"Seriouslah you, Hazry?" Soalku bila lelaki di hadapanku mengangguk kecil. Argh! Kenapa lain? Dulu comot Aje, sekarang bukan main lagi kacak!
"Yeah, it's me. Kenapa? Tak percaya?" Suara serak basah miliknya kedengaran membuatkan aku tersengih.
"Lain sangat! Dah lama tak jumpa sampai dah lupa." Kataku teruja. Mana tak terujanya kalau dapat jumpa kawan baik masa kecil ni?
"Itulah, dulu bukan main lagi melekat macam belangkas tapi sekarang masing-masing dah tak ingat" Sampuk Dato' Halim dengan senyuman.
"Hazrylah, ada ke patut pergi sekolah sampai ke UK sana. Kesian Dina seorang diri Aje dekat sini." Aku mencebik bibir bila Hazry ketawa.
Dulu kami terpisah waktu sekolah menengah bila Hazry buat keputusan untuk ikut keluarganya tinggal di UK. Bertahun-tahun tak bertemu, hubungan kami terputus macam tu saja.
"But I'm here now." Ujar Hazry pula membuatkan aku menarik senyuman. Ada sedikit rasa janggal kerana sudah lama tak bertemu tapi semua itu tidak dapat menandingi rasa teruja aku bertemu semula dengannya.
"Semua dah makan ke? Kalau belum, bolehlah kita makan malam sama-sama nanti. Sekejap lagi, Ikram balik. Ada hal dekat luar katanya."
Aku tersentak. Terus ingatan aku kembali menjengah apa yang berlaku tadi. Argh! Tak boleh jadi ni! Aku kena beritahu juga mama tentang apa yang berlaku!
"Mama, Dina ada hal nak cakap dengan mama." Bisikku perlahan. Tidak mahu orang lain tahu. Aku tak nak malukan mama di hadapan keluarga Hazry.
Dahi mama berkerut seketika namun kepalanya tetap dianggukkan.
"Duduklah minum dulu. I nak pergi ambil barang sekejap. Dina, mari tolong mama sekejap." Pinta Mama dan aku memahami alasan yang mama berikan.
Langkah aku mengikuti langkah mama ke tingkat atas hingga ke biliknya.
"Dina nak cakap apa dengan mama?" Tanya mama serius.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba menyusun ayat untuk menerangkan apa yang berlaku tadi.
"Tentang Ikram. Mama tahu yang dia bukan lelaki yang baik. Tadi Dina nampak dia dengan teman wanita dia dekat restoran."
"Dina jangan nak buat cerita boleh tak?"
"Tak! Dina tak buat cerita. Memang perempuan tu pun tak tahu yang Ikram dah kahwin dengan mama. Dina tak kenal perempuan tu siapa tapi dia kenalkan diri dia sebagai teman wanita Ikram. Dia kahwin dengan mama sebab harta Aje." Terangku bersungguh-sungguh. Aku tak nak mama terus menerus tertipu dengan tampang Malaikat yang Ikram pasang di hadapannya.
"Dina belum tahu kebenarannya then Dina nak tuduh dia macam-macam sampai sanggup malukan dia depan orang ramai? Sanggup lempang dia depan orang ramai?" Suara mama meninggi membuatkan aku terdiam. Macam mana pula mama boleh tahu tentang hal tu?
"Kenapa? Terkejut macam mana mama boleh tahu? Ikram dah beritahu semuanyalah. Dina hanya salah faham tapi Dina terlalu emosi sampai tuduh dia macam-macam!"
"Dina tak tuduhlah mama! Dina nampak dengan dua mata Dina ni sendiri! Mama jangan percayalah pembohongan dia tu!" Aku membentak geram. Nampaknya Ikram lebih satu langkah dari aku. Mungkin dia terus saja menghubungi mama sewaktu aku dalam perjalanan ke sini.
"Sudahlah Dina! Tak habis-habis nak cari keburukan Ikram tu! Sampai bila Dina nak buat perangai macam ni?" Mama bercekak pinggang memandangku.
Oh, sekarang semua ni salah aku pula?
"Mama memang langsung tak akan percayakan Dina, kan?" Soalku. Suara aku mula berubah perlahan. Bibir bawah aku gigit.
"Macam mana mama nak percaya kalau memang dari dulu lagi Dina memang nak hancurkan hubungan mama dengan Ikram?" Soal Mama pula.
Aku angguk perlahan. Nampaknya apapun yang aku cuba buat, aku tak akan dapat ubah apa-apa.
"Fine. Mama buatlah mama nak buat lepas ni. Satu saat nanti semuanya akan terbongkar juga. Dina dah penat." Aku hela nafas berat.
Kaki aku langkahkan keluar dari bilik mama. Tak ada guna juga aku terus menerus menerangkan apa yang sebenarnya jadi, mama tetap akan memihak pada Ikram.
×ELVIS MEDINA×
Makan malam tu hanya dihiasi dengan perbualan antara mama, Ikram dan ibu bapa Hazry saja. Aida pun ada sekali tapi dia lebih selesa mendiamkan diri.
Aku tak ada mood nak berbual. Aku lebih banyak termenung dari menyampuk perbualan mereka. Sepatah yang mereka tanya, sepatah yang aku jawab.
"Dina, you Okey ke?" Bisik Hazry yang duduk di sebelahku. Memandangkan aku tak nak duduk di sebelah Ikram mahupun Aida, aku pilih duduk di kerusi paling hujung dan di sebelahku pula aku tarik Hazry. Biarlah orang nak cakap apapun, aku peduli apa?
Aku angguk kepala. Aku Okey je cuma tak ada mood dengan apa yang terjadi dalam bilik mama petang tadi. Aku terasa hati tapi tak apalah, dah terbiasa.
Aku lagi sakit hati bila setiap kali bertembung dengan Ikram mahupun Aida, mereka akan tayangkan senyum sinis dan mengejek.
Sudah pastinya kerana apa yang aku rancangkan tidak menjadi. Haih. Aku betul-betul rasa nak santau mereka biar setiap kali muntah tu akan keluar pokok kelapa! Biar padan muka mereka! Eii! Menyakitkan hati!
"Hazry, you dah habis belajar ke?" Suara Aida yang berada berhadapan dengan Hazry kedengaran. Senyuman manis dia lemparkan pada Hazry.
Aku perasan sejak Aida balik lagi dia merenyam semacam dengan Hazry. Mana Hazry pergi, dia pun sibuk nak mengikut sama. Nampak sangat dia cuba nak tarik perhatian Hazry. Dasar perempuan gatal.
"I dah kerja." Ringkas Hazry membalas dengan senyum kecilnya. Dia kembali fokus pada makanan di hadapannya.
"You kerja apa?" Tanya Aida lagi. Haish, sebok betul perempuan ni. Makan ajelah, karang tercekik tu baru dia tahu erti penyesalan!
"Engineer."
Aku gigit bibir bawah menahan rasa dari tertawa. Ringkas betul jawapan yang Hazry berikan. Nampak sangat yang dia tak berminat untuk melayan pertanyaan Aida.
"Oh really? I pun minat Engineering, you—"
"Kau minat engineering? Bukan kau belajar bidang hospitaliti ke?" Sampukku. Sengaja. Jauh benar dia nak minat engineering. Bukan ke kos tu yang dia tolak mentah-mentah dulu?
Aida menjelingku tajam. Heh, tak menjadilah tu nak memikat Hazry.
"What about you, Dina? You belajar kos apa?"
"Law." Ringkas aku membalas. Hazry angkat sebelah keningnya memandangku.
"Wow, Lawyer to be. Kenapa you ambil course tu?"
"Supaya one day I boleh masukkan orang yang jadi perosak rumah tangga orang lain ke dalam penjara sebab niat dia nak rampas harta orang lain dengan keluarga dia yang jenis tak tahu malu nak hidup atas ehsan keluarga orang tapi tak sedar diri masih nak cari masalah dengan Tuan punya harta." Pedas aku menyindir kedua beradik tu.
Bagus sangat Hazry tanya soalan macam tu. Bolehlah aku bidas dua tiga das. Padan muka!
"Baguslah tu tapi ada ke manusia macam tu? Kalau memang ada, teruk betul perangai mereka. Langsung tak boleh buat bini." Komen Hazry sebelum kembali menjamu selera.
"Right? Biasanya kalau perempuan macam ni dia akan cari lelaki yang kaya untuk jadikan mangsa." Aku angkat kening pada Aida yang sudah mula panas dengan kata-kataku. Tahu yang aku tujukan semua tu khas buat dia.
"So, Hazry, you kena hati-hati tau." Aku tepuk bahu Hazry membuatkan lelaki itu tersenyum.
"Sudahlah, apa pula bercakap waktu makan." Tegur Mama.
Aku cebik bibir. Baru sekarang ingat bercakap waktu makan tu tak elok? Tadi bukan main riuh rendah memuji si Ikram dan Aida tu. Sekali aku bidas terus perbuatan tu tak elok?
Heh.
Share this novel