BAB 7

Romance Completed 454

“Minggu lepas. Awak pergi Jepun tak cakap kat orang pun.”

“Macamlah selama ni awak tu ada contactorang!” Zya mencemik. Ambik kau! Eh...lupa pulak. Aku tak seharusnya tunjuk apa-apa emosi. Cool, Zya.. Keep it cool..... Tapi kenapa dada rasa nak pecah, badan rasa panas macam nak demam???!

Memang Gibran tidak pernah menghubunginya selepas pemergiannya ke Ireland tetapi Zya tidak pernah melupakan segala yang Gibran pesan. Entah kenapa dia terus berharap dan menunggu kedatangan Lutfie. Bodohkah dia? Gibran sudah terang-terangan melupakannya. Yalah, kalau Lutfie masih ingatkan dia, pentingkan dia, Gibran takkan biarkan dia menunggu tanpa berita. Hendak bertanya dengan Encik Hisyam dan Puan Anna tentang Lutfie, dia malu. Sudahnya, dia hanya memendam rasa.

Gibran tiba-tiba tersenyum lantas kepala Zya diusap lembut. Gadis itu tergamam di situ.

“Buat apa kat sini?”

Soalan Gibran macam panahan petir di kala ribut kencang. Tepat mengenai Zya. Kepala tiba-tiba rasa pening tak tahu nak jawab apa. “Err....” Zya serba salah hendak menjawab. Nak jawab apa? Malam ini janji temu dengan si empunya diri yang sibuk merisik......melamar...........Haaaishhh..

“Err....err....” Ajuk Lutfie. “Jom temankan orang.”

“Pergi mana?”

“Jadi LO orang laa.. Macam dulu.”

“Tapi....”

“Notapi.”

Lengan Zya sudah ditarik membuntutinya. Zya dah macam kena pukau. Ikut saja ke mana Gibran pergi. Lupa terus tentang tujuan utama dia ke taman tema setelah berjumpa Lutfie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience