DRIN,DRIN,DRIN telefon di pejabat Teha berbunyi.
"Ya, Encik. Saya pemilik Syarikat Natural Beauty, hari tu kita ada buat temu janjikan....
Hah, Ya.....
Baiklah, minggu depan ya. Ok, nanti kalau ada apa-apa boleh buat panggilan pada setiausaha saya sebab saya agak sibuk. Baiklah, kita jumpa pada minggu hadapan. Bye"
Teha tiba-tiba saja terlihat gambar keluarganya yang diletakkan di sebelah meja kerjanya.
'Huh. Ya allah, besarnya ujian yang engkau turunkan kepadaku. Bantulah aku untuk hadapi semua ini.'
Teha termenung di hadapan gambar itu. "Puan? Puan Nur, hello? Puan?"
"Eh, Syerri. Kenapa?"
"Puan, ok ke tak ni?"
"Eh, ok je kenapa tak oknya..." Teha tersenyum untuk menutup kesedihannya.
"Ah, ni ada apa ni? Kenapa nak jumpa saya?"
"Oh, tadi ada klien datang. Katanya dia nak jumpa Puan."
"Klien?" Teha keliru dengan percakapan Setiausahanya tadi.
"Hmm, oklah. Mana dia?"
"Oh, tadi dia pesan dekat saya suruh Puan jumpa dia dekat Café, ok."
"Ok, baiklah."
"Kalau macam tu saya keluar dulu lah."
"Ok, thanks." Syerri mengangguk kepalanya dan terus keluar dari pejabat Teha.
"Ibu, mana boleh macam ni..."
"Apa pulak tak bolehnya. Kamu tu sampai bila nak hidup bujang. Kahwin je lah."
"Haaa, tak nak. Kai tak suka, tak sedia lagi lah."
"Ishh, kamu ni."
Tiba-tiba sahaja ayah Kairi menepuk bahu Ibunya. "Dah lah tu, yang oii. Dia tak nak. Nak buat macam mana."
"Uishh, bukan main sokong anak awak tu. Takde lah saya bukan apa, Kai tu dah besar. Nak tunggu bila lagi."
"Tak nak lah, Ibu. Tak nak." Kairi tetap berdegil.
"Yelah. Tapi kalau ibu tahu kamu ada girlfriend. Ibu hantar rombongan terus."
"Hmm, yelah" jawab Kairi. "Ok. Kairi, kamu boleh tolong ayah pergi kutip durian dekat dusun."
"Boleh, ayah."
Teha keluar dari bilik pejabatnya untuk berjumpa dengan klien yang dikatakan oleh Syerri tadi.
Dia menekan butang lift yang menuju ke bawah.
'Siapa yang nak jumpa aku ni eh? Nak kata En. Kamal... takkanlah. Baru tadi call kata nak jumpa minggu depan. haihh'
Teha masih tertanya-tanya siapakah yang ingin berjumpa dengannya.
Setelah tiba di tingkat satu, Teha menghembuskan nafasnya lalu melangkah kakinya menuju ke café.
"hmm, mana eh?" "Ah, Teha. Lama dah tunggu."
"Eh, pakcik?"
"Ya, lah siapa lagi."
"Lah, Pakcik ke klien tu." Teha tersenyum dan ketawa. "Buat susah-susah jelah Pakcik ni. Call je Teha. Teha boleh pergi rumah Pakcik."
"Eh, takpe lah. Hah, Teha duduklah dulu."
"Oh, ok-ok"
Setelah hampir seharian duduk di rumah Ibu Bapanya, Kairi ingin pulang ke rumahnya di KL.
"Ah, ibu Kai nak balik dah ni."
"hah? yelah baliklah jangan lambat sangat. Nanti malam tak nampak pula bawak kereta tu." Kairi besalaman dengan ibunya.
"Yelah, ibu. Ayah nak salam." Kairi pergi mendekati ayahnya dan bersalaman.
"Assalamualaikum, Kairi balik dulu."
"Waalaikumussalam. Hati-hati kairi, baca doa naik kenderaan dulu.
"Baiklah, ibu." "Bye!!" kedua Orang tua Kairi melambai tangan kepada Kairi.
"Lah, yeke" Teha dan Pakciknya masih berbual dan ketawa sehinggakan hampir larut malam.
"Ya Allah, dah pukul 7:30, Teha." "eh, haah lah. Aduii!"
"Pakcik nak balik dululah Teha. Lain kali kita jumpa lagi. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Bye!!" Teha melambai tangannya kepada Pakciknya.
Fitri dirumah sendirian menunggu Kairi untuk pulang sedang menonton TV diruang tamu. Knock, Knock, Knock.
"Fitri buka pintu" Fitri terkejut lalu turun dari sofa dan terus pergi membuka pintu rumah.
''Hah, balik pun. Wey, esok kau kena buat kopi tau. Boss suruh."
"Kenapa aku?"
"kau buat jelah." Kairi mengeluh dan masuk ke biliknya. Dia ingin tidur selepas penat memandu.
Keesokkan harinya, Kairi pergi ke pejabat awal kerana ingin menyiapkan 10 cawan kopi itu.
Sedang Kairi membawa kopi yang dipesan oleh Puan Nur untuk diberikan kepada bilik meeting tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
"Eh,eh. Apa awak ni!!" Teha memandang ke arah Kairi dengan muka yang marah. "Alamak, sorrylah awak. Saya tak nampak."
Teha mengeluh. 'hihh, habis basah baju aku' Teha mengomel di dalam hatinya. Teha mengelap-ngelap bajunya yang basah.
Kairi mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Teha. "Sorry, awak. Saya betul-betul tak nampak tadi.".
Teha memandang kembali ke muka kairi. 'issh, dia ni. Tapi kesian jugak. Dia bukannya sengaja, dia tak nampak.' "Yelah-yelah. Next time, hati-hati.".
Teha berkata sambil menunjukkan jari telunjuknya ke muka Kairi bermaksud dia memberi amaran kepada Kairi. Teha berlari pergi ke bilik persalinan baju yang teletak di hujung lorong office.
'Haih.. budak ni. Tapi boleh tahan juga dia kan..' Teha tersengih seorang diri. "Eh, Teha. Kau cakap apa ni. Dia tu budak lagi tau.
Dah lah jangan fikir bende mengarut." Teha menggelengkan kepalanya.
Selepas Teha menukar pakaiannya, dia keluar dari bilik persalinan baju wanita dan terus ke bilik meeting.
"Baiklah, kita akan memulakan meeting kita. Sorry saya lambat."
Kairi tercengang dan terkejut rupanya orang yang dia langgar tadi adalah pemilik Syarikat Natural Beauty.
"Baiklah,apa kata kalau En.Kairi, memperkenalkan diri dulu. Semalam hmm pontengkan."
Teha memandang Kairi dengan renungan yang tajam sambil tersenyum.
'PONTENG??' Ishh Fitri ni dia kata apa dekat boss.
"Ahh. hmm, baiklah.Nama saya Mohamad Kairi bin Abdullah , umur saya 23 tahun. Selamat berkenalan."
lalu Kairi tersenyum dan terus duduk. 'haih.. muda setahun je dengan aku. Tapi kenapa muka dia nampak muda ni? ke aku yang nampak tua eh?'
"Ok, terima kasih. Baiklah, mari kita mulakan meeting kita. First, saya nak sentuh pasal hasil jualan..."
Hajjah Umairah tersenyum dan temenung yang lama hingga membuatkan Haji Abdullah berasa pelik.
"Haih yang, termenung jauh tu fikir pasal apa?" "Takde apa lah, bang. Ni pasal Kai ni. Bila lah kita nak dapat cucu."
"haih, menantu pun kita tak dapat lagi, nak cucu.
Peliklah awak." "Ni malas nak cakap dengan abang ni.
Dahlah saya nak masak." "eh, orang cakap sikit dah merajuk dah." Hajjah Umairah terus sahaja menurun tangga kayu untuk ke dapur.
"Baik, itu sahaja untuk hari ni." semua orang di dalam bilik meeting mengemas buku dan fail masing-masing lalu keluar dan pergi ke meja mereka.
"Eh, En.Kairi" " Ya, saya?" "Ya, awak. Saya nak jumpa awak di pejabat saya. Jom" "Baiklah."
"Ya, puan"Kairi takut sekiranya dia dipecat. Dia menundukkan kepalanya sambil memandang ke bawah.
"Esok, saya tak nak tengok muka awak di Syarikat ni."
Kairi terkejut dengan perkataan Teha. Dia mengangkat kepalanya dengan cepat. "APA??!!"......
Share this novel