BAB 22

Romance Completed 454

“Kalau hujan, boleh hantar naik kereta apa.. Lewat petang tadi dah tak hujan lagi. Apasal masih takda? Selalu deliverysiang je! Tapi sekarang dah malam....”

“Ha, betullah Zya tunggu bunga dengan cotton candytu... Haha..”

Zya tersengih lantas lengan Puan Suhana dipeluk. Terer jugak Mak aku ni frame orang.... Kenapa aku tak diturunkan dengan genetik tu?Heh...

“Abah mana?”

“Kat bilik bacaan. Siapkan presentation untuk esok.”

“O..” Zya mengangguk-anggukkan kepala. Mulut berbincang tentang Encik Madzlan, hatinya pula berbincang soal lain. Soal yang dia sendiri tidak tahu hendak masuk kategori mana. Tak pernah pulak delivery skip one Saturday. Kalau dah masa hari Sabtu jatuh pada Hari Raya Aidilfitri pun delivery sampai, kenapa hari ni boleh takda? Pelik.

Tiba-tiba loceng bergema di seluruh ruang dalam rumah. Puan Suhana bingkas bangun. Tombol pintu dipulas dan daun pintu terus dibuka.

“Assalamualaikum, Aunty.”

Angin macam menerpa ke muka sebaik suara itu menyapa gegendang telinga. Jantung rasa nak jatuh cium permaidani yang Zya sedang pijak sekarang. Gadis berpijama itu menelan air liur, tidak berani menoleh.

“Wa’alaikumsalam.. Gibran rupanya. Masuklah...” Pelawa wanita bersanggul satu itu selepas Gibran bersalam dan mencium tangannya.

“Duduk, Lutfie. Biar Zya buatkan air.”

“Eh, takpa.. Takpa, Aunty. Gibran datang sekejap je ni. Uncle mana? Gibran sebenarnya nak minta izin..”

Zya yang baru hendak mengangkat kaki ke dapur mematikan hajat. Puan Suhana segera memanggil suami tersayang. Lelaki lingkungan 50-an itu yang hanya berbaju T dan berkain pelikat itu kemudian muncul di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience