Bab 2

Romance Series 24838

ILHAM bergegas menuju ke keretanya sebaik sahaja menerima panggilan dari Mak Ilah. Hatinya terasa bimbang sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Ariana demam panas akibat kehujanan semalam. Keretanya dipecut laju. Setibanya di rumah Ariana dia terus menuju ke tempat Mak Ilah di tingkat atas banglo tersebut.

“Macam mana Sofea, mak cik?” tanya Ilham gusar. Dalam keadaan begini dia sudah tidak mampu membahasakan Ariana dengan ‘Ariana’ biarpun dia tahu hanya dia seorang sahaja yang memanggil gadis itu dengan nama panggilan ‘Sofea’.

“Entahlah. Doktor Rashid tak keluar lagi tu.”

“Err... uncle... macam mana dengan keadaan Sofea?” Ilham bertanya sebaik sahaja kelibat Doktor Rashid muncul di sebalik pintu bilik Ariana.

Doktor Rashid tersenyum nipis, gelagat Ilham mencuit hatinya. Seolah-olah ada sesuatu di antara dia dan anak almarhum teman baiknya itu. “Ariana tak ada apa apa. Cuma badan dia panas sikit. Uncle dah bagi ubat tidur pada dia. So mungkin lepas ni dia akan sedar, nanti bolehla Ilham nengok dia.”

“Ouh...” Ilham menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda mengerti akan kata-kata Doktor Rashid. Doktor Rashid yang dipanggil ‘uncle’ itu merupakan doktor peribadi keluarga Ariana. Biarpun kedua-dua ibu bapa Ariana sudah meninggal dunia, namun dia masih berbesar hati untuk meneruskan khidmatnya kepada Ariana dan kerana itu juga hubungannya dengan Doctor Rashid yang sebaya dengan bapanya itu agak baik.

Dengan langkah perlahan Ilham menuju ke katil Ariana. Pucat sungguh wajah Ariana ketika itu. Tiba-tiba rasa kasihnya terasa melimpah buat gadis itu. Malang sunguh nasib gadis di hadapannya itu dirasakan. Baru sahaja lima bulan yang lepas Uncle Hadi dan Auntie Salina meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ariana yang sememangnya anak tunggal bagai kehilangan arah buat seketika. Ajakan kesemua saudara maranya untuk tinggal bersama di rumah mereka ditolak habis-habisan. Katanya tidak mahu meningalkan rumah kepunyaan kedua orang tuanya ini. Nasib baik Mak Ilah, yang sememang nya telah lama berhikmad untuk keluarganya masih berbesar hati untuk terus berkhidmat dan sekali gus menjaga Ariana bagi pihak keluarga yang lain.

Merasakan ada yang memerhati Ilham mendongak. Dia melihat Mak Ilah hanya tersenyum nipis. Kesan air mata yang jelas kelihatan di tubir mata wanita tua itu turut menunjukkan kesedihannya terhadap anak majikannya itu.

“Mak cik, err... mak cik tak kisah ke saya selalu datang sini?”

Mak Ilah memandang Ilham. Hairan!

“Maksud saya, saya dengan Sofea bukan muhrim. Mak cik tak kisah ke kalau saya selalu datang sini. Yelah... kalau nampak dek orang, tak manis pulak rasanya kan?”

“Mak cik tahu, tapi mak cik yakin yang kamu tahu apa yang kamu buat Ilham. Lagipun mak cik senang tengok Ariana tu berubah. Sejak dia kenal kamu banyak betul perubahan dia.” Mak Ilah berkata jujur. Lagi pula kedatangan Ilham ke rumah mewah itu telah menjadikan hidup anak arwah majikannya itu berbahagia. Lalu apa pula alasannya untuk menghalang kedatangannya itu.

“Maksud mak cik?”

“Dulu dia tak macam tu, tapi mungkin pengaruh kawan agaknya. Bila Puan dan Tuan meninggal teruk jugak masa tu kami nak pulihkan keadaan dia. Bila dah pulih lain pulak jadinya. Dia selalu balik lewat malam. Balik pada tabiat lama dia. Cuma dua tiga bulan ni dia dah banyak berubah. Mungkin penangan Ilham agaknya.” Mak Ilah berkata sambil tersenyum. Benar katanya Ilham telah membawa perubahan kepada hidup anak majikannya itu.

“Tapi… saya dengan Sofea tak ada apa-apa hubungan mak cik.” Ilham memberitahu pula. Dia tidak mahu Mak Ilah salah faham akan hubungan rapatnya dengan gadis itu. Bimbang ada harapan yang turut serta dengan kata-kata itu.

Mak Ilah mengangguk-angguk. Faham.

“Tapi abang suka Kak Ariana kan?” Elly bersuara sebaik sahaja tiba di ruang dapur.

“Err... kenapa Elly cakap macam tu?”

“Entah! Tapi Elly suka kalau abang suka kat akak. Kesian Kak Ariana kalau abang takde nanti,” ujarnya polos. Padanya Kak Ariana dan Abang Ilham memang sepadan. Sama cantik dan kacak. Boleh menjadi pasangan ideal.

“Abang takkan tinggalkan Kak Ariana kan?” Elly bertanya lagi.

Ilham hanya tersenyum hambar. Pertanyaan Elly dibiarkan tanpa jawapan. Untuk memberi jawapan yang pasti amat sukar untuk dia melakukan kerana dia sendiri tidak pasti halangan apa yang berada di hadapan mereka nanti. Apatah lagi dengan ‘statusnya’ itu.

ARIANA membuka mata perlahan-lahan, jam di tepi katil dilihat lama. Pukul 3.00 pagi. Tangan yang terasa digenggam membuatkan dia berpaling ke tepi.

Ilham! Apa yang mamat ni buat kat sini? Dahinya sedikit berkerut apabila melihat Ilham yang lena tidur di atas kerusi bersebelahan dengan katilnya manakala sebelah tangan lelaki itu sedang erat menggenggam tangannya. Ish... atas kerusi pun boleh tidur ke?

Ariana bergerak perlahan-lahan untuk mencapai air di atas meja bersebelahan kepala katilnya namun kesakitan yang jelas terasa di kepala membuatkan dia menarik kuat tangannya. Kepalanya dipicit berulang kali. Arif akan kesakitan yang terpaksa dialami setiap kali dia mengalami demam panas.

“Eh... dah sedar? Sakit? Nak air?” Ilham bersuara sebaik sahaja terjaga apabila terasa tangannya direntap.

Ariana yang sedang ralat memicit kepalanya terhenti seketika. Dahinya sedikit berkerut. Hatinya tiba tiba terasa sayu. Wajah Ilham dipandang lama. Ilham, tolong, tolong jangan baik dengan saya. Saya takut saya akan terus bergantung hidup dengan awak sampai bila bila. Ma... pa Ariana rindu dekat mama dengan papa... kenapa? Kenapa tingalkan Ariana sorang-sorang. Ariana tak kuat ma, Ariana takut! Hatinya menjerit kecil.

Tanpa disedari air matanya mengalir keluar. Hatinya terlalu rindu untuk melihat wajah mama dan papa yang terlalu kuat membayangi pemikirannya ketika itu.

“Sofea nangis?” Ilham bertanya sebaik sahaja melihat muka Ariana yang sembab dengan air mata.

“Saya... err... Saya rindukan mama dengan papa. I... miss them so much.” Dia berkata sebak. Tidak pasti apa yang harus dilakukan.

“Fea... You mesti kuat. I don’t think your parents feel happy to see you like this.” Ilham bersuara meyakinkan. Hatinya turut terasa sebak melihat tangisan Ariana.

“Kuat? Macam mana Fea nak kuat, kalau seluruh hidup Fea. Fea cuma pernah ada mama dengan papa je. And now, mama dengan papa dah tak ada. And the real is, I am alone in this world.”

“Uncle, aunty... semua sayangkan you. Mak Ilah, Elly... your friend... they all ada untuk you Sofea.”

Ilham tersenyum hambar. Tangan Ariana digengam erat. “Memang tak cukup. Saya tahu tu. Tak siapa dapat nafikan kasih sayang yang mama dengan papa you bagi. But you have to remember, mereka takkan balik lagi Fea. Never... and you, you kena teruskan hidup ni walau apapun yang terjadi”

“I tahu, I tahu semua tu… tapi...”

“Shhh... better you calm down.” Ilham memotong kata Ariana. Bahu Ariana diusap lembut bagi menenangkan gadis itu. Dia tidak sangup melihat Ariana berterusan bersedih di atas kenyataan yang harus dialaminya.

“You nak air?” Dia bertanya seraya mencapai gelas dan menghulurkan kepada Ariana.

Ariana hanya mengangguk perlahan. Hangat pelukan Ilham membuat dia terasa nyaman. Terasa dilindungi. Sakit kepala yang semakin kuat dirasa membuatkan dia kembali menutup matanya perlahan lahan.

Ilham yang melihat Ariana kembali terlena membaringkan gadis itu secara perlahan. Bimbang Ariana akan terjaga lagi. Setelah menyelimutkan tubuh itu dia menutup lampu utama dan berjalan ke pintu bilik dan menutupnya kembali. Kakinya menuju ke bilik tamu. Seketika dia turut terlena akibat kepenatan apatah lagi hampir lima jam dia duduk di atas kerusi bagi menjaga Ariana. Menunggu gadis itu sedar sebenar-benarnya.

MASUK hari ini sudah tiga hari Ilham berulang-alik dari rumahnya ke rumah Ariana. Menjaga dan melayan gadis itu berceloteh. Bertambah meriah apabila sesekali Elly turut menemaninya melayani Ariana. Menbuatkan dia bertambah lucu apabila Ariana beraksi bagai anak kecil pula. Biarpun sakit tetapi mulutnya tidak henti henti berceloteh. Cuma Ariana tidak begitu selera untuk menikmati makanan, katanya tiada selera membuatkan dia terpaksa memaksa Ariana makan setiap kali tiba waktu makan.

“Hai abang...” Elly menegur sebaik sahaja Ilham keluar dari keretanya itu.

“Hai Elly. Nak ke mana?” Ilham bertanya kembali apabila melihat Elly yang sedang mara ke halaman tepi rumah sementara di sebelah tangannya terdapat sebilah pisau.

“Nak ambil daun pandan!” Ujarnya sambil memotong daun pandan yang terletak ditepi banglo itu.

“Hah... Elly nak buat apa dengan daun pandan? Nak masak ker? Err.. Elly pandai masak ker?” Ilham mengusik.

“Eleh... abang ni. Opah la yang nak masak. Kak Ariana mengidam.” Dia berkata selamba.

“Hehehe... ingat kan Elly yang nak masak...” Ilham ketawa perlahan. Seketika keningnya berkerut kembali. “Kak Ariana mengidam? Mengidam nak makan apa?”

“Entah? Kata opah puteri kayangan nak makan pulut hitam.”

“Ouh.. kak Ariana dah bangun ker?” Ilham ketawa mendengarkan gelaran yang diberi kepada Ariana.

“Ha..ayok tak tahu” Elly mengankat satu jarinya dan mengoyangkan beberapa kali.. “Abang lewat erk hari ni? Hari ni kak Ariana bangun awal tau. Baik abang pergi jumpa sekarang nanti mengamuk buah hati abang tu”

“Ish.. apela Elly ni, kecik kecik dah pandai buah hati yer. Ni mesti kat sekolah berderet pakwe kan” Ilham berkata selamba.

“Eh.. tolong sikit, mana ada. Akak dengan abang lain la, ada scandel .. hahaha.. dah pergila jumpa kak Ariana. Nanti kak Ariana merajuk abang pulak yang susah..”

“Eh.. Elly ni. Tadi buat hati, sekarang scandle pulak? Pandai pandai aje” Ilham mengeleng gelengkan kepalanya. Bibirnya melakar senyum. Kelakar mengingati kata kata Elly sebentar tadi.

“Hai hati senang ker? Sampai tersenyum senyum tu” Ariana bertanya sebaik sahaja Ilham menghampirinya. Dia yang ketika itu sedang duduk santai sudah pun berdiri apabila melihat wajah yang ceria itu.

“A`ah.. senang sangat sebab Fea dah sihat. Tak payah la saya datang sini lagi lepas ni..” Ujarnya tenang.

Mendengarkan itu senyuman yang terlakar dibibir Ariana mati secara tiba tiba. Dia menjeling Ilham dengan ekor matanya. Automatic mulutnya turut memuncung.

“Alahai, saya gurau je lah” Ilham kembali memujuk. Namun suaranya tetap seperti tadi. Masih tenang biarpun matanya dapat menangkap riak muka Ariana yang sudah berubah keruh sebaik mendengar kata katanya tadi.

“Serius..” Dia menyoal kembali. Tidak percaya. Kecil hati sebenarnya apabila Ilham berkata begitu. Sedangkan dia benar benar gembira dengan kedatangan Ilham kerumahnya setiap hari. Lebih dari itu dia sebenarnya yang mengharapkan kedatangan Ilham bagi menemani hari harinya. Entahlah dia sendiri binggung dengan perasaannya diketika ini. Masakan tidak dia dan Ilham hanyalah kawan semata mata. Tidak lebih dan tidak kurang. Lalu apa pula makna semua perasaan itu?

“Serius what” Ilham bertanya pula. Tidak faham.

“Serius you gurau jer?”

“Yer serius..” Dia mengiyakan pula sambil tersenyum senang.

“Hah tu you kata serius..” Ujar Ariana dengan muka mencuka.

“Ish serius ape lak..” Dahinya dikerutkan. Tidak memahami apa yang dikata oleh gadis yang berdiri di hadapannya itu.

“Serius yang you tak payah datang sini lagi..” Ujar Ariana serius. Sengaja mahu menyakat sebenarnya.

“Adoii, Fea ni saje nak main main yer? Ni dah makan kebelum? Dengar kata ada orang mengidam hari ni?” Ilham menepuk dahinya. Sedikit punya serius la dia berfikir akan kata kata Ariana tadi tidak sedar pula rupa rupanya dirinya sedang dipermainkan.

“Hehehe.. hah sape yang mengidam?” Ketawanya lepas. Kelakar melihat reaksi Ilham yang baru menyedari yang dirinya sudah dipermainkan olehnya.

“Entah lah? Katanya puteri kayangan mengidam nak makan bubur pulut hitam” Matanya dikenyit sebelah.

“Ish.. mana ade. Orang terasa nak makan je la. Bukannya mengidam. Sape yang cakap macam tu” Ariana memuncungkan mulutnya. Geram apabila diperli begitu. Mana tidaknya dia sendiri pun tidak pasti mengapa sebaik sahaja bangun dia memberitahu Mak Ilah yang dia teringin memakan bubur pulut hitam.

“Sape lagi kalau bukan reporter kecik..” Ujar Ilham pula.

“Hahaha.. eh.. awak tak kerje ke hari ni??” Ariana bertanya kembali. Seingatnya hari ini bukan hari minggu.

“Kerja” Jawabnya sepatah. Surat khabar diambil lalu dibaca.

“Habis tak pergila” Ariana mengerutkan dahinya. Jikalau kerja mengapa masih ada disini? Tuang kerja kah? Kerana dia kah??

“Tak”

“Kenapa” Masih tidak berpuas hati dia menyoal lagi.

“Nothing” Ujar Ilham selamba. Matanya masih tidak lepas dari membaca surat khabar yang dipegangnya itu.

“Serius la” Ariana bersuara separuh mendesak. Dia sebenarnya curious nak tahu mengapa Ilham berada disitu sekiranya benar lelaki itu bekerja.

“Nothing” Jawapannya masih selamba seperti tadi. Biarpun matanya dapat menangkap riak muka yang tidak berpuas hati itu.

“Ish malas la cakap. Tanya dua tiga patah dia jawab sepatah je..” Ariana berkata sambil bangun dari sofa yang diduduki untuk menuju ke dapur. Merajuk!!

“Sofea.. perlu ke I bagitau sedangkan awak tahu kenapa right..” Surat khabar ditutup lalu diletak ketepi. Ilham turut berdiri menyaingi langkah Ariana yang sudahpun menuju ke dapur.

“Tak tahu pun.” Langkahnya dihentikan. Sebaik melihat Ilham berada disebelahnya dia berjalan kembali. Seiringan.

Ilham mengenjilkan matanya. Geram!! “OK.. Fine” Katanya beralah. Tidak dapat membaca hatinya kah gadis itu?

“Cakap lah..” Ariana bertanya separuh mendesak. Dia benar benar ingin tahu. Tidak mahu cepat membuat kesimpulan sendiri. Bimbang dikata perasan!

“Cakap apa” Ujarnya dengan dahi berkerut. Langkahnya dihentikan.

“Kenapa you tak pergi kerja..” Ariana turut berhenti. Wajah Ilham ditatap. Mahu menagih jawapan.

Ilham menggelengkan kepalanya. Ariana? Gadis itu selagi tidak berpuas hati selagi itulah akan membuat muka simpati begitu! “Ish.. degil betul awak ni ya? Saya tak pergi kerja sebab awak, Cik Ariana Sofea!! ada faham!” Dia berterus terang.

“Ouh.. pasal saye erk? Thank you..” Senyuman terlakar dibibirnya. Gembira. Gembira kerana melalui lewat kata kata itu dia yakin sedikit sebanyak ia membuktikan bahawa Ilham benar benar mengambil berat tentangnya.

“Untuk?” Ilham bertanya pula. Keningnya dijongketkan mahu menagih jawapan. Sebenarnya dia dengan Ariana pun sama sahaja. Suka bertanya biarpun sudah tahu.

“For everything. Saya sayangkan awak Ilham.” Opss tersasul lak..tangannya menutup mulut.. malu!! “Eh.. jom kita makan. Lapar la. Dah lama tak makan kan? Esok saya dah boleh pergi kampus. Dah lama tak pergi kolej. Mesti banyak yang saya tertinggal pelajaran, mesti kena soal dengan lecturenanti. Lama tak jumpa Amyra, rindu kat dia. Pastu kan da lama tak pergi shopping.. Eh my besday is coming soon tau, nanti nak celebrate. Nak jemput ra…

Ilham ketawa kuat. Dia tahu Ariana sengaja berkata itu dan ini kerana termalu sendiri akibat tersasul tadi. Tangan Ariana ditarik untuk kedapur.. “Sudah la tu, menceceh je dia tahu..” Sempat dia memerli apatah lagi apabila melihat muka Ariana yang sudah blushing. Benar benar malu barangkali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience