TARBIAH, APA HASILNYA?

Spiritual Completed 878

Bab ni ana rasa paling penting.Kerana dengan tahu hasil,baru boleh kita nilai diri kita.Kerana tarbiah menghasilkan seseorang yang sangat special dan lain dari yang lain.Sebelum ana cerita dan terangkan tentang hasil orang yang di tarbiah,ana nak kita Nampak apakahTASAWUR tarbiah.

Pernah di Tanya beberapa orang tentang apakah yang dia dapat sepanjang ikut tarbiah.Lebih kurang begini perbualan yang terhasil.

****

A:”Sejak kau ikut usrah,apa kau dapat?”

B:”Serius doh,aku syukur gila dapat ikut usrah.Kalau tak,aku tak tahulah jadi apa sekarang..”

A:”Apa gambaran kau tentang tarbiah ni,best tak?”

B:”Best gila kot.dapat feel ukhwah,dapat bincang buku-buku fikrah,program macam-macam dan lain-lain.serius best.

A:”Tak rasa tension ke ikut tarbiah ni?stress ke,something like that…”

B:”Takla.rilek je.best kot.Aku syukurla dapat rasa nikmat tarbiah ni….”

A:”Lagi,apalagi pandangan kau tentang tarbiah?”

B:”Tu jela.Dapat ubah hidup kita dari baik ke jahat,best,banyak program dan lain-lain….”

A:”Hmmm….”

****

Rasa ada apa-apa silap tak?Rasa-rasanya,begitukah TASAWUR tarbiah?Hanya just dapat ubah diri kita?Yes,BERUBAH adalah kayu ukur.Tapi,tarbiah tak melahirkan orang yang “Hanya baik”.Tarbiah menghasilkan orang yang FAHAM ISLAM secara menyeluruh dan berusaha menyampaikannya pada orang lain.

"Kalau kita rasa tarbiah yang kita ikut adalah “seronok”,”Osem”,”Best” dan tak tertekan,maka tasawur kitatentang tarbiah adalah salah.Ya,tarbiah memang best dan seronok.Tapi,”Keseronokan tarbiah adalah pada tekanan yang kita hadapi ketika melalui tarbiah”.Percayalah."

Ibarat orang yang makan sambal belacan,sampai nangis,Nampak macam terseksa,tetapi hakikatnya nikmat!Sambal Belacan yang tak berjaya mengeluarkan air mata kita adalah sambal yang tak jadi dan kurang.Begitu juga TARBIAH.Selagi kita tak pernah menangis tertekan,selagi otak kita tak stress dan risau kerana memikirkan dakwah,selagi kita tak pernah balik rumah dalam keadaan “lunyai”,hakikatnya,kita masih belum merasakan NIKMATNYA TARBIAH.

Tarbiah menghasilkan seorang DAIE.Tarbiyah melahirkan seorang yang rabbani.Apa itu rabbani?Rabbani ialah daie,pemimpin dan fuqoha’.terhimpun padanya ketiga-tiga sifat ini.Andai kita tak pernah memikirkan dakwah,bagaimana nak ubah orang,macamana nak selamatkan kawan kita,risau akan umat,menangis dengan beban dakwah,sedih kerana di kutuk dan dipandang “sombong”,”poyo” oleh orang lain,maka muahasabah semula,adakah kita dah ikut tarbiah.

Soalan simple:

“Sekarang,siapakah orang yang aku sedang dakwah?”

“Buku fikrah apa yang aku kena hadamkan bulan ini?”

“Qiamullail aku istiqomah atau tidak?”
“Pernahkah aku menangis memikirkan mad’u aku?

Teruskan menyalahkan diri sendiri.Itulah sifat muhasabah.Sentiasa menempelak,merasakan diri salah,lemah,longlai,tak lengkap,cacat cela,lantas taubat pada Allah.

Wallahua’lam.

Moga penyampaian ana kali ni serba sedikit menjelaskan kita tentang tasawur tarbiah.Bukanlah bermakna ana sudah beramal,tetapi doakanlah ana dapat beramal.Moga dapat beramal bersama,fahami dan sebarkan.

Ana akhiri dengan kata-kata ini:

"Kalau kita rasa tarbiah yang kita ikut adalah “seronok”,”Osem”,”Best” dan tak tertekan,maka tasawur kita tentang tarbiah adalah salah.Ya,tarbiah memang best dan seronok.Tapi,”Keseronokan tarbiah adalah pada tekanan yang kita hadapi ketika melalui tarbiah”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience