BPJ - BAB 2 - KUE TIAW GORENG

Romance Series 23910

"Maya..."

"Hurm..."

"Jemput makan. Aku dah siapkan sarapan."

"Terima kasih..." Ucap Maya sebelum meneruskan kerja mencuci pakaian.

"Maya..." Maya tidak menyahut. Mona tahu Maya terasa hati dengan kata-katanya malam tadi.

"Maya..." Maya hanya menoleh ke arah Mona.

"Aku minta maaf." Ujar Mona, perlahan. Mona tahu Maya masih berkecil hati dengan dirinya.

"Maya, aku betul-betul minta maaf, Maya..."

"It's okay. Aku dah biasa dengan semua tu. Kau makan dulu. Nanti aku makan. Aku dah breakfast tadi dengan nestum. Nanti, kalau aku lapar, aku makan, ya... Anyway, thanks for the breakfast." Ujar Maya dengan senyuman yang terukir di wajah.

"Aku minta maaf, Maya. Aku tahu kau terasa hati. Aku terlalu ikutkan perasaan aku tanpa memikirkan perasaan kau, Maya. Maafkan aku..." Ujar Mona, kesal.

"Ala, sudahlah tu. Aku tak kisahlah, Mona. Aku dah masak dengan benda ni. Dah banyak kali kita bertengkar pasal benda yang sama, aku dah lali. Aku tahu, in the end, kau akan minta maaf. Betulkan?"

"Kau dah maafkan aku?" Soal Mona teruja.

"Kau rasa?"

"Maya..." Lengan Maya dipegang erat.

"Aku okeylah."

"Kau tak maafkan aku..." Rintih Mona. Maya kulum senyum.

"Ish, mengada je kau ni. Aku dah maafkan. Dah lama aku maafkan kau."

"Aku tahu, kau tak maafkan apa yang aku dah cakap."

"Dahlah. Pergilah makan."

"Makan dengan aku, please..." Rayu Mona. Maya melepaskan keluhan. Maya memang kalah dengan pujukan Mona.

"Maya, please..." Rayu Mona.

"Yelah..."

"Yes! Sayang kau, Maya..." Maya menjongketkan keningnya.

"Aku masak spesial untuk kau. Ta...da..."

"Wow! Kue tiaw goreng basah dengan kerang?"

"Yap! Aku tahu favourite kau kan?"

"Thank you, Mona. Sayang kau!" Pipi Mona dicium.

"Ish, kau ni. Habis pipi aku..." Ujar Mona sambil mengesat pipinya dengan tisu.

"Ala, bukannya ada make-up pun..."

"Dah, makan cepat. Nanti dah sejuk, tak sedap..."

"Hurmm. Sedapnya. Thanks, Mona. Pandai kau pujuk akukan?"

"Hihihi..."

*********************

"Sayang, I nak jumpa you malam ni..."

"You ni, takkanlah memalam begini. Dah lewat sangat."

"Ala, please... I dah rindu nak jumpa you." Meleret suara jejaka itu.

"You bukan nak I pun. You nak I layan youkan?"

"Please... I baru sampai kondo. Esok petang I nak ke Brunei pulak. Please... I miss you, baby..." Maya menjulingkan mata ke atas.

"Give me half an hour..."

"That's why I love you. See you later."

"Okay..." Talian dimatikan.

"Love konon. Macamlah aku tak tahu kau nak aku layan kau je..." Omel Maya. Maya melepaskan keluhan sebelum bertindak mengirim mesej pada Mona mengatakan yang dia akan ke Bukit Damansara bertemu dengan Megat Qhalif Qhadib.

Jam menunjukkan pukul sebelas setengah malam. Sebetulnya, Maya sudah berbaringan di atas katil bersaiz king di dalam bilik sebelum dihubungi Megat Qhalif Qhadib yang mahu bertemu dengan Maya di kondo mewahnya di Bukit Damansara.

Walaupun pemanduan ke Bukit Damansara tidak mengambil masa yang lama, Maya perlu bersiap sedia lantaran Qhalif sukakan wanita yang sentiasa kelihatan cantik.

"Hai baby." Tubuh langsing Maya disauk Megat Qhalif sebaik sahaja Maya melangkah masuk ke dalam kondo mewah itu. Maya yang kelihatan anggun dan seksi dengan gaun pendek yang menayangkan paha gebunya, cukup menarik perhatian Megat Qhalif yang bagaikan harimau mahu menerkam mangsanya.

"Hai, sayang..."

"Wow! You look so hot and yummy..." Ujar Megat Qhalif sambil membenamkan wajahnya di leher jenjang Maya.

"You, sabarlah sikit. I baru sampai kot." Maya cuba menolak tubuh kekar Megat Qhalif.

"I can't. I rindukan you, Maya. I tak tahu apa yang you bagi kat I sampai I tak boleh lupakan you..." Maya tersenyum dengan gelagat Megat Qhalif yang sememangnya gelojoh orangnya.

"You memang tak boleh sabarkan?"

"You pun tahukan I macamana. I tak boleh nak tunggu, Maya. I need you. Please, baby. I need you..."

"Fine.. But, please, jangan berkasar dengan I. I tak suka..."

"I promise..." Maya kulum senyum sebelum melangkah menuju ke dalam bilik kondo mewah yang bermandikan lampu yang samar-samar.

"Baby..."

"I'm ready, sayang..." Hampir meleleh air liur Megat Qhalif melihat keindahan di hadapannya. Maya dapat rasakan, malam ini bakal menjadi malam yang panjang buat dia dan Megat Qhalif.

"Thanks, baby. I love you..." Sisi kepala Maya dikucup lama. Jam ditelefon bimbitnya menunjukkan pukul sembilan setengah pagi. Maya terjaga saat terasa tilam disebelahnya kosong. Tiada kelibat Megat Qhalif.

"Bila you balik?" Soal Maya saat melihat Megat Qhalif bersiap-siap. Maya yang ketika itu masih berada di atas katil, sekadar menutup tubuh bogelnya dengan comforter.

"I tak janji. But, don't worry. I akan call you sebaik sahaja I sampai ke sini, okey?" Wajah Maya dielus.

"Okey..."

"I pergi dulu. Buat kondo ni macam biasa, asalkan you tak bawa jantan lain dalam kondo I..."

"I tak pernah buat macam tu. You tahukan?"

"I ingatkan je..." Ujar Megat Qhalif sebelum Megat Qhalif meninggalkan Maya di dalam kondo miliknya.

"Okay, baby. I need to go now. I love you. take care, okay? As usual, habuan you kat atas meja tu..."

"Thanks. Safe journey, dear..."

"I will, sayang..." Bibir Maya dikucup sekilas sebelum Megat Qhalif melangkah keluar dari kondo.

"Wow! Rezeki aku minggu ni. Hari tu Ku Yan. Hari ni Megat Qhalif. Masyuk..." Ujar Maya sambil memegang wang kertas not seratus yang agak tebal di dalam sampul surat yang diletakkan Megat Qhalif di atas meja solek.

"Hurm... Awal lagi. Aku nak sambung tidur..." Omel Maya sebelum melelapkan mata di atas tilam empuk milik Megat Qhalif.

*********************

"Eh, dah balik? Ingatkan kau spend time dua, tiga hari dengan megat..."

"Taklah. Megat kena bergerak ke Brunei pulak petang tadi. Tu yang aku balik. Tapi, sempatlah aku berehat sekejap kat kondo dia. Kau ke mana semalam?"

"Aku dengan Ku Razman..."

"Okey. Tapi, hati-hati, ya... Aku tak nak kau leka. Just berhati-hati."

"Okey, Maya. Aku faham maksud kau... Thanks, tau..."

"No sweat..."

"Err, kau dah makan?"

"Belum. Kau?"

"Belum. Jom kita makan kat tempat kiosk penjaja kat hujung jalan sana?"

"Boleh gak. Aku dah lama tak makan kat sana."

"Tapi, pergi tukar baju dulu. Takkan kau nak makan kat sana dengan pakaian kau macam ni?"

"Hihihi. Aku tahulah. Sekejap, tau Mona..."

"Ya, aku tunggu. Cepat sikit..."

"Okey, okey. Lima minit..." Berlari Maya masuk ke bilik. Make-up dicuci dan pakaian ditukar ke seluar jeans dan t-shirt longgar.

"Dah, jom..."

"Kau nak makan apa?"

"Aku teringin nak makan mi hailam. Kau?"

"Aku ingat malam ni aku nak makan kue tiaw ladna..."

"Kau nak minum apa?"

"Aku nak limau ais. Kau?"

"Aku pun samalah..."

"Okey, kau tunggu sekejap. Aku order kat adik tu..."

"Adik!" Laung Maya.

"Ya, kak? Eh, Kak Maya, Kak Mona..."

"Lah... Alim. Akak ingatkan siapa tadi..."

"Hihihi... Alim tak perasan, ingat awek manalah tadi. Rupanya, Kak Maya ngan Kak Mona..." Maya dan Mona melorek senyuman.

"Mak sihat? Alim sihat?"

"Alhamdulillah. Sihat kak. Mak ada kat belakang tu, tengah potong sayur."

"Mak potong sayur?" Alim anggukkan kepala. Maya dan Mona bertukar pandangan.

"Habis tu, siapa yang masak?"

"Abang saya."

"Abang? Alim ada abang?"

"Ada. Seorang. Dulu dia duduk kat utara. Dah jadi duda ni, dia balik duduk dengan kami. Sekurang-kurangnya, adalah yang temankan kami kat sini."

"Maaf, akak tanya. Abang Alim, duda?"

"Ya, kak. Abang saya, Arman baru lepas kehilangan isteri masa melahirkan anak pertama mereka.. Ajal mereka dah sampai. Kedua-duanya meninggal dunia sebab arwah akak ipar saya, ada penyakit barah rahim."

"Allahuakhbar. Salam takziah, Alim."

"Terima kasih, kak. Err, akak nak makan apa?"

"Alim buatkan kami mi hailam, satu. Kue tiaw ladna satu. Lepas tu, dua limau ais."

"Okey, kak. Tunggu ya, kak. Alim sediakan."

"Okey, Alim. Terima kasih."

"Sama-sama..."

"Kesian pulak aku dengar..."

"Nasib dan ujian kita berbeza-beza, Mona..."

"Hai..." Suara sumbang seseorang menyapa gegendang telinga mereka. Mona menjeling tajam melihat mamat kacang hantu yang sering mengganggu mereka berdua.

"Mona, Maya. Janganlah sombong sangat."

"Kau ni, memang kacang hantukan? Satu hari kau tak ganggu kami, memang tak sahkan?"

"Ala, Mona. Janganlah macam tu. Dah korang berdua cantik sangat. Macamanalah aku tak ganggu. Lagipun, aku tak nak berputih mata kalau orang lain dapat sambar korang berdua."

"Eh, kau ni, Lan. Kau ingat kalau takde orang lain pun tak nakkan kami, kami nak pilih kau ke?"

"Mona, kasar ayat tu. Kau tahukan aku sukakan kau dengan Maya..."

"Tapi, kami tak suka kau."

"Aduh! Bisanya, Mona. Kau kecewakan aku..."

"Dahlah, Lan. Jangan ganggu kami nak makan."

"Ala, relakslah Mona. Kau tengok Maya tu. Diam je. Kau je yang suka bebel, marahkan aku..."

"Aku malas nak layan orang tak siuman macam kau. Sebelum aku mengamuk, ada baiknya kau berambus dari sini!" Ugut Maya secara tiba-tiba.

"Wow! Maya mengamuk. Kau marah macam ni pun dah cantik Maya. Aduh... Macamanalah hati aku tak tertawan..." Ujar Lan sambil disokong kekawannya yang berdiri di belakang.

"Kau nak kena tampar baru nak blah?"

"Mona, janganlah garang sangat."

"Aku kira sampai tiga. Kau tak blah sebelum habis kiraan tiga, aku akan pastikan kau malu."

"Okey, okey, okey. Kami blah. Tapi, aku takkan berhenti dari ganggu korang berdua sampai korang setuju jadi hak aku."

"Gila! Blah!" Laung Mona. Mencicit Lan dan kawan-kawannya sambil mentertawakannya Mona dan Maya.

"Biarlah dorang tu, kak. Bukannya faham bahasa. Suka sangat mengganggu orang." Ujar Alim sambil membawa makanan dan minuman yang dipesan Maya dan Mona.

"Jemput makan, kak."

"Terima kasih, Alim..."

"Sama-sama, kak. Alim ke belakang dulu, ya?"

"Yelah..."

"Dah, makan cepat. Nanti sejuk, tak sedap."

"Ya, Cik Mona..." Usik Maya dengan tawa kecil.

"Alim!"

"Ya, kak..."

"Kira berapa ni?"

"Dua puluh ringgit, kak..."

"Nah..."

"Sekejap, Alim ambil bakinya."

"Tak payah. Alim bagi kat mak. Alim ambil sepuluh untuk Alim. Selebihnya untuk mak, ya?"

"Betul ke kak?"

"Betul. Alim ambillah. Akak sedekah untuk Alim."

"Alhamdulillah. Terima kasih banyak, Kak Maya. Moga bertambah rezeki Kak Maya dan Kak Mona."

"Aamiin..."

"Kami pulang dulu, ya? Kirim salam kat mak."

"Baik, kak. In shaa Allah. Terima kasih, kak singgah kedai kami."

"Sama-sama. Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Maya dan Mona berlalu meninggalkan kedai makan milik keluarga Alim. Dari kejauhan, sepasang mata memerhatikan Mona dan Maya.

Chapter 2, free reding...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience