KEM 4

Drama Series 239912

DAGU ditongkat dengan muka malas ditayang pada Kayra. Jari jemarinya mengetuk-ngetuk meja seakan tanda protes terhadap si adik. Kayra yang sedang menikmati sarapan pagi itu merasa sedikit terganggu. Terus dia menatap tajam pada wajah Malique dengan bibir yang mencebik geram.

“Tangan you tu boleh diam tak? I nak makan pun tak senang!” bentak Kayra sudah tidak tertahan lagi.

Malique sekadar melorek senyum segaris. Makin kuat ketukan didasar meja. Sengaja dia mencabar kesabaran Kayra.

“Malique I rimaslah!” nadanya ditekan dalam.

Terus Malique ketawa girang tatkala melihat wajah merah padam adiknya itu. “Cepatlah makan. Terhegeh-hegeh,” selar Malique dengan riak selamba. Ketukan telah dihentikan. Dia duduk menyandar ke dada kerusi sambil kepalanya menoleh ke kiri kanan kafe mewah itu.

Kayra gadis yang tidak biasa makan ditempat terbuka atau di kedai mamak. Jadi, situ lah kafe yang menjadi pilihan gadis itu jika dia mahu bersarapan pagi. Roti bakar, baked bean, sausage dan omellete menjadi pilihan menunya pagi itu. Air minuman pula sudah pasti fresh orange yang sesuai dengan tekaknya.

Kayra.. Kayra…

“You bila nak confess pada budak perempuan tu?” secara tiba-tiba Kayra membuka topik itu sebagai perbualan mereka.

Malique merengus geram. “You kalau tak sibuk, tak boleh ke? Suka sangat jadi busy body!” gumam Malique dengan muka selamba. Beberapa kali dia menyebak rambut yang terjuntai ke dahinya ke belakang.

Kayra ketawa sinis. Sudu yang terisi dengan omellete itu disua ke mulutnya dan dikunyah perlahan. Senyuman turut menghiasi bibirnya. Senyuman mengejek Malique.

“Apa senyum-senyum?” soal Malique merasa tersindir dengan senyuman adiknya itu. Bukan dia tidak tahu perangai Kayra. Suka benar mengejeknya tentang jodoh. Mentanglah sudah mahu berkahwin tak lama lagi.

“You ni nama je boss. Dengan staff sendiri pun takut nak confess. Kalau dia tolak, you berhentikan lah dia dari syarikat you,” Kayra berkata dengan selamba.

Malique kerut kening dengan mata yang mengecil memandang pada gadis itu. “Senang you cakap. You ingat I ni kejam sangat nak buang staff sesuka hati? Diorang semua ada tanggungjawab yang diorang pikul. Bukan macam you, menghabiskan duit mama dengan papa je. Nak kahwin pun mama papa yang keluar duit,” sindiran pedas itu membuatkan mata Kayra terbuntang besar. Sakit hati benar dia mendengar ucapan daripada mulut Malique. Mahu sahaja mulut itu ditampar. Mujur lelaki itu abangnya. Jika tidak, sudah lama mulut itu menjadi mangsa deranya.

“Kalau I tak habiskan duit diorang, siapa lagi nak habiskan? Ke you nak papa tu tambah cawangan? Nak keluarga kita huru hara? Lebih baik I kikis duit papa daripada perempuan lain yang kikis!” selar Kayra masih mahu mempertahankan dirinya.

Malique mendengus perlahan. Perempuan mana pernah nak kalah! Detik hati kecilnya. Akhirnya dia diam seribu bahasa. Malas mahu membahas perkara itu lagi. Buang masa!

“Cepat makan. I banyak kerja nak kena settle kan hari ni,” tegas Malique sambil matanya melirik pada jam yang dipakai.

Kayra mencebik geram. Namun, masih sahaja dia melambat-lambatkan suapan sengaja mahu menyakiti hati Malique.

“You kalau makan terhegeh-hegeh macam ni, I tinggalkan you sorang-sorang dekat sini!” ugut Malique tatkala melihat Kayra yang sengaja mencabarnya.

Kayra mengoleng mata ke atas tanda protes. Tetapi, pantas dia menyuap makanannya ke mulut. Takut juga dengan ugutan Malique.

Saat melihat Kayra sudah makan dengan cepat, Malique mengukir senyum puas. Dia melipat kedua belah tangannya ke dada sambil memerhatikan tingkah Kayra dengan renungan tajam.

TEKUN Ayumi menyelesaikan dokumen yang diberikan oleh Malique sebentar tadi. Dia perasan warna pen yang digunakan oleh Malique berwarna merah jambu. Kadangkala dia pelik. Mana lelaki itu beli pen yang berwarna warni sebegitu? Setiap hari, dokumen yang diminta untuk dibetulkan pasti bertukar-tukar warna dakwatnya.

Ayumi tersenyum sendiri. Malique memang garang dan tegas. Kadangkala ketegasannya membuatkan dia kelihatan kurang mesra dengan pekerja-pekerjanya. Tetapi, dalam diam, Malique begitu mengambil berat akan kebajikan setiap pekerjanya.

Sehinggalah suatu hari sewaktu salah seorang pekerjanya menghadapi musibah dek kerana rumah terbakar, Malique lah yang telah menghulurkan duit dan menguruskan semua urusan pekerjanya itu.

Ada perkara yang buat Ayumi kagum dengan Malique, tetapi ada juga perkara yang membuatkan Ayumi merasa jengkel dengan lelaki itu. Kadangkala mood Malique juga tak menentu. Pernah sahaja Ayumi dijerkah tanpa sebab dan salah satu yang paling susah untuk lelaki itu ucapkan adalah kata maaf. Walaupun jelas dia yang bersalah.

Namun begitu, Ayumi malas nak ambil hati dengan sikap Malique kerana dia sedar, dia hanya pekerja dan Malique adalah majikannya. Jadi, pasti sahaja lelaki itu ada egonya sendiri. Mahu atau tidak, Ayumi akan memujuk hatinya sendiri jika dimarahi oleh Malique.

Cuma sejak akhir-akhir ini, sikap Malique sedikit berubah. Lelaki itu seakan sedang menarik perhatiannya. Atau mungkin Ayumi sahaja yang perasan sendiri. Entahlah. Ayumi cuba membuang jauh-jauh perasaan yang terbit sewaktu lelaki itu merenungnya tadi. Tetapi, kejadian tadi, sedikit sebanyak membuatkan hati Ayumi tidak keruan.

Ayumi menghela nafas perlahan. Dia membetulkan baju kurung berwarna merah jambu yang dipakainya sambil tumpuannya dikembalikan kepada skrin komputer. Setiap apa yang dibetulkan oleh Malique diteliti dua tiga kali agar tiada kesalahan yang dibuat. Jika tidak, mahu menanah telinganya mendengar bebelan Malique nanti.

“Kau dah breakfast belum?” soal Bella yang baru sahaja masuk ke pejabat. Ayumi menoleh sekilas pada gadis itu. Dia sekadar menggeleng sebagai jawapan.

“Nah,” plastik kecil berwarna merah diletakkan di sebelah Ayumi.

“Apa ni?” soal Ayumi dengan kerutan di dahinya.

“Kuih. Aku beli lebih untuk kau,” ujar Bella.

Ayumi tersenyum lebar. Bella selalu sahaja membelikan sesuatu untuknya. “Terima kasih,” ucap Ayumi sambil menjengah ke dalam plastik merah itu.

Kuih lapis, karipap dan donut. Ayumi masih tersenyum sambil dia bangun dari kerusi untuk ke pantri membersihkan tangannya sebelum makan.

Masuk sahaja ke dalam pantri, Ayumi mencapai mug kosong dan dia menyelongkar kabinet sambil mencari peket 3 in 1 yang masih ada di dalam stok pantri. Sambil bibirnya berlagu kecil dia memilih sepeket minuman segera. Dikoyak peket kecil itu lalu serbuknya dituang ke dalam mug yang diambil tadi. Setelah itu, Ayumi bergerak ke penapis air dan butang air panas ditekan. Sambil menunggu sambil bibirnya menyanyikan lagu Wali Band - Gajah Di balik Batu.

Ada gajah dibaliknya batu,
Batunya hilang gajahnya datang,
Aku tahu maksud dirimu,
Diam-diam suka padaku.

Tubuh Ayumi turut bergerak ke kiri kanan seakan menari. Kemudian, dia membuka laci dan mencapai pula sudu dan dilalukan sedikit dengan air di sinki. Setelah itu, sudu disumbat ke dalam mug dan dia mengacau air tersebut sambil mulutnya terus menyanyi sendiri.

Ada gajah di balik batu
Batunya hilang gajahnya datang
Jangan diam-diam begitu
Ketiban gajah kamu baru tahu

“Ehemm…” deheman garau itu menghentikan nyanyian Ayumi. Terus Ayumi menoleh pada si pemilik suara. Terasa darah naik ke muka. Berbahang dan panas. Malu!

Malique sudah pun berdiri tegak dibelakang Ayumi sambil tersenyum segaris. “Seronok nampaknya,” tegur Malique dengan muka selamba. Selangkah dia mendekati Ayumi sehingga membuatkan gadis itu berundur ke belakang dan dia seakan dikepung oleh lelaki itu. Ayumi keras membeku di situ.

Lirikan menggoda daripada mata Malique membuatkan jantung Ayumi seakan mahu meloncat keluar dari tubuhnya.

Perlahan-lahan Malique mencapai mug yang ada di belakang Ayumi sambil membisik ke telinga gadis itu. “Buatkan I air. Lepas tu hantar dekat bilik I. Thank you in advance,” ucap Malique. Lalu dia pergi meninggalkan Ayumi yang masih keras di situ.

Malique tersenyum lebar tatkala melihat Ayumi yang membeku sebegitu. Tercuit hatinya saat ini. Pasti Ayumi tidak keruan dengan tingkahnya sebentar tadi. Memang dia sengaja mengusik Ayumi. Semakin hari semakin Malique rasa tidak dapat mengawal perasaannya setiap kali melihat kelibat Ayumi. Resah. Dia resah setiap kali wajah polos Ayumi merenungnya. Walaupun dia tahu Ayumi telah bertunang, namun, hatinya tetap tidak mahu berganjak dari gadis itu. Malah semakin hari semakin membara perasaan sukanya terhadap Ayumi.

Malique terus mengatur langkah masuk ke biliknya. Dia menanti Ayumi menghantar minuman yang dipesan tadi.

Sementara itu, Ayumi yang masih kaku mula menarik nafas dalam-dalam setelah melihat lelaki itu pergi dari situ. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, Malique seakan cuba menarik perhatiannya. Tetapi, cepat-cepat Ayumi menepis perasaan itu agar tidak pergi terlalu jauh. Mungkin perasaannya sahaja.

Dan dia pelik sebab Malique tak pernah menyuruh pekerja di pejabatnya membancuhkan air untuknya sebelum ini. Selalunya lelaki itu akan membancuh sendiri atau dibawa terus dari rumah.

Walaupun pelbagai persoalan yang bermain difikirannya, Ayumi tetap membuat minuman untuk Malique. Setelah siap, dia membawa air tersebut dengan berhati-hati menuju ke bilik lelaki itu. Dengan detak jantung yang masih belum hilang debarnya, Ayumi mengetuk pintu bilik Malique dengan berhati-hati dan menanti lelaki itu memberi kebenaran untuk dia masuk ke dalam.

“Masuk!” suara garau itu kedengaran kuat di balik pintu. Ayumi kecut perut. Air liur ditelan terasa berpasir.

Aduh, rasa nak terberak pula! Gerutu Ayumi di dalam hati.

Perlahan dia memulas tombol dan daun pintu ditolak. Sebelum melangkah, sekali lagi dia menarik nafas dalam-dalam agar dia bisa bertenang. Kemudian, Ayumi melangkah masuk ke ruangan pejabat lelaki itu.

Mata mereka bertembung seketika. Malique seperti tadi, merenung Ayumi tanpa sebab. Ayumi merasa semakin tidak selesa. Cepat-cepat dia menghampiri meja Malique dan meletakkan minuman ke atas meja kerja lelaki itu.

“Kalau takda apa-apa, saya keluar dulu,” Ayumi meminta diri dengan sopan. Wajah Malique tidak dipandang.

Saat Ayumi memusing tubuhnya untuk berjalan keluar, Malique menahan gadis itu, “Kejap. I nak tanya,”

Langkah kaki Ayumi terhenti. Bibirnya diketap perlahan.

Apa lagi dia nak ni? Hati Ayumi mula tidak keruan. Dengan perasaan berdebar dia memusing tubuhnya kembali mengadap Malique. Sekali lagi mata mereka bertaut. Pandangan lelaki itu membuatkan Ayumi menelan air liurnya beberapa kali.

“Encik Malique... nak... nak tanya… tanya apa?” soal Ayumi tergagap-gagap. Jari jemarinya sudah menguis antara satu sama lain. Resah. Sungguh dia resah apabila Malique memandangnya sebegitu.

Malique tersenyum manis. “Lagu apa you nyanyi tadi? I dengar you sebut gajah,” soal Malique.

Ayumi terkedu seketika. Mulutnya terbuka sedikit. Seakan mahu meledak tawanya dengan soalan yang keluar daripada mulut Malique. Ayumi kemam bibirnya menahan senyum.

Malique tahu Ayumi mahu ketawakan dirinya. Terus Malique buat muka serius. Saat melihat reaksi wajah Malique sebegitu, Ayumi tak jadi senyum. “Aaaa… lagu Wali Band. Tajuk dia Gajah di balik batu. Encik Malique carilah dekat youtube. Mesti jumpa,” jelas Ayumi cuba buat muka serius.

Malique mengangguk perlahan selepas mendengar jawapan Ayumi. “Okeylah. Thanks for this drink and for the song info. Nanti I cari. You can go now,” Malique terus menyambung semula kerjanya. Reaksi mukanya masih sahaja di seriuskan.

Tanpa menunggu, Ayumi terus keluar dari bilik itu dengan tergesa-gesa. Dadanya sudah terlalu sesak berlama-lama di ruangan itu bersama Malique.

Entah kenapa dengan Malique sejak akhir-akhir ini. Ayumi sendiri buntu dan tidak faham dengan sikap Malique yang tiba-tiba sebegitu.

Beberapa detik Ayumi berdiri bingung di depan pintu bilik Malique. Kemudian, dia terus mengatur langkah ke mejanya semula sehingga dia terlupa untuk mengambil minuman sendiri di pantri.

Semua gara-gara Malique!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience