Rate

bab 1

Mystery & Detective Series 529

Selepas 15 tahun berlalu ...

Suasana indah dan aman , di taman Bandar Dixing terlihat dua orang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi malas di bawah sebatang pokok

"Kau sedang fikir apa itu"?.Tanya zhoa pada Shen wei . "hmmm aku fikir masa depan , apa yang akan terjadi dekat bandar kita ini pada masa depan "!. Dengan nada suara bersahaja..."Kau sudah macam datuk bandar fikir tentang benda yang tak ada kaitan langsung dengan kes kita ini " marah zhoa pada shen wei.. "Hmmmm budak perempuan itu lari rumah la , Bukan kena culik " bercakap dengan Nada tak ambil perduli.." Mana kau tahu , yang budak perempuan itu lari rumah"? .tanya zhoa pada Shen wei.. " pertama masa kita pergi rumah budak perempuan itu ada dua benda yang ganggu aku pertama surat itu...Dakwat pada surat itu masih basah maksudnya surat itu baru saja di tulis tak sampai satu jam .. kedua mak dan ayah dia langsung tak risau dan buat-buat risau saja itu.. buat laporan anak hilang muka macam anak tak hilang ... Sekali pandang mereka berdua macam sedang sembunyikan sesuatu dari kita ,selain itu mereka berdua juga seakan-akan berdrama di depan kita ... mereka berdua ada udang di sebalik batu... Itulah yang aku rasakan dan Aku tak pasti apa yang mereka rancangkan.. dan yang aku tahu mereka tahu anak mereka ada di mana, dari reaksi isteri dia pun tak menunjukkan reaksi risau atau gelisah seakan-akan anak dia tak hilang atau di culik...ibu mana yang tak risau dekat anak dia lebih-lebih lagi anak perempuan, dari reaksi pun kita boleh tahu sama ada dia menipu atau sebaliknya.. reaksi ibu dia menunjukkan tak ada apa-apa yang terjadi dekat anak dia dan ini bermaksud anak dia berada di sebuah tempat yang selamat. mana mungkin seorang ayah atau seorang ibu langsung tak risau kalau ada hilang atau di culik. Dan Dekat ruang tamu ada dua benda yang aku jumpa ... Kau tak nak tahu apa ke?" Soal Shen wei kepada zhoa . "Hmmm apa yang kau jumpa?.

"Aku jumpa resit hotel terselit di celah sofa... Dan tarikh itu tak sama langsung dengan tarikh yang mereka laporan kan yang anak mereka hilang dan masa pada resit tu pun sama ... " Maksud kau mereka berdua berpakat nak tipu kita, tak kan la .. aku kenal abang Yun sudah hampir 8 tahun tak kan dia nak tipu aku ?" Shen wei Dengan muka selamba " kenal 20 tahun pun boleh khianat satu sama lain inikan 8 tahun tak kan dia tak boleh nak tipu kau , itu lah kau baik sangat dan mudah sangat percaya dekat orang .. sehinggakan dia tipu kau pun , kau tak sedar..

Melihat ke arah yang berlainan sambil berfikir dan tenangkan fikiran masing-masing . . dan cuba mencari jawapan di mana dan apa yang sedang terjadi pada budak perempuan itu... Suasana di taman pada waktu petang memang tenang lebih-lebih lagi taman buatan manusia yang terlihat seakan-akan hutan yang sebenar, dan menghirup udara segar... terlihat pohon yang tumbuh menghijau ibaratkan taman hutan betul tapi hakikatnya ini hanyalah taman buatan manusia .. Dalam kawasan bandar dixing ini adalah satu-satunya.. Taman buatan manusia yang paling cantik dan menjadi pilihan semua lapisan masyarakat untuk menghilangkan tekanan dan beriadah bersama orang-orang yang mereka sayang ...
Lepas 10 minit mendiam kan diri .

" Kalau betul mereka cuba tipu kita , macam mana"?..Tanya Zhoa pada Shen wei. Dengan muka yang selamba Shen wei menjawab"biar undang-undang yang menghukum mereka "!.. dan suasana kembali sepi ...

15 minit kemudian..

Mereka berdua melayan perasaan masing-masing tanpa bercakap sepatah pun... Mereka berdua dari dua dunia yang berbeza.. latar belakang yang berbeza... Tetapi memiliki satu persamaan... Iaitu mencari kebenaran... Kerana kebenaran hanya satu ...

Zhoa yulan atau zhoa adalah bekas pegawai polis unit siasatan jenayah berat TR satu bandar Dixing.. Shen Wei atau Wei adalah bekas penolong ketua polis unit siasatan jenayah khas kes-kes berat di bandar Dixing ... Dari pegawai polis yang berpengaruh mereka berdua bertukar bidang kepada seorang detektif peribadi...

Zhoa yulan memiliki wajah yang tampan sama seperti pelakon China Bai yu dengan anak mata yang berwarna coklat kehitaman .. dan memiliki tubuh badan yang tak terlalu kurus dan tak terlalu gemuk , selain itu zhoa yulan juga. Memiliki lesung pipit di pipinya ia menambah kan lagi ketampanannya... memiliki ciri-ciri lelaki idaman wanita... Memakai Jekat berwarna hitam dan t-shirt berwarna putih dengan logo I am the big boss dan memakai kaca mata hitam....seluar jeans berwarna hitam kebiruan , memakai kasut jenis spot berwarna merah.. Mana kala Shen wei memiliki wajah yang tampan sama seperti pelakon China Zhang Yixing ... Dan memiliki anak mata yang berwarna hitam , selain zhoa yulan Shen wei juga memiliki lesung pipit pada pipinya ia menambahkan lagi kekacakannya... Sebagai seorang lelaki.. memiliki tubuh badan yang tak terlalu kurus dan tak terlalu gemok... Memiliki ciri-ciri lelaki idaman wanita ... memakai jekat berwarna hitam campur merah dan T-SHIRT berwarna oren campur hitam.. seluar Jean berwarna hitam..dan kasut sport berwarna hitam ... disebab kan mereka berdua memiliki rutin harian seperti joging dan angkat berat mereka memiliki bentuk badan yang sempurna untuk seorang lelaki ...

Selepas 20 minit mendiam kan diri

Shen wei pecahkan kebisuan di antara mereka " Zhoa Yulan jom balik " Shen wei bercakap sambil betulkan kaca mata hitam di matanya ..." Jom lah ... Kau nak balik mana ?.. Soal zhoa yulan pada Shen wei .. Shen wei bingkas bangun dari kerusi malas yang mereka duduk , sambil melakukan sedikit senaman ringan kerana agak lama duduk dan membuat otot kaki menjadi sedikit Kejang... sambil buat senaman ringan Shen wei bercakap " balik Teras kita la , tak kan balik kampung kan " dengan nada bergurau.. zhoa yulan dengan muka bersahaja " jom la " dengan nada malas nak melayan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience