Chapter 1 [ Kemalangan ]

Fantasy Series 689

" Alamak! aku dah lambat pergi kerja ni !? ". Qiara bergegas keluar dari rumahnya kerana jam telah menunjukkan sekarang sudah pukul 8:50. Qiara segera membuka telefon bimbitnya untuk meminta bantuan dari teman baiknya tetapi apabila mendapat tahu bahawa temannya akan tiba dalam masa 15 minit, dia menjadi ragu-ragu untuk menanti ketibaan temannya. Qiara pun segera menghubungi temannya untuk kepastian yang dia mungkin akan terlambat sampai " Weh Mira, seriuslah kau sampai dalam 15 minit?! " Temannya membalas, " Ya, Aku memang nak tolong hantar kau pergi tempat kerja kau cepat tapi masalahnya, jalan tengah sesak ni. " Qiara bertanya lagi " Seriuslah kau tak dapat datang sini awal sikit sebab jalan sesak ke ?" Mira berkata " Ya Allah budak ni, kan aku dah cakap jalan jem...kau tak percaya? nah tengok jalan yang penuh dengan kereta ni! " Mira terus menukarkan voice call mereka kepada video call yang memaparkan jalan yang penuh dengan kereta! "Kau nampak ni? Kalau kau nak aku cari jalan pintas tu boleh tapi, masalahnya jalan yang takde kereta tu Lorong Kecemasan wahai teman!" Qiara tersengih apabila teman baiknya itu memaparkan jalan yang sesak dan ketika Mira berloyar buruk terhadapnya. "Mir tak apalah, kau tak payahlah susah-susah nak ambil aku, aku boleh jalan kaki. Nanti kau makin lambat kalau kau singgah ambil aku lepastu hantar aku. " Mira bertanya kepada temannya untuk kepastian "Kau yakin ni Qia? " Qiara menekankan lagi bahawa dia tidak apa-apa untuk berjalan kaki ke tempat kerjanya apabila Mira bertanya kepadanya berulang kali.
Jam 8:50 malam. " Fuh... akhirnya siap juga assignment aku ni. Eh? sekarang dah jam berapa ni? macam dah terlebih gelap dah langit ni." Qiara membuka telefon bimbitnya dan alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui bahawa tidak lama lagi jam 9 malam. Dia segera mengemas mejanya kemudian bergegas keluar dari bangunan yang megah itu dan menuju ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, Qia berdiri di tepi jalan raya untuk menunggu lampu pejalan kaki bertukar ke warna hijau. Ketika menunggu dia terlihat seorang budak perempuan berlari ke tengah-tengah jalan raya untuk mengambil kucingnya yang lari. Qiara ternampak sebuah lori yang memecut laju ke arah budak tersebut, dia panik dan ketika dia melihat sekelilingnya dia ternampak ibu budak perempuan itu berlari ke arah budak tersebut dan memanggil namanya " FIRA!! LARI DARI SITU BAHAYA!! " Lori semakin mendekat dan terlihat tidak ada seorang pun yang berani untuk berlari menyelamatkan budak perempuan itu. Qiara segera berlari secepat mungkin kearah budak itu dan menolaknya ke tepi jalan sambil berteriak " DIK KETEPI!! BAHAYA!!" Tidak lama selepas itu, terdengar suara kereta melanggar sesuatu dan darah pun mengalir dari depan lori tersebut. Qiara yang cedera parah dan terlantar di tengah-tengah jalan raya itu mencari kelibat budak perempuan yang dia selamatkan. " Alhamdulillah..budak tu selamat..ibu, ayah kakak dah buat macam yang ibu nasihatkan kakak, ibu cakap kita kena tolong orang walaupun kita kena berkorban...ibu dan ayah pasti bangga kan?.….."
" uanku...Tuanku, boleh patik masuk Tuanku? " Qiara pelik kerana dia terdengar seseorang mengetuk pintu dan memanggilnya Tuanku. "Tuanku? sejak bila pulak aku jadi puteri raja ni? bukan aku dah meninggal sebab aku tolong budak yang nak kena langgar? " wanita itu berkata lagi, " Tuanku? maafkan patik kerana masuk tanpa izin tetapi, Tuanku tetap perlu bangun kerana pagi ini Tuanku perlu menghadiri majlis perasmian pembukaan muzium seni. " Sebaik sahaja dia membuka mata, Qiara amat terkejut kerana dia sedang berada di bilik tidur yang cukup mewah dan luas! Ketika dia melihat dua orang remaja perempuan masuk, dia pengsan kerana dia ternampak yang mereka adalah separuh manusia!! Dua remaja itu terkejut dan segera membantu Qiara. Sebelum Qiara tidak sedarkan diri, dia terdengar salah seorang remaja berteriak meminta bantuan. " Pengawal!! tolong panggil doktor diraja segera!! Yang Mulia Puteri Qiara pengsan!! " Qiara masih ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku tetapi di sebabkan dia merasa dirinya amat panas dan penat, dia melelapkan matanya.

Saya ingin berterima kasih kerana telah membaca novel ini. Diharap semua suka dengan cerita ini dan kalau ada apa-apa nasihat, soalan dan idea untuk Novel yang kedua, di persilakan untuk memberi komen ☺️ Chapter 2 akan segera di buat. In Syaa Allah minggu depan siap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience