-3-

Mystery & Detective Completed 103928

Lauthfan dan Jesnita menghantar Anaknya Luthfiah ke Pangkalan. Dia dan isterinya akan menguruskan perpindahan sekolah Lais.

"Budak tu memang nak kena. Berapa kali aku dah cakap jangan jumoa budak tu lagi." Kata Luthfan.

"Yah. Biarlah Lais berkawan dengan LayQa. Lagipun Fi lihat LayQa tu baik orangnya. Hormat orang tua lepas tu dia yang jaga Nek Limah. Boleh diharap." Kata Luthfiah.

"Kenapa kamu semua suka sangat dekat budak tu. Sedangkan orang kampung pun tak suka dia." Kata Luthfan.

"Orang kampung. Memanglah. Entah-entah budak tu lah yang bantu mereka nanti." Kata Jesnita.

"Sokong. Lagipun Yah. Yang salah Mak dia bukan dia. Dia pun kalau boleh pilih taknak lahir kot kedunia ni kalau tahu dia jadi kebencian orang." Kata Luthfiah lagi.

Luthgan hanya mampu diam. Malas nak melawan cakap perempuan. Mesti dia akan kalah.

"Tapi kan Mak, boleh tahan juga si LayQa tu kan. Dia tepis tangan Ayah tu. Huhhhh. Komando kot Ayah." Kata Luthfiah sambil mengayakan cara LayQa malam tu.

"Ayah saja je tu. Taknak berkasar dengan budak tu." Kata Luthfan.

Sampai saja diPangkalan TUDM Luthfiah turun dari kereta dan melambaikan tangannya. Luthfiah bekerja sebagai seorang doktor didalam Pangkalan. Sedih rasanya nak tinggalkan tempat tu sejak 5 tahun dia disana berkhidmat dan menjalinkan hubungan dengan seorang Pegawai disana tanpa pengetahuan Ayahnya.

Sebuah kereta Waja yang terparkir di lot parking bangunan klinik.

Pin!! Pin!!

Luthfiah menghampiri selepas memastikan kereta milik ayahnya hilang dari pandangan.

"Fi." Panggil Ezham.

"Ham. Lama tunggu?" Tanya Luthfiah.

"Tak lah Ham pun baru sampai. Jom teman Ham sarapan." Kata Ezham.

"Kejap. Fi nak pounch card dulu." Kata Luthfiah.

"Ok." Kata Ezham. Luthfiah berlalu kepejabat tempatnya dan kembali semula kearah Ezham.

"Nak makan kat mana?" Tanya Luthfiah.

"Ham bawa pekena Soto lah. Nak?" Tanya Ezham.

"Ok. Fi ikut je." Kata Luthfiah.

Apabila sampai dicafe selalu mereka makan, Luthfiah dan Ezham mencari tempat yang tersorok dari orang ramai. Malas nak duduk tempat tumpuan.

Tup tup lepas selesai membuat pesanan LuQman berdiri tepat disisi meja mereka. Terperanjat tambah terkedu Luthfiah melihat Adiknya kedua terpacak disisi mejanya.

"Err LuQ.." Sapa Luthfiah.

"Steady lah Kak. LuQ bukan jenis nak jaga tepi kain orang apalagi tepi kain akak sendiri." Kata LuQman.

"Janji tau. Dah duduk sini." Kata Luthfiah sambil diiyakan oleh Ezham.

LuQman mengambil tempat disebelah Ezham sambil berjabat tangan.

"Ham. Ni adik aku nombor dua." Kata Luthfiah.

"LuQ. Ni teman akak. Ezham." Kata Luthfiah lagi.

"Kak betulke Lais cakap, Kita nak pindah?" Tanya LuQman kerana inilah kesempatannya bertanya.

"Haah. Permohonan Ayah dan Akak dah diluluskan. Minggu depan kita pindah tempat baru." Kata Luthfiah.

"Tapi sebab apa? Tak cayalah kena posting." Kata LuQman.

"LuQ pasti tahu sebabnya." Kata Luthfiah.

"Sebab Cucu Nek Limah?" Tanya LuQman.

"Hmm." Angguk Luthfiah.

"Astaghfirullah. Sebab tu je?" Tanya LuQman.

"Dah kalah malu kan dengan LayQa malam tu." Kata Luthfiah.

"Lagipun Ham dengar dari cerita pegawai Komando Luthfan, Dia malu sebab hayunan tangan dia ditepis senang oleh seorang budak." Kata Ezham.

Luthfiah berpandangan dengan LuQman dan ketawa meletus diantara keduanya.

"Tak sangka kan Kak. LayQa kawan Lais boleh tepis tangan Ayah. Dengan mudah pulak tu." Kata LuQman.

"Maksud kamu berdua LayQa mana ni?" Tanya Ezham ingin tahu siapa budak tu kerana sepertinya dia pernag mendengar nama LayQa diperkatakan dalam ruangan Panglima Satu.

"Sapa kak nama anak Nek Limah tu?" Tanya si LuQman.

"Kalau tak silap Lais pernah sebut nama penuh LayQa. Kejap. Siapa eh. Aduhh lupa." Kata Luthfiah. Berfikir.

"Maksud Fi, nama dia Hanna LayQa Binti Hans Firdaus?" Tanya Ezham.

"Ha betul dia lah Hanna LayQa Binti Hans Firdaus. Macam mana Ham kenal dia?" Pelik Luthfiah.

Ezham tersenyum. Nampaknya pencarian Panglima kepada satu satunya waris Kapten Hans yang terkorban atas nahas letupan pesawat tempur semasa bertugas membantu Negara jiran.

"Hmm nanti awak tahu siapa dia." Kata Ezham bermain teka teki bersama dua beradik itu.

Petang tiba melihatkan mentari yang akan tenggelam beberapa jam dan akan muncul Malam. LayQa duduk diatas pangkin kayu yang tak jauh dari rumah neneknya.

"LayQa." Panggil Lais lembut lalu duduk disisi LayQa.

"Betul ke kau nak pindah?" Tanya LayQa.

"Ye. Minggu ni aku last sekolah kat sini." Kata Lais mengeluh.

"Habis bila kau nak datang kesini lagi?" Tanya LayQa yang mula menunduk menyembunyikan permata jernih yang bertakung dikelopak matanya.

"Aku tak tahu." Kata Lais memandang LayQa yang menunduk.

"Aku harap kau akan berjaya ditempat baru." Kata LayQa. Nada suaranya mulai serak.

"Berat hati aku nak tinggalkan kau LayQa. Hamoir 5 tahun aku disini bersama dengan kau. Hingga aku mampu menyemai benih sayang pada kau dalam hati aku ni." Kata Lais.

"Sebaiknya kau buang jauh perasaan tu Lais. Aku taknak sebab aku kau taknak ikut family kau." Kata LayQa.

"Kau tak sayang aku ke LayQa. Sedangkan tadi kau kata kau mempunyai perasaan sama dengan aku." Kata Lais.

"Kau dan aku tak setaraf Lais. Kau ibarat enggang sedangkan aku hanya pipit." Kata LayQa.

"Pandang aku LayQa." Kata Lais memegang dagu LayQa dan mengangkat wajah LayQa melihatnya.

Terlihat air jernih mengalir dipipi gebu LayQa. Dengan perlahan Lais hapus airmata itu dengan jemarinya.

"Aku janji, Aku akan tunaikan. Aku akan kesini semula membina hidup bersama kau LayQa." Janji Lais.

"Aku akan tunggu kau." Kata LayQa.

Lama mereka duduk disana hinggalah Nek Limah memanggil LayQa.

"Lay!! Lay!!" Teriak Nek Limah dari halaman rumahnya.

"Ye Nek." Sahut LayQa.

"Ada orang cari kau." Kata Nek Limah.

"Ok nek kejap." Kata LayQa.

Lais dan LayQa muncul dari pantai tempat mereka selalu melepak. Terkejut apabila melihat Ayahnya Luthfan, dan beberapa orang pegawai yang berpangkat ada didepan halaman Nek Limah.

LayQa jua terkejut melihat mereka yang berada didepan rumah neneknya.

"Ada apa ni?" Tanya LayQa mendekat pada neneknya. Melihat renungan kebencian Luthfan padanya.

"Saya Panglima Usman. Betul ke awak ni anak kepada Hans Firdaus, Hanna LayQa?" Tanya Panglima Usman.

"Ye Saya Hanna LayQa Hans Firdaus. Kenapa dan apa yang boleh saya bantu?" Tanya LayQa.

Luthfan tak terkata. Maknanya budak didepannya sekarang adalah anak kepada rakan baiknya Hans Firdaus yang terkorban di Negara Jiran 17 tahun lepas.

"Akhirnya bertemu jua kita." Katanya lagi.

LayQa tak faham dan begitu jua Nek Limah. Walaupun dia tahu anak lelakinya kini telah tiada, namun kenapa baru sekarang mereka mencari Waris Hans.

"Puas pihak kami mencari tahu dimana kamu berada. Nasib kapten Izham dapat tahu awak tinggal disini." Kata Panglima Usman.

"Ada masalah ke?" Tanya LayQa

LayQa tak tahu siapa Ayahnya dan apa pekerjaan ayahnya. Yang Neneknya bagitahu, Ayahnya meninggal disebabkan kemalangan.

"Macam ni. Saya sebagai Panglima TUDM disini berharap agar emm Cik Hanna menerima bantuan yang akan kami salurkan pada Hanna." Kata Usman.

"Untuk apa?" Tanya LayQa pelik.

"Lay. Nenek nak cakap. Ayah Lay sebenarnya tewas dimedan tempur 17 tahun lepas. Lepas Seminggu Hans meninggal, Lay lahir kedunia." Kata Nek Limah.

"Oo tak. Mungkin kamu salah ni." Kata LayQa.

"Tak Lay. Semua tu benar. Apa yang Nenek cakap benar. Kata Shah yang baru sampai. hajatnya membawa isteri yang baru saja dikahwininya beberapa minggu lepas nak melawat LayQa dan neneknya.

"Tipu!!! Ayah meninggal sebab kemalangan bukan sebab mati dekat medan perang!!!" Tengking LayQa.

"Betul. Apa yang mereka cakap tu. Nenek cuma taknak Lay tahu siapa Ayah Lay. Sebab nenek taknam Lay jadi macam ayah lay." Kata Nek Limah menangis.

"Tapi kenapa sekarang Nek. Kenapa sekarang baru Nek nak bagitahu Lay. Kalauntak mereka kesini mungkin sampai Lay mati Lay tak tahu siapa Ayah Lay." Tangis LayQa pecah jua akhirnya.

"Sebab tu kami datang kemari nak menyatakan akan menanggung Hanna LayQa hingga Kamu berjaya." Kata Usman.

LayQa meninggalkan mereka semua yang ada disana pergi menuju keanak tangga rumah Nek Limah.

"Lay." Panggil Nek Limah.

"Saat ni mentalku sangat lelah nak berfikir. Rasanya seperti nak menghilangkan diri untuk menenangkannya." Kata LayQa lalu menghilang dibalik pintu.

"Maafkan LayQa Tuan. Dia tak tahu siapa Ayahnya sebenar. Sebab keluarga kami semua sembunyikan siapa dan apa pekerjaan ayahnya." Kata Shah lagi.

Mereka berbincang seketika sebelum semuanya bersurai. Termasuk Luthfan dan Lais.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience