BPJ - BAB 1 - AARYAN AWISH

Romance Series 23910

"Pakai baju you!" Sehelai bathrobe dicampak tepat mengenai wajah Maya.

"Ish, you ni, tengku. Janganlah berkasar sangat..."

"Sorry, baby. Dan ini, bayaran untuk you!" Segulung wang kertas not seratus dicampak ke paha gebu milik Maya yang hanya ditutup dengan comforter. Maya masih tercegat di atas katil bersaiz king di dalam hotel lima bintang di bandaraya Kuala Lumpur.

"Kenapa tak cukup?" Soal lelaki yang sedang menyarungkan kemeja di tubuh kekarnya tatkala Maya mengerutkan dahi sambil memegang gulungan wang keras not seratus.

"Banyak sangat ni. Selalu tengku bagi I tak sebanyak ni..." Ujar Maya, jujur.

"Takpe. I suka servis you hari ni. You berbeza sangat hari ni. I suka layanan you yang sangat berbeza hari ni. Sebab tu I bagi you lebih." Ujar lelaki tadi dengan senyuman terukir di wajah tampannya. Walaupun sudah berumur dalam lingkungan hampir empat puluhan, lelaki itu kelihatan sangat tampan.

"Kenapa? Selalu I tak layan tengku dengan baik ke?"

"Bukan begitu. Tapi, hari ni I suka sangat cara you layan I. Jujur, hari ni, I rasa ada kelainan yang membuatkan I tak nak lepaskan you..." Tambah Tengku Aaryan Awish membuatkan Maya menundukkan wajahnya menahan malu.

"Thank you, baby. Jaga diri you baik-baik. Pastikan bila I mahukan you, you dah bersedia seperti hari ini." Ujar Tengku Aaryan.

"Tengku dah nak balik?"

"Yes. I ada urusan dengan keluarga. Kenapa you tanya? Selalu you tak kisah pun."

"Takde apa. Saja..."

"I harap you kotakan kata-kata you. Maya. Jangan simpan apa-apa perasaan pada I. I tak nak you terus terluka nanti bila mengetahui I tak mampu sayang dan cintakan you seperti yang you mahukan."

"I faham, tengku. No worries. Lagipun, I sedar. I sedar siapa diri I. Dengan diri yang kotor, mana mungkin I dapat diterima mana-mana lelakikan?" Wajah Maya dipaut.

"Please, jangan cakap macam tu. You pun faham keadaan I,kan, Maya? I, I tak boleh. I... Ah!" Wajah Maya yang dipaut, dilepaskan kasar. Terkesima Maya seketika saat matanya bertentangan dengan mata coklat Tengku Aaryan Awish.

"Tengku jangan risau. I dah biasa. Tengku pulanglah. Nanti I akan balik sendiri."

"You pasti?"

"Ya. Lagipun, kereta I ada di tingkat bawah hotel ni."

"You nak I suruh budak-budak temankan you?"

"Tak perlu. Jangan terlalu menjaga I, tengku. Nanti tengku yang susah. I dah dewasa, tengku. Pandailah I jaga diri I sendiri."

"Maya, please..."

"I nak bersiap, nak balik. Tengku balik jangan lupa kunci pintu ya. I nak berendam dalam bathtub." Ujar Maya terus berlalu dalam keadaan tanpa seurat benang di tubuh langsingnya menuju ke kamar mandi. Tengku Aaryan melepaskan keluhan.

Jam di pergelangan tangan berjenama Patek Philippe yang berharga lebih dari sepuluh ribu dipandang sekilas.

"Argh! I benci waktu mencemburui I bersama you, Maya." Tengku Aaryan terus bersiap dan sempat dihidu bauan wangi tubuh Maya dibantal dan tilam yang membuatkan dia sentiasa ketagih dengan layanan Maya.

Hampir setiap minggu, Tengku Aaryan menghabiskan masanya bersama Maya. Bagi Tengku Aaryan Awish, Maya bukan sebarangan wanita. Kehebatan Maya diranjang tak mampu ditolak. Malah, Tengku Aaryan semakin hari semakin jatuh cinta pada Maya. Namun, keadaan tidak mengizinkan dia untuk menyatakan cintanya. Ada perjanjian yang terpatri dan terpaksa dipatuhi Tengku Aaryan atau dia bakal kehilangan segala-galanya.

"Maya, I balik dulu!" Laung Tengku Aaryan dari luar kamar mandi. Sayang, tiada sahutan dari Maya. Keluhan dilepaskan sebelum Tengku Aaryan melangkah pergi.

Maya menghela nafas sebaik sahaja terdengar bunyi pintu yang dihempas sebelum terus berendam di dalam bathtub yang dicampur dengan wangian lavender. Maya perlu merehatkan dirinya sebelum pulang memandangkan masih ada masa untuk Maya berehat di dalam hotel mewah itu.

*********************

"Hai, monyok je muka. Kenapa?"

"Hurm. Cuaca panas sekarang ni. Pening kepala aku..."

"Pening kepala sebab cuaca ke sebab Tengku Aaryan?" Keluhan dilepaskan.

"Ala, kau ni pun. Macam tak biasa je dengan Tengku Aaryan tu."

"Aku okeylah."

"Kau relakslah, Maya. Biasalah kerja macam kita ni. Kau faham-faham jelah. Tak mudah nak kawal perasaan dengan kerja kita ni. Aku dah banyak kali ingatkan kau, jangan sesekali ada perasaan pada sesiapa pun."

"Aku faham. Kau jangan risau. Aku okey je. Lagipun, benda ni aku dah lali sangat. Bukan sekali dua."

"Maya, aku tanya sikit. Boleh tak?"

"Lain macam je kau ni, Mona..."

"Boleh tak?"

"Tanyalah..."

"Betul ke kau takde apa-apa perasaan kat Ku Yan?" Maya melepaskan keluhan. Punggung dihenyakkan ke sofa.

"Sebelum ni, ya. Aku akui, aku pernah sayangkan dia. Aku pernah simpan perasaan kat dia. Bohonglah takde wanita yang sukakan lelaki seperti Ku Yan. Hemsem, kacak, bergaya, berkerjaya. Malah, Ku Yan lelaki yang cukup baik. Tak pernah berkasar dengan aku. Tapi, bila dia sering aku agar tidak menyimpan perasaan pada dia, aku akhirnya akur, Mona."

"Kau kuat, Maya..." Kekura tangan Maya disentuh dan diusap perlahan.

"Alah, aku tak kisahlah. Mungkin dah nasib orang macam kita takkan merasa perasaan seperti orang lainkan?"

"Tapi, takkan takde langsung peluang untuk kita dicintai dan mencintai?"

"Mona, dengar sini. Aku dah banyak kali fikirkan benda yang sama dan bukan sekali dua, Mona. Aku cuba optimis yang aku akan temui cinta hati aku suatu hari nanti. Cumanya, aku tak nak letakkan seribu harapan. Aku takut terluka, Mona."

"Aku faham, Maya."

"Sebab tu, aku selalu ingatkan diri aku, agar tidak sesekali jatuh cinta pada sesiapa pun. Aku tak nak kecewa. Aku tak nak kita dipersalahkan kemudian hari. Yelah, kau faham jelah. Kerja macam kita ni, semua orang akan pandang hina." Mona menundukkan kepalanya.

"Kau okey ke, Mona?" Mona tidak menjawab.

"Mona..." Bahu Mona disentuh.

"Kau jangan cakap yang kau dah jatuh cinta pada orang tua tu?" Mona gelengkan kepala.

"Habis tu, kau sukakan siapa?" Mona tidak menyahut.

"Mona..."

"Aku... Aku..."

"Kau nak cakap yang kau dah jatuh cinta pada Tengku Razman?" Terdongak Mona tatkala nama Tengku Razman disebut.

"Betulkan? Kau dah jatuh cinta pada Ku Raz?" Mona menelan air liurnya berkali-kali.

"Mona? Cakap dengan aku. Betulkan kau sukakan Ku Raz?"

"Aku minta maaf, Maya. Aku tak sangka aku akan jatuh cinta pada Ku Raz. Aku dah cuba pertahankan diri aku. Tapi, aku tak mampu nak tahan diri aku, Maya." Maya melepaskan keluhan. Rambut panjangnya ditebak ke belakang.

"Aku nak tahu, Ku Raz macamana?"

"Maksud kau?"

"Dia suka dan cintakan kau atau kau sekadar bertepuk sebelah tangan?"

"Dia akui yang dia cintakan aku, Maya."

"Hah! Aku tak percaya yang Ku Raz akan cakap macam tu, Mon, aku kenal Ku Raz, Mona. Aku kenal sangat dia. Tak mungkin Ku Raz benar-benar cintakan kau."

"Kau cemburukan, Maya? Kau cemburu sebab aku dapat cinta Ku Raz?"

"Ya Allah, Mona. Aku tak pernah cemburukan sesiapa, Mona. Takde faedah untuk aku cemburukan kau. Kau bahagia, aku tumpang bahagia untuk kau. Tapi, aku rayu kau, Mona. Tolong percayakan aku. Aku kenal Razman lebih awal dari kau." Maya cuba memujuk Mona.

"Aku kenal Razman. Dia hanya nak permainkan kau sahaja, Mona. Aku tak fikir dia akan sayangkan kau."

"Sudahlah, Maya! Kau memang cemburukan aku. Kau takkan senang hati tengok aku ada kekasih dari kalangan orang kayakan?"

"Ya Allah, Mona. Jangan cakap macam ni. Aku tak kisah dengan siapa pun kau nak berkawan, Mona. Tapi, percayakan aku. Aku dah kenal Razman sebelum kau kenal dia. Razman hanya nak mainkan kau sahaja, Mona. Dia tak pernah tulus dan ikhlas, Mona. Tak pernah."

"Aku tak percaya! Razman cakap dia sukakan aku, dia cintakan aku. Takkan dia nak permainkan aku? Aku tahu, kau cemburukan, Maya? Kau takut aku akan lebih dihargai dari kaukan?"

"Fine! Terpulang pada kau, Mona! Aku tak tahu apa yang Razman dah rosakkan fikiran kau. Tapi, aku berani kerat jari aku yang Ramzan sekadar nak permainkan kau aje. Terpulang pada kau nak percaya atau tidak! Aku dah ingatkan kau dan jangan salahkan aku kalau kau kecewa nanti!" Maya berlalu masuk ke bilik, meninggalkan Mona sendirian di ruang tamu rumah setingkat itu.

Maya dan Mona merupakan rakan serumah yang sudah hampir tujuh tahun mengenali antara satu sama lain. Sebaik sahaja Maya tiba di Kuala Lumpur, Mona orang pertama yang dia kenal ketika sedang berusaha mencari tempat berteduh lantaran baru sahaja tiba dari kampung demi mencari kehidupan yang lebih baik di bandaraya metropolitan.

Flashback #

"Err, cik... maaf, saya tanya. Kenapa menangis?" Tegur seorang gadis dalam lingkungan umur yang lebih kurang sama dengan Maya di stesen bas.

"Jangan takut. Saya Mona. Siapa nama awak?"

"Sa...saya Maya. Sa...ya tak tahu nak kemana..."

"Jangan menangis. Saya bukan orang jahat. Saya, Mona." Mona menghulurkan tangan tanda perkenalan sebelum disambut Maya.

"Maya nak ke mana?"

"Saya...saya tak tahu."

"Hurm... Ada kawan atau saudara-mara kat sini? Kalau ada, saya boleh hantarkan..." Maya gelengkan kepala bersama rembesan air mata. Mona kasihan melihat Maya yang kelihatan tidak terurus dengan baju kurung yang kelihatan agak lusuh.

"Macam ni, Maya ikut saya balik, ya. Saya tengah tunggu teksi." Maya tidak memberi sebarang respon.

"Jangan takut, Maya. Saya bukan orang jahat. Niat saya baik. Saya sekadar nak tolong Maya. Bahaya Maya sendirian kat sini. Ini bukan kampung, Maya. Ini bandaraya." Ujar Mona. Mona dapat rasakan yang Maya datang dari kampung atau lebih tepat melarikan diri dari kampung.

"Saya...saya takde duit..."

"Takpe. Itu semua Maya jangan risau. Err, Maya dah makan?" Maya gelengkan kepala.

"Dah berapa lama Maya duduk kat sini?"

"Da...dari petang tadi..."

"Ya Allah. Petang tadi? Sekarang dah pukul sebelas malam..." Mona melihat jam tangan di pergelangan tangannya.

"Maksudnya, dari kampung tadi, Maya hanya tunggu kat sini?" Maya angguk lagi. Air mata dikesat dengan belakang tangan.

"Sudahlah. Jangan menangis. Jom, ikut saya. Kita balik ke rumah saya."

"Saya...saya tak nak susahkan sesiapa..." Ujar Maya jujur. Mona melorek senyuman.

"Maya, ini bukan kampung tau. Bahaya kalau Maya tunggu kat sini. Saya berniat baik, Maya. Saya pun berasal dari kampung." Maya menekur ke lantai.

"Jom. Ikut saya balik, ya?" Lambat Maya anggukkan kepala.

"Masuklah. Ini rumah sewa saya..."

"Awak seorang je?"

"Sebelum ni bertiga. Tapi, dua kawan saya dah berkahwin dan berpindah. Jadi, tinggallah saya seorang diri."

"Err, saya takde cukup duit nak bayar sewa..." Mona melorek senyuman.

"Yang tu, kita bincang kemudian, ya? Sekarang ni, Maya pergi mandi kat bilik hujung sana. Bilik tu kosong. Maya boleh duduk kat bilik tu."

"Kak Mona?"

"Eh, tak payahlah berkakak dengan saya. Saya rasa umur kita lebih kurang sama je. Panggil saya Mona je, okey?"

"Emm, okey. Terima kasih, Mona."

"Sama-sama. Pergi mandi. Sementara saya siapkan makan malam, ya?"

"Terima kasih, Mona..."

"Ya, sama-sama. Pergilah mandi. Nanti kita makan bersama." Maya angguk kepala sebelum masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan Mona.

"Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah. Kau ketemukan aku dengan orang baik." Ucap Maya dalam doanya.

Flashback end #

Assalammualaikum kesayangan. Jemput guys. Karya terbaru sis...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience