BAB 15

Romance Series 12050

Aku terkebil-kebil sendirian di belakang pentas. Sekejap lagi ada sesi peragaan dan Aira pula dari tadi lagi sedang sibuk membuat persiapan.

Aku memerhatikan saja yang lain membuat kerja masing-masing. Model-model jemputan macam aku ni hanya berdiri tercongok menunggu giliran untuk diberikan pakaian dan dirias.

"Kak Dina pakai baju ni tau!" Kata Aira teruja seraya mendekatiku dengan pakaian yang direkanya.

Aku sekadar mengangguk sebelum berlalu ke bilik persalinan. Aku malas nak cakap apa-apa, aku cuma harap yang majlis ni akan cepat-cepat berakhir saja.

"Kak Dina datang dengan siapa?"  Tanya Aira saat aku duduk di hadapannya. Tangannya lincah memakaikan makeup ke wajahku.

"Akak datang seorang aje. Tak ada pasangan." Jujur aku membalas. Kalau ikutkan boleh aje aku ajak Hazry memandangkan Elvis dah tolak pelawaan aku tapi entah kenapa hati aku terus menerus memujuk diri supaya jangan mengajak Hazry. 

"Tak apalah, Aira yakin yang sekejap lagi mesti ramai yang terpegun dengan kecantikan akak. Akak bukannya tak laku, akak aje yang jual mahal." Omel Aira membuatkan aku mencebik bibir. Ada betulnya juga apa yang Aira katakan, bukannya tak ada lelaki yang cuba mendekati aku tapi aku yang menjauhkan diri.

Aku tak ada rasa lagi untuk bercinta. Belum ada yang aku berkenan sekarang ni lagipun aku takut semua lelaki yang dekati aku hanya sebab harta macam mana Ikram buat pada mama. Ugh! Boleh jadi mimpi ngeri aku!

"Cantiknya akak!" Aira bersuara teruja membuatkan aku tersentak dari lamunan. Aku bangun memandang pantulan dalam cermin yang membuatkan aku tersenyum. Puas hati dengan hasil tangan Aira. Memang berbakat!

p/s: Memperkenalkan Our Medina Haura :D  Ini dalam imaginasi saya ajelah even kabur-kabur aje but still rasanya dia je yang sesuai untuk watak Medina even tak sama macam yang saya bayangkan. Boleh guna bayangan sendiri. :P

?

"Alright, akak boleh beratur dekat sana tau. Sekejap lagi akan ada orang panggil. Just buat macam yang kita practice minggu lepas." Kata Aira. Terus ingatan aku menjengah seminggu sebelum majlis. Dah macam orang gila aje waktu tu buat latihan dekat pentas kosong. Jalan pun asyik tersandung aje. Minta-mintalah kali ni tak ada apa-apa masalah, kalau tak mahunya aku tanggung malu 17 keturunan dan makin galaklah si Mona tu kenakan aku!

Majlis di hotel Queen ini sememangnya tampak meriah. Aku sendiri tak sangka yang ianya akan jadi semeriah ni. Siapalah agaknya yang sanggup sponsor Majlis ni? Mesti banyak duit yang dia habiskan dekat sini.

"Sekarang, dipersilahkan Cik Haira Hairisya untuk mempersembahkan hasil rekaannya...." Suara bergema sekali lagi. Setahu aku kumpulan Aira merupakan kumpulan yang terakhir membuat persembahan. Kenapa? Semuanya gara-gara Aira merayu pada kawannya untuk menukar giliran, katanya dia terlalu nervous hingga dia takut kalau dia pengsan di atas pentas.

"Okey now, go!" Arah Aira. Dia turut melangkah ke depan untuk memastikan yang semuanya berjalan lancar macam yang dia aturkan. Beberapa model yang lain juga sudah melangkah keluar dari balik tirai merah yang menjadi penghalang antara bahagian belakang pentas dan bahagian hadapan pentas. 

 Aku tarik nafas dalam-dalam. Rasa berdebar pula tiba-tiba. Disebalik tirai ni ada ramai yang hadir walaupun bukan semua pelajar di institut tu tapi masih juga ramai. Nasib baiklah pelajar aliran lain juga mempunyai aktiviti mereka di tempat lain tapi masih juga dekat sini ramai pelajar! Argh!

Sebaik saja aku keluar dari tirai, suasana terasa begitu asing padaku. Aku tak pernah berada di pentas macam ni dan aku sememangnya menolak untuk diberikan perhatian yang lebih. Entah kenapa aku rasa kejung pula muka aku saat ni.

Senyuman dipaksakan untuk ukir. Aku langkahkan kaki ke depan sepanjang pentas seperti apa yang aku practice kan seminggu yang lalu.

Dalam pada masa yang sama aku cuba untuk abaikan semua mata yang memandang. Sedaya upaya mengelakkan diri dari bertentang mata dengan sesiapapun. 

Saat aku buat gaya terakhir dan ingin berlalu, mataku terpandangkan ke pintu kaca untuk masuk ke ruangan dewan ni. Terpaku seketika pada lelaki yang berjalan dengan riak angkuhnya bersama beberapa lagi lelaki lain yang jelas menunjukkan mereka berkuasa disitu.

"Kak Medina."

Aku rasa tangan aku ditarik oleh seseorang. Sedar-sedar saja aku sudah berada di belakang pentas. Wajah Elin berada dekat denganku.

"Kak Medina Okey ke?" Soal Elin lagi. Mungkin risau bila aku hanya mendiamkan diri

Aku cepat-cepat angguk. Ah, boleh pula aku memayungkan diri di situ tapi. Semuanya gara-gara kelibat lelaki tu tapi betul ke apa yang aku nampak tadi atau hanya khayalan aku saja?

×ELVIS   MEDINA×

"Orang nak jadi model dia pun berangan nak jadi model. Boleh pula buat hal kat akhir-akhir acara."

Aku pekakkan telinga mendengar sindiran Mona. Itu baru aku tak sedar mematungkan diri di atas pentas, kalau dibuatnya masa tu aku jatuh? Makin galaklah minah ni kenakan aku!

Aku sudah tukar pakaian pada dress yang Elvis belikan minggu lalu. Erin pula aku tak tahu hilang ke mana? Mungkin dah balik dan mungkin juga berada di tempat lain bersama teman lelakinya.

Ah biar ajelah. Tak mati pun aku seorang diri dekat sini.

"Kau tahu tak yang pemilik hotel ni kacak gila! Kalaulah aku jadi teman wanita dia mesti bahagia!" Mona bersuara teruja. Bahu rakannya, Marry disenggol.

Aku mengerutkan dahi. Dasar perempuan mata duitan ni. Memang tak cukup dengan satu lelaki agaknya? Rasanya baru saja dia bercinta dengan senior tahun akhir yang juga merupakan anak Dato'. Huh!

"Baiklah, dikesempatan ini saya ingin berterima kasih pada Tuan Elvis yang sudi menganjurkan majlis istimewa ini di hotel beliau. Dipersilakan Tuan Elvis naik ke pentas untuk menerima penghargaan dari pihak kami."

Aku angkat kepala memandang ke pentas, dahi aku berkerut saat melihat seorang lelaki yang berjalan. Aku tak salah dengar kan? Elvis? Pemilik hotel ni?!

Aku rasa rahang bawah aku nak jatuh ke lantai. Jadi Queen Hotel ni adalah milik Elvis? Kenapa aku tak tahu?

"Itulah orangnya! Kacak kan?! Kalau jadi boyfriend aku wah! Beruntunglah! Kaya raya kot!" Suara Mona kedengaran lagi. Dia yang duduk tak jauh dari aku buatkan aku dapat dengar dengan jelas apa yang dia katakan.

Eish, sakit pula hati aku!

Mata aku kembali memandang Elvis yang sedang memberi ucapan. Seketika, matanya bertembung denganu dan senyum senget terukir. Dia seakan langsung tidak terkejut dengan kehadiran aku di sini.

Macam dia sudah tahu yang aku akan ada di sini? Eh, tapi aku mana pernah beritahu yang aku akan ada di sini?

"Terima kasih Tuan Elvis atas kata-kata yang penuh bermakna. Dikesempatan ini saya nak tanya jugalah, mesti ramai yang nak tahu kalau Tuan Elvis sudah berpunya atau belum? Dari tadi lagi kami nampak Tuan Elvis pegang bunga rose putih tu." Suara pengacara majlis kedengaran.

Pandangan mataku terus berlari ke arah tangannya. Baru aku perasan yang ada sekuntum bunga ros putih yang dipegangnya. Dah kenapa pula bawa ros putih tu ke sana ke mari?

"Well, I don't have anyone right now. I'm single." Suara Elvis bergema dalam hotel ni. Aku mencebik bibir. Entah kenapa tak puas hati dengan jawapannya.

Mesti sekejap lagi akan ada perempuan-perempuan gatal yang cuba mengoratnya. Huh! Menyebalkan!

"But, I do have someone I crush on sejak beberapa bulan yang lalu. She's here." Kata Elvis lagi.

Bunyi sorakan mendengarkan seolah-olah memberi semangat untuk Elvis.

"Wah, nampaknya Tuan Elvis berminat dengan seseorang. Boleh kami tahu siapa?"

"I'm gonna get her." Elvis turun dari pentas melangkah ke arah kerumunan pelajar perempuan yang masing-masing sudah menayangkan wajah ganda dan malu-malu kucing.

Senyuman membunuh itu sudah semestinya membuatkan ramai wanita yang cair. Langkah Elvis melintas kerusi-kerusi di hadapanku, mendekati kerusi Mona.

Aku perasan yang Mona sudah menahan senyum dan gementar namun hanya seketika bila Elvis buat pusingan mendekatiku.

What? Jangan kata aku?! Gila ke apa di tengah ramai orang ni?!

Sekuntum bunga ros putih yang dibawanya tadi dihulurkan padaku. Aku dongakkan kepala. Terkebil-kebil aku memandang senyuman manisnya tu.

"Sweetheart."

Ini semua kerja gila!

?? FUFULIEYAMAT ??
?? 15 January 2019 ??
©? January 2019
?? Gadis Dambaan Setan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience