Selepas seminggu, akhirnya Qina dijemput oleh ibunya, Normah, untuk pulang ke rumah. Hatinya berbunga riang walaupun perjalanan itu penuh dengan debaran. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Sejak ibunya berkahwin semula dengan seorang lelaki bernama Razman, hidup Qina mula dipenuhi dengan pelbagai ujian yang amat menyakitkan jiwa dan raganya.
Kehidupan mereka selepas perkahwinan itu jauh dari kata senang. Mereka sekeluarga masih berada dalam kesempitan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Normah berusaha sehabis daya untuk memastikan mereka tidak kebuluran. Setiap pagi, sebelum berangkat ke kerja, Normah akan memasak makanan sebagai bekalan untuk suaminya dan dirinya, termasuk sedikit makanan untuk Qina yang akan pulang dari sekolah.
Qina hanya menerima wang saku sebanyak 20 hingga 40 sen setiap hariĀ jumlah yang sangat kecil, tetapi dia tetap bersyukur. Pada zaman itu, ia masih cukup untuk membeli sedikit makanan ringan. Namun, Qina lebih suka berjimat dan menyimpan duit tersebut sekadar untuk membeli pensel atau pemadam, jika perlu.
Pada suatu hari, sepulang dari sekolah, Qina segera ke dapur untuk mengisi perutnya yang kelaparan.
(Qina membuka pintu rumah, meletakkan beg sekolah di bilik dan bergegas ke dapur. Dengan tangan yang lapar, dia mencapai pinggan dan senduk nasi.)
Qina: "Lapar betul hari ni..." (Dia menyenduk nasi dan memandang ke arah lauk yang tersedia.)
Di atas meja hanya ada sambal kepala ikan. Qina segera teringat akan pesanan ibunya sebelum pergi kerja tadi,
Normah: "Qina, kepala ikan tu untuk pakcik kau. Jangan sentuh, ya."
Dengan hati yang berat, Qina hanya mengambil sedikit sambal dari keliling kepala ikan itu, mencampurkannya dengan nasi putih, lalu makan dengan perlahan. Itulah rutin kehidupannya jika ingin makan lauk yang sedikit enak, ia hanya akan berlaku ketika ibunya menerima gaji bulanan.
Pernah pada suatu ketika, Qina hanya makan nasi bersama garam dan kicap di lantai beralas tikar lusuh. Baru sahaja dia menyuap dua tiga suapan, tiba-tiba pakciknya menendang pinggan itu hingga terbalik. Nasi berselerakan di lantai.
Pakcik: (Dengan suara sombong dan senyuman sinis) "Kau ni menyemak betul! Nak makan pun tak senang tengok muka kau!"
Qina hanya mampu terkedu. Dia menatap nasi yang bertaburan di lantai. Dengan linangan air mata, dia kutip satu demi satu butir nasi, cuba menyelamatkan apa yang tinggal. Hatinya pedih, perutnya lapar, jiwanya terluka.
Qina cuba mengadu kepada ibunya, namun Normah menganggap anaknya itu mereka-reka cerita. Hatinya lebur, seolah-olah tiada siapa yang sudi membelanya. Namun, penderitaan Qina tidak berhenti di situ. Hari demi hari, penderaan fizikal dan emosi semakin menjadi-jadi.
Selepas pulang dari sekolah, Qina pernah dicekik oleh pakciknya hanya kerana menegur sesuatu yang tidak disukainya. Qina hanya mampu menyerahkan dirinya kepada Tuhan, memohon agar penderitaan itu segera berakhir. Tidak cukup dengan itu, dia dipukul dan ditendang, malah belakang badannya lebam-lebam. Namun, apabila ibunya pulang dan dia cuba mengadu, Normah masih tidak mempercayainya.
Pakcik Qina bekerja di kilang kayu, tetapi dia kerap tidak hadir kerja tanpa sebab. Dia juga ketagih rokok. Setiap kali tidak mempunyai rokok, dia akan naik angin, melepaskan marah pada Qina dengan menengking atau memukul.
Normah pula terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakannya semata-mata untuk membeli rokok bagi suaminya. Kehidupan mereka makin parah.
Pada satu hari, sekolah Qina mengadakan aktiviti kokurikulum di sebelah petang. Sesi tamat sekitar jam 6:30 petang, namun kerana leka berbual dengan rakan-rakan, dia hanya tersedar jam telah menunjukkan pukul 7. Dalam keadaan cemas, Qina bergegas pulang. Setibanya di rumah, dia melihat ibu dan pakciknya menunggu di pintu rumah dengan wajah penuh kemarahan.
Qina hanya sempat melangkah masuk ke rumah sebelum satu tamparan padu hinggap di belakang badannya. Pakciknya kemudian melibas tubuhnya dengan tali pinggang, dan salah satu hentakan tali itu mengenai kepala Qina.
Qina: (Menjerit kesakitan)
Normah hanya memandang dengan pandangan sayu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Suaminya terlalu garang, dan dia terlalu takut untuk melawan.
Selepas kejadian itu, Qina menyimpan dendam dalam diam. Dalam hati kecilnya, dia berkata, jika satu hari nanti pakciknya menjadi tua dan tidak berdaya, dia akan membiarkannya merempat di jalanan.
Minggu cuti sekolah bermula. Qina hanya duduk termenung sambil menonton televisyen. Namun, pakciknya datang dengan tuduhan yang keji.
Pakcik: (Dengan suara kuat) "Aku rasa Qina tu dah mengandung anak luar nikah! Tengoklah dia tu, selalu keluar rumah."
Normah yang mendengar terus memanggil Qina.
Normah: "Betulkah apa yang pakcik kau cakap ni, Qina?"
Qina: (Menangis) "Ibu, Qina tak buat benda tu. Qina tak pernah ke mana-mana pun."
Normah: "Kau cakap betul pada ibu. Betulkah kau tak mengandung?"
Qina: "Demi Allah, Qina tak buat benda terkutuk tu!"
Normah akhirnya memandang wajah anaknya dan percaya.
Namun, penderitaan Qina belum berakhir. Pada suatu malam ketika dia tidur, dia terasa seperti ada tangan yang cuba mencabul tubuhnya. Dia tahu itu angkara pakciknya. Namun dia hanya berpura-pura tidur kerana takut. Pakciknya berlalu pergi ke ruang tamu sambil menghisap rokok.
Beberapa minggu kemudian, kejadian yang lebih teruk berlaku. Ketika Qina baru pulang dari sekolah dan sedang berehat, pakciknya cuba untuk merogolnya. Mujurlah Qina seorang gadis yang bijak. Dia membuat alasan ingin mandi dahulu, lalu diam-diam mencapai kunci pintu belakang dan melarikan diri ke rumah Makcik NasĀ rakan baik ibunya. Kebetulan, anak perempuan Makcik Nas juga merupakan sahabat karib Qina.
Makcik Nas: (Melihat Qina dalam keadaan panik dan kusut) "Ya Allah, Qina, apa yang dah jadi ni?"
Qina: (Memeluk Makcik Nas sambil teresak-esak) "Tadi pakcik cuba rogol Qina... Qina lari ikut pintu belakang..."
Makcik Nas: "Ya Allah... manusia bertopengkan syaitan!"
Petang itu, Normah datang ke rumah Makcik Nas.
Normah: "Aku datang nak ambil Qina balik."
Makcik Nas: "Tak payah, Normah. Suami kau cuba buat benda keji pada anak kau. Aku nak buat laporan polis."
Normah: "Jangan, Nas. Biar aku cakap dulu dengan suami aku."
Makcik Nas: "Tak boleh! Kau sepatutnya lindungi anak kau, bukan lindungi suami!"
Akhirnya, Qina tinggal bersama Makcik Nas selama seminggu. Sedikit demi sedikit, trauma Qina mula pulih. Namun begitu, kesan penderaan itu kekal dalam ingatannya. Sebelum Qina pulang semula bersama ibunya, Makcik Nas sempat berpesan:
Makcik Nas: "Qina, kalau ada apa-apa jadi lagi, datang je sini. Pintu rumah makcik sentiasa terbuka untuk kamu.
Qina:baik makcik terima kasih jaga saya selama ni.
Next...nanti saya akan up lagi
Share this novel