tangan. "Oh Puan, saya lupa nak beritahu. Dia ambil cuti hari ni. Sebab ada hal. Hal keluarga."
Teha mencekang pinggangnya. "Amboi, senangnya alasan. Tak boleh.
Selepas ini kalau saya dengar lagi alasan bodoh macam ni, saya pecat.
Ha, jangan lupa. Suruh Kairi ni siapkan 10 cawan kopi esok. Denda sebab ponteng kerja. Kita akan adakan meeting lagi esok, ya. Jangan lupa dan jangan nak ponteng. Ok, boleh bersurai."
Teha terus keluar dari bilik meeting. "Huiss, garanglah pulak boss kita ni."
"Entah, tak padan dengan orang.
"Kalau macam nilah. Alamatnya habislah kita."
"Adoii..." Ngomelan-Ngomelan pekerjanya.
Fitri lalu berkata. "Sudah-sudahlah tu. Pergi buat kerja tu. Nanti kena pecat baru tahu." Fitri pun keluar dari bilik meeting dan terus pergi ke bilik kerjanya.
"Assalamualaikum, Ibu, Ayah?"
"Waalaikumussalam, anak ibu. Dah sampai?"
"Ya,bu.
"Dah,dah naik. Tunggu apa lagi dekat situ."
"Eh, ayah. Ok,ok."
Kairi menaiki tangga rumah ibunya. "ha, Kai duduk dulu, ibu buat air sekejap, ya."
"Baiklah." Kairi tersenyum. Rindu dengan ibu ayahnya. Rindu dengan suasana kampungnya.
"Hah, ayah kata nak jumpa ni kenapa?"
"Haih, tunggulah ibu kamu siap buat air dulu." ayah menjawab sambil tersenyum.
Ibunya datang dari dapur dan meletakkan talang yang berisi tiga buah cawan dan sebuah teko berisi air teh.
"Hah, ibu ayah. Kenapa nak jumpa Kai ni?"
Ibu bapa Kairi tersenyum. Ibu lalu berkata "Macam ni Kai. Ibu rasa dah sampai masanya."
"Sampai masa apa pulak ibu? Tah fahamlah, bu."
Ayah pula berkata "Alah, kitaorang ni sebenarnya nak nikahkan kamu... Kamu dah ada orang ke nak dinikahkan."
Kairi tercengang "HAH??!!"..............
Share this novel