Get the app for full experience
ARIANA mengambil phone di atas meja. Tangannya ligat mendail talian seseorang. Seketika dia tersenyum perlahan. Hari ini banglo peninggalan arwah orang tuanya akan menerima satu tetamu yang bakal menjadi penghuni tetap di rumah itu. Kamar disebelahnya yang selama ini dijadikan kamar tetamu sudah kemas dihias. Peluh yang menitik di dahinya di seka perlahan. “Helo Myra kat mana?” Dia menyoal laju sebaik talian disambung. “Assalamualaikum cik Ariana.” Amyra membalas selamba, sambil menahan tawa. Kelakar mendengarkan suara Ariana yang laju menyapa telinganya. Ariana tersenyum sendiri sebaik sahaja mendengar sayup sayup suara ketawa dari sebelah sana. Tak lain tak bukan saja la tu. “...