Series
689
Empat hari telah berlalu dan Qiara masih duduk dan cuba untuk mengingati semula semua kejadian yang baru . " Dah empat hari dah berlalu lepas aku terbangun di dunia asing ni..." Setelah sekian lama memikirkan nasibnya, dia buat keputusan untuk hidup sebagai kerabat diraja dan dia juga memutuskan untuk menjadi dirinya. Qiara masih lagi ingat apa yang terjadi kepada dirinya selepas dia pengsan. Selang beberapa minit selepas dia pengsan, dia terbangun dan terkejut kerana dia kini berada di suatu tempat yang sangat cantik dan tenang " Aku di mana pula sekarang ni? bukan tadi aku kat dalam bilik tidur mewah tu ke? macam mana pula aku kat tempat ni? " Satu suara yang misteri tapi lembut menjawab persoalannya " Kamu sekarang berada di dalam mimpi kamu, dan tidak lupa juga, selamat datang Tuanku Qiara Mirza ataupun patut saya panggil Qiara Lara? " Qiara terkejut mendengar suara itu dan dia menjadi sedikit ketakutan kerana suara itu tahu nama aslinya. Walaupun dalam keadaan ketakutan dan was-was Qiara memberanikan dirinya untuk bertanya lagi " M-mimpi? macam mana pula saya boleh berada di sini dan macam mana kamu mengetahui nama asli saya? " Qiara terperanjat ketika mendengar suara itu ketawa. Suara misteri itu menjawab pertanyaannya " Macam mana kamu boleh berada dalam mimpi kamu? well, kamu sepatutnya tidak boleh bermimpi di dunia ini kerana kamu bukanlah berasal dari dunia ini tetapi, di sebabkan saya ingin menemui kamu saya berikan kamu salah satu dari kuasa yang sangat langka iaitu, Kebolehan untuk menemui makhluk yang darjatnya lebih tinggi dari binatang ajaib yang di kenali sebagai 'Divine Beast' dan juga kebolehan untuk melihat masa depan melalui mimpi. " Qiara terkejut ketika mendengar kata-kata suara itu " Kuasa? Binatang ajaib? Divine Beast'?! Jadi ini dunia dan dimensi lain?!" Suara itu berkata lagi " Yes, ini memang dunia lain yang sangat jauh bezanya dari dunia kamu yang asal. " Qiara menjadi cemas tetapi dia tetap menahan dirinya daripada menunjukkan ekspresi muka yang cemas. Dia menarik nafas kemudian menghembuskan nafasnya secara perlahan-lahan kemudian bertanya " Kalau benar ini dunia yang lain dan kamu adalah 'Divine Beast' dan yang hanyalah mitos di dunia saya yang asli tetapi nyata di dunia ini, tunjukkan diri kamu yang asli kepada saya.! "
Qiara terbeliak apabila melihat rupa tuan punya suara yang bercakap dengannya selama ini kerana, pemilik suara misteri ini adalah seorang wanita yang sangat cantik! Wanita itu memperkenalkan dirinya " Nama saya Zeara Ymir di dunia ini saya lebih di kenali sebagai Pemilik Kuasa Magis ataupun 'Mother of Magic'. " Qiara amat terkejut mendengar nama wanita itu kerana, Zeara Ymir ataupun lebih dikenali sebagai Mother of Magic hanyalah mitos dan lagenda di dunianya yang asal.
Rupa paras Zeara Ymir juga ada di gambarkan di buku kisah" dongeng. Zeara Ymir dikatakan mempunyai rambut yang berwarna biru yang sedikit gelap seperti warna hitam, dihujung rambutnya pula mempunyai warna ungu cerah, mata yang berwarna kuning yang mempunyai ciri-ciri langit malam yang indah. Qiara kemudian meminta Zeara untuk menerangkan semua yang perlu dia tahu tidak kira ianya sesuatu yang kecil dan besar. Zeara bersetuju dan mula menerangkan tentang dunia ini dan latar belakang Puteri Qiara Mirza. Setelah mendengar penjelasan dan informasi yang dapat dia gunakan untuk memastikan keselamatan dirinya dan juga apa yang akan terjadi kepada dirinya di masa depan, dia kini bersedia untuk menghadapi rintangan yang akan dihadapinya untuk mencapai kebahagiaan. Zeara sempat memberi pesan kepada Qiara " Qiara kamu kena ingat, walau apa pun terjadi, Saya Zeara Ymir, Mother of Magic akan mengawasi dan melindungi kamu. " Zeara menambah lagi " Jika kamu ingin bertemu semula dengan saya, kamu cuma perlu fokuskan minda kamu membayangkan diri saya berdiri di tempat ini semasa kamu melelapkan mata untuk tidur. " Walaupun Qiara masih was-was jika dia boleh mempercayai Zeara, dia tetap menganggukkan kepalanya.
Qiara akhirnya terbangun dari tidurnya lalu memanggil salah seorang pelayannya yang bernama Wila. Wila mempunyai rupa paras yang cantik kerana dia mempunyai rambut yang berwarna hijau lembut dan mata yang berwarna coklat cerah. Qiara meminta Wila untuk mengambilkan nya buku jurnal yang belum pernah digunakan lagi. Setelah Wila tiba bersama buku jurnal yang diminta oleh Qiara, Qiara bertanya kepada Wila " Wila apakah jadual beta pada hari ini? " Wila menjawab " Hari ini..? Rasanya Tuanku tidak ada apa-apa yang Tuanku perlu lakukan. Jadi Tuanku boleh buat apa sahaja yang Tuanku mahukan hari ini. " Qiara membalas " Apa-apa sahaja? baiklah hari ini beta ingin pergi ke perpustakaan dan beta mahu mulai hari ini kita boleh bercakap secara biasa macam rakyat biasa yang lain bermakna, kamu berdua tak perlu lagi cakap Tuanku ketika bercakap dengan beta, tidak perlu cakap formal dan mulai hari ini kita panggil dan bercakap sesama kita seperti kawan dan bukan seperti majikan dan pekerja. " Cleo pelayan kedua Qiara yang amat setia dan baik hati walaupun kepada orang lain dia akan bercakap dengan kasar. Cleo mempunyai rupa paras yang cantik seperti Wila. Cleo mempunyai rambut yang berwarna coklat kekuningan seperti warna span kek yang baru siap di masak dan mata yang berwarna coklat gelap. Cleo bertanya kepada Qiara kerana dia amat terkejut mendengar kata-kata dan permintaan Qiara " Tuanku adakah anda pasti yang kami boleh memanggil nama Tuanku dan menjadi sahabat Tuanku? " Qiara tersenyum mendengar persoalan Cleo lalu, Qiara menjawab " Ya saya pasti. Jadi sekarang kamu semua boleh panggil aku Qia, Ara, Mir ataupun Irza. Korang jangan risau kalau kita berada di hadapan orang lain korang boleh je panggil nama aku, aku tak kisah pun dan kalau ada apa-apa masalah yang terjadi sebab kamu panggil aku guna nickname nanti aku uruskan masalah tu korang tak perlu risaukan apa-apa! " Setelah mendengar kata-kata Qiara kedua-dua pelayannya terketawa melihat gelagatnya kerana sebelum menamatkan kata-katanya Qiara siap tabik lagi kepada mereka untuk menyakinkan mereka. Wila berkata dengan teruja " Baiklah kalau macam tu! Tuank- maksud saya Irza, boleh panggil saya Wil ataupun Ila!! " Cleo terketawa lalu berkata " Baiklah, Irza kalau macam tu, kau boleh panggil aku Leo. " Qiara pun tersenyum lalu berkata " Jadi.... bermakna.. sekarang kita jadi kawanlah kan ? " Cleo dan Wila menjawab dengan serentak " Ya!! sekarang kita kawan Irza!! ".
maafkan saya kalau bahasa diraja saya ada yang tidak ngam...jadi, maaf ya semua
Share this novel