Rate

BAB 3

Fanfiction - KPOP Series 3761

Huang Zi Tao. Lebih dikenali sebagai Ztao. Dia memandu tanpa arah tuju. Jacey telah menyakitkan hati nya. Jacey telah melukakan hati nya! Jacey telah menghancurkan harapan nya . Ztao teringin sekali hidup bersama Jacey. Tetapi,dia telah memilih lelaki lain. Malam yang gelap itu di temani oleh hujan lebat dan kilat yang agak kuat.

Kepala Ztao agak pening. Dia keluar daripada kereta,kebetulan..Dia sedang berada didepan rumah Nur Hana Airy.

**

[TOK--TOK--TOK]

Bunyi ketukan pada pintu ditingkat bawah membuatkan Nur Hana Airy terperanjat. Siapa pula yang datang bertandang kerumah nya pada jam sepuluh malam?

Perlahan--lahan kaki Nur Hana Airy melangkah ke bawah untuk melihat. Tiada kelibat pun. Kosong. Adik nya pula masih dihospital. Takkan la hantu? Eh,hantu tak wujud. Siapa mahu percaya.

Ztao mengetuk pintu rumah Nur Hana Airy berkali--kali. Perut nya sakit. Mungkin,kerana dia berlapar sepanjang hari. Kepalanya pula terasa pening. Nur Hana Airy tidak membuka pintu tersebut. Kali ini Ztao mengetuk pintu rumah itu dengan lebih kuat. Dia tidak tahan.

Nur Hana Airy memandang ke luar jendela tepi pintu. Dia tidak percaya apa yang dia lihat. Huang Zi Tao?! Segera berlari mendapatkan pintu. Dia mahu memastikan sama ada ia benar atau tidak.

Ztao jatuh pengsan. Nur Hana Airy terperanjat. Takkanlah dia mahu memapah lelaki bukan mahram ini? Dia bingung sebentar. Tak mengapa,ia serius.

Dia memapah lengan Ztao. Nur Hana Airy membaringkan badan Ztao di dada sofa. Dia duduk berjauhan dari Ztao. Ztao dengan tiba--tiba bersuara.

"Er..Er.." Suara yang sedang menahan sakit. Nur Hana Airy pelik dengan lelaki ini. Segera menolak lembut lengan Ztao.

Ztao terkejut. Dia melihat seorang gadis sedang berdiri di hadapan nya. Nur Hana Airy sebalik nya hanya membulat kan mata. Apa yang dia lihat adalah benar! Huang Zi Tao daripada kumpulan EXO-M !

Tapi mengapa dia disini?

"Maaf..Maafkan saya. Ke..Kenapa encik ada disini. Perompak ke?" soal Nur Hana Airy. Sempat lagi dia bergurau sebentar.

Ztao mengeluh berat. Dia menggeleng. Seketika kemudian dia memandang wajah Nur Hana Airy. Dia membisu seribu bahasa. Dia tidak tahu hendak cakap apa. Wajah Nur Hana Airy hampir sama dengan wanita yang pernah dia cintai.

Dia membuka mulut. Ztao telah memecahkan kesunyian di ruang tamu yang besar itu. "Siapa nama awak?" Soal nya.

Nur Hana Airy mengedip kan mata nya berkali--kali. Tidak percaya lelaki ini bercakap bahasa Malaysia!

"Nur Hana Airy." Ujar Nur Hana Airy. Yang hairan nya,mengapa dia langsung tidak gagap? "Saya Huang Zi Tao." Kata Ztao pula. Dia memandang ke arah Nur Hana Airy dengan pandangan yang agak pelik.

"Mengapa nama awak persis nama orang putih?" Soal nya. Nur Hana Airy sudah mengangak dia akan menyoal benda itu. Nur Hana Airy menghembus kan nafas nya.

"Ia kerana ibu saya seorang putih. Dia lahir di Amerika Syarikat." Ujar Nur Hana Airy. Ztao tersenyum. Penerangan ringkas daripada gadis ini cukup membuatkan dia ingin ketawa. Entah mengapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience