JAM di tangan dilirik sekali lagi. Puas menanti sambil duduk dia kembali berdiri. Dahinya sudah berkerut menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila bayang yang dinanti sedari tadi masih tidak kelihatan sedangkan waktu yang ditetapkan untuk bertamu muka sudah hampir setengah jam berlalu.
“Eeeii... mana dia ni, janji pukul 5.00... sekarang dah pukul 5.00 lebih ni, mau lenguh kaki berdiri dekat sini.” Ariana membebel pula. Geram! Hari ini Ilham berjanji untuk mengambilnya di kampus tetapi menginjak ke waktu yang ditetapkan bayang lelaki itu masih tidak kelihatan. “Kalau tahu macam ni baik tak yah janji, ini ti...”
“Hai Fea... sorry lewat. Saya banyak kerja tadi, lama awak tunggu?” Ilham terus menyoal sebaik sahaja kakinya melangkah menuju ke tempat Ariana, atau lebih tepat lagi Nur Ariana Sofea, tetapi dia lebih suka memanggil gadis itu dengan pangilan ‘Fea’ lebih manis sesuai dengan wajah gadis itu yang lembut.
Ariana memuncungkan bibirnya. Time orang dah start membebel ni lah dia nak datang. Tergeleng geleng kepalanya melihat Ilham yang kelihatan semput, lagak macam orang baru lepas lari je. “Maunya tidak. Lenguh kaki saya tau, yang awak ni... semput sangat ni kenapa?”
“Penat! Jauh sangat parking. Call awak tak angkat pulak. So terpaksa la saya datang sini.”
“Ye ke... tak dengar pun.” Ariana bertanya sambil mengambil phonenya yang terletak di dalam beg sandangnya. Seketika bibirnya tertutup sendiri. Wow 15 miscalled. “Sorry, terlupa nak on balik. Tapi salah awak jugak janji pukul berapa sekarang pukul berapa, huh tidak menepati janji langsung.” Dia bersuara seakan merajuk. Sengaja dileretkan suaranya mahu melihat reaksi lelaki itu.
“Sorry okay. Tak sengaja. Jom kita gerak sekarang. Nanti lewat pulak. Awak dah solat?” Ilham memujuk sambil mengamit Ariana supaya berjalan mengikutinya. Jam dilirik sekilas. Mak ai dah pukul 6.00. Patutla si Fea ni merajuk. Mampus.
Ariana hanya kaku tanpa mengikut langkah Ilham yang jauh ke hadapan. Dahlah datang lambat... berjalan menonong je. Hatinya mem
Share this novel
test_account