TARBIAH,BAGAIMANA CARANYA?

Spiritual Completed 878

Bagaimana cara nak ikut tarbiah,atau bahasa gempak sikit,"Apa KAYU UKUR" kita dah ikut tarbiah.Serius ana cakap,ramai yang salah faham dengan tarbiah.Mereka ingat tarbiah ni adalah usrah semata-mata.Lantas ramailah persatuan atau organisasi buat usrah untuk ahlinya,lantas merasa puas dengan merasakan itulah tarbiah.

Sebenarnya,kalau betullah kita ni kata kita ikut tarbiah,kita bukanlah ikut usrah sahaja.Bukan!Tetapi,sejauh mana kita bersungguh ikut segala program tarbiah yang telah diaturkan,hadam segala buku-buku ketika usrah,fahami tasawur tarbiah dengan mendalam,cinta tarbiah,rindu tarbiah,amalkan segala input yang kita dapat sepanjang ikut tarbiah,BERUBAH dan tinggalkan jahiliah,dan lain-lain.

Ada orang ikut tarbiah,tapi still main game.Dah bertahun-tahun ikut usrah,game still tak boleh tinggal.Ikut tarbiah,tapi layan movie-movie inggeris,jepun,korea,anime,dan sebagainya.Ikut tarbiah,tapi lagu lagho menjadi hiburan harian.Ikut tarbiah tapi pergaulan laki perempuan tak jaga.TIDAK,itu bukan hasil orang yang di tarbiah.Jujur.

Kalau betul kita relakan diri untuk ikut tarbiah,kita nak tak nak kena TEKAD untuk tinggalkan jahiliah.Kita tak boleh biarkan hidup kita statik.Kita kena tunjukkan perbezaan antara ORANG YANG IKUT TARBIAH dengan ORANG YANG TAK IKUT TARBIAH,terutama dari sudut akhlak,cara fikir,hidup seharian dan lain-lain.Kalau kita pun sama macam orang lain,so,apa specialnya kita yang “mengaku ikut tarbiah” dengan yang lain?Sekadar pakai kopiah,pakai tudung labuh?

Tolong,kalau betul kita nak ikut tarbiah,berubah.Sikit-sikit.Kalau kita tak berubah dan tak “tamayyuz” dari orang lain,maka muhasabahlah.Sebab tarbiah sifatnya BERUBAH.Dan,kuasailah segala bahan usrah,bacalah buku-buku fikrah dan dakwah,bacalah sirah arrasul,bacalah tulisan-tulisan yang menghidupkan jiwa.Baca,bincangkan,bertanya,amalkan.Baru feel.

Kalau kita just datang usrah,balik.Datang usrah,dengar tazkirah sikit,makan,lepas tu balik,sekejap datang,sekejap tak datang…Pergh,rugi syeikh.Rugi,sangat rugi.isk isk isk..Sama-sama try ubah.Tetapkan matlamat,apa yang kita nak sepanjang ikut tarbiah.Jangan sekadar menadah,ikut membabi-buta,tak proaktif,pasif dan tak semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience