-4-

Mystery & Detective Completed 103928

Malam selepas kejadian tadi Luthfan duduk termenung disofa depan Tv. Berfikir, Selama ni budak yang dibencinya adalah anak sahabat karibnya.

"Hhmm." Keluhnya berat.

"Kenapa Yah?" Tanya Luthfiah.

"Ayah rasa bersalah sangat pada kaean Ayah Arwah Hans." Kata Luthfan.

"Kenapa pulak?" Tanya Luthfiah lagi.

"LayQa adalah anak Arwah Hans." Kata Luthfan.

"Yeke? Tapi macam mana Abang tahu?" Tanya Jesnita.

"Ayah ada masa Panglima datang mencari LayQa." Kata Lais duduk disisi Kakaknya.

"Jadi selama ni LayQa anak Hans. Hans Firdaus?" Tanya Jesnita.

"Hmm. Tapikan kenapa Orang kampung tak pernah cakap tentang ayah budak tu. Mesti mereka hanya sebut pasal Mak dia je." Kata Luthfan.

"Sebab, Orang sekarang lebih memandang KESALAHAN daripada KEBENARAN." kata Jesnita.

"Awak perli saya ke apa ni?" Tanya Luthfan.

"Ai yang Abang nak terasa kenapa?" Tanya Jesnita.

Mereka berhenti berbicara apabila mendapat tahu LuQman berada dimuka pintu.

"Lewatnya?" Tanya Jesnita.

"Nampak Cucu Nak Limah tadi jalan kaki jadi LuQ tolong teman dia sampai sebelah kampung." Kata LuQman.

"Kampung sebelah?" Tanya Luthfiah.

"Haah. Dekat Tok silat sana tu." Kata LuQman.

"Really?" Tanya Jesnita.

"Haah dah 2 malam ni LuQ ikut dia senyap senyap." Kata LuQman.

"Takkan dia boleh jadi macam Hans?" Fikir Jesnita.

"Mana tumpahnya kuah Jes kalau tak ke nasi." Kata Luthfan.

Pandangan hairan LuQman pada ayahnya membuatkan dahinya berkerut seribu. Dia masuk kebiliknya dan mandi.

LayQa sedang leka termenung duduk dipangkin tepi gelanggang silat.

"Han. Ada masalah ke?" Tanya Tok Kadir.

"Entahlah Tok. Selesai satu, datang satu masalah tu. Samapaikan saya rasa hidup saya memang bawak beban pada mereka." Kata LayQa.

"Cerita dekat Tok. Apa masalah Han." Kata Tok Kadir.

"17 tahun saya kena tipu bulat-bulat oleh nenek. Dia kata Ayah meninggal sebab kemalangan. Sedangkan Ayah meninggal dimedan perang. Apa salah ke kalau saya tahu sejak awal lagi siapa Ayah saya." Kata LayQa mula menahan sebak.

"Ada sebab kenapa Nenek buat macam tu." Kata Tok Kadir.

"Entahlah Tok. Saya taknak macam ni sebenarnya. Hidup dalam hinaan dan penipuan ni. Hinakah Saya andai Mak saya seorang kupu kupu malam. Yang salah Mak kenapa saya yang kena habuannya. Caci maki orang kampung." Kata LayQa mula menangis teresak.

"Lepaskan semua beban yang Han tanggung. Bagaimanapun cara Han melepaskan, Lepaskan je. Jangan dipendam. Jika dipendam akan merosakkan akal dan fikiran Han." Kata Tok Kadir.

"Kalau lah Saya boleh minta pada Allah Tok, Saya tak mintak lahir dekat dunia ni. Andai beban tu semua kat sini." Kata LayQa teresak sambil menunjuk bahunya.

"Ada sebab kenapa Allah pilih LayQa untuk terima semua beban ni." Kata Tok Kadir mengusap belakang LayQa yang dianggapnya seperti cucunya sendiri.

"Saya tak mampu nak tanggung Tok. SPM lagi 6 bulan. Kalau lah saya tak ambik SPM tahun ni, Dah lama saya bawak diri." Kata LayQa menghapus airmatanya.

"Sabar, Banyyak solat. Ingat Allah uji sebab Allah sayang. Han mesti Bangga kan bila Han tahu siapa Ayah Han. Disanjung dan diingati." Kata Tok Kadir.

"Hmm i dont know." Kata LayQa.

Latihan dimulakan selepas semua sudah berkumpul. Tepat jam 11 malam barulah LayQa balik dihantar oleh cucu Tok Kadir.

"Terima kasih Kak Atul." Kata LayQa.

"Hati-hati kat rumah." Kata Rabiatul.

"Okey kak." Kata LayQa.

LayQa menapak perlahan masuk kedalam rumah kayu itu apabila melihat neneknya telah lena.

Sebelum Lais berangkat dia menemui LayQa yang hampir 4 hari tidak dilihatnya.

"Assalammualaikum LayQa. LayQa." Panggil Lais.

"Waalaikumsalam Lais." Kata Nek Limah.

"Mana LayQa nek?" Tanya Lais.

"Kat belakang dekat kebun sayur dia." Kata Nek Limah.

Lais terus berlari kesana dan terlihat LayQa sedang sibuk mengutip beberapa jenis sayur untuk dimasaknya.

"LayQa." Panggil Lais.

LayQa mendongak melihat Lais yabg telah rapi.

"Lais." Sapa LayQa. Degupan jantungnya kini tak seirama. Dia tahu telah sampai waktu untuk Lais tinggalkan dirinya.

"Aku dah nak pergi ni." kata Lais.

"Ye ke. Tunggu kejap." Kata LayQa.

Dia berlari naik ketangga dapur dan meluru masuk kedalam biliknya. Selama 4 hari dia mencari sesuatu yang hendak diberikan pada Lais. Namun dia hanya mampu memberikan sesuatu yang lain dari teman sekelasnya.

Dia kembali menuju kearah Lais dan menyerahkan bungkusan ditangannya.

"Maaflah andai tak semahal yang kawan-kawan bagi kau." Kata LayQa.

Lais mengoyak bungkusan yang diberikan LayQa. Sebuah Frame yang jelas sekeping gambar Antara dirinya dan LayQa sedang memakai pakaian Gawai dan kaamatan semasa persembahan disekolah tahun lepas.

"Tapi LayQa." Lais ingin menyambung katanya namun LayQa mengatakan awal.

"Aku ada lagi sekeping." Kata LayQa.

"Kalau Ada Yang Mencuba Untuk Mendekati Dirimu, Bagitahu Padanya Kau Adalah Milikku Jangan Pernah Kau Cakap Kau Takde Pakwe Pulak. Aku Smackdown Kau Kalau Aku Dapat Tahu." Kata Lais.

"Hmm." Balas LayQa mencuba menahan airmatanya namun tetap jua jatuh ke kepipi.

"Heyy jangan lah nangis. Aku bukan pergi jauh pun masih dekat dalam Malaysia juga." Kata Lais menghapus airmata LayQa.

"Janji dengan aku kau akan datang cari aku kat sini." Kata LayQa.

"Aku janji." Kata Lais.

Luthfan dijemput oleh Pegawai dari TDM tempatnya berkhidmat.

Lais melambaikan tangan pada LayQa. Hingga LayQa hilang dari pandangan.

Dia melepaskan Frame yang diberikan LayQa tadi.

"Sapa bagi?" Tanya LuQman.

"LayQa." Kata Lais.

LuQman tahu apa perasaan bila asyik duduk berpindah randah. Nasiblah LuQman hanya tinggal menanti kelulusannya dalam TLDM.

"Kau nak jadi apa bila kau besar?" Tanya LuQman pada Lais.

"Cita-cita aku? Hmm aku nak sangat jadi peguam." Kata Lais.

"Hmm Adik oii kau ni biar betul. Mak dan Kak Fi dalam TUDM, Ayah TDM, Abang LuQ TLDM takkan kau nak jadi peguam." Kata Luthfiah.

"Yelah. Takkan 1 family kot nak kerja dalam pakaian loreng kot." Kata Lais.

"Andai satu hari LayQa jadi seperti Ayah dia. Korang rasa?" Tanya Jesnita.

"Ayah dia?" Tanya LuQman.

"Haah Ayah LayQa Kapten Hans Firdaus." Kata Luthfiah.

"Kawan karib Ayah tu?" Tanya LuQman.

"Yelah." kata Luthfiah.

"Kenapa kau tak pun tak percayakan." Kata Luthfiah.

"Biar betul." Kata LuQman.

"Betullah." Kata Luthfiah.

"Kau akan kesini semula kan Bang." Tanya Lais.

"Haah. Mybe hermm dalam bulan depan." Kata LuQman.

"Boleh Lais ikut tak?" Tanya Lais.

"Buat apa?" Tanya Luthfan yang dari tadi senyap.

Lais tutup mulut taknak berbicara dengan ayahnya. Perasaannya masih lagi marah terhadap ayahnya yang secaraem mendadak meminta agar diposting ke kg halaman mereka.

3 tahun berlalu, LayQa masih dikampung halamannya. Walaupun Shah anak MakLongnya meminta agar mengikutnya bekerja di negeri lain, Namun dia masih sama tetap menanti janji yang dilafazkan Lais.

Kini usia LayQa 20 tahun. Dia hanya bekerja sebagai seorang gadis kebun miliknya seluas 1ekar. Tanah Arwah ayahnya yang diusahakan.

"Lay" Panggil Nek Limah yanv kini berusia 72 tahun.

"Ye Nek." Sahut LayQa.

"Lay taknak ikut Abang Shah pergi KL?" Tanya Nek Limah.

"Taknak Lah Nek. Lagipun LayQa dah berjaya jadi seorang pekebun disini." Kata LayQa.

Kebunnya kini diiktiraf oleh pertanian dan peladang. Dalam masa 3 tahun dia mencipta nama dalam bidang pertanian.

"Tak payah Lay tunggu Lais. Tak mungkin dia nak jumpa LayQa." Kata Nek Limah.

"Bukan sebab tu. Tapi sebab LayQa nak jaga nenek. Lagipun sapa lagi nak jaga nenek." Kata LayQa.

LayQa tak pernah mengharap Lais akan datang menemuinya lagi. Kini dia cukup bahagia. Bahagia dengan hidupnya bersama neneknya.

"Nek Lay gerak dulu ye. Nak kira gaji pekerja. Biasalah hujung bulan." Kata LayQa mengucup pipi tua Nek Limah.

"Baiklah. Hati-hati ye Cu." Kata Nek Limah.

"Ok nek. Makanan macam biasa ye. Jangan lupa makan. Tak payah tunggu LayQa." Kata LayQa.

"Iye. Lay juga jangan tak makan ye." Kata Nek Limah.

Kini LayQa telah mempunyai sebuah pejabat dekat dengan Kebunnya ditanah peninggalan Ayahnya. Dia juga mempunyai sebuah lori dan sebiji kereta untuk pengangkutannya.

"Lay!!" Panggil MakLong.

"Ye Mak Long." Sahut LayQa.

" Ada tak Sayur Sawi kat kebun?" Tanya MakLong.

"Nanti Lay bawakkan. Lay dah lambat." Kata LayQa..

"Ok hati-hati tau." Kata MakLong.

"Ok Mak Long. Bye." Kata LayQa lalu memandu meninggalkan MakLong yang menuju kerumah Nenek.

Sampai sahaja LayQa ke pejabatnya, Dia mulai sibuk. Dia mempunyai 5 orang pekerja lelaki yang membantunya menguruskan kebunnya.

Tokk!! Tokk!!

"Masuk." Kata LayQa.

"LayQa, Ada nak jumpa." Kata Kudit salah seorang pekerjanya.

"Suruh dia masuk Dit." Kata LayQa.

"Ok Boss." kata Kudit ketawa apabila melihat respon LayQa.

"Assalammualaikum." Kata Syifa.

"Waalaikumsalam. Laa Syifa." Panggil LayQa lalu berdiri dan memeluk erat Syifa.

"Rindunya aku kat kau. Dah 3 tahun. Mama cakap kau dah berjaya." Kata Syifa.

"Alhamdulillah rezeki aku dan Nenek." Kata LayQa.

"Aku datang ni nak bagi kau ni." kata Syifa menyerahkan Kad jemputan.

"Sapa kahwin?" Tanya LayQa dan terus membaca Kad ditangannya.

Mata LayQa terbeliak luas melihat kad didepannya.

"Kau nak kahwin?" Tanya LayQa.

"Dah sampai seru." Kata Syifa.

"Alhamdulillah." Balas LayQa.

"Kau datang tau. Aku nak kau ada nanti." Kata Syifa.

"InsyaAllah. Aku tak janji." Kata LayQa.

"Kenapa pula?" Tanya Syifa Hairan.

"Tarikh kau bersanding ni aku ada dekat luar kawasan." kata LayQa berterus terang.

Walaupun dia duduk dikampung, namun harinya dipenuhi aktiviti berfaedah, Badan Amal, Persatuan Pengembara, Memanah dan macam-macam aktiviti lasak yang diikutnya.

"Ishh kau ni." Kata Syifa memuncungkan mulutnya.

"Kau tahu aku kan." Kata LayQa.

"Haihhh. Ye lah takkan aku nak paksa kau kan." Kata Syifa.

"Aku akan cuba sedaya upaya." Kata LayQa.

"Yelah. Eh kau ada dengar pasal Lais tak?" Tanya Syifa.

"Takde dan aku taknak ambik tahu hal dia." Kata LayQa berterus terang.

3 tahun menanti dan terus menanti hingga perasaannya pada lelaki itu telah mati. Mati dan terbukur tanpa dapat digali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience