BAB 3-MULA SUKA

Romance Completed 494325

Di dalam kereta,

Ara dan Aoran hanya mendiamkan diri. Tidak tahu ingin membahas apa. Kerana suasana terasa asing bagi mereka. Selalunya bertiga, kini berdua.

"Kamu cakap yang, kamu kerjakan. Kerja apa?. Kamu tak sekolah ke?," tanya Aoran untuk memecahkan suasana asing ini.

"Kerja dekat cafe je, boss dia baik juga seorang yang tampan. Dia jugak selalu bagi semangat dekat saya ketika saya down and selalu ada waktu-waktu saya susah. Kalau pasal sekolah, pagi saya sekolah balik dari sekolah saya kerjalah." Jelas Ara.

"Tak menganggu pelajaran kamu ke?." Tanya Aoran lagi.

"Kalau kata menganggu tu, memang menganggulah. Tapi nak hidupkan kena usaha. Saya nak berdikari, tak nak asyik-asyik harapkan mak je. Walaupun mak saya tak pernah mengeluh." Jawab Ara.

"Oh yeke, anak yang baik. So, pemilik cafe tu. Crush kamulah. Taklah kamu puji dia sangat. Mesti kamu suka diakan." Teka Aoran.

"Boleh dikatakan begitulah, tapi saya sedar diri. Saya ni mana layak untuk dia. Tapi, saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangatlah dekat pakcik. Sebab pakcik banyak bantu saya. Pakcik seperti malaikat yang datang ketika saya dalam kesusahan."

"Takde masalah, boleh saya tahu mana bapa kandung kamu?. Meninggal ke or cerai." Tanya Aoran.

"Entah,saya pun tak tau pasal dia sebab dari kecik lagi mak dan bapa saya cerai. Dari situ dia dah tak ambil perduli tentang kami berdua. Takde khabar, langsung tak lawat kami. Malas dah nak ambil tahu tentang dia. Sebenarnya, saya ada abang, tapi dia ikut bapa kandung saya. Saya pun kadang-kadang terfikir, kenapa mereka abaikan kami?. Mereka tak rindukan kami ke?." Ujar Ara.

"Maaf, tak sepatutnye. Saya tanya benda yang buat kamu sedih."

"Eh, buat apa nak minta maaf. Tapi kadang-kadangkan, saya rasa hidup ni tak adil, and jika bunuh diri tu tak berdosa maka saya rasa mak saya dah lama kehilangan anak perempuan dia ni. Sebab tu penyelesaian yang terbaik saya rasa. Nak mati ingat dosa banyak, nak teruskan hidup banyak masalah. Serba salahkan. Saya harap satu hari nanti ada ke ajaiban yang berlaku kalau tak hari ini mungkin esok." Dengan matanya mula berkaca-kaca. "And pakcik kenapa nak kahwin cepat-cepat?. Kan best kalau enjoy dulu."

"Kan, saya rasa pun macam tu jugak, tapi saya mendapat tantangan dari mama saya. Jika saya tak dapat jumpa calon isteri dalam tempoh 1 bulan maka saya akan di jodohkan dengan anak kawan baik dia tu si Kaila." Jelas Aoran.

"Oh. Tapi pakcik bukan takde rupa, kacak je saya tengok. Kenapa sampai di jodohkan, atau mungkin pakcik ni suka lelaki ke?, I mean gay." Teka Ara.

"Budak ni kan fikiran entah kemana-mana. Saya ni normal lagilah. Masih ada nafsu dengan perempuan. Saya cuma tak nak, ada ikatan apa-apa dengan mana-mana perempuan. Bagi saya rimas."

"Oh ingatkan pakcik ni gay tadi. Hahaha. Tapi mama pakcik terima ke saya ni. Saya ni masih budak sekolah lagi, tak setaraf dengan pakcik lagitu. Mesti dia malukan, dapat menantu macam saya ni." Ujar Ara.

"Dia perlu terima dengan pilihan saya, jika dia membantah itu urusan dia kerana saya telah turuti permintaan dia. And jika, mama saya ada buat benda yang tak elok dekat kamu. Jangan takut bagitahu saya secepatnya. Pandailah saya uruskan dia nanti." Pesan Aoran.

"Belok kiri." Arah Ara.

"Ok, belok kiri."

"Tu rumah saya." Menunjukkan rumah berwarna putih itu.

"Ok." Lalu Aoran menberhentikan keretanya tepat di depan pagar bakal isterinya itu. Melihat rumah sewa Ara yang nampak menakutkan. Juga rumah tersebut sangatlah kecil. "Kamu tinggal dekat sini ke?."

"Ya. Kenapa?."

"Takda apalah. Saya tanya je."

"Terima kasihlah pakcik, susah-susah je hantar saya. Saya masuk dulu, assalamualaikum. Hati-hati my future husband." Lalu Ara keluar dari kereta, namun ada satu tangan yang menarik tangannya sehingga terduduk semula di kerusi penumpang.

"Apa ni pakcik?, kenapa? main tarik-tarik pulak dia ni."

"Nah telefon kamu, saya dah simpan nombor saya dan Kelvin dalam ni. Kalau perlukan bantuan saya cakap je. Jangan nak malu-malu pulak. kalau saya nak jumpa kamu, saya akan call terlebih dahulu. And pastikan angkat, kalau kamu tak angkat saya akan beri kamu hukuman. Faham!"

"Faham. Ingat kan pakcik nak kiss saya tadi. Oklah pakcik saya masuk dulu, bye love you." Sebelum meninggalkan Aoran, Ara sempat menghadiahkan mini love membuatkan Aoran tersenyum sendiri. Dia meletakkan tangannya apa jantungnya yang dari tadi berdegup kencang apabila bersama Ara.

"Takkanlah aku jatuh cinta dekat budak bawah umur tu kot, hahaha tak mungkin. Sedarlah Aoran  yang dia cuma bakal isteri kontrak kau je." Gumannya dalam hati. Lalu berlalu pergi.

.....................

Di cafe Adam, terlihat pengunjung mula memenuhi setiap meja. Namun Adam perasaan bahawa Ara tidak masuk kerja hari ini.

"Mana ara?, bukan sepatutnya dia kerja ke harini?," tanya Adam.

"Oh. Dia cakap harini dia tak datang. Sebab ada masalah katanya." Kata Fakrul kawan sekerja Ara.

"Kenapa dia tak bagitahu saya pun, yang dia nak ambil cuti." Balas Adam.

"Yeke?, saya pun tak tahulah boss. Tu je yang dia cakap, dia ambil cuti sebab dia ada masalah nak di selesaikan. Selain dari tu, saya tak tahu." Jelas Fakrul.

"Dia cakap ada masalah?. Masalah apa?." Tanya Adam.

"Tu saya tak tau, kalau boss nak tau masalah apa yang dia hadapi. Boss boleh call dia sendiri." Cadang Fakrul.

"Baiklah, sambung buat kerja."

"Baiklah boss."

Lalu Adam keluar dari cafenya.

..................

Di office Aoran, Kelvin hanya memerhatikan Aoran yang dari tadi tersenyum sendiri sedangkan sekarang dia sedang memeriksa fail. Selama dia berkerja dengan Aoran, dia belum pernah lagi melihat senyuman bossnya selebar sekarang.

"Apa yang lawak dalam fail tu boss. Ada movie comedy ke dalam tu." Gurau kelvin.

Tersedar dari lamunannya, lalu memasang semula wajah datarnya. "Tak tengok ke, saya tengah buat kerja ni."

"Eleh jangan tipulah boss. Jap, let me see your face, you fall in love right?." Teka Kelvin.

"Mana ada kamu ni pandai-pandai jelah, takde kerja ke?. Pergi buat kerja kamu." Lalu tersenyum sendiri.

"See, boss tersenyum lagi. Apa Ara dah buat dekat boss ni, sampaikan boss happy macam ni?. Tak nak share ke?."

"Nak share apa?, takde apalah yang nak di kongikan."

"Takpe boss tak nak share. Ni, bila boss nak bawa Ara jumpa Datin Aminah?," tanya Kelvin.

"Lusa." Balas Aoran.

"Lusa?, bukan tu makan malam boss bersama keluarga Kaila ke?." Teka Kelvin.

"Betul, alang-alangkan saya nak tunjuk Ara sekali depan Kaila. Saya nak tengok muka kecewa dia macam mana."

"Ok ke?, macam mana nanti kalau mereka bergaduh. Tarik-tarik rambut tak ke nanti buat masalah pulak."

"Ok je, berani dia sentuh Ara. Jangan risaulah, saya akan lindungi Ara. Takda siapa dapat menyakiti dia kecuali saya bakal suami dia." Ujar Aoran.

"Wow sepertinya menarik, sampaikan saya rasa tak sabar pulak. Jangan lupa ambil gambar muka si Kaila tu sekali ye, mesti hodoh muka dia kalau kecewa."

"Sudah tentu, ni saya nak kamu pergi cari kedai pakaian yang paling mahal dan berkualiti. Saya tak nak nanti Ara buat hal, lagipun saya nak dia selesa."

"Wah pentingkan bakal isteri ke tu. Baiklah boss nak pape lagi ke?." Tanya Kelvin.

"And esok saya nak pergi melawat mak Ara, pastikan bawa buah tangan. Tapi kamu rasa mak Ara tu setuju ke, saya ni jadi menantu dia?. Kalau dia tolak macam mana?."

"Takkanlah dia nak tolak orang sesempurna boss. Percayalah saya, dia akan terima boss dengan senang hati." Kata Kelvin untuk menyakinkan bossnya.

"Kamu rasa macam tu ke?. Oklah. Kamu sambung buat kerja. Kalau saya nak pape nanti, saya panggil kamu."

"Baiklah boss, saya keluar dulu." Pinta Kelvin.

"Ok."

Lalu Kelvin pun keluar dari ruangan Aoran. Tinggallah Aoran sendiri. Dia akan membuktikan bahawa dia mampu melalui tantangan mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience