Rate

pengenalan

Mystery & Detective Series 529

Dunia , dalam dunia ini ada dua kuasa yang akan membuatkan kita jatuh dan kita bangkit .. kuasa kejujuran dan kuasa seorang pengkhianat.. ibaratkan duri dalam daging bahkan lebih dekat dari darah daging sendiri.... Dua kuasa yang berbeza dan tidak asing lagi untuk dunia ini .. dua kuasa yang tak akan pernah terhapus atau di hapuskan... Kerana dua kuasa ini saling melengkapi antara satu sama lain..

Dalam dunia aku hanya ada dua warna hitam dan putih .. sama ada baik atau jahat..Aku adalah aku dalam dunia aku ... Sebab aku tak boleh jadi orang lain dan orang lain pun tak boleh jadi aku ..Aku memang sukar dan lebih sukar dari apa yang di jangkakan sebab aku tidak di lahirkan untuk difahami selain memahami .. aku bukan seorang penulis atau seorang pelakon, aku hanya seorang detektif yang mencari kebenaran dan keadilan untuk ke semua mangsa-mangsa yang di tindas oleh kekejaman manusia yang lain.. mencari kebenaran adalah tanggungjawab aku dan memberikan mereka keadilan adalah tugas aku.. kebenaran hanya satu..sama ada dalam bentuk kejujuran atau sebaliknya ... tapi kisah hidup aku lebih rumit dari movie yang pernah di tonton dan di pratonton kan di layar dan kaca Tv..

Dunia penyiasat tidak asing lagi untuk aku.. aku membesar di kalangan masyarakat yang di tindas oleh kekejaman manusia yang berperwatakan iblis dan malaikat... Mereka seakan-akan malaikat di hadapan kaca tv dan mata masyarakat tetapi iblis di sebalik layar .. malam itu iya malam itu masih segar lagi dalam ingatan aku.. terjadi sebuah peristiwa sampai ke hari ini masih segar dalam ingatan aku dan yang sampai ke hari ini menjadi mimpi ngeri dalam hidup ku... Itu lah hari yang paling gelap dalam sejarah hidup aku .. hari di mana aku mengenali apa itu iblis dan malaikat...

Suasana di luar rumah dua tingkat milik keluarga aku.. , kedengaran bunyi suara hujan yang agak lebat dan kilat sambar menyambar... Di sebuah bandar yang sebesar bandar Naga Utara ... Bandar yang makmur dan aman, memiliki jumlah penduduk yang agak ramai... Di sebalik keamanan sesebuah bandar tersembunyi sebuah peristiwa...

Di mana Seluruh anggota keluarga aku di bunuh dengan kejamnya... di depan mata aku ... Mereka di tusuk dan di tikam dengan bergitu kejam di hadapan mata aku dan di sertakan dengan siksaan demi seksaan... Suara-suara rayuan ahli keluarga aku ibaratkan muzik untuk iblis memuaskan nafsu mereka... Aku masa itu baru sahaja berusia 11 tahun ...dan pada hari itulah mulanya titik hitam dalam hidup aku... aku hanya mampu merayu agar keluarga aku di bebaskan dan mereka berhenti dari terus menerus menyeksa keluarga aku " Tolong berhenti , tolong lah" dengan nada merayu ... Rayuan aku tidak diendahkan... Bahkan aku turut di seksa... Suara ibu aku merayu agar aku di lepaskan "Tolong lepaskan dia , dia tak bersalah yang bersalah kami berdua engkau boleh buat apa sahaja pada kami bukan pada dia .. tolong aku merayu.. jangan seksa dia .. seksa lah aku kerana aku yang bersalah kerana mengkhianati boss bukan anak ku " ibu aku merayu bagi pihak aku dengan nada menahan merayu.. suara ayah aku merayu agar aku di lepaskan " aku yang bersalah lepaskan mereka berdua aku yang salah kerana mengkhianati boss.. kalau kau nak bunuh ,bunuh aku sahaja bukan mereka berdua tolong" nada suara ayah ku merayu pada mereka ...suara ayah dan ibu aku merayu agar aku di lepaskan masih kedengaran di telinga aku ibaratkan pita rakaman suara dan sentiasa berulang-ulang... suara rayuan ibu dan ayah masih segar dalam ingatan aku seakan-akan peristiwa itu baru sahaja terjadi semalam .. Mereka hanya ketawa dan terus menerus menyeksa ibu dan ayah aku sehingga mati.. mereka berasa puas kerana berjaya membunuh dan kepuasan melihat orang lain terseksa atas perbuatan mereka... Mereka sanggup membunuh hanya kerana wang dan harta... Demi kepuasan mereka dan nafsu membunuh dalam diri mereka...

Mereka dengan kejamnya membunuh keluarga aku tanpa merasakan sifat kemanusiaan mereka.. mereka adalah binatang yang memakai topeng manusia ... Mereka meminum darah ayah dan ibu aku demi merasakan kepuasan nafsu membunuh mereka ... Mereka bukan manusia .. mereka iblis ... iblis dalam paras rupa manusia... iblis dalam jasab manusia...

Aku akan membalas dendam pada mereka pada satu hari nanti ... Dan aku bersumpah akan penjarakan mereka dengan undang-undang yang mereka sanjung tinggi... dan aku akan buatkan hidup mereka menderita sama seperti mereka lakukan pada aku dan keluarga.. demi ayah dan ibu , aku akan penjarakan mereka ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience