Rate

Chapter 1

Short Story Series 2030

[ FLASHBACK ]

Ellith menjenguk di luar bilik itu. Ibu bapanya yang sedang bertekak di dalam bilik itu dihendap takut-takut. Walaupun baru berusia lima tahun, namun, dia sudah cukup matang untuk memahami apa yang sudah berlaku.

Buk!

Ellith terpempan.

Matanya sudah berair.

Kejadian yang berlaku dihadapan matanya itu direnung tanpa berkelip.

Niatnya untuk mandi dibatalkan.

Sedih dia melihat mamanya diperlakukan sebegitu rupa oleh papa kandungnya sendiri.

Umurnya yang tikala itu mencecah lima tahun hanya berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Dia mengambil tuala yang terdapat dibilik itu lalu terus masuk kedalam tandas.

Tetapi mata dan telinganya, sentiasa memerhati dan mendengar apa yang sedang dilayarkan di depan matanya ketika ini.

Adik-beradiknya yang lain hanya berada di ruang tamu.

Tidak berani masuk campur hal ini.

Dan dia boleh dikatakan yang dia ialah anak kesayangan papanya tetapi Ellith langsung tidak mengakuinya.

Kerana?

Kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki mamaku sendiri.

Bukan papanya.

Papa yang menyedari Ellith yang asyik menjenguk dari dalam tandas itu mula bersuara.

“Tengok apa?! Nak mandi tu, mandilah! ” tengkingnya kepada Ellith.

Mama yang perasan akan kehadiran aku sedari awal hanya memandang aku dengan matanya yang berkaca.

Aku terus menutup pintu.

***

Keesokan harinya...

Mama menghantar Ellith pergi kesekolah seperti biasa.

“Ellith jangan bagitahu sesiapa tau. ” pesan Puan Sarah tenang.

Ellith hanya mengangguk.

Tangannya menyalami Puan Sarah. Pipi mamanya dicium dan dipeluknya tubuh Puan Sarah.

Ellith keluar dari kereta dan masuk ke tadika seperti biasa.


[ END FLASHBACK ]

ELLITH POV

Aku berjalan masuk ke perkarangan sekolah. Kaki aku dibawa melangkah menuju ke kelas aku, 4 Blossom.

Gigi aku yang dipakai braces diketap.

Sampai sahaja didalam kelas, aku meletakkan beg aku diatas kerusi dan mencapai botol aku yang berisi air suam itu lalu meneguknya.

Tanpa memandang sesiapa, aku melangkah keluar menuju ke kantin tanpa menghiraukan pelajar lelaki kelas-kelas lain yang sedang memandang aku.

Sebagai pengawas sekolah, aku wajib menjalankan tugas.

Harini satu haribulan empat. Bulan baru, jadi, tempat bertugas pun akan bertukar. Aku berjalan ke belakang dewan yang terdapat papan info pengawas itu.

Kumpulan lima dicari dan yeah!

Aku kena jaga tempat basikal.

Aku berdecit. Malas betul nak jaga situ. Bukan sebab apa, sebab situ sunyi.Plus,ahli kumpulan aku yang lain tu bukannya bertugas pun.

Tup tup, bila perjumpaan pengawas, sekali dengan aku kena! Yelah, dah aku ketua kumpulan!

Niat aku untuk ke kantin dibatalkan. Tiba-tiba rasa malas pulak nak kekantin.

Tempat basikal dituju.

Mata aku menangkap dua figura junior aku yang sedang berborak disitu.

Mungkin tengah bertugas jugak?

Alhamdulillah, ada orang jugak kan.

“Kimi, Hakim, korang jaga sini ke? ” tegur aku sebaik sahaja aku berada dihadapan mereka.

“Haah. ” balas mereka serentak.

Aku hanya mengangguk dan terus berjalan menuju ke hujung bangunan ini.

Aku tak kisah kalau orang nak cakap aku ni acah berani ke apa tapi memang sejak aku masuk kesekolah rendah lagi, aku bertukar menjadi dingin.

Dan aku sendiri tak tahu kenapa aku berubah.

“Hey. ” tegur seorang lelaki yang sedang melangkah mendekati aku.

Aku hanya menjeling.

“Garang nau.” Katanya lagi.

“Kau buat apa dekat sini? Lima minit lagi kan perhimpunan start? Berkumpul cepatlah! ” marahku. Malas nak berbasa-basi dengan mamat ni.

Dia smirk.

“Why should I? Bosan tahu tak duduk situ muka blur je tak tahu apa cikgu cakap. ” tuturnya selamba.

“Kau ni just menumpang tahu dekat sekolah ni. So, jangan nak buat sekolah ni macam sekolah bapak kau la hanat. ” balasku pedas.

Berdasarkan kisah silam aku, aku berjanji pada diri aku yang aku akan belajar dan membanggakan mama aku.

“Kau pun menumpang jugak kan? Asal kau tak berkumpul pun? ” dia tersenyum sinis.

“Pengawas memang suka ambil kesempatan eh?” dia berdecit perlahan.

“Dahlah semua pengawas sombong. ” sambungnya lagi.

KRINGGG!!!

Bunyi loceng yang menandakan perhimpunan sekolah itu bermula berbunyi.

Tanpa menghiraukan si dia, aku terus menuju ke dewan.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience