Rate

BAB 1

Fanfiction - KPOP Series 3761

NUR HANA AIRY memegang cawan plastik milik nya. Belum sempat bersuara,Encik Tajuddin membuka mulut terdahulu.

"Hana." panggil Encik Tajuddin. "Ya,papa?" sahut Nur Hana Airy perlahan. "Masuk bulan ni.." belum sempat menghabiskan ayat-ayatnya,Nur Hana Airy memotong terdahulu.

"Oustation ke papa? Tak mengapa. Kali ni berapa bulan pula?" soal Hana. Seperti tidak tahu papa nya sedang berasa serba salah kerana dia akan meninggalkan Hana sedirian bersama anak bongsunya buat sekali lagi untuk waktu yang paling lama iaitu 6 bulan.

Nur Hana Airy mengeluh berat. Dia akan tinggal sendirian lagi bersama Nur Shazwani untuk tempoh masa yang mungkin lama.

"Papa oustation enam bulan." ujar Encik Tajuddin. Dia berasa serba salah. Mata nya yang kuyu membuatkan Hana dapat menangkap apa yang sedang Encik Tajuddin rasakan.

"Papa,janganlah serba salah sangat. Lagipun,kan kerja papa. Untuk apa papa sedih? Cari duit juga. Nak sara hidup kita. Hana pun tak dapat cari kerja lagi walaupun dah tamat belajar." ujar Hana mencuba untuk mengembalikan senyuman Encik Tajuddin.

"Iyalah." balas Encik Tajuddin ringkas. Dia bangun perlahan-lahan dan masuk kedalam bilik nya.

**

SHAZWANI melambai ke arah papa nya. Papa nya hanya tersenyum sambil mengangguk. "Nanti papa belikan Wani coklat kegemaran Wani ya?" ujar Encik Tajuddin mencuba untuk menenangkan hati anak bongsu nya itu.

"Papa janji ya.." kata Nur Shazwani perlahan. Dia tidak sempat mengeluarkan air mata nya kerana cuba untuk tahan. Nur Hana Airy hanya memandang wajah masam adik nya setelah Encik Tajuddin berlalu pergi.

"Kenapa ni,Wani?" soal Nur Hana Airy perlahan. Dia mengesat air mata Wani yang hampir menitis itu. "Papa kan dah janji dengan Wani.." ujar Nur Shazwani. Kelopak mata Nur Hana Airy terbuka luas. Dia tahu keinginan Nur Shazwani. Encik Tajuddin berjanji akan membawa Hana dan Wani ke Snow Walk di I--City di Shah Alam.

"Papa dah mungkir janji dengan Wani."
"Tapi,Wani.."
"Papa dah mungkir.."

Nur Shazwani menarik muka masam. Dia kecewa akan perangai papa nya itu. Dia berlari masuk kedalam bilik tidur nya dan menangis sendirian.

**

NUR HANA AIRY memegang tombol pintu bilik Nur Shazwani. Dia menarik kembali tangan nya. Dia ingin masuk dan melihat keadaan adik nya yang baru saja berumur 13 tahun itu.

Dia menggeleng. Segera turun kebawah dan membuka telefon pintar nya yang berjenama Vivo 1601. Dia membuka aplikasi yang dipanggil Youtube dan mencari tajuk lagu kegemaran nya yang sedang top sekarang.

' DON'T SEE ME CRY ' dibawakan oleh Jorja Smith. Disambung nya alat pendengaran yang dipanggil ' Ear Phone ' lalu dibawa masuk kedalam lubang telinga nya yang lembut.

Air mata Nur Hana Airy berlinangan mengenangkan kenangan nya bersama ibu nya.

**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience