Rate

Prologue

Short Story Series 2030

Ellith Roselle Binti Zaqwan Haris.

Nama seindah rupa yang dimilikinya. Namun, siapa sangka disebalik senyumannya, terdapat 1001 kesedihan yang disimpannya seorang diri.

Sampaikan suatu hari, dia sudah tidak tahan. Dia tertekan. Hampir sahaja dia mahu meluahkannya pada rakan karibnya, Linda. Tetapi, hatinya melarang kerana dia sudah pun berjanji kepada ibunya bahawa dia akan sentiasa tutup mulut dan menjadikannya sebuah rahsia.

Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi banyak kali. Tidak terkira bilangannya.Bukan sekadar rakan karibnya yang mahu dia luahkan, tetapi guru kaunseling juga dia mahu luahkan. Tetapi apakan daya, itu semua hanya tersimpan dihati.

Dia tidak berani.

Mengapa?

Kerana, keluarganya dikenali oleh guru-guru di sekolah itu.

Jadi, takkanlah dia akan membuka aib keluarganya sendiri, bukan?

Walaupun didalam diary miliknya, dia langsung tidak berani meluahkan. Takut-takut yang seseorang akan membacanya suatu ketika nanti.

Giginya yang tidak sama itu seringkali membuatkan dia berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Meskipun begitu, dia bersyukur kerana dia bukanlah seorang yang cacat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience