PROLOG

Romance Completed 494325

Aoran Amsyar yang berusia 35 tahun yang tidak berminat sama sekali dengan namanya cinta kerana baginya wanglah yang dapat memberi kebahagian bukannya cinta. Dia memang sering menjalinkan hubungan dengan wanita namun hanya sekadar suka-suka sahaja. Kalau untuk serius dialah yang paling awal mundur. Kerana baginya perempuan amatlah merimaskan.

Aoran seorang yang segak juga tampan, anak sulung dari dua adik beradik. Aoran sejak lahir lagi memang dari keturunan orang kaya dan terpandang. Mempunyai pelbagai jenis bisnes di dalam mahupun luar negara. Tetapi dia juga kadang-kadang bosan dengan kekayaannya sendiri, terlalu banyak duit sampaikan tidak tahu hendak di guna untuk apa.

.....................

Seperti biasa Aoran bersiap-siap untuk ke syarikatnya. Dia harus menjaga penampilannya supaya menjadi contoh kepada stafnya agar mereka sentiasa berpakaian selayaknya manusia. Dia memang cerewet sedikit tentang fashion. Terbukti di setiap almarinya, terlihat pelbagai desain cantik tersusun rapi di setiap almari mengikut brand masing-masing.

Selesai bersiap-siap dia terus menuju ke dapur untuk sarapan, terlihat mama tirinya sedang menikmati sarapan pagi, dengan pakaian yang sudah rapi seperti ada aktiviti hari ini..

"Good morning mama, awal bangun. Mana Adam?, dia tak sarapan sekali ke?." Soal Aoran sambil duduk di meja makan mewah milik keluarga mereka. Terlihat pelayan sedang menuangkan teh ke dalam gelasnya.

"Terima kasih."

"Sama-sama tuan." Balas pelayan itu.

"Oh adik kamu, dia ada dalam bilik tu hah. Mungkin dia masih tidur kot, mama tengok dia balik akhir semalam. Entah dari mana."

"Ni, mama cantik-cantik ni nak pergi mana?. Pergi shopping ke?." Ujar Aoran.

"Cantik ke?."

"Yup, mama sentiasa cantik." Puji Aoran.

"Thank atas pujiannya. Ni mama nak pergi jalan-jalan dengan unty Mel dan Kaila. Mama tengok dia cantik dan matang sesuai di jadikan isteri." Kata mamanya, memuji kaila anak kawan baiknya.

"Yeke?, oh." Meneguk teh yang di sediakan. Dia memang dari dulu tidak suka dengan namanya Kaila yang gedik je 24 jam. Perasaan cantik, kalau di bandingkan dengan pembantu rumah, sudah tentu kecantikan pembantu rumah lagi memikat.

"Aoran kamu dah berusia 35 tahun, 5 tahun lagi akan menjadi 40 tahun. Usia mama bukan makin muda tau, mama nak sangat tengok kamu ada keluarga kecil sendiri sebelum mama tutup mata. Mama teringin nak cucu sendiri, nak harapkan adik kamu tu dia masih belajar lagi. Masih jauh perjalanan dia." Bebel Datin Aminah kerana anaknya itu langsung tidak berminat untuk bercinta. Apalagi berumahtangga.

"Mama, kita dah bahaskan tentang perkara ni. Jawapan Aoran tetap sama yang Aoran belum sedia lagi, jika nanti Aoran dah bersedia pandailah Aoran cari seseorang yang faham Aoran."

"Sampai bila mama nak tunggu kamu bersedia, 1 tahun atau 10 tahun lagi?." Soal Datin Aminah dengan wajah seriusnya.

"Sampai saat Aoran jumpa perempuan yang boleh faham Aoran. Yang paling penting seseorang yang tak berimaskan." Jawap Aoran dengan beraninya.

"Ok fine. Macam ni jelah, mama bagi masa kamu  1 bulan sahaja untuk bawa balik calon isteri jumpa mama. Kalau kamu gagal, maka mama akan pergi meminang anak kepada unty Mel iaitu Kaila terus tanpa menanyakan lagi kamu setuju ke tak." Lalu meninggalkan Aoran.

"Mama!" Teriak Aoran, tetapi Datin Aminah langsung tidak menoleh kearah Aoran. Terlihat Kelvin datang membawa ipad di tangannya. Kelvin merupakan asisstant Aoran yang sangat patuh dan tampan tidak kalah seperti Aoran, Kelvin sudah lama sudah menjadi asisstant Aoran, sejak Aoran mengambil alih syarikat milik papanya lagi.
 
"Good morning boss, kereta dah sedia. So hari ni kita ada meeting dengan klien pukul 10.00 pagi ni dekat hotel 5 star," memberikan ipad kepada Aoran untuk penyemakkan.

Melihat jam menunjukkan pukul 8:30 pagi masih ada masa lagi.

"Dah sarapan?," tanya Aoran.

"Dah boss." Balas Kelvin.

"Good, jomlah kita berangkat. Saya nak santai dekat sana sementara tunggu mereka." Bingkas bangun dari meja makan lalu menuju tempat parking keretanya.

...............................................

Di dalam kereta,

Terlihat Aoran hanya merenung di luar jendela memikirkan penyelesaian dari masalah yang dia hadapi sekarang sehingga dia tidak perasaan bahawa Kelvin memerhatinya lama.

"Boss are you ok?, saya tengok muka boss
macam tertekan je. Kalau ada masalah, boss boleh cerita dekat saya mana tau saya boleh tolong selesaikan," matanya tetap fokus memandu.

"Kamu rasa saya ni dah tua ke?. Patut ke saya kahwin?." Tanya Aoran.

"Kenapa boss tanya macam tu?. Boss masih mudalah, cuma umur je makin meningkat. Kalau dari pandangan saya lah, boss dah boleh kahwin. Sebab boss matang dan berduit. Perempuan zaman sekarang ni, suka dengan lelaki yang berduit. Jadi mudah je boss nak cari isteri. Petik jari je." Ujar Kelvin.

"Kan tak fahamlah dengan mama tu, kenapalah dia berkenan sangat dengan Kaila. Ala gedik. Apalah kelebihan yang mama nampak dalam diri dia tu."

"Hahaha. Oh ni masalahnye. Boss di jodohkan ke?. Saya ingat dalam drama je, dunia nyata pun ada."

"Yelah, kalau saya tak dapat bawa calon isteri dalam tempoh 1 bulan dari sekarang, maka saya akan di jodohkan dengan Kaila. Patut ke saya terima dia." Melihat kearah luar jendela semula.

"Keputusan semua ada di tangan boss, jadi boss kena buat pilihan yang buat boss lega dan bahagia. Kalau boss gembira maka saya turut serta gembira."

Semasa dalam perjalanan terlihat seorang gadis yang seperti meronta-ronta untuk di lepaskan.

"Kelvin berhenti tepi jap."

"Baiklah." Lalu berhenti dekat dengan perhentian bas.

Menoleh kearah bossnya. "Ada apa boss?."

"Ikut saya," perintah Aoran.

"Baiklah."

Lalu mereka pun keluar dari kenderaan mereka,

"Tolonglah ayah, lepaskanlah Ara. Ara tak nak." Meronta-ronta ingin di lepaskan.

"Jangan melawan. kau nak jadi anak derhaka ke? huh."

"Tolonglah ayah lepaskanlah."

"Woi, lepaskan dia." Lalu kelvin meleraikan genggam lelaki tersebut. Dengan pantas Ara bersembunyi di belakang lelaki yang sasa itu.

"Jangan masuk campur dengan urusan keluarga akulah." Lalu menarik semula tangan gadis yang terlihat ketakutan itu. Tanpa banyak bicara Aoran menolak lelaki itu jauh dari gadis itu.

"Kau jangan sentuh budak ni, siapa kau nak berkasar dengan dia." Bentak Aoran.

"Siapa aku?. Aku ayah dialah, sepatutnye aku yang tanya kau tau. kau ni siapa suka masuk campur urusan keluarga aku." Meninggikan suaranya.

Aoran melihat kearah gadis itu dan bertanya,

"Betul ke, ni ayah kamu?."

"Dia ayah tiri saya. Dia nak jual saya untuk di jadikan pelacur." Jawab gadis itu dengan air mata membasahi pipinya.

"Patutlah, bapa tiri rupanya. Kau ni manusia ke binatang. kalau nak duit kerja." marah Aoran.

"Kerja?, kau ingat senang ke?." Dengan menolak-nolak bahu Aoran.

"Senanglah kalau kau usaha. Lagipun, berapa kau dapat kalau kau jual dia. Untung ke?. Kau ni kan memang lelaki yang tak guna," kemarahan tidak dapat di kawal lagi lalu menghadiahkan satu tumbukkan kuat tepat di wajah ayah tiri budak itu. Kelvin dan Ara terkejut melihat aksi Aoran.

"Aku pantanglah, kalau lelaki pukul perempuan ni. Macam ni jelah, aku bayar kau. Tapi kau kena ingat. Jangan kacau apalagi sentuh budak ni. Kalau aku nampak budak ni dekat mana-mana pusat pelacuran, orang pertama yang aku cari adalah kau." Mengeluarkan cek yang tertulis RM10,000 lalu dilemparkan cek tersebut tepat ke wajah bapa tiri gadis tersebut.

"Pergi!."

Lalu lelaki tersebut melarikan diri dengan membawa cek yang di berikan Aoran. 

“Apa punya ayah tiri. Bodoh, takda otak.” Maki Aoran.

Kelvin memberikan sapu tangannya kepada gadis tersebut.

Aoran menatap wajah gadis itu yang kelihatan lebam juga tangannya penuh dengan kesan pukul, betapa dia kasian dengan gadis malang tersebut. "Kamu ok?, jom kita pergi klinik. Saya tengok lebam dekat wajah kamu tu teruk sangat, nanti masuk kuman pulak."

"Saya ok, lebam-lebam ni pandailah dia sembuh sendiri. Lagipun saya dah biasa, jadi kulit saya ni kebal. Apa-apapun terima kasihlah pakcik dan abang sebab bantu saya tadi. Kalau tak, tak taulah nasib saya sekarang macam mana." Ujar Ara.

"Apa pakcik?." Melihat kearah kelvin yang ketawa kecil kerana bossnya di panggil begitu.

"Nama kamu siapa?," tanya Kelvin.

"Nama saya Farhana Rose panggil Ara je." Jawab gadis itu.

"Kamu nak pergi mana sorang-sorang macam ni bahaya tau. Anak perempuan jalan-jalan sendiri macam ni." Kata Aoran.

"Saya nak melawat mak saya, dia sekarang di rawat di hospital tu sebab saya tunggu bas kat sini pakcik. Tak tahu pulak ayah tiri saya ikut belakang."

"Nak kami hantarkan ke?," pelawa Aoran.

"Takpayah lah pakcik, bas pun nak sampai. Terima kasih sekali lagi ye pakcik dan abang. Kalau pakcik perlu kan bantuan saya nanti. Pakcik boleh cari saya dekat hospital ye, kerana mak saya memerlukan masa yang panjang untuk pulih mungkin saya masih ada dekat sana."

"Baiklah," mengeluarkan dompetnya lalu mengeluar RM100. "Nah ambil ni, buat tambang." Menyerahkan wang tersebut ke tangan Ara. Kelvin terkejut dengan kelakuan bossnya yang hangat. Biasanya, dia takkan perduli dengan orang sekelilingnya namun berbeza dengan Ara.

"Takpayah lah pakcik, saya ada. Pakcik dah selamatkan saya dah lebih dari cukup." Mengembalikan wang tersebut.

"Ambil je Ara boss jarang tau prihatin macam ni," kata Kelvin menyakat bossnya.

"Ambillah, mana tau kamu nak beli apa-apakan. Saya ikhlas," mengembalikan wang tersebut ke tangan mungil Ara.

Mengambil wang tersebut. "Terima kasihlah pakcik, pakcik banyak bantu saya harini." Bas pun tiba. "Bas pun dah sampai saya pergi dulu ye, sekali lagi terima kasih abang dan pakcik. Semoga kita bertemu lagi."

"Sama-sama." Balas Kelvin sambil melambai-lambaikan tangannya. Aoran hanya mengangukkan kepalanya saja. Ara pun berlalu pergi.

"Pakcik?, tua sangat ke saya ni? ada rupa macam pakcik-pakcik ke?," soal Aoran dengan menyentuh mukanya.

"Bolehlah, hahaha. Maaf boss terbawa suasana pulak."

Melihat kearah jam menunjukkan 9:30 a.m. "Kita dah lambat ni," lalu bergegas ke kereta untuk menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

Tq,for reading

Share this novel

BALQIS
2022-04-05 11:48:11 


NovelPlus Premium

The best ads free experience